Friday, April 29, 2011

Alasan Terbaik Tidak Blogwalking!


Sejak2 semakin bz ni,masa terasa begitu sempit.sampaikan nak blogwalking pun dah tak sempat apa lagi nak balas komen.dan bila ada masa cuti aku cuba untuk curi2 juga sikit masa untuk blogwalking dan membalas komen.dan hasilnya baru aku sedar rupanya dah sebulan aku tak balas komen.so,bila ada free macam ni,ambik kesempatanlah nak balas semua komen yang ada.maaf banyak2 la bukan sengaja pun tak blogwalking just kadang2 tu ada sesetengah blog macam tak sudi nak terima kunjungan aku.sebab...




- bila aku klick link nak masuk blog korang,hanya skrin putih tanpa warna akan terpapar beserta dengan nota ringkas ini "Internet Explorer cannot display the webpage" aku just try untuk 3x cubaan je.kalau hasilnya masih sama,aku terus klick tanda pangkah kat atas tu setel.

- blog korang yang dulunya aku rasa best,tiba2 jadi macam tak best bila ada iklan ditengah2 entry.sampai aku nak baca entry pun terasa seperti payah sebab gangguan iklan tu.letak je kat sidebar tu kan nampak kemas sikit.yelah...aku sedar blog aku tak ada iklan,so korang tak perlu la nak perli aku sampai macam tu sekali.kecik hati i tau =p

- aku syak blog korang mengalami obesiti yang melampau.sebab terlalu berat weh...internet dah la slow macam siput.nak tunggu loading tu,sempat lagi aku pergi tidur dan makan berkali2.kadang2 tak pasal2 komputer aku jadi hang,ini boleh mendatangkan marah.better blog korang diet la skit bagi ringan.bila loading lama sangat,laju je nak klick tanda pangkah merah tu tau.

- kotak sembang shout box atau chat box atau yang seangkatan dengannya menjadi penyambut tetamu kala aku menjengah ke blog korang.maksud aku saiznya yang lebih besar daripada header korang.haiyoo...ini sangat tidak bagus ye sayang.sebab aku jarang amat mengetuk kotak sembang tu.lebih fokus kepada baca entry dan komen.tak kira la boleh sorok ke tak ke tetap rasa tak best dan kadang2 buatkan blog korang menjadi berat dan pc aku jugak jadi hang.

- padat! maksud aku bukan entry tapi tulisan.tak faham? maksud aku tak ada perenggan.start dari intro sampailah ke penghabisan.sambung menyambung sampai kadang2 aku terhilang punca sekejap.bila nak cari balik,tergagau sebab hilang.better buat perengganlah eh,nak baca senang sedap juga mata memandang dan nampak lebih kemas.tak lah berpinar mata nak membacanya nanti...

- ayat penegasan.maksud aku huruf besar je memanjang.dari atas sampailah bawah semua huruf besar.kadang2 bila nak baca tu terasa macam sedang baca tanda amaran macam entry marah.sebab dah semuanya huruf besar je kau guna.better gunalah huruf kecil sebab bagi aku,boleh hilangkan mood nak baca entry tu.mungkin ada sesetengahnya tak kisah.tapi aku sangat kisah tengok je semua huruf besar,langsung aku tak jadi nak baca.

:: teguran membina ni terpulanglah nak terima ke tak kan
blog korang bukan blog aku pon =p ...







Beautiful_Rose

Thursday, April 28, 2011

Cinta April

Dah 2 minggu aku kenal april sejak aku bawa dia balik hari tu lagi.kemain lagi sayang aku kat april sampaikan sam,dan red star pun aku dah abaikan.kalau dulu sam yang menjadi kesayangan no.1,sekarang april pula yang mendapat tempat dihati.tapi tulah banyak betul dugaan dan cabaran nak bersama dengan april ni.tak macam sam dengan red star aku boleh bawa balik ke rumah tanpa ada halangan.tapi dengan april ni,aku terpaksa merahsiakan kewujudan beliau.kira hubungan secara rahsia la ni.

April pernah bagitahu pada aku yang dia tak suka tinggal kat rumah aku.sebab dia tak dapat hidup bebas macam sam dengan red star.bila ada kat rumah je,april terpaksa tidur kat tenpat yang sempit dan gelap.bukan tu je april memang terpaksa tidur tanpa perlu bangun selama berhari2.sedangkan sam dan red star bebas untuk ke sana kemari tanpa ada sesiap peduli.april lebih suka ikut aku ke tempat kerja.lebih suka tinggal di hostel sebab dia dapat hidup bebas dan tidur di tempat yang lebih selesa (aircond)

tapi nak buat macam manakan...sebab aku hujung2 minggu terpaksa balik ke rumah juga sebab ada training petang ahad.jadi,nak tak nak april terpaksa ikut sama.bila cuti panjang pun aku kena bawa april balik sama,yelah tak kan nak tinggalkan april sorang2 kat hostel pula.jadi apa2 nanti aku juga yang susah.lagi pun kadang2 bila keluar ke tempat2 yang terbuka,aku mungkin akan bawa april sama.Jadi april sekarang sudah menjadi keperluan yang penting dalam hidup aku...

:: tak pe lah april,kita sabar dulu sikit je lagi
harap2 april dapat bertahan untuk 1 tahun lagi...






Beautiful_Rose

Wednesday, April 27, 2011

Sarung Nangka Masa Kini



:: gambar adalah derma dari pakcik google =p


perhatikan perut wanita itu dengan buah nangka di bawah,ada persamaan tak? yang ni kira okey lagi kot...ada yang lebih mengancam lagi tapi malas mau cari gambarnya.anda sendiri bayangkan cukuplah ye.sebab dah bersepah merata aku nampak setiap hari.cantik? nampak pelik jerk tang mana yang cantiknya? tang perut yang memboroi tu ke atau tang punggung yang melentik di belakang tu? mahu tayang pada siapakah? pada semua orang,nak bagitahu yang dalam perut kau ada baby..macam tu?

Tak faham aku dengan perempuan zaman sekarang ni,tak habis lagi dengan fesyen pelik seperti lady gagak =p *ye aku panggil lady gagak.kalau yang selim melim tu cantik jugaklah kot...tapi yang stok membuncit ni aku sangat tak faham.perempuan mengandung pakai baju sendat ketat tersepit sana sini..owh apakah? kalau dulu orang mengandung pakai baju maxi labuh untuk keselesaan perut mereka.tapi sekarang orang mengandung pun sudah pandai berfesyen tidak cukup kain.ketat dan melekat kaw kaw...

selalu juga aku nampak perempuan mengandung pakai baju baby T dengan legging.tak kurang juga yang pakai gaun pendek paras lutut kain jenis leycra.tau kan kain jenis leycra ni yang macam jersi melekat kat badan atau ikut bentuk badan tu....ada juga yang pakai T shirt dengan seluar pendek atas lutut.bila dah berfesyen macam ni kau rasa cantik? cantik sangat dengan perut yang terkeluar tu? kalau ye pun nak nampak simple pe salahnya kau pakai baju longgar sikit.dah la pakai ketat nampak perut memboyot tak cukup dengan tu punggung kau pun terbentuk di belakang tu.tau tak sekali pandang rupa apa? sorry to say lah aku jujur...serupa kuda laut!

pakai legging dengan baby T perut ke depan punggung pun pun melentik mengancam! tak ke sama macam kuda laut tuh...tak kenal kuda laut? sila google nampak sama jerk kalau sekali pandang.marah? terasa? bukan apa tak nak lah nanti orang kutuk kau macam2..tau lah kau sedang mengandung tapi tak perlu lah kot kau nak tayang2 kat orang yang kau ada perut.yang husband pula,macam suka pula wife fesyen macam tu.nasihatkanlah wife tu sikit pakai baju longgar2 tak perlu nak tunjuk kat orang sangat perut tu.tak tau lah pulak kot ada jenis husband yang memang suka isterinya di lihat orang dalam keadaan.....tut.sendiri tengok sudah la.tak seksi pun...










Beautiful_Rose

Tuesday, April 26, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Tinggal lagi beberapa hari je nak 30 april 2011.stamina entah cukup entak tidak,rutin berjoging di taman proton sudah hilang.Lama kot aku tak joging kaki pun tak berapa nak laju sangat.skipping apa tah lagi hanya mampu bertahan 2bulan saja lepas tu,hanya jadi perhiasan tergantung kat bilik.makan minum pun dah tak terjaga,asal teringin je,bedal semua.padahal dah tau dah itu boleh mengundang.baru 10minit joging pun dah pancit itu semua hasil dari memakan ais krim,air sejuk dan mandi lewat malam ---> padan muka

hari tu semangat bukan main hari2 usha youtube dan training sendiri.siap buat ulang kaji dengan adik kedua.dah hafal dah semua step tinggal nak tambah stamina dan power jerk.tapi bila dah tinggal macam ni langsung...risau juga sebenarnya kalau lupa step habis la tak naik belt aku.patutnya sekarang aku dah dapat belt merah mungkin juga belt hitam.tapi sebab banyak kali tangguh langsung sampai ke tua asyik dengan calit jerk tak habis2.

budak nakal tu pun dah dapat belt hitam.padahal dia sama je masuk dengan aku dulu masa mula2.tak sangka beberapa tahun aku tinggal banyak yang dah berubah.budak yang dulu aku tengok pendek jerk sekarang dah tinggi melangit.asal sparing jerk dengan dia kemain lagi ye kaki ko kat atas kepala aku eh? tahulah aku rendah dari ko kan...hampes.adik lelaki tak yah cakaplah dulu tangan lembik jerk sekali aku sepak jatuh ko terduduk.sekarang,sebelah tangan dia jerk genggam tangan aku mau tinggal bekas merah2.

30 april ni greeding risau gila hope2 aku ingat semua pattern dan stamina pun terkawal.nak sangat naik belt ni.tak puashati sebab adik kedua dah dapat belt hitam.yelah dia training 3x seminggu aku ni seminggu sekali jerk.pastu pula,mase study dulu aku berhenti lama jugalah.just tengah tahun lepas baru aku betul2 aktif semula.entah siapalah partner aku untuk sparing nanti.kalau adik lelaki jadi partner aku,memang teruk jugaklah.dah la mamat tu tinggi kaki panjang kaki rasaksa.nahaslah aku........ -_-"










WISH ME LUCK!





Beautiful_Rose

Monday, April 25, 2011

Hanya Pinjaman



Kalau kita pinjam barang orang,kita wajib pulangkan semula.tak kira macam mana keadaannya pun,kalau tuan empunya barang sudah meminta hak nya kembali,kita wajib memulangkannya semula.walau sekecil habuk pun,jika ia bukan hak kita,kita tetap tak boleh ambil.sama juga dengan kehidupan,semua yang kita miliki adalah pinjaman sementara.nafas kita,pancaindera kita dan termasuklah jugalah insan2 yang kita sayang.

bila waktu itu telah tiba,siapa kita mahu menghalangnya? kita tak punya kuasa untuk menghalang tidak ada kompromi dan tidak ada peluang.tapi soalnya,seberapa mampu kita menerima hakikat itu? sedih dan sakitkan?

Diandaikan kau meminjam sesuatu dari seseorang.yang kau sayang yang kau jaga dengan baik.dan bila sampai waktu itu,pemiliknya minta ia kembali untuk tunaikan janjinya sebelum ia dipinjamkan dulu.Dan pada masa itu kau tak pernah terfikir dan tak pernah terjangka yang pemiliknya akan meminta ia dari kau lebih awal dari apa yang kau jangkakan.bersediakah kau pada masa itu?

:: Ah,sudah...aku dah start merapu ni. ~sigh~







Beautiful_Rose

Sunday, April 24, 2011

Gangguan Perempuan Gila




Entry hari tu memang aku panas hati bengang pun ye jugak.mana taknya tiba2 member baik aku di serang oleh seorang perempuan gila.fine...aku panggil die perempuan gila sebab memang dia gila.aku pun tak faham apa masalah dia sebenarnya asyik nak dengki iri hati busuk hati kat member aku ni.tak habis2 dari sekolah rendah sampai lah sekarang bayangkan berapa lama tu...see memang gila kan.member aku ni jenis baik sangat selama ni aku tak pernah nampak member aku buat apa2 salah kat perempuan ni.tapi tak tau la apa masalah dengan perempuan ni.

dia anak orang berada punya segalanya dan apa yang aku tau lah,dia ni tak kerja just duduk rumah goyang kaki makan harta mak bapak.kalau kerja pun,sure tak lama lah dah jemu nanti dia berhenti dan melepak lagi goyang kaki.senang betul kan hidup macam ni makan tidur goyang kaki cukup bulan akaun bank still berisi.yang member aku ni pula jenis orang biasa2 je bukan juga orang senang.adik beradik ramai mak ayah pun bekerja sebab nak tampung hidup.punya bakat dan kebolehan dalam bidang dress making,tp terpaksa lupakan hasrat untuk sambung belajar sebab kesempitan.

member aku dengan perempuan gila tu punya pertalian sedarah sebenarnya.tapi entahla apa yang tak kena perempuan gila tu tak habis2 nak kacau hidup dia.selalu je sakitkan hati dia hina dia macam2 sebab dia susah.dah la tu boleh pula dia buat muka tak malu dok bercinta dengan exboyfriend member aku.siap di fitnah pula member aku ni pada si exboyfriend supaya exboyfriend tadi mula rasa benci pada member aku ni.kesian je aku tengok member aku tu kena keji.masa kat kolej dulu,perempuan gila ni tak berani nak buat macam2 kat member aku sebab aku selalu ada dengan member aku ni.

sepatah dia keji member aku,berjuta2 patah aku pulang balik keji tu kat dia.so,dia akan diam dan tak berani melawan sebab faham sangat aku jenis baran.kalau ada hati nak merasa penangan,silakan jangan lah segan.untuk itu,semalam perempuan gila itu baru je meremovekan diri dari friend list member aku.aku? dia pernah add tapi aku tak pernah aprove pon sebab aku tau dia saja nak stalk aku sebab sebelum ni,exboyfriend member aku yang kini bercenta dengan perempuan gila tu,sebenarnya pernah nak ayat aku dulu.ciss!


:: nurul hidayah bt samsudin
i will try always beside u
jangan risau okay,selagi kau dipihak
yang benar,insyallah kau akan selamat.






Beautiful_Rose

Friday, April 22, 2011

Teringin




FIRST RAINFOREST SCOUT CHALLENGE ROYAL BELUM, 1-7 JUN 2011








::ggrrr...gua tak puashati betul sebab tak dapat nak join.just ambil 6orang peserta je?

je?

dah la gua memang aim giler nak ke royal belum yang belum pernah sampai tuh.

kenapa mesti buat 1 - 7 jun? buat hari lain ler bro...

















majok ah! (-_-")







Beautiful_Rose

Bukan Rezeki





Tinggal lagi beberapa hari je nak ke 30 april 2011.sadis betul bila dok renung je borang kosong tak bertulis tuh.dan dalam masa sebulan ni sudah habis aku fikir semasak masaknya.perlu atau tidak.jauh di sudut hati ada kemahuan di situ.tapi nak di realisasikan sukar sekali.jadi pilihan yang aku boleh buat hanyalah menolak dan melupakan terus.kesal tu memang ada tapi nak buat macam mana dah hampir 1 tahun aku kerja tapi masih tak dapat nak capai target setinggi itu.senang je orang cakp..


"buatlah pinjaman ptptn"



kentut hang pinjaman ptptn.kat sana mana ada pinjaman ptptn.diaorang just support sampai level 2 jerk.untuk level 3 kau tanggung sendirilah dengan duit kau.ada yang cakap sewa je rumah kat luar tak perlu nak bayar duit makan dan asrama.ye lah...sewa rumah dengan duit makan pun nak kena ada juga.kau ingat duduk luar tu free ke? satu hal pulak nak cari rumah kat luar...

godek2 ASB duit gaji bulan2 dengan duit tabung..masih lagi tak mencukupi.offer kerja sudah lama menanti tinggal aku je nak beri jawapan pasti.kata ayah,"tak apa duit ayah ada lagi" memang la sebab ayah yang sepatutnya bersara bulan julai ni dah sambung lagi kerja 1 tahun sampai tahun depan.bukan cukup pun duit ayah tu.adik kedua di UM nak di tanggung juga pengajiannya.belum lagi adik lelaki yang sedang menanti peluang sambung belajar.tahu tak sepekara lagi yang buat aku sakit hati bila ada suara sumbang mulut longkang cakap macam ni...




"kau umur dah tua,bila nak ada kereta?"

"kau kerja dah lama,tak kan tak boleh beli kereta lagi?"




tahu tak soalan2 macam ni boleh buat aku rasa macam nak memaki orang? kalau kau teringin nak merasa aku carut depan kau,try la tanya soalan keji macam tu.kau pun tengok jugaklah berapa gaji aku dapat sebulan.nak buat loan dah tentu la tak lepas ngoi! apa lagi pinjaman.lagi satu kau ingat beli kereta tu macam beli cekodok ke rm1 dapat 3 ketul.apa punya oranglah tanya soalan tak bijak macam ni kat aku.nak kena hembuk ke? kau tahu tak ingat senang ke nak cari duit? kalau tak kerana banyak benda aku nak buat,tak lah aku sanggup jadi gila kerja ot sabtu ahad tu,faham?

aiseh...tak ada ke sesiapa yang baik hati nak support aku sambung study nieh? manalah nak cekau rm9ribu pening kepala aku memikirkannya.member aku pun dah tension bila tengok jumlah yuran tu.boleh bikin hidung berdarah tak henti2 tau.ptptn tak ada pakai duit kerja sendiri pun tak cukup lagi.nak minta kat mak ayah tak sampai hati la pulak.so,apa yang aku boleh buat,lepaskan jelah peluang tu kat orang lain.sabar jelah...






Beautiful_Rose

Thursday, April 21, 2011

Kadang-Kadang

:: status FB








boleh ke,saya nak cakap yang saya rindukan awak?

:: kadang-kadang.....












Beautiful_Rose

Wednesday, April 20, 2011

Jemu...





"Hari tu,mak ke rumah nenek"

"Nenek tanya pasal kau"
.
.
.
"Z tu dah ada kawan lelaki ke?"

"Kawan2 ramailah kawan yang macam mana?"

"Kot kawan yang rapat dengan dia"

"Entah,dia senyap je."

"Kenapa,mak sudah ada calon untuk dia ke?"

"Tak de lah...dia tak nak kahwin ke?"

"Tak tahulah...hari tu ada orang bertanyakan pasal dia.orang tu duduk kat K kira sedara2 jauh jugalah,tapi dia tak nak pula"

"kenapa?"

"Entahla dia,tak fikir lagi katanya"

"Bila lagi,umur dia dah berapa sekarang?"

"2_tahun..."

"Ermm..."













Beautiful_Rose




Sunday, April 17, 2011

KANTOI




"Aku dah jumpa blog kau"

"siapa2 pun akan jumpa blog tu public"

"maksud aku bukan pelangi.ini blog lain"

"kalau teriak hati,memanglah siapa2 pun akan jumpa kalau link ke blog pelangi."

"bukan juga yang itu.ini lain"

"maksud kau tangan emas jarum berlian?"

"bukan itu"

"habis blog yang mana,itu saja blog yang aku ada"

"kau bohong.aku yakin itu kau"

"mengarut.buktinya?"

"buktinya,semua yang tertulis adalah cerita tentang kau"

"ada gambar rose? warna merah?"

"tidak."

"jadi,itu bukan akulah."

"tapi aku yakin itu adalah kau"

"jangan terlalu mudah untuk percaya"

"aku tetap yakin"




tak nak ulas panjang lebar mungkin itu secara kebetulan.tapi tak nampak pun dimana persamaannya.tema lari jauh sekali tak ada langsung tanda yang mengatakan sama dengan aku.cara penulisan dan olahan ayat pun lain.cuma katanya cerita yang ditulis adalah tentang aku cerita diri aku.tak nampak,dimanakah persamaannya.tapi aku tak faham kenapa kau begitu yakin itu adalah aku? anda yang lain,pernah jumpa? sama ke?





Beautiful_Rose


Friday, April 15, 2011

Bukan Hak




"Awak apa khabar,sihat?"

"Biasa je..."

"Lama tak jumpa.dah nampak lain"

"tak de yang lain,masih sama tidak pernah berubah"

"sinis...masih marah?"

"entah.tak de perasaan..."

"macam mana dengan sakit lama awak tu,dah sembuh?"

"entah...tak ambil tahu pun"

"kenapa ni,jangan macam tu awak kena jaga diri baik2 kan awak dah janji dulu?"

"janji? janji awak macam mana pula?"

"awak...tu lain dah lepas pun."

"senangkan awak cakap.tapi saya yang merasa..."

"tentu ada nanti untuk awak.tunggu saja masanya tiba"

"malas nak ambil tahu lagi"

"awak tak cuba?"

"saya dah tawar hati.cukuplah dengan awak saja."

"maafkan saya...dalam hati masih mahu awak.tapi saya tak dapat nak terima awak lagi,saya sudah punya orang lain."

"ye,saya tahu saya tak layak..."

"jangan cakap macam tu.saya keliru sebenarnya"

"maksud awak keliru?"

"ada masa saya rindukan awak dan ada masa lain pula saya rindukan dia."

"tapi awak lebih dulu kenal saya sebelum dia.kenapa dia yang baru awak kenal jadi pilihan?"

"maafkan saya..."





Hari ini kau kenal dia kau ikat janji setia tunggu dia tak kira berapa lama kau setia tetap tunggu dia.dari sehari menjadi sebulan dan bertahun akhirnya.dia yang kau harap akhirnya mengkhianati setia kau disini.entah mana silap dia tinggalkan kau dan memilih orang lain menjadi suri hidupnya.dan kau disini tetap setia menanti tapi untuk berapa lama? dia bukan hak kau lagi.biarkanlah dia pergi bersama kehidupan yang dipilihnya,dan kau binalah hidup baru.

perjalanan kau dan dia cukup saja sampai disini semuanya sudah tamat.tiada lagi episod seterusnya.kau bawalah haluan kau melangkah ke persimpangan yang lain.dia sudah memilih jalan itu dan tak akan berpaling lagi,jangan kau buang waktu untuk menunggunya kembali...


:: entry semalam,aku tak faham
kenapa tulisan boleh jadi besar
gabak macam tu.padahal aku dah set
ke saiz normal.semalam entry autopublish
aku ke selangor tak ada di pc...







:: sudahkah anda mengundi?
marilah beramai2 undi cerpen di
blog 99hari kisah klasik kita
hey,cerpen aku pun ada tau! =p
Beautiful_Rose

Wednesday, April 13, 2011

Aku Tak Faham


:: gambar tak ada kena mengena dengan entry

Aku Tak Faham Kenapa...

- ada orang buang sampah merata2 sedangkan tong sampah dah di sediakan.

- bila ada orang buang air dalam toilet tapi tak reti nak pam

- dah tampal sticker "dilarang makan dan minum" tapi masih ada yang makan dan minum dalam klinik.

- dah letak notis "dilarang duduk diatas kaunter" tapi masih ramai yang tak reti bahasa.

- ada tangan gatal berkurap suka sangat nak merosakkan harta awam.



aku tak faham atau korang yang tak faham? ye tak faham bahasa rasa nak je aku lepuk sekor2 bagi faham bahasa.nak tunggu aku maki hamun kau baru kau nak pam toilet? dah buang sisa toksik tu tolong lah pam balik ni tandas awam kegunaan orang ramai.dah la ko berak kencing tak masuk kat dalam magkuk tu tambah lagi tak pam.memang dasar manusia pengotor! tah2 dah biasa kot buat macam ni kat rumah sendiri.lepas buang biar je tak bercuci esok2 aku kunci pintu toilet tu,tau la ko menahan sampai ke sudah.

tong sampah 2 aku sediakan kat kaunter satu kat pintu toilet satu.tapi stil ada yang mangkuk ayun dok buang sampah merata.nak aku telukupkan tong sampah tu kat kepala ko ke? ni la susahnya pergi sekolah orang suruh belajar tapi ko ponteng main dalam longkang.patut pun ngok ngek jerk tak kenal tong sampah.tampal sticker dilarang makan dan minum pun still tak faham bahasa masih lagi makan dan minum dalam klinik.sengal ke hape ko ni ingat ni restoran? dah tu kang air tumpah la macam2 tumpah la ko nak lap?

notis dilarang duduk atas kaunter pun ko baca macam maca iklan rumah urut kan.dah tulis terang2 kat situ yang ko letak anak ko kat atas kaunter tu nak buat apa.kalau anak ko baik budiman nak duduk diam tak apa la.ni dah la nak terlompat2 macam_____isi sendiri tempat kosong dok ketuk2 lak cermin kanter tu,kalau pecah nanti macam mana? kalau anak ko terjatuh padan muka!

ruang dinding yang kosong tu kami hias dengan info2 tentang kesihatan untuk bacaan.dah cantik2 dah kami buat tampal elok2.tak boleh ke ko biar je benda tu elok kat situ? kenapa nak gatal tangan koyakkan benda tu? baca saja sudah la,tak payah nak berbaik hati ubah deko info carta tu.yang budak2 pula mak ayah tak reti nak tegur ke anak tu? dok biar je anak tu merosakkan harta klinik ni.ingat kami beli benda2 ni dengan daun kering ke? aku suntik jugak anak ko dengan ubat pelali kang.......

:: luahan ketidakpuasan hati seorang pekerja klinik.







:: kempen undi peserta contest
99hari kisah klasik kita,sila klick sini
untuk baca dan undi =p
Beautiful_Rose

Warna Warni Bonggol Unta Malaysia



Memperkenalkan model baru kita...encik lucky! beliau berasal dari negeri arab telah terbang dari jauh untuk datang ke malaysia.katanya mahu menuntut royalti kerana telah mengglemerkan bonggol beliau.beliau juga merasa sangat tidak berpuas hati kerana bonggol beliau terjual dengan larisnya di malaysia tapi malangnya beliau langsung tidak pernah mendapat bayaran royalti seperti yang sepatutnya.maka dengan itu,beliau telah menambah imbuhan bagi setiap royalti yang tidak dibayar....


" gua yakin ini senyuman paling hensem sekali"


"Sabda Rasulullah s.a.w. �Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun�” (riwayat Muslim)


Rasanya hadith diatas sudah cukup jelas...ye aku bercakap tentang sanggul tinggi.maksud aku bukan sanggul dari rambut asal,sebaliknya sanggul palsu atau di panggil sanggul arab.mana2 kedai yang ada menjual tudung,sudah pasti turut menjual sanggul palsu siap dengan innernya sekali. meriah dengan warna warni.tujuan sanggul ini di pakai untuk apa? cantik? menarik? tertarik kau memang kena bom?

ada pula yang sememangnya mempunyai rambut panjang tapi di ikat sanggul tinggi seperti gambar diatas.apa,itu bonggol unta? rambut asal lain dan berbeza? rambut asal dan sanggul palsu tetap sama ia tetap nampak seperti bonggol unta.perlu ke rambut panjang anda yang cantik mengurai itu diikat sanggul setinggi itu? perempuan berambut panjang,tak salah mengikat rambut dan di sanggulkan.tapi,tak perlulah rambut itu disanggul tinggi begitu.seolah2 menarik perhatian mata yang memandang.bila dah menarik perhatian,orang yang melihat mesti akan membayangkan sesuatu yang ada di sebalik kain bertutup tu.

tak perlu nak bagi alasan rambut panjang...aku dulu pun berambut panjang juga,ikat rambut juga bertudung juga tapi tak pula mengikat sanggul sampai begitu tinggi? masih boleh ikat sanggul rendah kan? tak pun ada banyak cara untuk tidak menampakkan sanggul anda walaupun anda berambut panjang.best ke pakai sanggul tinggi besar gabak macam tu? aku rasa macam susah je sebab nak pakai helmet jadi satu hal tak boleh masuk kepala.owh,lupa...unta padang pasir mana ada pakai helmet,ye dak? aku rasa segan bila ada member lelaki yang dok bertanya pasal sanggul tinggi macam tu...


"aku rasa pelik dengan perempuan zaman sekarang.pesal diaorang suka pakai tudung benjol macam tu?"

"pelik lah perempuan tu,muka cun tapi sayang...cacat kepala benjol macam alien dah aku tengok"

"eh,tak berat ke letak benda tu kat atas kepala,macam susah je..."

