Sunday, April 25, 2010

Laman Sosial Medan Perperangan Jarak Jauh???

.

Macam2 hal sekarang ni sana sini pergaduhan berlaku peperangan dan ketidakpuasan hati semakin berleluasa.tak cukup dengan berperang dengan peluru dan bom,sekarang peperangan melalui laman sosial pula.seiring sejalan dengan kecanggihan teknologi masa kini...kebaikkannya ada kemajuan dan peningkatan.dan keburukkannya ramai yang memerhati yang membaca...

.

kawan2,sudah2 lah tu sampai bila korang2 nak bidas membidas balas membalas? tak ahu erti penatkah? itu hanya hal remeh okay tak ada keuntungannya kalau kau menang sekalipun.perang mulut memang macam tu masing2 nak tegakkan pendapat sendiri masing2 nak menangkan kata2 sendiri.adoi...penah weyhh mula2 aku join juga sikit hanya sekadar memberi pendapat dari buah fikiran yang sejengkal ini.tapi topik menjadi semakin hangat dan panas macam air tengah mendidih pula.

.

kawan,korang2 tak rasa segan ke kutuk mengutuk kata mengata.tahu tak,ada beribu2 orang luar di sana sedang membaca segala macam cemuhan anda? apa sangatlah yang nak di gaduhan tu hal remeh pekara kecil tapi di besarkan.atas tujuan apa aku sendiri tidak tahu,semua komen2 aku baca langsung tidak mendatangkan apa2 hasil.handbag? botol susu? pampers baby? erk,ini pun boleh jadi bahan kah?

.

alahai...kawan masing2 dah besar ada akal yang waras bukan,fikir matanglah.macam budak2 aku sendiri baca komen korang pun dok geleng kepala berkali2 tak tahu bila agaknya korang2 nak behenti cemuh mencemuh ni.dah2 la ye cukup2 la tu memaki sesama sendiri tak tahu malukah? nanti buat jadi menyampah pada orang yang membaca pula...tengok kat situ apa penilaian orang lain terhadap karekter anda melalui kata2 makian yang di lemparkan.memang buruk bukan? hope2 lepas ni berdamailah tak ada gunanya korang gaduh pasal hal2 remeh macam tu buat malu kaum saja.

.

.

.





p/s : laman soSIAL facebook,harap maklum.

.

.

.

Beautiful_Rose

Siapa Sebenarnya Yang Tak Sedar Diri???

.


Pelik dan aneh macam2 hal manusia zaman sekarang ni kan banyak ragamnya.kadang2 aku tergelak sendiri marah pun ada yelah sebab hal itu dikaitkan dengan aku.emm...anggaplah entry ini kesinambungan dari entry ini.tahu tak,lepas aku berjaya menukar saiz baju kepada M,aku sudah berhenti diet dan cuba maitain.okay memang maintain pun sebab aku cuba untuk turunkan lagi tapi tak tahu kenapa jarum timbang tu tetap kekal kat angka itu juga haiih...sudah letih aku kontrol makan dan joging berserta dengan senaman tapi jarum timbang tu tetap di situ.sudahnya aku pun stop kat situ jugalah redha dan terima apa yang di berikan,nak di jadikan cerita satu hari lepas makan......

.

"eh,kak rose dah gemuk makan banyak tadi"
.
hari yang lainnya.....

" kak rose dah gemoklah makan nasi hari2"

.

macam entry2 yang lepas,aku memang cukup2 pantang bila ada orang kata aku gemuk.cilaka betul sedap je eh kau kata aku gemuk ya...kau tu apa kurangnya kan jangan nak kata orang.nie dikalangan budak dorm aku juga yang dok mengata aku gemuk,langsung aku terus start diet minggu lepas no nasi lagi dah...cisss tak guna betul mulut budak tu memang sakit gila hati aku.yang lebih sakit hati kalau yang mengata aku gemuk,tu kurus seksi macam megan fox aku tak kisah sangat.tapi dia lebih 2kali ganda dari aku okay...hampeh betul.nak kata orang tapi tak cermin diri dulu memang angin betullah aku hari tu.

.

