:: ini cerita aku . kotak fikiran aku . pandangan aku . marah aku di sini . sedih aku di sini . gembira aku juga di sini . aku bukan boneka untuk di kawal sesuka hati ::
Assalamualaikum...
Blog ini adalah hak milik sepenuhnya tuan punya blog tidak ada sebarang perkongsian penulisan disini.ini bukan blog yang berilmiah apa lagi untuk dibuat rujukkan.segala yang tertulis disini adalah berkaitan dengan kehidupan seharian dan juga pemerhatian di sekeliling.medium penulisan adalah pelbagai bercampur baur macam rojak.dan tuan punya blog AMATLAH TIDAK AKAN bertanggungjawab di atas segala gangguan emosi para pembaca.
.
TENTANG PENULIS :
seorang yang obses terhadap bunga rose terutama rose merah,mencintai seni,muzik,sastera,menulis dan buku.seorang yang suka mengembara dan gilakan aktiviti lasak.juga merupakan ahli tegar pengakap kelana beast rovers dan kelab taekwondo.anak sulung daripada 6 adik beradik dan tolak 2.sangat sayangkan kucing tetapi telah memelihara sepasang kura-kura.tidak suka marah,seorang yang pemendam tetapi panas baran apabila hilang sabar.tak cun tak lawa tapi kacak dan gagah perkasa serta seorang yang pemalu dan penyegan.
sangat sayangkan keluarga serta amat menghargai kawan-kawan tetapi sedikit ego.mempunyai seorang scandal dan seorang kekasih gelap untuk curahan kasih sayang.dikatakan sombong kerana berwajah ketat apabila dalam situasi normal.amat sukakan warna biru dan unggu kerana sejuk dan tenang,sekarang lebih sukakan warna merah untuk nampak lebih bersemangat dan berani.dikatakan complicated kerana sukar difahami dan banyak berahsia.bercita-cita tinggi untuk memiliki sebuah kehidupan yang sempurna dan stabil.
seorang yang berdikari dan tahu apa yang dimahukannya dalam hidup tidak suka dipaksa dan didesak.paling benci di atur hidupnya dan dikongkong.penggemar ikan sungai talapia tetapi menolak semua spesis rupa bentuk ikan keli,haruan,patin,belut dan seumpana dengannya.suka katak tetapi membenci lipas dan keluarganya.seorang yang amat cerewet dengan susun atur kelengkapan,kebersihan rumah dan bilik tetapi terpaksa redha dengan karenah adik-adik yang amat suka memporak porandakan suasana.
pernah memilik sebuah blog dalam friendster dan myspace tetapi sudah dihapuskan buat selamanya dan harapnya blog ini dapat hidup dengan lebih lama insyallah...
Beautiful_Rose