Monday, October 25, 2010

Kalau Tak Mampu,Lain Kali Jangan Apply.

Harap maaf entry ini BERKEMUNGKINAN akan menyebabkan sesetengah pihak kurang setuju dengan apa yang akan di tuliskan di sini.PENULIS sama sekali tidak berniat mahu menjatuhkan sesiapa di sini.dan penulis memohon maaf sekiranya entry ini bakal membuatkan anda2 yang membaca terasa hati,limpa,hempedu dan segala organ dalaman sakit.dan penulis juga sangat tidak akan bertanggungjawab di atas kesakitan yang anda alami.
.
.
.
.


ANDA BACA,RISIKO ANDA

.
.
.
hahaha macam sengal je intro rasa nak bagi pelempang sedas dua kan.tapi serius la aku cakap mungkin ada pihak yang akan protes kata2 aku ni.tapi inilah kenyataan dan aku sendiri pernah alami pengalaman ini.kalau tak,tak ada maknanya aku nak berhujah kat sini ye tak? entry ni mungkin agak panjang lebar daripada biasa so,agak2 malas nak baca,boleh klick tanda pangkah warna merah kat atas tu.kalau nak baca juga,sila duduk dengan selesa dan pasang aircond untuk keselesaan.
.
sorry lah aku bukan niat nak kondem atau kutuk sesiapa kat sini tapi just nak meluahkan pendapat dan rasa hati.mungkin ada yang tak berapa nak setuju,tapi hak korang la nak komen apa pun tu pendapat korang lain orang,lainlah cara pemikirannya ye tak.kalau sama susah juga kan,apa2 pun hope jangan ada yang nak gaduh2 kat sini.if ko nak gaduh jugak,jom turun padang kita fight.ada bran?
.
okey fokus tajuk utama,aku nak buka cerita pasal cikgu @ guru.jangan salah anggap ye sekali lagi aku ulang,ini hanya pendapat dan pengalaman aku sendiri aku tak nak kondem just nak komen sikit je tak banyak.untuk renungan kita bersama untuk kebaikkan juga.yang elok ambil jadi pengajaran yang tak elok,jangan ikut sebab aku sedar yang amat blog aku ni merepek meraban je lebih kan,okey sangat sedar diri di sini...
.
macam ni,aku cukup kurang gemar dengan sesetengah guru yang semakin ramai kuantiti tapi tidak berkualiti.sebabnya,zaman sekarang agak susah nak jumpa seorang guru yang betul2 adalah guru.maksud aku,guru yang cemerlang,gemilang dan terbilang.aku cakap ni berdasarkan dari apa yang aku tengok dan alami dan dari situ aku nilai dan ada kalanya aku terfikir.adakah mereka ini layak untuk menjadi seorang pendidik? dari mata kasar kita tengok dia adalah guru kerjanya seorang guru dan mengajar di sekolah.tapi adakah dia benar2 seorang pendidik?


aku pernah tanya soalan pada beberapa orang yang ambil bidang ini.
.
.


