Tuesday, December 20, 2011

Si Bulat



Adakah anda rasa down?

life terasa macam tak best?

rasa nak tidur sepanjang hari?

kusut masai dan tak terurus?


jawapannya,mari belajar memasak dan membuat kuih.ini jenis terapi paling mudah dan paling murah.jangan ditanya kenapa donut aku berwarna sedikit gelap.ini kes sebab terleka sekejap lalu menukar warna donut yang sepatutnya kuning keemasan kepada kuning kecoklatan.walau bagaimanapun,rasanya tetap bolehlah tahan dan masih lagi bertaraf kepujian bagi mak-mak mertua yang mahu mencari calon yang agak pandailah sikit-sikit nak memasak.ini jaminan,anak makcik pasti tidak akan kebulur jika berkahwin dengan saya nanti =p

memakan donut tanpa gula boleh dikira agak sihat kurang manis tapi tetap enak jika di cicah bersama sambal sardin yang agak pedas.pasti terkenang-kenang sepanjang zaman (ini jenis penipuan yang tidak boleh dipercayai) tapi,aku kisah apa,janji perut kenyang hati pun senang.lupakan segala resah yang menjadi beban,metafora tak agakkan...  =p









Beautiful_Rose

Tuesday, November 29, 2011

MY VIEW MY WORLD CONTEST




Oh,hai...
aku agak bz dalam 2bulan akan datang ni,so blog ni agak sepi la dari update2 terbaru.dah nak penghujung november tetiba teringin lak nak join contest.lama kot tak join contest,so blogwalking tadi terjumpa la satu contest yang sangat simple.dah nak tutup pun contest ni,aku baru hegeh nak join.tak tau la di terima lagi ke tak.contest ini anjuran dari cik nurul (sila klick pada nama untuk link)

syarat syarat contest boleh lihat di sini (klick)
okey,now di bawah adalah gambar gambar yang aku pertaruhkan di sini....
eceh...pertaruhlah sangat =p




pantai remis kuala selangor



bukit cerakah shah alam selangor



bukit tinggi pahang.














Beautiful_Rose


Monday, November 21, 2011

Ringkas Orang Bujang



Bila lapar kebulur lagi2 tinggal sorang2 memang terasa nasib diri begitu sadis.nak makan kat luar,mengenangkan poket yang semakin menipis di hujung2 bulan,adalah lebih baik memasak sendiri.tapi memasak sendiri dan terpaksa memakan sendiri memang terasa syahdu di hati.owh,nasib insan sebatang kara bila balik ke hostel.menyesal teramat tak makan banyak2 semasa di rumah mak tempoh hari.masih terbayang2 lagi gulai daging masak lemak beserta sayur pucuk ubi rebus dan tak lupa juga ikan pekasam,okey memang bikin lelehan air luir keluar secara drastik dari dua ulas bibir yang mekar....itu metofora semata =p

geledah stok makanan di dapur dan hanya terjumpa beberapa jenis bahan mentah yang boleh di masak secara mudah dan cepat.macam megi lebih kurang trademarknya,tapi ini lebih menarik dari megi.ada sebiji tomato,bawang besar,bawang putih kasi cincang banyak2,cili hidup,sos spageti kimball,brocoli,spageti kasi rebus.tung tang tung tang siap! spageti paling ringkas dan paling kurang bahan.lantaklah kurang bahan pun janji boleh di makan ye,dak.... =p

















Beautiful_Rose

Wednesday, November 16, 2011

Peka Dan Lipas



Aku seorang yang peka,bukan pekak.serius aku seorang yang sangat peka,maksud aku benda yang berkaitan dengan lipas.tak tau lipas tu ape? cari sendiri google tengok ape bendanya lipas tu.aku sangat sensitif bila ada hal yang berkaitan dengan lipas,sebab aku geli lipas.bukan takut tapi geli.dengan warna yang coklat2 perang berkilat,kaki panjang berduri2 sesungut yang asyik bergerak,bau yang tak berapa nak enak buatkan aku sangat allergik dengan serangga bernama lipas ni.

lipas ni kotor,selalu duduk kat dalam jamban dan aku memang tak kan senang duduk bila dapat mengesan kehadiran lipas.macam yang aku kata tadi,aku seorang yang sangat peka.memang aku peka dan boleh mengesan kehadiran lipas walaupun aku tak nampak kat mana lipas tu berada.telinga dan hidung aku sangat power dalam bab mengesan lipas,dan aku akan cari sampai dapat.dah dapat aku akan sembur dengan encik baygon kesayangan,baygon best sekali sembur je lipas tu mati.bukan macam ridset lembik bila sembur je lipas tu still lagi terkedek2 pening,tapi tak mampus juga.

dulu,aku tak pernah kisah pun pasal lipas ni apa lagi nak rasa geli2 macam ni.tapi sejak peristiwa tidur aku selalu diganggu lipas,terus aku jadi macam fobia.serius,walaupun aku tidur lena siap mimpi2 aku still lagi dapat rasa bila ada lipas merayap2 kat kaki atau tangan aku.masa aku mula2 kerja kat klinik ni dulu,aku tinggal kat room yang ada 2 katil double dacker.2orang kawan aku katil bawah,dan aku katil atas.pernah,time aku tidur tiba2 aku terjaga sebab terasa macam ada benda merayap kat kaki aku.sekali,aku nampak lipas terus aku terjun dari tingkat atas katil ke bawah.

gila,tak pernah2 aku macam ni tangga katil aku tak nampak dah.yang aku tau,aku perlu selamatkan diri dari lipas tu.so,malam tu aku tak dapat tidur sampai ke pagi sebab rasa takut lipas tu datang lagi.ye la aku dok cari2 mana lipas tu,tapi tak jumpa.so,aku syak lipas tu ada menyorok kat mana2.dan sejak tu juga lah aku tekad beli kelambu single.baru aku rasa selamat bila nak tidur malam,kalau tak asyik rasa macam terancam je.so,kepada bakal2 calon suami syarat penting di sini,anda haruslah seorang yang pemberani supaya dapat lindungi isteri yang comel macam saya.dan lagi satu,sila paksa rela untuk tidur dalam kelambu atau kau tidurlah kat dapur sorang2 =p









Beautiful_Rose

Tuesday, November 15, 2011

Warna Warni Bunga







gambar? haa...ini adalah alasan tipikal sebab malas nak taip entry banyak2.tapi gambar masih punya makna tersendiri.now aku sedang gila buat benda2 ni,hidup seorang sunyi dan membosankan macam aku,adalah baik kalau di isi masa yang berlambak dengan hal yang berfaedah.contoh seperti diatas,see...lepak2 sorang pun mendatangkan hasil juga okey.

ehem,nak canangkan kepada satu dunia aku sedang dalam percubaan menjual benda2 di atas.ya...selepas kegagalan menjual key chain bermotif reben dan butang.tak gagal sebenarnya just tak ada tempat nak jual dan untuk mendapatkan bahan adalah amat payah.so,ini paling mudah.page sudah ada masih dalam pembikinan now dalam usaha buat blog khas.nantikan kemunculannya...wish me luck! =)








Beautiful_Rose

Monday, November 14, 2011

Tak Berapa Nak Bowling Sangatlah



Cerita basi sebenarnya...ini kes bulan lepas 23 oktober 2011 hari ahad.alah tengok tajuk pun dah boleh agak ye dak...tak berapa nak bowling sangatlah.buat latihan pun tak pernah tiba2 nak menjoinkan diri dalam arena sukan bowling? memang saja cari pasal...satu team 4 orang,dan dalam team aku just Mus sorang jelah yang agak pro dengan bowling ni.siap ada bola sendiri lagi sebagai tanda dia memang dah biasa dengan game ni.

masa nak mendaftar,aku dah cuak gila malu pun ye juga.pandang kiri kanan memasing team bawa bola sendiri.dah start kecut la aku dengan member sorang tu,yelah kalau dah ada bola sendiri,sure dah tahap pro lah tu.sedangkan last aku game dengan bowling ni masa tahun 2006 dulu.bayangkan punya lama tak sentuh bola berat tu,sekali ke longkang sudah...owh jangan ditanya mana gambar lain,memang tak adalah.kalau pun ada memang tak upload,di bimbangi nanti menjadi bahan ketawa sejagat.

sebagai bukti sahih,nah ini gambar tanda kekalahan yang tidak di sengajakan.mus,akid,dayah memasing bermain dengan cemerlangnya dengan memperolehi tak kurang dari 5x strike.sedangkan aku hanya memperoleh 1x strike...jadilah daripada tak ada langsungkan.dah bola tu tak serasi dengan aku,nak buat macam mana...hahahah salahkan bola =p saguhati pun okey juga...kurang2 nanti ada juga benda nak di cerita kat cucu cicit nanti ye dak? =p

"opah dulu,kemain teror baling bola bowling tau"











Beautiful_Rose

Saturday, November 12, 2011

Kaki Buku



Aku seorang yang obses dengan buku,gila membaca.walaupun jarang2 nampak aku membaca,tapi sekali dah mula memang payah nak berhenti.asal ada buku yang menarik je,aku akan usaha untuk mendapatkannya.beli secara banyak walaupun aku sendiri tahu yang aku tak punya banyak waktu untuk membaca.tapi kurang2 buku tu ada dalam simpanan,tak lah nanti pening nak mencari.kat tempat aku,agak payah sikit nak cari buku2 tertentu terutama dari penulis2 yang aku levelkan hebat.grene yang menjadi pilihan pelbagai,asalkan tidak membosankan.

dan jenis novel yang punya jalan cerita membosankan leleh serta terlalu biasa bukanlah pilihan aku.aku tidak suka membaca novel cinta yang jalan ceritanya hampir sama dan boleh di teka.tak faham? maksud aku macam...kebanyakkan novel jalan ceritanya berkisar tentang cinta yang bosan.aku malas nak sebut siapa penulis2 nya kau faham2 sendirilah sebab lambakkan novel di pasaran memang begitu.kisah cinta si miskin dengan si kaya yang dapat tentangan keluarga,kisah cinta antara lelaki dan perempuan yang mulanya saling membenci akhirnya jatuh cinta dan lain2 lagi.jenis novel ini,serius aku rasa bosan amat.

kalau di zaman sekolah dulu,mungkin jenis novel ini masih boleh di terima.ayatnya yang terlalu biasa jalan cerita pun biasa.aku boleh teka apa yang akan berlaku walaupun baru membaca intronya.kemuncak dan ending pun biasa masih boleh di teka dan sama saja dengan novel2 lain.cuma jalan cerita dan tajuk saja berbeza tapi temanya masih sama.dan sebab itu,bila aku memilih sesebuah buku,aku memerlukan masa yang agak lama untuk mencari jenis buku yang kena dengan jiwa aku.aku boleh jadi gila bila duduk dalam kedai buku,rambang mata nak memilih.

baru2 ini aku sudah baca habis 2buah novel karya HLOVATE dan RAMLEE AWANG MURSHID,dengan tajuk "contengan jalanan" dan " hatiku di harajuku".hanya selepas beberapa bulan membelinya baru aku punya masa untuk membacanya hingga tamat.masih ada lagi beberapa buah yang masih lagi tidak di buka bungkusan plastiknya.untuk hujung bulan ini,aku bercadang mahu turun ke KL untuk mencari buku2 baru pula.mungkin beberapa buah buku novel dan juga beberapa buah buku berkaitan dengan seni jahitan.rak buku sudah mula penuh,entah muat entah tidak nak letak buku2 baru nanti.

minggu lepas sudah dapatkan
"kasino" dan "zombijaya"
di uya distro =)








Beautiful_Rose

Tuesday, November 8, 2011

Belajar Ini



Ini bukan apa sebenarnya,kes sebab dah ketagih nak memasak.tapi gila juga memikirkannya takut nanti badan naik berganda.takat makan binuh sup aku rasa masih selamat lagi kot.kurang kolestrol dari makanan yang bergoreng.ini baru pertama kali buat dan baru pertama kali belajar buat.yelah2 nak bahan aku sebab mampu buat bihun sup je? budak tadika pun lagi hebat ye dak...tak pe lah kurang2 aku yang buta memasak ni cuba juga nak belajar memasak.

padan muka kat diri sendiri,dulu tak nak belajar masak dengan mak tau makan je.sekarang merasalah duduk jauh dari family bila teringin nak makan sesuatu tak reti nak buat sendiri,amatlah padan muka.nak beli kang,fikir pasal kos pula lagi pun poket tengah kering duit tak masuk lagi kan.so,marilah kita belajar memasak dan redha kiranya rasa dia tak sesedap masakkan emak.ye ini luahan hati sanubari yang tengah homesick sebenarnya... -_-"










Beautiful_Rose

Thursday, November 3, 2011

Kepala Berat




Bila kepala terasa berat

basahkan muka basahkan kepala

dan hadap cermin

capai sikat

sikat...sikat...sikat...

hurm...baru perasan

dah panjang rupanya

tak sampai setahun,hebat betul

patutlah berat semacam je
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jom,botakkan kepala!