"kak rose,macam mana nak kurus?"
.

ehh....tiba2 dia tanya aku macam mana nak kurus pula kan? hahhahah aku just jawab apa yang aku mampu " kalau kau boleh ikut,joinlah aku berdiet sekali" hahha memang berkobar2 gila semangat budak tu.makan roti dan biskut ikut cara aku lah kononnya....tapi tak boleh blah makan biskut cicah air nescafe...gula tu kan.tapi tu pun dia just dapat bertahan hanya 2hari saja lepas tu hari ketiga dia tak bole nak kawal lagi da habis hancur lebur diet dia.okay aku ketawa berdekah2 lucu masih lagi tak puas hati tetap nak mengata aku lagi tu? haiiihh...kau ni betullah lupa diri kan.tapi tak mengapa elok juga begitu aku dapat terus berdiet dengan jayanya dan tak sangka sudah turun 1 angka =p balik rumah baru2 ni mak kata.....

"aik,dah makin kurus?"
.

erk,kurus celah mananya mak aku ni pun....aku baru diet seminggu tak makan nasi sudah kata kurus.hahhah tapi dalam hati ada suka =p tapi yang tak bestnya baju kurung kesayangan tak muat pakai.kawan2 cakap.... " kalau kau depakan tangan berdiri kat tengah2 sawah,nampak macam orang2" ciss keji gila kenyataan,tapi tak apa abaikan bukan tak boleh alter baju tu jadi kecil tapi aku sayang gila kat baju tu sampai tak mampu nak alter jadi kecik.jadi bia jelah dia besar gabak macam tu pun aku sanggup pakai lagipun tak mengganggu aku pun....banyak pulak perkataan "pun" kat sini.




Beautiful_Rose





Saturday, April 24, 2010

XL - L = M

.

Rumus di atas tidak ada kena mengena langsung dengan rumus algebra saja aku ringkaskan di sini itu adalah saiz pakaian.hebat bukan dari XL - L = M motif? senang cerita mahu buat pengakuan jujur lagi perasan yang melampau2 bahawasanya aku telah bertukar saiz baju.atau dalam bahasa mudahnya aku sudah kurus! wah! wah! wah! bulat mata sampai nak terjojol keluar biji mata sila kontrol ya...dulu aku manusia gemuk yang memakai baju bersaiz XL sila percaya petak2 imagine lah macam mana yang kau mahu memang aku pakai baju saiz XL dulu.erk,tapi itu tahun2 yang lalu...masa dalam tahun 2005 - 2008 macam tu.

.

"macam makcik2 lah kau ni"

"kau sudah kahwin ke? macam orang sudah beranak saja"

"awak sedang pregnant?"

.

secara jujurnya soalan ini memang sangat2 buatkan aku makan hati berulamkan jantung cicah sos cili okay,sila jaga hati saya baik2 *ayat penegasan* sakit hati gila2 setiap kali orang tanya aku soalan yang macam ni kira macam satu penghinaan yang amat dahsyat! dulu aku pernah buat entry marah gila2 babi kat entry ini dan ini.memang aku marah pun okay dan aku memang berhak marah untuk membela diri yang tak terbela ini.salah ke aku gemuk? salah ke jadi gemuk? kau susah ke kalau aku gemuk? kau tergugat ke kalau aku gemuk? mestilah tak kan...so,jangan la asyik nak kondem orang gemuk2 macam tu tak baik okay.kau kutuk2 orang gemuk macam tu,kau ingat kau gila sempurna sangat ke? kalau aku nak bidas balik boleh je....

.

" kau tak gosok gigi ke,gigi kau kotor berkulat2 (dia perokok tegar) "

" ehh....muka kau banyak gila jerawat Bertompok2 mesti tak pernah cuci kan?"

"eeiii...kurus gila kau nie macam terngkorak jalan pun terkengkang2"

.

nampak...aku boleh bidas balik kalau aku nak,tengok mulut siapa lagi pedas.silap2 kau berlari2 balik rumah mengadu pada mak lepas kena caci macam tu.hei,orang gemuk pun ada hati perasaan juga jangan sedap2 rasa je kau nak kata dia macam tu.ingatlah wei...manusia akan berubah hari ni dia gemuk entah tahun depan dia slim melim macam megan foz baru kau nak ternganga meleleh air liur.gemuk atau kurus itu fizikal okay boleh berubah2 ikut keadaan kau ingat benda ni kekal ke? mestilah tak kan memang dah tertulis segala isi benda yang ada kat muka bumi ni memang tak kekal.macam tu jugak dengan saiz boleh berubah bila2 masa,nak dengan tak nak je.so,kau nak kata apa kalau dulu aku pakai baju saiz XL sekarang saiz M aku sudah boleh pakai.silap2 saiz FREE SIZE dan S pun aku boleh muat tau.

.
hei2 kawan,kalau kurus sangat pun tak cantik okay ada sedikit macam cacat di situ....*maaf pada orang2 kurus* jalan pun kadang2 nampak macam terkengkang2 nak pakai kebaya atau segala baju ber cutting sila beranganlah ya.kau pakai memang boleh,tapi kau rasa cantik ke kalau body kau lurus macam tiang? kadang2 jalan pun macam orang nak tumbang,lagi tak boleh blah kalau kau kurus tapi perut kau buncit kahkahkah ternak cacing ke sayang? ada pulak badan kurus pakai baju ketat sendat sampai nak bernafas pun tersekat2 tapi yang kelakarnya bila nampak lemak2 lembik yang gelebeh tu? hadoi...kurus tapi lembik body tak padat langsung tak cantik okay...so,sebelum kau nak kata orang,cermin dirilah kawan kita nie manusia memang tak sempurna.janganlah nak bangga2 diri sangat tak baik silap2 ALLAH tarik balik nikmat yang kau ada tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah.



Beautiful_Rose



Terkenang

.

ada masa-masa kita terkenang
bukan nak ungkit kisal silam
tapi ada kalanya itu jadi peneman
bila bersendirian
.
kau pernah tersenyum
kau pernah ketawa
kau pernah bersedih
kau pernah menangis

.

.

.

.

.

aku teringin sangat nak tengok bulan bintang dengan seseorang

aku teringin nak tengok keindahan pelangi dengan seseorang
.
.
.
.
.

angan-angan selalunya indah bukan? kalaulah hidup ini umpama angan dan mimpi,aku rela tidur sepanjang hari.tak mahu buka mata walau sedetik pun sebab aku takut kalau mimpi itu hilang dari pandangan.seronok kan kalau dapat selalu tenang macam ni tak ada gangguan tak ada kesedihan.tapi ada kalanya aku teringin nak menangis bersedih tanpa sebab.tapi nampaknya ada orang akan nilai aku seperti insan negatif.tapi yang benarnya aku bukan begitu cuma ada kalanya aku terkenang.aku teringin nak bercakap dengan seseorang tanpa henti dan mahu dia mendengar saja segala luahan hati aku.dan pada masa itu aku teringin nak dia cakap begini...
.
"awak jangan sedih saya akan selalu ada bersama awak janji!"

.
tapi kadang2 aku takut...takut kalau itu sekadar cakap di atas angin saja.trauma fobia itu sangat menakutkan,sungguh aku tak sanggup.biarpun hati sekeras batu tetap akan dikalahkan dengan airmata yang lalu sampai mencipta lekuk yang kekal di situ.nampak tak,sekeras2 batu kalah juga akhirnya dengan air.




Beautiful_Rose


Pemimpin Adil Pemimpin Dijulang,Pemimpin Tak Adil Rakyat Yang Malang.

.
.
cehceh....tajuk memang tak boleh blah je kan.tahu jelah tempat aku sekarang sedang di landa demam pilihan raya kecil hulu selangor.siapa2 yang baca surat khabar ada tengok tv mesti tahu tu pun kot ada yang ambil tahu lah kan.wah dari minggu lepas lagi aku perhatikan padang bola kat belakang balai polis tu penuh dengan khemah besar gabak.bendera2 di gantung sana sini dah macam pesta dah aku tengok tempat nieh.semua semangatlah nak undi pemimpin masing2 calon yang di kira terbaik.siang malam berkempen sana sini tabur janji tabur budi yang tak seikhlas hati.
.
aku mengundi? hahahah aku gelak okay meriah gila sambil guling2 dah tentu lah aku tak mengundikan.ada siapa2 nak marah? maaflah secara jujurnya aku kurang berminat untuk hal2 sebegini.bukan bermaksd aku tidak ambil tahu langsung,cumanya ada kalanya aku memikirkan sesuatu di sebalik apa yang sedang berlaku.selepas mengundi,apa akan terjadi? bagaimana dengan janji2? adakah akan jadi seperti yang sebelum2nya hanya kata2 diatas angin semata2 harapan kosong.
.
maaflah jika ada yang kurang setuju dengan pendapat aku,di sini aku hanya nyatakan PENDAPAT sahaja dan sesiapa berhak membentangkan hujah masing2 betul tak? lain orang lain pendapat pelbagai...kalau semua pemikiran sama susah lah jawabnya kan.mungkin akan ada yang memprotes aku di sini tapi tidak mengapa mereka tidak tahu kenapa aku berfikiran seperti ini.NEGATIF? mungkin aku seorang yang negatif tapi alasan dan sebab aku berasas,biarpun perkara itu sudah berlalu bertahun lamanya,tapi aku terasa ia seperti baru.
.
berkempenlah selagi mampu undilah mereka2 yang cukup syarat untuk jadi seorang pemimpin.jangan nanti terlalu sibuk berkempen siang malam,keluarga diabaikan.makan minum anak2 langsung lupa sebab semangat berkempen yang berkobar2.tak tahu lah apa nak jadi dunia sekarang sudah semakin pelik lagi aneh.terlalu melebihkan apa yang kurang perlu kadang2 dan hal2 yang lebih penting sering diabaikan.jangan nanti adanya penyesalan pada penghujung cerita sudahlah.
.
.
.
.

Beautiful_Rose


Sunday, April 18, 2010

Bagi Aku Sedikit Nafas Untuk Mengucapkan Rindu Yang Terpendam




Beberapa hari lepas abang call aku,setelah sekian lama abang menyapi kini dia kembali hubungi aku.tapi abang tidak seperti dulu hanya hubungi aku bila perlu saja tidak lagi kerap.tapi tidak mengapa aku memahami kerana abang ada kominten lain terhadap keluarga.sejak abang kahwin,kami dan jarang contack.dan kali terakhir semasa majlis pernikahan abang beberapa tahun yang lalu.dan kerana kelalaian aku sendiri,aku terlepas majlis tersebut.mungkin juga sebab itu abang berkecil hati dan tidak lagi mahu bercakap dengan aku seperti dulu.
.
dan hari itu,abang sms bertanyakan khabar aku di sini.tidak mengapa abang tidak dapat jenguk aku di kolej sekalipun janji aku tahu abang masih ingat dan sayangkan aku lagi.ingat dulu kata abang "aku adik yang paling dia sayang" abang selalu ada bila masa aku bersedih dan menangis.jauh macam mana pun abang sanggup datang janji aku gembira.
.
.
.
.
"abang ingat tak,masa rose from 5 dulu abang belanja rose KFC.sambil tu abang bawa banyak buku untuk rose.masa tu separuh masa kita dalam KFC sambil makan,sambil stdy.abang ajar rose subjek yang paling rose tak suka math"
.
"thanks abang sebab banyak tolong rose dulu...rose tahu abang baik sangat pada rose.dan maaf sebab rose banyak pendam rasa tak pernah cerita pada abang sebab rose tak nak abang susah hati lagi.rose sayangkan abang sampai bila2"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"abang janji abang akan jaga rose selagi abang mampu"
.
"kalau ada sebarang masalah,bagitahu kat abang.terutama dalam soal hati dan perasaan.banyak2 bersabar ya.nanti abang marah orang yang buat rose sedih ya"









Beautiful_Rose

Award Dan Tag ( 5-FIVE-KHAMSAH )