"aku cukup menyampah tengok perempuan pakai tudung macam tu dengan bonggol2 kat atas kepala tu nak buat apa"

"macam cantik je pakai macam tu...tau tak serupa kepala benjol baru lepas kena ketuk dengan hamer dah.sama macam citer kartoon tom and jerry asal ketuk kepala je,naik benjol serupa macam tu...kahkahkah"

"perempuan kalau boleh nak rasa dia sorang paling cantik dalam dunia.sampaikan sanggup berfesyen pelik letak benjol atas kepala"


Aku kalau dah stok macam ni ayat member2 lelaki kondem pasal fesyen tudung perempuan,memang tak boleh nak kata apa lah.perempuan pakai macam tu sebab nak rasa dirinya cantik,tapi ada sesetengah lelaki yang melihat tak rasa menarik pun.lagi teruk dikritiknya lagi adalah.tak percaya,try lah tanya mana2 lelaki apa pendapat mereka pasal pemakaian sanggul palsu ni? adakah nampak cantik dan menarik pada mata mereka? kalau ada yang cakap cantik pun,mungkin 1 daripada 10.yang tak bertudung pun sama,kalau dah hadith kata "menyambungkan rambut itu haram" sama je dengan pemakaian rambut palsu.

teringat dulu masa aku sekolah rendah...seorang ustaz pernah bercakap pasal hadith bonggol unta ni.masa tu,aku tak tahu apa itu sanggul bagaikan bonggol unta sebab sanggul tu masih belum wujud lagi.dan bila sanggul palsu ni mula di perkenalkan secara meluasnya di kalangan perempuan bertudung,barulah aku faham yang sebenar2 nya faham..."owh,maybe ini kot sanggul bonggol unta yang ustaz pernah cakap dulu" ye...aku tau aku bukannya baik sangat nak nasihatkan orang bagai,aku sendiri pun kadang2 buat silap juga tapi saling ingat mengingatilah ye.

tak puashati,terasa,marah? terpulanglah...anda sendiri yang memilih


:: mari undi cerpen peserta 99hari kisah klasik kita

di sini... =p





Beautiful_Rose

Monday, April 11, 2011

Siri Mencari Pelangi Selepas Hujan




"Sampai bila kau nak terus macam ni?"

Tanya Riezs kepada Rose yang sedang leka mendongak langit.Dahinya berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.Soalan Riezs tadi bagaikan tenggelam di biarkan tidak berjawab.

"Cantik langit tu kan?"

Rose mula bersuara tanpa nada.Dalam pada masanya yang sama ada genang dihujung mata yang cuba ditahan.

7tahun sudah berlalu,namun luka di hati itu bagaikan baru semalam terguris pedih.Masih tidak dapat melupakan seseorang yang pernah hadir menyentuh laman hatinya.

"Rose,janji dengan Ijal yang Rose akan tunggu Ijal balik,kan?"

Kata Ijal mengharap sambil merenung sayu ke wajah gadis kesayangannya.

"Rose janji akan tunggu sampai Ijal balik.Tapi Ijal pun mesti janji jugak yang Ijal pun akan sayangkan Rose sorang je kan?"

Kata-kata Rose berharap.

"Ye,Ijal janji"

Dan itulah kali terakhir pertemuan yang juga menjadi noktah kasih diantara Ijal dan Rose.Ijal pergi kerana ingin mengejar cita-citanya di luar kota.Sedangkan Rose tinggal setia menanti kepulangan Ijal bersama kejayaannya.Tapi Ijal akhirnya lesap tanpa khabar,hinggalah satu hari Rose menerima pesanan ringkas dari Ijal yang membuatkan Rose berubah menjadi seorang yang pendiam.

"kita putus.Terima kasih atas segalanya.
saya minta maaf sekiranya ada kesilapan
selama kita kenal.mungkin kita tak ada jodoh
tapi kita tetap kawan"


Dan pesanan terakhir itu benar-benar telah melukakan hati seorang Rose yang dulunya mudah tersenyum kini menjadi seorang yang lebih suka menyendiri sepi.Rose sering menyalahkan dirinya sebagai penyebab Ijal meninggalkannya.

"Rose..."

Rose berpaling apabila panggilan Riez telah memadamkan lamunannya yang sudah jauh berbatu mengenangkan peristiwa luka itu.serentak itu dia tersenyum pahit memandang Riezs.

"Rose...kau masih sayangkan dia?"

**********************************************************************************



:: ehe...ini adalah iklan semata2 cerpen kedua dan merupakan cubaan kedua aku jugak selepas menjoinkan diri dalam contest lumut tahun lalu.kali ini mencuba nasib untuk contest cerpen 99 hari kisah klasik kita.untuk mengetahui kisah selanjuntnya,sila klick sini untuk baca.dan jangan lupa "undilah aku" untuk contest ini,okey? =p tiada paksaan untuk undi ye.kalau rasa suka boleh vote,kalau tak suka tak mengapa just sekadar berkongsi je pun.

oho...cerpen agak tunggang langgang maklumlah sudah lama tak buat cerpen sejak habis sekaloh.maka aku pun main hentam sajalah idea pun suam2 kuku kejap ada kejap tak ada.saat akhir jugak tu baru hegeh nak send kepada cik penganjur.punya lama dia bagi masa...tapi kerana aku teramatlah bz so,bila ada kelapangan je baru aku dapat buat cerpen ini.dan...itulah hasilnya.

okeh,itu saja selingan kita untuk hari ini.
akhir kata,majulah sukan untuk negara!!! =p







Beautiful_Rose

Sunday, April 10, 2011

Duri




Apa perasaan anda bila melihat gambar di atas? ye aku tahu bagi peminat durian memang terliur lah jawabnya.dah terbayang bau dan rasanya...betul? tu bagi sesiapa yang hantu durian memang tak kan menolak paling kurang pun seulas dua mesti jalan.lagi2 musim buah durian sekarang ni memang senang nak dapatlah.harga pun murah kadang rm10 pun dah boleh dapat sampai 4biji...yeke? entah aku tak tau tak pernah beli buah durian pun.

