Tuesday, December 6, 2011

Kalah Mati



Sibuk...sibuk sepanjang hayat barangkali selagi aku hidup dan menghirup sepenuhnya udara Tuhan yang sudah mula di cemari.dan fokus untuk 2,3 bulan ini hanya pada meterial kertas berbau wangi dengan punya nilai tiga angka kosong di belakangnya.ya,itu yang aku harap dan usahakan untuk 2,3 bulan kebelakangan ini.melihatkan pada tahun 2011 bakal megakhiri siarannya dan umur sudah semakin bertambah tapi kedudukkan ekonomi masih ditahap yang amat menyedihkan.

hari ini untuk cubaan pertama jualan terus melalui student2 UM...entah apa nasib aku sendiri tak berani nak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.takut nanti aku kecewa lagi.jadi semua usaha aku dah beri sepenuhnya tinggal tawakkal.jika itu rezeki,aku ambil dan terima biarpun berkemungkinan untuk menerima khabar yang mendukacitakan.tak mengapa aku anggapkan kegagalan ini bukan bermakna aku kalah.ini sekadar percubaan pertama dan gagal itu harus diterima mungkin ada pengajarannya di situ.

dan untuk mereka mereka yang telah mentertawa,menyindir,memerli dan tak kurang juga mengutuk dan memandang rendah terhadap aku,jutaan terima kasih di ucapkan.kerana tanpa kata kata nista kalian,aku tidak akan mampu jadi sekuat ini untuk mencabar diri hingga ke tahap berisiko ini.sungguh sedaya mungkin aku cuba menjadi kental dan kalis dengan tomahan tomahan berbisa yang amat memedihkan hati.aku mungkin akan gagal,tapi aku tak mungkin akan kalah mati.ini ujian di saat aku hampir kepada pelangi...








Beautiful_Rose


11 orang sedang korek hidung sesama sendiri =p:

  1. macam tuh lar,Rose.biar beribu sekalipun cercaan jangan pernah kalah menongkah hidup.

    ReplyDelete
  2. GHOST WRITER :
    yup aku cuba untuk terus bertahan selagi masih punya nafas harapan.

    ReplyDelete
  3. ouh,

    cercaan, sindiran itu kita anggap bebunyi gagak hitam yang bising di tengah alam.



    ah, kita sendiri yang memilih utk terasa atau tidak. terus terus aja berjalan ya.




    kamu sakit? meh sini, kite jd nurse :)

    ReplyDelete
  4. anggap je tu nyanyian sepi dalam hidup...

    ReplyDelete
  5. aku nak bg tau kau, aku dah dpt apa yg kau bagi. Cumanya, aku belum dapat lihat.
    Mama lah yg rasmi. OK?

    terima kasih muah muah!

    ReplyDelete
  6. MUTIARA BERNILAI :
    Ya,memang aku anggapkan saja mereka si gagak hitam yang bising2 rebutkan bangkai busuk.

    mana ubatnya.....


    NAJ HEBAT :
    owh,sudah selamat sampai ye....baguslah takut juga tak sampai.mama dah rasmi? heheh apa komen mama? kalau positif aku senang hati.kalau negaif,aku terima dan perbaiki lagi... =)

    ReplyDelete
  7. jangan pernah sekali berpaling belakang. terus kuat, biar dicaci hati tetap kena kental.

    ReplyDelete
  8. HANAAHMAD :
    itu sudah pasti.aku tidak mahu merasa kalah lagi.

    ReplyDelete
  9. saat menongkah arus mmg terasa payah..asal saja tidak putus asa..pasti ada hasilnya..tabah & kental ya~ =)

    ReplyDelete
  10. kalau kate2 mereka bawa kepedihan cuma,hiraukan.tapi kalau ianye boleh d transform menjadi semangat untuk kau terus maju,maralah kedepan.aku di sini selalu. :)

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah