"Permikiran Remaja Moden Masa Kini Sangat Terbuka" wajarkah? perlukah? haruskah? pelbagai persoalan bermain di minda ku takala melihatkan beberapa situasi pada hari ini. ku kira itu perlu lagi2 masa kini terlalu banyak teknologi yang semakin berkembang maju seperti majunya negara kita sekarang.tapi aku bukan nak bercerita tentang perkembangan teknologi mahu pun penemuan terbaru dunia,tetapi sesuatu yang lebih penting daripada itu yang mana kadang kala kita sendiri terlepas pandang.
panorama ini ku lihat pada waktu petang di stesen bas tanjung malim.pada masa itu aku berada di dalam bas menuju ke tempat kerja ku yang berada di slim river.agak kelewatan pada hari tersebut kerana terpaksa menguruskan beberapa pekara penting di rumah.ketika kejadian adalah jam 03:00ptg,di mana masih terasa kesegaran lembapan tanjung malim kerana baru saja di simbahi hujan dari pagi tadi.tika itu aku hanya duduk di dalam bas sementare menunggu bas bergerak pergi.tika itu aku lebih selesa memilih tempat di tepi tingkap supaya tidak merasa bosan semasa dalam perjalanan nanti.
sedang aku meninjau2 persekitaran di luar tingkap,aku terlihat beberapa orang remaja lelaki dan perempuan yang masih lengkap berpakaian sekolah sedang asyik bergurau senda tanpa menghiraukan alam sekeliling,seolah2 hanya mereka sahaja yang berada di situ.mereka bertepuk bertampar tanpa segan silu berpegangan tangan di khalayak ramai.dari kejauhan aku hanya menjadi pemerhati setia di situ...tertanya2 di dalam hati,adakah mereka sedar akan kelakuan mereka itu sangat memalukan? bukan sahaja akan memalukan diri sendiri,bahkan akan turut sama mengheret nama baik sekolah dan keluarga kerana mereka masih lagi dalam berpakaian lengkap sekolah berserta dengan lencana tempat mereka bersekolah.
aku berkira2 sendiri,mungkin usia mereka dalam lingkungan 15 atau 16tahun berdasarkan wajah meraka yang masinh keanak-anakan.masih terlalu muda bagi ku hampir sebaya dengan adik2 ku sendiri....tiba2 aku merasa gelisah takala mengenangkan adik2 ku sendiri.adakah mereka juga sama seperti remaja yang ku lihat ini? aku bertanya sendiri,lalu kegusaran mula bertapak di dalam hati.dalam kegelisahan itu aku berdoa,mohon di jauhkan adik2 ku daripada perkara2 seperti itu.terlalu menakutkan bagi ku lebih2 lagi aku tidak dapat selalu berada berdekatan dengan meraka.dan aku juga tidak mampu mengawasi segala gerak geri mereka yang semakin meningkat remaja.
ku tahu dan aku juga mengerti,dahulu aku juga pernah seusia seperti mereka.tetapi zaman mareka tidak sama seperti zaman ku dahulu yang mana kami masih lagi malu2 apabila berdepan dengan remaja lelaki.tidak seperti remaja masa kini yang lebih berfikiran terbuka dalam pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang ternayata terang terangan bukan ahli keluarga mereka "muhrim".terdetik rase kesal di jauh sudut hati ku kerana apa yang lebih mengecewakan lagi mereka adalah kaum ku sendiri melayu dan beragama islam,melihatkan dari penampilan unifrom sekolah yang di kenakan oleh si gadis yang bertudung manis tetapi bertukar menjadi pahit setelah mempamerkan kelakuan yang tidak sopan itu.
sedang asyik aku melihat remaja2 itu,tumpuan ku tiba2 di ganggu oleh 2orang penumpang wanita muda dan seorang kanak2 perempuan.salah seorang daripada wanita tersebut membahasakan dirinya "ibu" kepada kanak2 perempuan tersebut.ku kira wanita muda itu mungkin berkahwin dalam usia yang terlalu muda kerana daripada riak wajahnya kelihatan seperti baru berumur awal 20an.sekali lagi aku terkesima...bukan kerana umurnya tetapi kerana pakaiannya.bagi ku seorang "ibu" tidak seharusnya memakai pakaian yang terlalu menjolok mata kerana "statusnya" sebagai seorang ibu dan isteri,yang perlu dihormati.aku tertegun melihatnya,bukan sahaja menampakkan susuk tubuhnya malah mempamerkan sebahagian dadanya.aku tertunduk malu kerana di dalam bas tersebut terdapat beberapa orang penumpang lelaki yang juga turut serta melihatkan keindahan yang tidak sepatutnya di pamerkan ketika itu.
sejenak aku berfikir,inikah yang dikatakan berfikiran terbuka sama seperti terbukanya pakaian mereka? inikah yang di katakan budaya moden masa kini sehingga ada diantara mereka yang sanggup melangggar adab sopan masyarakat melayu? adakah ini yang dikatakan "trend" masa kini? sanggup menelanjangi sebahagian daripada tubuh yang perlu dilindungi hanya kerana tidak mahu di pandang kolot atau buta dalam berfesyen? adakah ini dinamakan fesyen? fesyen apakah ini? jika kita lihat di zaman lampau dimana ketika itu manusia tidak mempunyai jentera bernama mesin jahit serta serat yang di panggil kain untuk membuat pakaian.mereka hanya menggunakan tumbuhan dan kulit haiwan untuk di jadikan pakaian bagi melindungi tubuh dari kesejukkan.oleh kerana pada zaman tersebut mesin jahit dan kain belum lagi wujud,maka mereka mula mencipta pakaian yang di namakan "cawat" dan "kemban"oleh manusia moden kini.tidakkah mereka sedar yang pakaian mereka itu tidak ada bezanya dengan "cawat" dan "kemban" yang di pakai oleh manusia2 zaman lampau? inikah yang dikatakan trend???
hati ku terusik lucu apa agaknya yang di tafsirkan oleh manusia2 teknologi ini tentang "moden" sebenarnya? maaf jika ku katakan yang masyarakat kita sebenarnya masih lagi ketinggalan jauh dalam memahami erti kemodenan sebenar.malahan mereka tersalah tafsir di antara "moden" dan "ikutan" budaya yang di katakan sebagai moden.tepuk dada,tanyalah iman jangan nanti sudah terjatuh baru nk tersedar dari mimpi indah yang memalsukan hati dan membutakan mata.