Beautiful_Rose


Tuesday, November 1, 2011

JOHNNY ENGLISH



Aku taulah ini punya iklan wayang dah basi tak payah la kau nak mendownkan aku kata ketinggalan zaman ke hape kan.aku dah tengok lama dah minggu kedua citer ni keluar hari tu.tau jugaklah minggu kedua pun kira macam basi gak kan,tapi what i care? fine...mula2 aku tak de lah nak pandang sangat citer ni sebab mr bean berlakon kan sure lah citer dia jenis wat lawak yang biasa aku tengok dulu.tapi bila aku usha balik,eh ini bukan citer mr bean lah...so,try tengok sebab masa tu tak tau nak tengok citer pe.banyak macam boring2 je,kau gilakah nak suruh aku tengok bini-bini ku gangster? bukan nak mendownkan cerita melayu,tapi kau faham sendirilah.

berbalik pada topik asal,okey aku tak rasa rugi tengok cerita ni sebab bukan aku keluar duit pun...kahkahkah okey kang tak pasal2 kena hempuk.not bad la cerita ni kira tak rugi tengok sebab memang lawak dia kering gila.aku yang dah lama tak gelak dengan ikhlas,maka telah gelak hingga melampau ikhlas fine ini ayat auta semata-mata.bagi aku best lah tak la boring kira setiap part memang lawak walaupun dalam mood serius.kira aku tumpu habislah tak la macam selalu dok tidur dalam panggung sebab boring yang melampau.so,sesiapa yang tak tengok lagi,boleh pergi tengok sendiri kalau rasa2 macam tak best,itu nasib kaulah ingat jiwa kita ni sama ke? hati aku lain hati kau lain ikut suka hati akulah nak kata best ke tak.

okey sebenarnya ini bukan review filem sekian terima kasih kekasih =p











Beautiful_Rose

Monday, October 24, 2011

Nilai Mengikut Peredaran




Dulu masa sekolah aku selalu rasa duit rm100 tu macam banyak sangat.macam2 benda boleh dapat dengan rm100.bila dah mula kerja dengan gaji basic,aku selalu rasa yang rm1000 tu lebih banyak daripada rm100.tapi bila dah tengok betul2 nilai rm1000 tu,baru aku rasa macam nilai rm100 dengan rm1000 lebih kurang sama je.sebab bila dah mula kerja dah tinggal asing2 dengan keluarga,kita kena sara diri sendiri dan tak boleh harap lagi family akan bagi.


okey,sedang sengsara sekarang!







Beautiful_Rose

Friday, October 21, 2011

Masa Lapang Yang Kosong







gambar2 tu? kerja orang boring macam ni lah...nak ajak sembang dengan kawan,kawan pula tak de.duduk menung je sorang2 kat hostel ni,bosan tau.so,terjumpa sehelai baju yang dah agak lama juga aku beli,tak silap tahun lepas kot beli kat CM.tapi tak pernah pakai pun...sebab nampak terlalu kosong dan berwarna putih.faham2 jelah warna putih ni telus dan tulus segala macam bayang boleh nampak.sebab tu lah aku tak pernah pakai walaupun dah beli lama.

so,nak bagi cover jangan nampak terlalu putih,aku pun mulakan proses DIY.dengan lebihan kain perca baju raya tahun lepas,beserta dengan beberapa butir manik yang masih berbaki,aku pun mulalah buat bunga2 sikit untuk lekat kat atas baju putih tadi.dan..dah siap hasil adalah seperti gambar rajah di atas.....fine tau lah buruk aku tak pandai nak deko sanagt sebab aku sendiri pun main lekat je macam tu.tak plan pun nak buat corak,asal siap boleh pakai sudah.








Beautiful_Rose

Thursday, October 13, 2011

Elektrik Statik


Awas,jauhkan jarak anda! kecuali jika anda adalah bahan penebat...aiseh masalah betul.sebenarnya dah lama pun sejak dari klinik lama just baru2 ni je macam makin kerap.macam ni,dalam badan aku ni ada sedikit arus elektrik yang tidak dapat di kenal pasti dari mana datangnya.elektrik statik bila berhampiran dengan aku macam ada satu cas elektrik.sebenarnya bukan aku sorang je,member aku sorang lagi pun alami masalah yang sama.kadang2 bila aku tersentuh dia,tiba2 macam ada arus elektrik kebas2 jugak la jari bila terkena.

ada masa2 tertentu bila tersentuh barang2 berunsur besi pun kami akan alami kejutan elektrik secara tiba2 walaupun benda tu berada jauh dari barang elektrik...macam tombol pintu misalnya.masa aku nak buka pintu untuk patient,pegang je tombol tu terus macam kena kejutan sampai aku rasa macam fobia nak sentuh tombol pintu dalam klinik ni dah.pernah sekali aku nak pas ubat kat member aku yang juga punya masalah yang sama,dan kami sama2 terkejut bila jari tersentuh.doktor rasa macam pelik juga ingat kot saja aku berkelakuan pelik macam tu sampai lah satu hari tu,aku nak bagi itelefon pada doktor,then masa tu tiba2 ada cas elektrik.terkejut doktor aku masa tu.

risau juga kadang2 tu....tapi benda ni tak lah berlaku hari2 just pada masa2 tertentu je ada cas elektrik macam tu.tak tau dari mana datangnya arus elektrik ni...ada sesiapa kat sini tahu apa puncanya tak? meh share dekat aku macam mana nak hilangkan elektrik statik dalam badan aku nieh.... -_-"








Beautiful_Rose

Monday, October 10, 2011

Terapi Jiwa



Kemainlah semangat pagi2 dah keluar pergi pasar...ini semua pasal kepala otak dah blur tak boleh nak berfikir sangat.bila tinggal sorang2 kat hostel lebih menggalakkan lagi kesentapan hati secara drastik.perasaan macam ni memang sangat tak membahagiakan di tambah dengan suasana sunyi dan sepi.nak menjahit macam dah tak ada mood,membaca pun dah habis buku tu aku baca.so,gigih blogwalking secara random baca dan baca tapi tak tinggal komen pun sebab tak tau nak kata apa.then terjumpa la beberapa blog masak memasak.