.
.
Sedang keboringan mendownload lagu dari 4shared...nasib baik internet tak meragam sangat.nak kata laju macam jet pejuang pun tak juga,tapi kurang2 tak lah semput macam orang kena asthma attack kan.huhuh sudah berjaya mendownload beberapa lagu,so sementara itu mari kita membuat tag ini.award dan tag ini aku dapat dari syuk bakal sasterawan muda kita.
.
.
macam selalu lah kan kalau dapat award mesti ada syarat kan.so,ini syaratnya :-
~Copy award ni macam dapat Grammy Award.
~Bagitahu orang yang beri dan link blog pemberi award ni.
~Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH- :)
.
.
1- FIVE name that people call you:-
: azie (umum)
: rose (blogger)
: zizah ( family )
: iza ( orang2 pelik )
: zie (orang2 pelik )
.
2- FIVE important dates in your life:-
: 23 march 1987 (tarikh lahir)
: 13 march 2004 ( sad day )
: 17 june 2003 (che-are)
: 15 september 20?? (?)
: semua tarikh lahir family tersayang
.
3- FIVE things that you done yesterday:-
: Tetas jahitan zip sorok baju kurung moden (pasang terbalik)
: belajar naik tren dari sungai buluh - tanjung malim
: tukar layout blog
: imagine baju kurung warna merah
: blogging
.
4- FIVE ways to be happy:-
: bunga rose
: alam (laut,hutan,gunung)
: gembirakan family
: pelangi
: bila ada orang sayang
.
5- FIVE favourite movies:-
: tengok tv kat rumah pun jarang ini kan nak tengok movie? blur........
.
6- FIVE favourite hobbies:-
: ambil gambar2 alam
: baca buku
: holiday
: jahit sulam tangan
: blogging
.
7- FIVE favourite people:-
: family sendiri
: teman2 scandal
: ( sedang mencari )
: kawan2 baik
: cikgu2 fav
.
8- FIVE favourite places for vacation:-
: pulau langkawi
: pulau perhentian
: jepun
: sabah
: kawasan perkampungan
.
9- FIVE reasons you answers the survey:-
: trimass bagi award ni
: best gak layan tag time blur
: study rajin2 ye syuk
: senyum2 selalu
: take care
.
10- FIVE persons to tag:
.
.
.
.
hohohoh setel sudah....kepada kamu2 yang di sebutkan,sila ambil award ini yerk =)
.
.
.
.

Beautiful_Rose


Saturday, April 17, 2010

Award





Entry basi...alahai banyak betul entry aku yang pending2 semua gara2 ketiadaan lapy sendiri.makanya nak mengonlinekan diri terpaksa ke keluar pekan bertapa di cc.malas nak berceloteh panjang,ini adalah award dari cik bungakopi.haiiiyooo BEAUTIFUL BLOGGER macam tak sesuai jerk dengan aku beautiful ke? comot selekeh sana sini adalah....apa pun trimass kepada cik bungakopi sebab bagi award nieh pada aku.nak terima award pun ada rules juga okay so,kat bawah nieh rules dia....



RULES:-

1.Thank & link the person that gave you the award.

2.Pass this award to 15 blogger you've recently discovered and think are fantastic.

3.contact the blogger and let them know they've won the award.

4.state 7 things about yourself.


Aku Seorang Yang :-

# Obses terhadap bunga rose
# Suka kepada seni terutama jahitan sulaman dan lukisan
# Mencintai alam flora fauna (tak boleh blah kan)
# Jenis manusia yang memendam,awas kepada kau2 yang cuba nak cari pasal!
# Selalu berangan akan memiliki seekor laptop Apple
# Ada kalanya aku lebih suka bersendirian
# Aku akan baran JIKA PERLU.


Mereka yang menerima award ini :-
- lumut
-sayupilu
-miss
-jane
-lea

dah 5 orang cukup.....nak letak banyak2 tak larat aku nak copy link satu2.kamu2 yang cantik manis,sila ambil award ini ya sekian..........


Beautiful_Rose




Sandwich Istimewa


.

.
Semalam berjaya juga akhirnya aku sampai ke tanjung malim.firstime naik tren dari sungai buluh ke tanjung malim.selama ni aku naik tren dari rawang ke KL central je.tu pasal takut2 jerk,nasib baik teman scandal ada untuk ajar aku yang blur2 nieh.sangat bajet ohh dalam rm10 lebih la.kalau naik bas rm 14 lebih.so,jimat nek tren bukan? tapi masa perjalanan tu slow la.
.
pagi ni,tiba terasa mahu makan roti sandwich buatan sendiri.sudah lama tak makan sanwich tiba teringin.terus bangun pagi keluar pekan beli semua bahan untuk buat sandwich.roti,sardin,keju,timun,bawang,sos,mayonis,black paper dan ramuan paling penting sekali semangkuk kasih sayang.dah siap semua terus duduk makan depan pc sambil update blog dan berfacebook.
.
.
.
beberapa tahun yang lalu.....
.
.
.
"sayang,abang teringin nak makan sandwich yang sayang selalu buat tu"
.
.
"tu sandwich paling sedap pernah abang makan tau"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tiba2 pipi terasa panas,mata bergenang.....
.
.
.