aku? hurm...aku bukan penggemar buah durian juga bukan pemakan buah durian.jadi kalau di hulur secara free pun,aku tak kan makan hatta korang kata rasanya sampai menjilat kulit durian.terhidu baunya saja dah buatkan aku rasa pening kadang2 berkali2 juga aku terbersin.dalam family,just aku sorang je yang tak makan buah durian.ayah,mak dan adik2 semua makan buah durian.jadi,tiap kali sampai musim durian,aku adalah manusia yang paling kesian dalam rumah tu.sebab terpaksa menahan bau durian yang menusuk hidung tu.

satu rumah berbau durian dapur,bilik air,ruangtamu paling haru dalam bilik aku pun berbau...tak lain tak bukan adik2 dok berkelah makan dalam bilik.sudahnya,biji2 durian tu buang pulak kat dalam tong sampah dalam bilik aku.memang terbaiklah bilik aku bau macam gudang durian dah.pening wei...hari2 la aku dok sembur minyak wangi kat dalam bilik tu bagi hilang bau.lagi satu dalam bas...1 hari tu aku naik bas nak ke KL tah siapa gerangan bawak masuk buah durian dalam bas.habis berbau dah la bas ekspres beraircond pulak tu.bayangkan 1 jam lebih aku terpaksa tahan bau durian dalam bas...haru

aku tak taulah kenapa tekak aku tak boleh nak terima buah durian.aku pernah try tapi still tak boleh nak terima.dengan baunya lagi yang semerbak tu.lagi2 buah durian ni tak macam buah2 lain yang mana isinya agak pejal sikit macam jambu atau epal.tapi durian ni jenis lembik so,lagi la susah nak terima.pernah juga mak cakap macam ni kat aku " esok2 ko dapat suami yang hantu buah durian baru ko tau " erk,mak sampai hati doakan orang dapat suami macam tu.memang nayalah aku jawabnya...so,ada sesiapa yang boleh bagi tips macam mana nak telan buah durian tanpa terhidu bau dan rasanya?

:: kasihanilah hamba... =p








Beautiful_Rose


Friday, April 8, 2011

Gambarkan Perasaan Anda : AMARAN! jangan baca entry ini jika anda sedang makan atau baru lepas makan.




- Situasi Di dalam Bas

apakah perasaan anda bila ketika anda sedang makan & minum di dalam bas,tiba2 seseorang yang duduk di sebelah anda menanggalkan gigi palsunya,dan kemudian menggosok permukaan gigi palsu tersebut dengan sapu tangan bertujuan untuk membersihkannya?







:: apa lagi,jawablah.
Beautiful_Rose


Thursday, April 7, 2011

Aku Rindu Kau.Tahu Tak?

- Kau ingat tak,dulu kita selalu lepak sama2 melawak yang bukan2 sampaikan semua orang pandang kita pelik.

- setiap kali time rehat,laju je kita pergi ke kantin untuk makan nasi goreng berlaukkan sosej dan daging burger.

- kalau tak makan kat kantin,kita selalu beli keropok lekor banyak2 lepastu bungkus makan kat depan kelas.

- hobi kau yang aku ingat suka sangat tulis lirik lagu dan aku pula lebih suka menulis puisi.kadang2 aku minta kau baca puisi aku untuk beri komen.

- kau tak pernah marah.walaupun kadang2 aku buat perangai yang menyakitkan hati kau,dan kau masih tetap mahu kawan dengan aku.

- bila kau merajuk,aku tak pernah pujuk sebab aku memang tak pandai pujuk orang pun.tapi kau merajuk sekejap je,lepas tu kita huahuahua balik...

- kau selalu kata,akulah satu2nya kawan yang paling gila dan ikhlas dengan kau.sebab aku tak pernah kisah dengan fizikal kau.

- bila aku tidur dalam kelas,kau selalu coverkan aku daripada kantoi dengan cikgu.

- aku suka usik kau tiap kali kau tanya aku... "muka aku warna merah tak?" dan aku jawab "tak lah.warna hijau =p"

- ingat lagi kita sama2 bawa gambar foto kita masa kecik2 dulu...kau comel dengan skirt putih ropol2 tu.tapi aku hanya berbaju t-shirt dan berseluar panjang dengan topi.kau kata aku macam budak lelaki.

- kau selalu jadi penyelamat aku setiap kali aku tak siapkan homework yang cikgu bagi.tak payah minta,kau sendiri akan berikan buku kerja kau untuk aku tiru dan kau selalu ingatkan aku supaya siapkan homework...

- kau kata aku pelik sebab tiap kali cikgu sejarah tanya soalan,aku sudah pasti boleh jawab dengan cemerlang walaupun separuh dari waktu belajar itu aku tidur.

- tapi aku kata kau pelik sebab walaupun kau selalu ponteng sekolah,tapi tiap kali exam result ko mesti lebih baik daripada aku yang selalu ponteng kelas ni.tak aci betul!

- ingat tak lagi dengan cikgu yang ajar subjek perdagangan tu? kau gelarkan dia cikgu betty sebab cermin mata besar dia tu.

- kau kata aku budak nakal sebab buat cikgu betty keliru dengan jam tangan aku yang cepat setengah jam tu.sampai dia turun balik ke bilik guru sebab ingat masa mengajar dia sudah habis.

- tiap kali exam kita sama2 bersaing nak dapatkan markah paling tinggi.kau selalu jeles bila markah subjek sains aku lebih tinggi daripada kau.sebab kau kata aku tidur masa cikgu tengah buat ujikaji.tapi aku pun jeles juga dengan kau sebab markah bahasa inggeris kau lebih tinggi daripada aku.sedangkan aku punya lebih buku rujukkan dari kau.

- kau tedy bear besar aku sebab itu aku suka sangat nak peluk kau.