mula2 cari resipi murtabak,tapi macam leceh je nak uli2 tepung bahan pun banyak bagai.lepas tu cari donut...keliru pulak dengan baking powder.so,tanya la member2 yang tau...sudahnya bila sampai kedai jadi macam lost semua ingatan pasal donut sebab keliru nak guna yis atau mauripan.haih..orang tak pandai masak jadi macam ni ler...so,main beli je apa yang terjumpa.aku beli ikan,ayam,sayur kacang,sayur sawi,daun sup,santan,limau kasturi,bawang,kentang,halia. semua bahan stok untuk sebulan punya.petang tu,gigih dok selongkar blog masak cari idea nak masak apa,last2 terfikir pasal kuih cara.

aku suka makan kuih cara.paling aku suka cara manis...alah yang bergula tu warna hijau.tapi yang ni aku buat cara berlauk kasi berat sikit sebab cara manis tu macam simple sangat.dan jumpa la resipi cara berlauk kat blog ni....(klick) tapi aku olah sikitlah resipi tu guna ayam.selalu orang buat cara berlauk guna daging,tapi sebab aku tak beli daging so aku gantikan dengan ayam.not bad lah rasa dia just guna ayam lain sikit ler...tapi boleh di makan lagi.untuk percubaan pertama terhangus la pulak sebab aku biarkan terlalu lama.tapi still boleh makan lagi yang hangus tu bahagian luar je.dalam masih ok lagi.


okey gambar di atas adalah hasil dari masak memasak tadi...beginilah rupanya.tak la cantik mana pon.firstime buat nieh...tak pernah aku bermimpi nak masak kuih cara berlauk.aku ingat tadi aku bancuh sikit je kot bahannya.entah kenapa bila masak jadi berganda macam ni.tapi tak pe lah lebih simpan wat makan sarapan esok.so,sesiapa nak try,boleh tengok resipi di blog ini (klick) okey selamat mencuba.... =p









Beautiful_Rose

Kering Kontang Sebelum waktunya



Adalah sadis rasanya bila hidup dalam kekeringan sebelum waktunya.maksud aku macam ni bayangkan kau berpenat kerja siang malam sampaikan hari yang sepatutnya kau cuti pun kau saja kerja sebab nak ot.dengan harapan bila hujung bulan kau mampu tersenyum sampai ke telinga bila dapat hasil dari kau berpenat selama sebulan.tapi sangat kesian ye bila sebulan kau berpenat tapi dalam masa sehari je duit gaji kau habis macam tu je.seolah2 menabur baja di dalam pasu kosong,tak ada hasil.

minggu lepas aku dapat gaji dan macam biasa aku akan keluarkan separuh dari gaji aku untuk di guna pakai.tolak tambah bahagi darab semua,just tinggal rm50 je untuk kau jimat2 belanja.kira dalam ATM masih ada baki yang boleh kau simpan untuk masa2 sesak nafas beserta baki untuk simpanan tanpa perlu di usik hingga hujung bulan nanti.tapi apa kan daya,rasa bahagia tu datang sekejap saja.kau balik rumah adik kau datang dekat dan nyanyi lagu sumbang kat telinga kau sampai bernanah...



"kakak,cikgu amir cakap bank in separuh yuran rm....sekian ratus-ratus"


"ko ada rm....sekian puluh-puluh tak,pinjam jap nanti aku bayar"



jenis lirik lagu yang macam ini memang boleh bikin hati terguris pedih,tahu.tak bagi kang kesian pulak,lagipun aku dah janji dengan adik bongsu nak support yuran dia pergi jambori sana.so,bagi jugaklah...kesnya adik kedua macam biasalah PTPTIPU dia tak masuk lagi.pening nak bayar itu ini sewa rumah lagi tambang pergi kelas lagi nak pulak duduk kat tengah kota besar lagi haru duit mengalir macam air laju je non stop.so,bagi jugaklah nanti PTPTIPU dah masuk janji bayar balik.nasib baiklah adik lelaki kat pahang jauh sana tak minta apa2 lagi.tu pun tunggu jelah kadang berbunyi jugak dia yelah pinjaman PTPTIPU tak de,so memang betul2 mengharapkan belas kasihan dari ayah dengan aku lah.

inilah dunia ekonomi tunggang langgang gaji naik pun macam tak ada makna.yelah dan2 tu jugaklah harga barang turut melambung naik,sama je rasa hidup dengan gaji basic masa aku mula2 kerja dulu.lepas tu,dengar2 top up telefon nak di kenakan cukai...memang hampagas betullah diaorang ni tak bersimpati ke dengan kami2 yag serba kekurangan ni.aku jarang guna telefon kredit pun tak berapa nak luak.tapi tetap terasa jugaklah beban tu...kau sendiri faham la walaupun 60sen tetap duit jugak... -_-"









Beautiful_Rose

Thursday, October 6, 2011

Beza 2009 - 2011



2009 2011







Jimmy dan jenny semakin membesar semakin menggemuk...dulu kecik comel je rasa nak gigit macam biskut.sekarang gila punya besar lebih besar dari tangan aku tengok gambar atas sekali beza betul kan tahun 2009 dengan tahun 2011.berat pun boleh tahan jugaklah lebih berat dari batu bata.makan ikan bilis pon boleh berat macam tu...seriau aku nak makan ikan bilis lepas ni =p dulu siap boleh lambung2 sekarang memang tak mampu la aku nak melambungnya...gila kau berat macam batu!

mak aku pernah tanya,besar mana saiz sebenar die bila dewasa...aku sendiri sebenarnya tak pasti saiz dewasa dia besar mana.semakin hari semakin besar lak aku tengok,risau jugak sebenarnya.yelah dari bekas kecik tukar ke bekas tanam sayur hidroponik,agak2 kau besar mana ye? memang tak muatlah kan...aku harap ini saiz terakhir dia.kang makin besar mana aku nak letak? silap2 jadi kerusi duduk kat laman luar...aku bukan apa,kalau takat jadi kerusi duduk tak apa lagi,kalau jadi sebesar macam kat zoo tu apa cerita? tak pasal2 kebun sayur mak ayah aku jadi makanan.dah tu kau bayangkan lah saiz besar gabak macam tu makan ikan bilis mana cukup....kurang2 seekor jerung weh.... -_-" fine itu tipu








Beautiful_Rose

Wednesday, October 5, 2011

Kembali Akhirnya...