1."kenapa kau mahu jadi seorang guru?"
"sebab kerja mudah dan senang dapat cuti"
.
.
2."kenapa kau pilih mahu jadi seorang guru?"
" senang dapat kerja dan dapat gaji bulan2"
.
.
3."kau memang bercita2 untuk jadi seorang guru?"
"tak lah,tapi dah ini ada depan mata aku sebat jelah".
.
.
.
okey cukup aku bagi 3 je,sebenarnya ramai lagi aku tanya soalan yang sama tapi berlainan ayat.maknanya tetap sama kan kenapa memilih guru sebagai kerjaya? nampak tak jawapan yang diorang bagi tu? bagi aku,diorang tu tak ikhlas nak jadi seorang guru pun.bagi aku seorang guru kerjayanya sangat berat dan mencabar.walaupun kau tengok dari luaran nampak macam kerja senang,tapi bagi aku susah.guru adalah pendidik dan tugas guru adalah mendidik seorang manusia menjadi betul2 manusia.bukannya menjadi buaya apalagi biawak hidup yang menyesakkan kepala.
.
tapi apa yang aku nampak sekarang,sesetengah daripada mereka memang tidak layak dan tidak sesuai dengan kerjaya ini,sungguh! *wah..tanda seru =p sebabnya ada sesetengah daripada guru2 yang hanya mengajar sambil lewa,pelajar itu pandai atau tidak belakang kira,janji gaji masuk tiap bulan.ada juga sesetengah guru yang makan gaji buta dan membuta saja,kira jarang masuk kelas atau dalam erti kata lainnya memang ponteng kelas.ingat pelajar je ke yang ponteng kelas? guru pun ada juga...jangan kau tak tahu ye.lebih tak boleh nak terima jenis guru yang bersikap pilih kasih.kira hanya melebihkan pelajar kesayangannya sedangkan pelajar lain di abaikan saja...tak patut kan.
.
guru terlalu tegas dan menakutkan owh sangat tidak bagus ye...aku pernah alami ini dan hasilnya aku jadi malas mahu belajar dan seringkali mahu protes dengan tidak menyiapkan homework *eh,aku pernah buat homework ke? =p bagi aku,tak salah nak tegas,tapi biarlah berhemah.ni tak,dah la garang muka ketat pula tu sangat menakutkan okay...mungkin ada pelajar boleh terima tapi ada juga jenis pelajar yang tak boleh terima guru yang sebegini.contoh terdekat..................................aku.serius okay aku tak boleh terima sebab itu boleh buat aku hilang minat untuk belajar.dan akhirnya aku tambah dosa sebab kutuk cikgu tu belakang2 sangat tidak berkat ye adik2...okay kantoi harap cikgu aku tak baca ini =p okay tukar sebut cikgu pula sebab sebut guru macam susah je,asyik nak kena muncungkan mulut sangat penat...sambung balik.
.
cikgu yang terlalu slow maksud aku jenis yang selalu buat aku pening.sebab kelas lain dah habis bab tapi kelas aku still bab 1 tak habis.bila nak exam,baru kelam kelibut nak habis kan semua bab dalam masa yang singkat.time tulah buat kepala otak aku hang dan sudahnya aku belajar dalam mimpi jelah...*tidur =p
.
cikgu suara melampau merdu.maksud aku suara dia perghhh punya la gila lemah lembut sampaikan aku tak dengar langsung dia cakap apa.dah la aku duduk kat belakang sekali tepi pintu pula tu...aku tak pekak okay,tapi kalau dah suara dia tu macam cakap dengan orang depan dia je,baik tak payah cakap.last2 terpaksa la aku angkut kerusi dok depan dia baru clear...
.
cikgu tak mesra alam yang ni jenis macam cikgu yang tak ada perasaan.tak tahu bila dia marah,sedih,gembira atau teruja.sebabnya hari2 muka dia sama je tak pernah senyum pun.bukan muka ketat macam cikgu garang tu,sah2 la kita tahu dia garang.tapi jenis yang ni kita tak tahu apa perasaan dia.kalau nak tengok dia senyum pun susah,sah2 la nak tengok dia buat joke langsung tak lah kan.sampaikan aku tidur kat belakang pun dia just tengok macam tu je? susah jugak nieh.
.
cikgu pilih kasih jenis ni aku amat tidak gemar.sebabnya dia hanya kan melebihkan pelajar2 yang jadi kesayangan dia je.sedangkan pelajar yang dia tidak suka,di anak tirikan sangat sedih ohh...kira kesalahan kita dia nampak tapi kesalahan pelajar yang dia suka dia buat2 tak nampak.kalau boleh,hari2 dia nak cari kesalahan kita.tak faham kenapa,pelik kot cikgu jenis macam ni.dengan pelajar yang dia suka kemain boleh cakap lembut2 gurau2 gelak2.time pelajar yang dia tak suka,muka ketat je.asyik2 pelajar yang dia tak suka tu terpaksa mengaku salah dan minta maaf berkali2 walaupaun dia tak bersalah langsung pun.sangat tidak adil kan? *owh..macam aku jerk =p
.