Beautiful_Rose

Wednesday, April 14, 2010

Kawan2 Harap Kamu-kamu Yang Membaca Sila Tolong Aku.

.
.
Sila baca entry ini dengan rasa penuh kasih sayang serta kasihan yang melimpah ruah kira macam simpati lah tu......seperti yang kamu2 sedia maklum,jumaat ini aku mahu pulang ke tanjung malim.dan aku sedang menghadapi 1 masalah yang sangat besar untuk pulang dan sedang kepeningan memikirkan masalah ini.macam yang kamu2 sedia maklum,station bas paling top kat kuala lumpur (puduraya) telah di tutup berikutan kerja2 untuk pengubahsuai nak buat station bas yang lebih canggih kot.....dan apa yang aku tahu dari cakap2 mereka,station itu telah di tempatkan di bukit jalil untuk sementara.
.
so,kat sini problem aku ialah macam mana aku nak balik tanjung malim sedangkan puduraya telah ditutup? apa gila aku nak ke bukit jalil semata2 untuk ambil bas balik ke tanjung malim? jauh okay kau tahu tak, sangat jauh gila.kelas aku jumaat tu habis jam 5pm mati nak berlari ke bukit jalil sejauh itu.sedangkan ke kuala lumpur pun mengambil masa 2jam lebih.kalau ke bukit jalil mati jadi berjam2 pula.serupa aku pergi ke johor terus jauhnya kan?
.
maka jadinya aku bluran macam mana mahu balik nieh? nak naik KTM dari sungai buluh memang tak reti lah sebab memang tak pernah naik dari sana.so,macam mana nieh wei??? adesss sudah berpuluh orang aku dok tanya mende nieh.jumaat nieh aku nak balik dah lama gila aku tak balik kampung.dah separuh sewel dah nieh.........huhuhuhu tulun ler aku yang sedang kepeningan nieh aku nak balik sangat ni.nangis lah macam nieh......
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.
.

Monday, April 12, 2010

Dalam Hati Ada Senyum

.
.
Semalam...keluar berfoya-foya dengan scandal dari bukit malawati hingga sampai ke pantai remis akhirnya.dari pagi sampai ke petang sangat bagus bukan menghabiskan masa dan sisa kesunyian di tempat2 yang indah begitu? sudah terlalu lama mengidam mahu ke pantai remis tapi hampa. setiap kali ajak teman2 dorm ke sana,masing2 menolak dengan alasan terlalu jauh.ermm jauh ke? macam tak lah mungkin kerana sebab aku jenis yang sudah terbiasa travel sana sini kot.
.
seharian perut penuh berisi aiskrim coklat,vanilla,nasi goreng ayam beserta kerang bakar.tersangat kenyang sampai tidak perlu makan di cafe pada malam itu.sehingga ke hari ini dalam hati masih ada senyum.terapi yang sangat baik untuk manusia yang cintakan alam seperti aku.kulit habis terbakar dipancaran matahari tapi aku tidak kisah akan itu janji hati aku senang dan bebas.gambar nanti akan diupload pada hujung minggu nanti kerana sekarang aku sedang mengejar masa.menggunakan pc di cc sangat2 tidak membahagiakan bukan?
.
owh minggu ini aku bercadang ingin segera pulang ke tanjung malim.sudah terlalu lama rasanya tidak pulang rindu rasanya pada.....kucing2 tersayang =p dan juga apa khabar agaknya si hijau? tinggal di kolej semasa cuti memang hanya akan memudaratkan jiwa dan kepala otak aku.maka minggu ini harus aku ingin pulang.sudah terlalu lama tidak mendapat peluk cium dari mak hiks! =p dasar anak manja! bukan manja,cuma itu adalah terapi terbaik untuk aku terus bertahan disini.sila beri sokongan pada kenyataan ini ya.
.
dalam bulan ini sehingga ke final exam aku aku mulai sibuk dengan stdy dan projek yang masih terbengkalai.diharapnya semua dapat selesai dengan sebaik mungkin.tidak sabar rasanya mahu tamat belajar dengan segera.harapnya sem 2 ini tidak akan ada sebarang aduan tentang kesakitan belajar di sini ya rose.hahahah tiba2 terasa diri begitu anoying lah =p
.
kepada sayang2 ku sekalian bermula pada hari ini,aku akan blogwalking di blog kalian.maka blog aku tidak akan di update dengan kerap lagi.aku ingin berehat dan meneruskan blogwalking dengan jayanya.okay mahu out sudah...take care semua muuuaahhhhhh!!!!!!!! =)
.
..
.
Beautiful_Rose
.
.

