Saturday, February 25, 2017

Membebel






Banyak benda sebenarnya aku nak bebel kat sini,tapi nanti dululah pening fikir.Entahlah banyak sangat hal nak fikir...Tulah masalah aku ni suka sangat fikir benda yang rumit-rumit padahal kalau aku just ignore pun,tak de hal.Tapi tulah masalahnya aku tetap nak fikir juga.Selagi tak ada kerja yang boleh buat aku fokus pada benda lain,selagi tulah aku akan terus fikir.Haih lambat je rasa nak pindah rumah ni.

Duduk rumah sendiri walau tak segah mana,adalah lebih nikmat dari duduk tumpang rumah orang.Nak buat kerja pun susah sebab semua perkakas menjahit aku ada kat rumah...Ni satu hal,calculator colour purple kesayangan hilang mesti kerja Mawar buat main hari tu.Dah cari satu rumah tak jumpa,mana dia simpan entah...redha jelah beli yang baru.Penat hoih jasad kat sini tapi hati dengan fikiran kat rumah.

2 hari lepas gigih balik rumah mengemas...perasaan pinggang macam nak patah.Tau tak macam mana rupa keadaan rumah yang ditinggalkan selama 5bulan? Laman bagaikan hutan...nasib husband dah clearkan sikit-sikit just bahagian dalam rumah sangat sedih.Serupa macam zoo semut,labah-labah,,burung,tikus,semua pakat berkampung kat rumah.Masuk je rumah,benda pertama aku tengok dulu,rak buku.Nak make sure buku-buku kesayangan ok-ok je...walaupun dalam hati ada risau sebab buku-buku tu seperti sudah di selongkar seseorang....atau seseekor mungkin?















Thursday, February 9, 2017

Cemburu






Log in



Stalk




Scroll




log out






I is cemburu!
* Setepek padan muka aku





Tuesday, February 7, 2017

Senyum





Perkara biasa bagi seorang "aku" tiap kali mahu mencuba
pasti akan ada bising-bising tin kosong memperlekehkan
Aku tak peduli apa mereka nak kata
masa susah aku mereka mana peduli mana mencari.
Penat aku sendiri tanggung sakit aku sendiri ubat.
Perjalanan masih jauh biasalah kalau kau jumpa
lompong lopak di kiri kanan jalan.
Halangan itu perlu ada untuk menguji kesabaran.
Jika tak pernah merasa kepayahan
takut nanti bila kau jatuh terduduk kau jadi
penakut untuk bangkit semula.
Abaikan dan terus jalan.....



Monday, February 6, 2017

Projek






Kata sepakat membawa berkat insha Allah masih dalam rahmatNya.
Perbincangan pun dah di buat segala rancangan di harap berjalan dengan lancar
masih di peringkat bertatih walaupun pernah punya pengalaman dulu.
Macam yang pernah aku kata sebelum ni,
sakit itu kan pengalaman.....
tak cuba,mana kau nak tahu hasilnya kan,tak mengapa berakit-rakit dahulu
maju itu pasti buat mereka yang mahu.
Modal tak besar...tak mengapa yang sikit itu boleh di kembangkan kalau
ada kemahuan.Mungkin sedikit lambat yang penting jalannya halal.
masih mampu lagi untuk tersenyum biarpun merasa sedikit payah =)


Sunday, February 5, 2017

Perancangan






Ada perancangan untuk masa depan
Insya Allah...masih dalam perbincangan lagi
Masih belajar bertatih lagi
Yang dulu tidak dilupakan cumanya masih punya kesempatan
Ada hati masih sayang lagi
Tapi fikir semula,sebolehnya biar sikit-sikit asal boleh bangkit
Tidak mahu tamak,sederhana itulah yang terbaik
Mohon sokongan dan doa dari semua
Aku mahu bangkit semula
Setelah sekian lama jatuh
Mahu terus kuat untuk kembali berdiri dan berlari
Harapan,moga ada pelangi selepas hujan.....







*Nak delete post lain,terdelete lak post lain -_-"