Hari raya hari tu aku ada la tension sikit pasal kehilangan si gemuk jimmy tersayang.fine aku tak tau mana dia menghilang,tau2 je penutup sangkar dia macam dah terbuka so,yang tinggal dalam tu jenny je dan jimmy hilang entah ke mana.aku try cari keliling rumah sampai ke semak samun tapi still tak jumpa.dok panggil2 tapi senyap tak sahut pun.then aku balik rumah dengan hati yang sebal dan kecewa amat.lama dah aku bela jimmy dengan jenny ni sampai gemuk berat macam tu.then bila hilang memang terasa.

tiba2 satu hari tu selepas seminggu lebih jimmy hilang,akhirnya dia di jumpai di rumah jiran aku.kata mak,nampak budak tu main dengan kura2 tu then mak tanya mana dia dapat kura2 tu,so budak tu cakap jumpa dalam longkang.masa mak ambil jimmy,badan dan mulut jimmy kotor dan comot.mungkin betul lah kot cakap budak tu jumpa dia kat dalam longkang.so,mak ambil dan bawa balik si jimmy ni ke rumah.mandikan dia dan letak balik kat tempat asal dia.

jimmy ni pada asalnya memang agak nakal dan degil.bukan nak duduk diam...letak dalam bekas asik nak memanjat keluar je.ayah cakap pernah satu hari tu jimmy terjatuh dari tempat tinggi nasib baik tak apa2 sebab cengkerang dia tu dah keras macam batu.asal dapat je jejak kaki keluar,memag galaklah dia terus lari meluru entah ke mana2 sebab excited barangkali dapat tengok dunia luar.tu yang sampai boleh hilang seminggu tu,mesti dia dok merayap sampai lupa jalan pulang.

tapi,sejak dia di jumpai kembali,nampak macam dah baik sikit lah dah tak nakal degil macam dulu lagi.sekrang dia duduk diam2 je kat dalam bekas tanpa banyak cerita.mungkin jimmy dah serik trauma kot berhujan berpanas berlongkang selama seminggu.entah makan ke tidak dia,kalau makan rumput rumpai pun gerenti tak sesedap ikan bilis yang di beli di pasar.sah2 si jimmy ni dah serik kot...now si jenny tu pulak buat hal.dia pun nak jugak main2 kat luar.mana mau duduk diam dah asyik memanjat keluar je kerjanya.ni mesti jimmy ada cerita yang bukan2 kat jenny sampai terpengaruh nak tengok dunia luar jugak..hailah kura-kura....










Beautiful_Rose

Dengan harapan



Blog bertukar wajah tak sampai 6bulan pon...see nampak sangat bosan yang melampau.rasa tak semangat nak tengok blog sendiri lebih suka menempel di laman orang lain.so,agak2 cuti ni gatal tangan dok tukar header dengan background sekali.kali ni tema putih comot2 dengan dakwat kat tepi2.sebelum ni dah pernah guna pun background ni tapi dulu masih mengekalkan tema yang sama hitam gelap.kali ni kita bagi cerah sikit barulah cerah masa depan...ye dak? header tu pulak kasi edit2 sikit tu gambar pemandangan dari atas kat bukit tinggi pahang.kali ni mainan warna agak minimum dari yang sebelumnya tapi masih tidak lari dari merah,hitam,putih.

owh tidak lupa gambar profile jugak sudah tukar sekian lama dengan gambar lama kali ni tukar gambar lain pulak.berharap dengan penukaran kali ini buat aku jadi lebih tenang untuk menulis entry macam yang sebelum2nya.sebenarnya baru2 ni aku dah tukar pun background gambar lain...tapi rasa semak dan sesak pulak bila tengok gambar tengkorak dengan bunga rose yang bersepah sana sini tu.so,aku rasa macam ni better la tak la sarat sangat aku tengok...









Beautiful-Rose

Saturday, September 24, 2011

Impian Bersama


Malam Kelmarin hari ahad aku ke tempat kerja scandal sudah janji mahu berjumpa dia petang tu.tapi aku tukar masa sebab aku pulang agak lewat ke rumah.sampai rumah terus pergi mandi dan siap2 keluar terus ke tempat kerja scandal.sembang2 kosong lama tak lepak sama,tanya khabar pasal kawan2 kolej dulu,ramai juga yang dah bawa haluan hidup masing2 tak kurang juga yang sudah berkahwin.menyentuh perihal kerja,aku dan scandal mengeluh panjang.....scandal mahu cari kedai kosong untuk di sewa,tapi di tanjung malim ni mana nak cari kedai kosong.kalau ada pun mesti mahal dan modal untuk peralatan pun rasanya masih belum mampu untuk diadakan.

dulu,masa di kolej aku,scandal dan kekasih gelap pernah meyimpan impian dan cita-cita untuk punya kedai sendiri.pernah berangan2 untuk menjadi share partner kedai jahit.scandal dan kekasih gelap di bahagian jahitan dan aku bahagian sulaman.sama2 punya impian mahu buka perniagaan kongsi dan sama2 jadi bos.tentu seronok begitu 3 sahabat dapat bekerjasama dalam bidang yang sama mengikut salur yang diminati.tapi selepas setahun habis belajar masing2 membawa haluan berlainan bertentangan dengan apa yang di cita-citakan dulu.aku masih kekal di tempat lama,scandal juga begitu dan kekasih gelap bekerja sebagai pembantu makmal di sana.

bukan tak cuba mencari tapi,bila di fikirkan kerja mengambil upah menjahit di kedai orang agak tidak berbaloi berbanding dari perniagaan sendiri.lebih kurang suku daripada separuh hasil yang kita akan dapat sedangkan kita menjahit 100% untuk sepasang baju dan hanya menerima upah suku daripada separuh! dan tuan punya kedai mengaut keuntungkan yang berlebih-lebihan ini tidak adil.maka,kami buat keputusan untuk hanya mengambil tempahan dari rumah saja itu pun jika punya waktu dan kesempatan kerana kekangan kerja ada masanya buatkan kami rasa sangat penat.dan sebab itu juga aku jarang sekali mahu menerima sebarang tempahan menjahit jika tak punya masa yang banyak.dan entah bila semua ini akan berakhir sedangkan dalam hati masih lagi meyimpan impian yang dulu...