Saturday, April 3, 2010

Melangkah Mencari Oren

.
.
.
Hari ni pergi ke bukit malawati bukan untuk melawat monyet apa lagi jenis2 ikan.tapi hanya kerana sehelai baju berwarna oren yang benar2 telah membuatkan hidup terasa amat terganggu.sebenarnya aku sememangnya ada sehelai baju berwarna oren.tapi saiz terdahulu membuatkan aku berfikir panjang untuk memakainya.bimbang nanti aku akan kelihatan seperti orang2 di tepi sawah yang digunakan untuk menghalau burung2 itu.....
.
dapat sehelai t-shirt warna oren berlengan pendek,hentam sajalah dari tak ada nanti pakai lah dengan inner apa susah.kalau tak kerana PPD puan tisa yang comel tuh,memang aku hentam saja pakai baju pagoda senang cerita.nak ke tesco perlu berfikir berkali2 kerana tak pasal2 nanti baju tak dapat tapi penat yang dapat berikutan ketiadaan tempat untuk menunggu bas yang lembab macam siput tut...
.
dalam otak sedang berfikir untuk projek taman mini bercirikan landskap pertandingan pada hari khamis depan bersama projek inovasi.tension betul aku nak buat kerja2 macam nieh.nak mencari baju oren pun sudah berpusing satu pekan nak mencari bahan untuk taman mini lagi kusut otak aku.aku ketandusan idea kini.kamu2 ada sesiapa yang baik hati disini minta pertolongan berikan aku sedikit idea untuk menggerakkan otak yang beku ini.
.
.
.



Beautiful_Rose
.
.
.

Friday, April 2, 2010

J.A.U.H

.

.

.

Jauh...

jauh ku pandang dikau

ku lihat kau di sebalik sana

aku cuba melambai

tapi hampa

.

Jauh...

jauh ku lihat dikau

ku cuba berteriak

memanggil namamu

tapi kau tidak menoleh

.

Ku lemparkan segunung harapan

ku genggam kata2 azimat

sebagai pembakar semangat

untuk aku tetap teguh berdiri disini

.

Sekali lagi aku jatuh tersungkur

sakit....

sekali lagi aku tersadung

perit.....

aku meraung kecewa.....

.

.

.

.

.

.

pernah tak tiba2 kau rasa hidup kau seperti mati secara tiba2? kau rasa kau sudah kehilangan arah.kau buntu diantara dua persimpangan yang mengelirukan.kau tegak berdiri cuba buat pertimbangan diantara dua jalan.dan kau tidak tahu jalan mana terbaik untuk kau pilih.

.

nak jaga hati semua orang bukannya mudah kadang2 kau terlalu sibuk menjaga hati orang sampaikan hati sendiri kau abaikan.orang tak tahu apa yang kau rasa apa yang kau tanggung yang mereka tahu,kau harus berlaku adil.untuk berlaku adil adakalanya kita terpaksa melukakan hati sesetengah pihak bukan? tidak semua orang akan setuju dengan tindakkan kau biarpun apa yang kau buat itu adalah untuk kebaikkan bersama.

