Saturday, February 25, 2017

Membebel






Banyak benda sebenarnya aku nak bebel kat sini,tapi nanti dululah pening fikir.Entahlah banyak sangat hal nak fikir...Tulah masalah aku ni suka sangat fikir benda yang rumit-rumit padahal kalau aku just ignore pun,tak de hal.Tapi tulah masalahnya aku tetap nak fikir juga.Selagi tak ada kerja yang boleh buat aku fokus pada benda lain,selagi tulah aku akan terus fikir.Haih lambat je rasa nak pindah rumah ni.

Duduk rumah sendiri walau tak segah mana,adalah lebih nikmat dari duduk tumpang rumah orang.Nak buat kerja pun susah sebab semua perkakas menjahit aku ada kat rumah...Ni satu hal,calculator colour purple kesayangan hilang mesti kerja Mawar buat main hari tu.Dah cari satu rumah tak jumpa,mana dia simpan entah...redha jelah beli yang baru.Penat hoih jasad kat sini tapi hati dengan fikiran kat rumah.

2 hari lepas gigih balik rumah mengemas...perasaan pinggang macam nak patah.Tau tak macam mana rupa keadaan rumah yang ditinggalkan selama 5bulan? Laman bagaikan hutan...nasib husband dah clearkan sikit-sikit just bahagian dalam rumah sangat sedih.Serupa macam zoo semut,labah-labah,,burung,tikus,semua pakat berkampung kat rumah.Masuk je rumah,benda pertama aku tengok dulu,rak buku.Nak make sure buku-buku kesayangan ok-ok je...walaupun dalam hati ada risau sebab buku-buku tu seperti sudah di selongkar seseorang....atau seseekor mungkin?