- paling aku tak boleh lupa,bila kau sanggup biarkan aku tumpang bahu kau sampai baju kau basah sebab nak pujuk sedih aku.




Kau tahu tak,yang kau ni jahat sangat sebab buat aku jadi rindu gila2 sangat dekat kau.walaupun kita dah 5tahun tak jumpa,tapi kau masih tetap ingat aku tetap masih rajin hantar sms kat aku.tetap masih ingat nombor hp aku walaupun kau berkali2 tukar nombor hp *kaya betul tukar2 nombor kau ikhlas kawan dengan aku dan aku pun ikhlas kawan dengan kau.sebab masa2 aku jatuh dulu,kaulah yang ada dekat dengan aku kaulah yang banyak bagi semangat dekat aku.aku sayang sangat dekat kau tak kisah la orang kutuk kau macam2 sebab kau ge____comel tapi aku tetap nak kawan dengan kau.

aku ingat dulu ramai classmate kita marah kat aku sebab sanggup bersusah payah pergi ke rumah kau yang jauh tu semata2 nak hantarkan slip exam STPM dulu.masa tu kau down sangat kau giveup tak nak ambil exam.tapi aku tak kisah,aku tetap hantar juga slip tu sebab aku nak kita sama2 ada dalam dewan masa final STPM nanti.tapi masa final tu aku kecewa sebab kau tak datang pun.dan kawan2 semua marahkan aku sebab sanggup bersusah payah untuk kau tapi kau tetap tak nak datang ambil exam.tapi aku tak kisah...sebab aku faham masalah kau dan aku tak pernah salahkan kau.bila kita nak jumpa? aku rindu sangat nak peluk kau macam dulu2 tu...

:: Nur suhana bt nordin,
i love u so much sampai mati.
kalau aku jadi laki,dah lama aku
ngorat kau jadi awek aku tau =p









Beautiful_Rose

Wednesday, April 6, 2011

Celebrate?

Ahad lepas celebrate birthday untuk 2 orang,aku dengan adik kedua.kebetulan lahir pada bulan yang sama,so sekalikan je jimat kos.tapi celebrate agak lewat sebab bulan lepas kan banyak hal yang bertindih bulan yang sangat bz.tapi tak kisahla janji masih lagi diingati.just celebrate dengan family jerk tak ajak orang lain pun.memang kebiasaannnya memang macam ni,lebih selesa celebrate dengan family je.tak perlu nak ajak orang ramai2.




Kek tu kalau dah warna merah dihiasi dengan bunga rose merah,dah tentu la aku yang tempah.huhuhu tapi itu kek coklat sebenarnya just dekonya aku pilih warna merah dengan hiasan rose diatas...i like it! so malam tu kami makan satay,kek lapis sarawak * aku tempah kat member adik kedua dan makanan ringan lain.lepas je potong kek acara membuka hadiah pula.dan...pic kedua itulah yang aku dapat daripada mereka...

ayah bagi kain ela cotton bunga oren tu,mak bagi baju hijau adik kedua bagi cardigan labuh warna putih cream.adik lelaki bagi olay white radiance cream dan last adik bongsu bagi 2 pin tudung rose yang cute tuh...present yang biasa2 jerk,tapi tak kisah pun pasal present tuh.yang penting diingati tu jerk...pape pun thanks pada my family sebab tak pernah lupa pada tarikh lahir aku walaupun aku sendiri selalu terlupa dengan birthday sendiri... =p







Beautiful_Rose

Konvokesyen Inpens International College Ke-15




Tempat : Dewan Bangunan Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah "Jubli Perak Shah Alam"
Tarikh : 26 march 2011
Masa : 8:00am - 2:oopm






Bulan lepas bulan yang agak bz bagi aku macam2 hal yang aku perlu buat dan uruskan.salah satunya pasal konvo...yup aku baru saja konvo 2minggu lepas.jurusan yang aku ambil senior dress making level 2...klick sini untuk baca.tak ada apa yang menarik sangat pun.just macam biasalah penyampaian sijil dan anugerah pada pelajar2.dan penerima anugerah pelajar cemerlang pada tahun ni adalah lelaki...student elektronik tak silap aku.dan sekarang mamat tu dah jadi pembantu kat kolej aku dalam jurusan yang dia pernah belajar dulu.aku? tak payah tanyalah...bukan ada apa2 jasa pun aku kan low profile tak gitu? =p

gambar aku konvo tak banyak pun...sebab masa tu camera,adik2 aku yang pegang.so,90% gambar dalam camera tu adalah gambar perasan adik2 aku saja....agak hampeh kan? aku yang konvo,orang lain pula yang beriya2 bergambar.tapi tak mengapalah,nasib aku ada tempah gambar untuk family ada juga yang boleh di buat kenangan...ye dak? untuk tatapan korang,aku upload sikit2 sudah...bukan selalu aku menguploadkan gambar sendiri di dalam blog tak gitu? kualiti gambar kurang memberangsangkan,sila salahkan tukang ambil gambar yang ketar tangan =p







Beautiful_Rose

Monday, April 4, 2011

Kawan Terbaik Saya




Kawan Terbaik Saya Adalah Seseorang Yang.....


- Hanya akan cari saya bila dia rasa PERLU
- Akan tinggalkan saya bila saya merasa SUSAH
- Sanggup BUNUH saya dari belakang
Hanya MEMENTINGKAN diri sendiri
- Suka MEMINJAM harta saya tanpa memulangkannya kembali
- Selalu HILANG dan akan menjelma apabila saya senang
-MEMBIARKAN saya sendirian biarpun saya tak punya kudrat
- TAK SUDI meminjamkan telinganya walau seminit
TAK SUDI pinjamkan bahunya untuk saya bersandar sebentar
- Sering MENINGGALKAN saya sepi sendiri.




:: terima kasih kawan,kau betul2 buat aku rasa terbunuh!





Beautiful_Rose