.

secara jujurnya adakalanya aku terasa mahu menangis di bahu seseorang mahu mengadu di dalam pelukkan seseorang.tapi semua itu hanya banyagan yang tidak mungkin akan kau dapat.kau sedih kau menangis kau pujuk sendiri.tidak ada sesiapa yang mahu ambil tahu malam2 kau keluar sembunyi di balik tangga kecemasan kau menangis kat situ tak mahu orang tahu.lewat malam bila semua orang sudah tidur,baru kau menyelinap masuk ke bilik dan tidur.esoknya kau jalani rutin seperti biasa seakan tiada apa2 yang berlaku malam tadi.

.

nak tahu satu rahsia? aku ini sebenarnya seorang psiko percaya atau tidak itu terpulang.orang kata aku sukar untuk di fahami dan juga tidak berperasaan.mungkin itu benar tapi terpulang pada penilaian orang2 yang melihat dan bergaul dengan aku.seorang yang perahsia kerana sering kali menghilangkan diri apabila malam menjelma.aku tidak mahu kelihatan lemah di hadapan orang lain.sedih atau menangis aku biar aku saja yang tahu.segala kesusahan dan kesakitan biar aku tanggung sendiri.aku tidak mahu susahkan sesiapa dengan mendengar segala rintihan aku.cukup aku bertemankan udara malam dan kerlipan bintang2 yang menyinari.

.

.

.

.

.

"lepas exam,kita akan di hantar untuk praktikal"

.

"praktikal?"

.

"ya,praktikal...kenapa akak terkejut?"

.

"tak ada apa2,akak ingat habis exam akak nak terus kerja"

.

"akak tidak mahu sambung level 3?"

.

"tidak...cukup setakat ini.akak mahu pulang ke kampung"

.

.

.

sangat meresahkan berita itu tiada tanda riak gembira di wajah.praktikal? aku tidak rasa itu satu berita gembira buat aku kerana dalam agenda aku sendiri telah aku tetapkan ingin segera pulang ke kampung setelah habis belajar nanti.terus terang aku katakan,aku ini sudah patah hati untuk terus bertahan disini.sebabnya aku ini sebenarnya tidak tahan daulat terpulanglah apa orang nak kata.tapi aku tak rasa ini adlah jalan hidup aku yang sebenar.nampak,aku tersalah jalan lagi sekali sekarang baru aku tersedar jalan yang sepatutnya aku lalui bukan di cabang ini.tapi di cabang lain biarpun dari keluarga bidang yang sama.....

.

.

.

.

.

:: Beautiful_Rose ::

.

.

Thursday, April 1, 2010

G.I.L.A

G.I.L.A

.

.

owh tidak mengapa janji tak susahkan siapa2 kau kata aku gila tapi aku senyum saja2.kau marah? baiklah kau lebih gemar beranggapan yang negatif2 tentang aku tapi sayangnya aku tak berperasaan untuk mengambil kisah tentang hal itu.kau kata aku keras hati eggoistik itu terpulang pada penilaian kau dan aku sedikit pun tidak menghalang.pada aku janji aku tidak mengganggu kehidupan orang lain,itu sudah di kira baik bukan.pernah kau lihat aku berubah menjadi naga? kalau tidak pernah,jangan sesekali kau cuba menyeru aura semangat itu.biarkan dia tidur nyenyak di situ.


hurmm.....sekian lama aku berfikir akan tentang sesuatu dan aku perhatikan serta beri penilaian ada sesuatu kelainan pada diri.aku baru terperasan akn sesuatu aku kini sudah banyak berubah.ini bukan satu perkembangan yang baik aku kira kerana jika di lihat dari satu sudut yang lainnya aku seakan2 sedang menuju ke satu arah yang terang2 aku cuba elakkan selama ini.aneh sekali aku seakan terlupa dengan aku janji yang terdahulu.


seseorang pernah bertanya,mengapa kau banyak meluahkan rasa di dalam bentuk tulisan daripada suara dan perbuatan? lalu aku jawab...aku lebih gemar bercakap dengan diri sendiri berbincang dengan hati daripada orang2 di sekeliling.bukan tidak mahu berkongsi rasa,cuma aku rasakan itu tidak perlu dan tidak penting untuk di ketahui umum.dan aku rasa lebih selesa begini jadi tak perlu siapa2 persoalkan tentang ini.





Beautiful_Rose