Entah kenapa sejak akhir2 ini aku sering berfikir sesuatu yang tidak2 tentang diri sendiri.cuba mencari pelbagai kemugkinan yang aku sendiri tak pasti akan kesahihannya.memberi soalan kepada diri sendiri lalu di jawab oleh diri sendiri bukan lah satu tindakkan bijak,malah hanya akan megundang kekeliruan yang berpanjangan.damn! entah apa yang aku mengarut aku sendiri pun tak pasti...gila? hah! mungkin aku boleh jadi gila kalau hidup terus menerus begini,pergi matilah semua tu mengarut! karut! ciss tiba2 terasa diri begitu bodoh kasihan sungguh kau nieh memang tak tahu macam mana nak urus semua tu tapi kenapa nak paksa diri?
pernah tak kau terfikir selama kau berblogging,satu hari kau mati dengan tiba2 tanpa sound amaran? tak sempat kau nak beri pesanan kepada mereka2 yang kau sayang tak sempat nak wat wasiat untuk mereka2 yang berhak keatas segala harta pusaka kau? kau mati secara tiba2 dan tiba2 juga blog kau menjadi senyap sunyi sepi tanpa update entry2 terbaru.sedangkan dulu kau di kenali sebagai blogger tegar yang mana tidak pernah berhenti atau tidak pernah miss untuk update entry terbaru kau.dan masa itu follower2 semua ternanti2 akan update terbaru dari kau setiap masa setiap hari tapi kosong.......
aku pernah berfikir tentang itu...tapi isu itu semakin kuat berputar laju dalam otak aku sejak akhir2 ini...penyebab? aku tak tahu tapi entah kenapa persoalan itu yang muncul entah kenapa itu yang aku fikirkan walaupun aku bukanlah seorang blogger tegar mungkin,dan aku juga tidak dikenali apalagi untuk mempunyai follower yang ribu riban tu semua.adakah sekiranya aku mati nanti,follower2 blog ini akan mengetahuinya? siapa yang akan bagitahu? dan siapa yang akan tahu? alam maya...tak pernah bersua tak pernah mendengar suara.jadi,tidak ada sesiapa yang akan tahu bahawasanya engkau telah TIADA...dan blog kau akan terus senyap sunyi sepi bersama entry terakhir kau yang langsung tiada penghujung.
huh! aku mengarut lagi kan? maaflah sejak hari semakin dekat nieh aku jadi agak tidak keruan sikit mungkin kesewelan mula menguasai diri kot.mental kurang betul sikit mungkin kekurangan tidur menjadi penyebab utama.hahahaha masih nak menyalahkan yang lain sedangkan sendiri tahu memang silap sendiri terlalu obses dengan GAME FACEBOOK.okaylah aku nak berangkat dah nieh nak wat medical chek up...nanti aku update lagi ehh.itu pun kalau aura2 kerajinan masih bersisa lah...okay chow!
Beautiful_rose