Beautiful_Rose


Thursday, September 22, 2011

Baru Belajar








disebabkan aku selalu ditinggalkan oleh roomate keseorangan kat bilik nieh,maka aku cuba cari something untuk terapi jiwa aku yang sunyi ni.yelah bila tinggal sorang sunyi macam ni,hati tu mudah sangatlah nak sentap tanpa sebab.hari2 bercakap dengan domo dan april boring juga.sebab diaorang bukan boleh balas balik dengar pun tidak.so,aku fikir adalah lebih baik aku buat benda2 berfaedah macam ni...ye aku tau bunga2 kat atas tu agak buruk.aku baru belajar buat tu.gigih tengok tuto kat youtube...cadangan asal nak buat sulam reben,tiba2 terbuat bunga felt pula.heheheh tak kisah lah janji masa aku tak lah rasa kosong sangat.

sulam reben kesnya aku tersalah beli jarum tersalah saiz so,reben tu tak muatlah nak masuk kat lubang jarum tu.tapi tak pe,aku dah beli baru tengah hari tadi.4 saiz jarum aku beli sekali senang sikit kerja aku nanti.hehehe seronok sangat masuk kedai alat jahitan tadi,langsung aku terbeli beberapa jenis manik yang sweet2 dengan benang sulam.rambang mata kot bila masuk sana rasa macam best gila...kalau boleh semua aku nak beli.tapi takat ni je yang aku mampu nak lebih2 tak boleh gaji belum masuk.kang tak memasal je hujung bulan aku makan balik jarum dengan benang tu.tadi aku dah try buat sulam reben bunga rose...menjadi tapi tak lah secantik macam dalam buku.tapi tak pe,masih cuba buat sampai jadi.nanti siap aku upload kat sini okeh!








Beautiful_Rose


Tuesday, September 6, 2011

Penyakit Hari Raya


Hai,hai...blog sudah semakin sepi yup penulis semakin malas tapi rajin belajar masak,okeh ini alasan terbaik sekian.lupakan soal masak memasak fokus utama pada tajuk hari ini.penyakit hari raya.bulan lepas kita cerita pasal penyakit bulan puasa,tapi hari raya tak kurang juga hebatnya.cuti raya aku tak banyak tahun ni,better la sebab aku malas nak cuti lama2 bukan aku ada ke mana pun.so,jumaat masuk kerja dan seperti yang di duga patients adalah sangat ramai.bulan puasa patients kurang penyakit pun kurang takat gastrik di bulan puasa itu biasa.

hari raya jenis penyakit memang hebat! darah tinggi,kencing manis,gout,food poisoning,demam ini memang jenis penyakit paling banyak di hari raya.biasa...bulan puasa makan sehari 2x je tu pun masa sahur mana nak lalu makan.so,kolestrol,gula semua terkawal.hari raya bagaikan pesta makanan.apa terhidang semua nak di balun cuba,padahnya penyakit melanda.dan income kembali normal seperti asal di mana keadaan klinik adalah sangat bz.berpusu2 org keluar masuk sampaikan tak sempat nak duduk senang lenang walaupun 5minit.apa lagi nak berFB dan blogwalking kan.

tapi kesian juga kat orang2 sakit ni,nak makan boleh bukan tak boleh.tapi just pandai2 la kontrol kalau nak sihat kalau tak nak makan ubat kalau tak nak kena cucuk.ubat ni pun bukan elok sangat dok makan selalu toksin banyak,so better diri sendirilah kalau nak sihat,amalakan cara pemakanan yang sihat.lemang,rendang ketupat,kuih2 raya masih boleh di makan seperti biasa tak siapa halang.just kuantiti tu ikut berpada2 jugalah.ni asal nampak sedap je semua nak balun,kang sakit sendiri juga yang susah.takut weh tengok orang dok ambik stok ubat banyak2 ni tak terbayang aku macam mana nak telan ubat banyak2 macam tu.paling penting,senaman ye untuk mengekalkan kerampingan perut anda di hari raya =p








Beautiful_Rose

Wednesday, August 31, 2011

Rayalah!



Blog semakin usang jadi aku tukarkan mood yang asal merah hitam warna penuh misteri.ah,apa beza tak ada tapi cukuplah sekadar seringkas ini.hari raya tukar cat pula latar belakang hitam gelap tapi aku suka.senang begini bisa menutup cela yang terserlah.nampak sangat macam pengecut.apa de hal? mood nak berblog macam dulu semakin menghilang.samada kehidupan realiti yang sudah berubah atau diri sebenarnya telah berubah.aku tak peduli semua tu yang penting adalah diri sendiri.yup aku memang manusia yang pentingkan diri penuh egois sebab aku dah penat menjaga hati orang.

mungkin aku terfikir untuk berhijrah ke laman blog baru...mungkinlah.nak mention kat sini? rasanya tak perlu kot jika anda terjumpa,anda memang hebat! baik2 ini memang di tujukan khas buat 2orang tertentu kalian memang hebat! aku terpaksa mengakuinya...hehehe apa pun raya tahun ni aku rasa tak la best mana pun...biasa2 je atau dalam erti kata lain aku malas nak memikirkan mood raya.lagi cepat masuk kerja lagi bagus,aku nak cepat2 balik ke bilik sejuk tu.biar pun tinggal sorang2 it's better tak serabut kepala otak nak layan tetamu yang datang.cakap terang2 aku memang tak nak orang datang,ada faham?

hahahah keji kan,nak larang orang datang...tapi apa boleh buat,aku just nak habiskan cuti ni dengan duduk tidur di rumah tanpa sebarang gangguan.so,tak perlu susah2 nak undang aku ke mana2 sebab aku memang tak ada mood nak raya.mood nak kerja je yang berkobar2 pe de hal kan......jumaat ni aku dah mula masuk kerja macam biasa.dan bermulalah kehidupan seperti biasa dan mungkin juga ada yang berubah,siapa tahu kan......





