Thursday, August 22, 2013

pindah




Selamat hari raya...
Hari raya la sangat kan...pertama kali update blog dengan hp.tu pun curi hp huby...sebab hp aku murah mana boleh nak online bagaikan...rasa macam tak best lak nak taip guna hp jadi slow semua pergerakkan jari jemari halus ini...hahaha halus la sangat kan...

So,nak cerita yang aku sebenarnya dah pun selamat berpindah ke johor sejak awal bulan ogos hari tu.dan dah pun berhenti kerja hujung bulan julia lepas.now duduk rumah menganggur mati kutu keboringan.yelah...aku dah biasa kerja kot.bila tak ada kerja,jadi tak tentu arah.tak pe dalam usaha nak cari kerja november ni kemain lama nak tunggu...

Sementara tu just dok rumah uruskan rumah.huby plan nak renovate rumah...bagusnye bole aku buat bilik sebelah jadi bilik kerja.now ada juga menjahit tapi manik jelah sebab semua barang menjahit banyak tinggal kat rumah mak.tak habis angkut lagi...okay cukup takat ni dulu update untuk pembukaan....




Beautiful_rose




Sunday, August 18, 2013

Cuba Lagi




Masih dalam percubaan untuk menulis lagi....Bulan lepas entry pun tak dapat nak lepas sampai lima then terus rasa macam malas nak teruskan.Bila balik Muar serba tak kena bosan tinggal sorang bosan tunggu bosan pandang dinding bosan renung syiling rumah bosan bercakap dengan cicak.Ini semua pasal dah terbiasa kerja tiba-tiba bila berhenti kerja terus tak tau nak buat aktiviti apa kat rumah selain dari menguruskan hal rumah.Belum pun jam 10 pagi dah duduk termenung sebab semua kerja dah siap tak tau nak buat apa.line internet tak masuk lagi,so tunggu la masuk nanti baru bole rajin nak update.

Semalam dari muar balik seorang diri ke tanjung malim,sempat singgah jap kat CM Central Market.Bukan apa,rindu...rindu pada kenangan lalu rasa macam banyak je kenangan kat situ,kenangan dengan kawan-kawan dengan hidup macam-macam lagi.Sampai je terus excited terus sms seseorang bukan apa saja...nak bagitau dia yang aku ada kat CM ni.Entah la sejak hidup dah berputar 360 darjah ni semua benda jadi lain jadi asing jadi janggal jadi tak biasa.masih dalam proses nak biasakan diri tapi payah gak sebenarnya...

Ni dah sampai tanjung malim rasa malas nak balik muar dah...bukan apa sebab bosan duduk rumah.nak menjahit,semua barang pun belum angkut lagi.hari-hari dok usha bilik kosong kat sebelah angan-angan nak deco wat bilik untuk kerja...rasanya dah cukup luas kalo letak katil single sebuah,ruang menjahit,ruang menulis,kerusi malas sama rak buku.then nak wat ruang tok letak patung dengan baju-baju yang dah di jahit manikkan.waa...tinggi betul cita-cita,harap menjadi la ye.ni sibuk dok usha warna cat nak cat bilik tu bagi cantik.