Beautiful_Rose

Friday, August 26, 2011

Gastrik Alasan Untuk Tidak Berpuasa

:: entry tahun lepas kitar semula ::

Hari tu cerita pasal puasa dan kesihatan hari ni aku cerita pasal gastrik pula...ada orang suka sangat bagi alasan macam ni kan..."saya tak boleh puasa,nanti gastrik" pernah dengar kan alasan macam ni? ini aku panggil alasan nak makan penampar.sebab apa,siapa cakap orang yang ada gastrik tak boleh puasa sila angkat hidung! hahaha jangan nak memandai ya orang yang ada gastrik juga boleh berpuasa.malah,digalakkan puasa sebab puasa adalah salah satu cara untuk kurangkan penyakit ini.so,kalau ada yang cuba nak bagi alasan macam ni,jangan la korang percaya.... penyakit gastrik ialah apabila berlakunya luka kecil di bahagian usus iaitu duodenum (ulser duodenal) ataupun ulser gastrik di bahagian perut...luka dalam perutlah tu susah sangat nak faham.okay kat bawah ni ada tanda2 jika seseorang itu mengalami gastri...
.
Gejala
- Sakit perut dan rasa tidak hadam. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut.- Rasa pening kepala.- Terasa sakit di ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.- Loya atau muntah.- Badan rasa lemah lesu.- Berat badan menurun

- Najis menjadi hitam atau gelap dan mungkin keluar darah ketika buang air besar yang menunjukkan ulser sudah menyebabkan pendarahan.

gastrik juga adalah sebab pemakanan yang tidak tepat,kalau korang tengok kat atas tu "angin" so,kalau boleh elakkan la daripada makan makanan yang sejuk dan boleh mengundang angin seperti kobis,ubi,makanan pedas,kacang dan berminyak.lagi korang makan makanan macam ni,lagi bertambah la gastrik korang tu.lagi satu,kalau makanan kunyah tak hancur atau tak hadam.aku tau la sebab aku pun gastrik jugak.haiiyoo kantoi banyak betul penyakit aku ni ya memang lemah antibody betul =p lagi satu,selalu juga aku dengar ada orang ambil ubat tahan sakit dan kadang2 panadol untuk hilangkan sakit gastrik nieh.

. aku bagitahu kat korang ni,amalan mengambil ubat tahan sakit atau nama glemernya "pain killer" memanglah nak cari nahas namanya.sebab terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit boleh menyebabkan asid di dalam perut bertambah dan mengalami kelukaan.ada jenis2 ubat tahan sakit yang tidak mengganggu perut.so,sebelum korang pandai2 nak beli ubat tu,sila rujuk doktor dulu jangan main telan je ye.kalau beli kat farmasi,korang kena bagitahu pada ahli farmasi tersebut yang korang ada gastrik.

antara pain killer yang selalu doktor bagi pada pesakit gastrik adalah mobic dan tramadol ini yang ada kat klinik tempat aku kerja. . berbalik pada gastrik selalunya doktor akan bagi ubat seperti gaviscon,tagamet,evilene sama ada bentuk cecair atau tablet kunyah,domper atau motidone.lain2 adalah ubat angin seperti cuplaton,gelusil,actal,charcoal,gascoal.ubat2 ini perlu di ambil sebelum makan ya jangan memandai selepas makan pula.if korang dah termakan,boleh tunggu selama1/2jam baru boleh makan ubat gastrik tu. . untuk elakkan gastrik pada bulan puasa ini,sila kurangkan pengambilan makanan pedas,berminyak,yang masam atau seumpamanya.dengan cara ini boleh mengurangkan rasa pedih apabila berpuasa nanti.sebab kalau terlalu banyak makan makanan tersebut boleh menyebabkan angin banyak dalam perut.sebab tu ada sesetengah orang tu kerap sendawa dan diiringi dengan rasa pedih kat ulu hati.untuk maklumat lanjut,boleh baca kat sini ya.okay cukup untuk hari ni aku penat nak rehat jap...





Beautiful_Rose


Friday, August 19, 2011

Kebaikkan Berpuasa (Untuk Kesihatan)



:: kitar semula entry tahun lepas ::



Wahh tajuk entry ala2 macam pakar kesihatan pula betapa berilmiahnya blog ini kan =p perasan sungguh diri ini.okaylah tak mahu membebel banyak sangat nanti boring *sedar diri...
.
semua orang tahu puasa memang bagus untuk kesihatan, sebenarnya sistem dalam badan akan berehat seketika daripada memproses segala macam makanan yang masuk dalam perut.dan pada masa inilah proses mencuci perut di jalankan melalui bahan buangan.maksudnya puasa bekerja mengusir racun dan bahan2 yang merbahayakan keluar dari tubuh.yelah setiap hari kita makan dan kita kadang2 tak ambil tahu tentang tahap kesihatan kita.mungkin terlebih zat atau mungkin juga terkurang zat,dan ini boleh mengundang bahaya pada kesihatan kita.
.
puasa juga boleh mengubati penyakit organ dalam tubuh seperti :-
.
- sesak nafas dan bronkitis
dalam erti kata mudahnya penyakit alahan seperti sesak nafas,selsema dan lain2.hahah yang ini bagus untuk aku.menurut satu kajian yang dibuat di universiti Raja Khalid,kajian memperlihatkan keadaan kesihatan kedua paru2 akan bertambah baik.ini kerana penyebabnya adalah kosongnya perut dari makanan dan memberi kesempatan bergerak bagi sekatan rongga badan secara leluasa sehingga prestasi paru2 menjadi semakin baik.
.

- Endoktrin penyakit kelenjar tersekat
para ilmuwan dan para pengkaji menegaskan berpuasa dapat mengaktifkan prestasi fungsi kelenjar pada tubuh.yang di mulakan dari kelenjar lendir yang berada di dasar otak sampai ke kelenjar halkum ini bagi lelaki ye sebab perempuan tak ada halkum ya.
.

- Migrain sakit pada kepala
Dari kajian ilmiah berpuasa boleh mengubati lebih dari 80% penderita penyakit ini.mereka telah menjalankan terapi puasa selama 2minggu secara berterusan.jika puasa di teruskan berulang sehingga 3-4 bulan,maka gejala penyakit tesebut akan hilang keseluruhannya.keadaan ini berlaku apabila puasa yang kedudukkannya menyerupai sikap bekerja yang membersihkan saraf dan sel2 otak hingga aktiviti dan fungsi saraf menjadi normal.hahah adakah anda sanggup puasa selama 3-4bulan? nak sihat kan cuba dululah ye tak.

.
- Obesiti kegemukkan berat badan
yang ni best untuk sesiapa yang ingin berdiet ya memang sangat berhasil dan hasilya sangat lumayan.cubalah sebab aku dah try =p okay sebab apa aku cakap macam ni...sebab semasa berpuasa hati akan bekerja dan mengambil gula dan lemak yang tersimpan di dalam tubuh untuk di alihkan menjadi tenaga yang menggantikan kekurangan pada tenaga asas yang menggerakkan organ2 penting.dengan berpuasa kita boleh menganggap sebagai saranan berkesan untuk melarutkan minyak dan lemak yang tersimpan di dalam tubuh yang mengakibatkan lebih berat badan.tapi lebih berkesan lagi kalau diiringi dengan senaman ringan.kang kalau kau berjoging time puasa lalu pengsan,jangan nak saman aku ya.wah panjang lebar penerangan pasal ni tahulah dah try kan =p lumayan okay kalau dalam masa 1tahun boleh turun sampai 8kg! rajin2 lah puasa ya.

.
okay cukuplah aku bagi sikit saja...sebenarnya ada banyak lagi jenis2 penyakit boleh di kurangkan melalui puasa macam penyakit pembuluh darah,kencing manis,darah tinggi,penyakit kulit,kanser,sakit mata,penyakit hati,alergi dan lain2 lagi...untuk maklumat lanjut,sila google atau boleh baca kat sini ya.bagus puasa ni tau sebab boleh singkirkan banyak toksin merbahaya dalam badan.






Beautiful_Rose


Thursday, August 18, 2011

Semakin Hilang




khamis.....
surat cinta aku dari contest kapten telah di publish
aku semakin bz dengan baju2 yang nak di jahit
kerap off dan ot kerja
kerap homesick tak tentu pasal
kerap sakit perut
kerap mengabaikan diri sendiri
malas nak pedulikan orang2 sekeliling
semakin jauh dan menjauh
sudah jemu dengan blog ini selepas 3tahun bertahan
hujan hari2 panas kadang2 aku kerap demam
gastrik turun naik
selera makan semakin hilang
kritikal bila mula bercakap dengan domo dan april sendirian


:: rehat...tapi tak tahu untuk berapa lama lagi
:: segan dengan surat cinta tu sebenarnya
okeh nak sorok muka dulu=p
:: ini entry auto publish aku tiada di depan pc kini...









Beautiful_Rose



Saturday, August 13, 2011

Yang Dikenang






entah kenapa dalam bulan puasa ni,aku kerap teringatkan ko semua yang pernah berlaku satu masa dulu.aku pernah cuba untuk sms ko berkali2 tapi lepas habis aku taip,aku tekan button save bukan send.ye...mengaku la aku segan sebenarnya.kita kawan tapi entah...mungkin cebis2 kenangan dulu tu buat aku rasa nak teringat kat ko.kisah kita terlalu ringkas hanya untuk beberapa bulan saja.tapi aku tak marah...sebab keputusan adalah dari kerelaan kedua2 belah pihak.

seingat aku,kita tak pernah bergaduh dan serasa aku ko tak pernah marah2 pada aku.cuma aku terkesan yang ko mungkin ada rasa kecik hati sikit pada aku dulu.*mungkin aku sendiri pun tak pasti.sebab ko sendiri tahukan macam mana aku dan ko dulu,nak kata mesra mungkin suam2 kuku je.dan salah aku juga...sebab aku macam tak pentingkan ko kadang2 aku sendiri sedar masa arwah opah aku meninggal tahun lepas.aku just bagitau ko yang aku kena balik kampung sebab opah aku meninggal.dan selepas tu aku senyap ko sms aku tak balas,sebaliknya banyak perkara yang aku luahkan kat blog mungkin ko terbaca.

ko tau,aku paling ingat bila setiap kali aku nak balik kampung,ko akan tunggu dan temankan aku kat pudu sampai aku naik bas.masa tu aku masih study lagi kat kuala selangor...dan aku masih tak tau macam mana nak guna train untuk ke tanjung malim.aku rasa ko baik sangat sebab sudi temankan aku sampai naik bas sedangkan ko sendiri terpaksa pulang ke rumah lewat dari hari biasa.aku berterima kasih untuk tu,lagi2 bila ko dengan baik hati tolong angkat beg aku yang berat macam batu tu.mulanya aku larang,tapi ko tetap nak tolong juga.aku ingat lagi ayat ko masa ni "beratnya, isi apa dalam ni?"

ko tau,sebenarnya aku rasa serba salah sangat sampai hari ni sebab pernah buat ko kecik hati dulu.harap ko maafkan aku kalau dulu aku pernah buat salah silap pada ko dulu.kita kawankan? yang dah lepas tu biar jadi kenangan...aku pun tak pernah nak sakit hati kat ko walaupun dulu ko yang cadangkan supaya kita tak teruskan kisah kita dulu.mungkin betul cakap ko, ini yang terbaik untuk kita.mungkin kita tak serasi bersama dan mungkin juga masa tu kita masih belum cukup bersedia untuk berada di tahap serius macam tu.

:: aiseh...pesal ayat aku bunga2 lak nieh -_-"
:: aku minta izin tulis ini untuk ko,maaf kalau tak suka
nanti aku delete post ini.





Beautiful_Rose

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Menjelang Lagi




Assalamualaikum.....
selamat berpuasa kepada semua umat islam.
moga ramadhan kali ini kita mendapat lebih
keberkatan dari yang ESA.
ameen...








Beautiful_Rose

Thursday, July 28, 2011

Penting Jaga Kesihatan


gambar semasa demam denggi

yang dibulatkan adalah sejenis tiub atau jarum sepanjang 2inci yang terbenam di tangan.3 semuanya tangan kiri 2 dan tangan kanan 1 untuk masuk air.bulatan kedua untuk ambil darah dan yang ini telah di picit tekan oleh nurse yang agak kasar.bulatan 3 pula adalah tiub untuk masuk air semasa di wad kecemasan juga telah menjadi mangsa picagari gergasi pada malam tersebut.dan parut dari kesan tusukkan ini,masih ada hingga sekarang.sadis rasanya semasa di dalam rawatan.

so,pada sesiapa yang tidak mahu berkeadaan begini,harap jagalah kesihatan sebaiknya.kalau ada rasa tak sedap badan,cepat2 jumpa doktor,chek takut kalau2 ada penyakit lain.jangan jadi macam aku ambil lewa soal kesihatan.ingat demam biasa je tak sangka denggi dah menular.nasib baik cepat...tak lah cepat sangat tapi kira nasib baiklah aku masih selamat dan hidup hingga kini.agak2 kalau aku tak jumpa doktor jumaat tu,rasanya aku tak akan update dah blog ni hingga kini.untuk baca entry yang lepas2 boleh klick pada link di bawah......











Beautiful_rose