cikgu suka cakap besar yang ni tak tahu apa motif dia.suka cakap besar ceritakan keperihal anak2 dia yang sangat bijak pandai belajar kat universiti yang gah....wow! lepas tu,dok kutuk kami2 yang dok ternganga dengar cerita dia.kira cikgu ni asalnya mengajar di bandar dan tinggal di bandar.bila di hantar mengajar kat kekampungan macam kami,mula la dia nak berlagak cerita pasal pelajar2 kat sekolah bandar tempat dia mengajr dulu.katanya sangat berbeza kira dia nak katalah yang kami pelajar kat kampung adalah sangat slow....
.
cikgu makan gaji buta macam yang aku tulis kat atas tadi teramat jarang masuk kelas.kadang2 nak nampak muka dia kat sekolah pun susah.bz dengan macam2 hal tak faham aku...sudahnya kami satu kelas mengajar diri sendiri.kira buat huru haralah dah cikgu tak ada kamilah yang bermaharajalela.sangat tidak bagus sebab banyak bab yang akan tertinggal.lagi2 bila nak exam jadi macam kelam kabut.better kena ada seorang cikgu ganti kalau cikgu tu tak dapat menghadirkan diri ke kelas.tak lah nanti keciciran...betul tak? sebab inilah yang pernah terjadi kat aku dulu.cikgu jarang masuk kelas banyak tajuk tertinggal.nasib baik aku ada ambil tuition kat luar...*aku rajinkan =p
.
cikgu suka merapu yang ni agak pelik sebab mula2 dia cerita pasal subjek yang dia ajar,lepas tu cerita dia melalut sampai ke laut...contoh subjek,adalah sejarah atau geografi.sudahnya aku tak tahu apa yang dia cuba nak terangkan sebenarnya pening.cuba buat lawak,tapi dia sendiri yang gelak...erk,apakah? last2 masa kelas habis dengan merepek dia tuh.1jam merepek 1/2 jam mengajar ? ? ?
.
cikgu terlalu kacak dan cantik menawan...wahhh masuk senarai juga ke? hahahha malampau aku ni.bukan apa,tak salah kalau cikgu nak berpakaian kemas dan cantik.tapi,janganlah sampai berlebihan.sebanya takut nanti pelajar2 akan hilang fokus...cikgu sibuk dok pung pang kat depan,pelajar pula kusyuk dok menatap baju,kasut,jam,gelang,rantai,cincin,beg,eye shadow,rambut,tali leher,tudung dan macam2lah yang boleh buat kami terlalu fokus sampai naik juling tak teralih mata menatap wajah mu.....maybe cikgu juga perlu memakai unifrom selepas ini...heheheh =p
.
sebenarnya ada banyak lagi ketegori jenis cikgu yang aku nak komen kat sini.tapi rasanya ini pun dah lebih dari cukup kot.kang aku tulis lebih2 ada pula yang sentap nak merajuk2 lari masuk bilik nangis.aduhai...cikgu terlalu sensitif la tu kan.tapi tak apa kita tulis sikit2 sudahla kan...*sikitlah konon =p.tapi apa yang aku tulis kat sini,memang realiti dan memang pernah berlaku kat aku sendiri.memang ada yang benar2 ikhlas dan bercita2 mahu jadi seorang cikgu dan pendidik.tapi tak kurang juga yang hanya sekadar mahukan pekerjaan dan gaji semata2.katanya tak mahu terus hidup tanam anggur tanpa hasil.suka atau tidak belakang kira,janji gaji masuk cukup bulan.sedangkan tanggungjawab dan amanah tak di laksanakan...tak patut kan kesian kat pelajar2 yang benar2 nak belajar tu.
.
cikgu ada ilmu,turunkanlah kat kami2 yang memerlukan ni.pahala besar tau untuk seorang cikgu yang berjaya menjadi pendidik ni.pahala berterusan lak tu sampai jasad di mamah bumi pun pahalanya tetap berterusan tak akan putus selagi ilmu yang di di beri tu di gunakan turun temurun.dah tu pula status cikgu tu akan di guna pakai sampai la cikgu tu dah bersara.tak mengajar dah bercucu cicit tapi,masih lagi orang gelarkan cikgu kan,betul tak? lagi satu,kerjaya seorang cikgu ni sebenarnya adalah kerjaya yang sangat mulia.kalau tak ada cikgu,tak akan wujudlah doktor,peguam,polis,perdana menteri,pensyarah,CEO,dan lain2 lagi kerjaya yang ada kat muka bumi ni...so,sesiapa yang betul2 ikhlas nak jadi seorang cikgu,sila la jadi seorang cikgu yang berjaya dan di hormati bukannya seorang cikgu yang di keji dan di benci... =)
.
.
.

:: ada seorang kawan pernah berkata,
"aku suka jadi seorang cikgu sebab aku nak jadi pendidik
nak didik anak bangsa aku jadi manusia berjaya
nak buktikan kat mata dunia yang negara kita punya
bangsa yang berjaya.bagi aku,kerjaya seorang cikgu ni
adalah kerjaya yang sangat mulia..." ::

.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

10 comments:

  1. ehem2 pjg enty ko ni..
    gado dgn cekgu kah??
    ekekeke

    ReplyDelete
  2. hmm...walau apa pon cikgu patut kita hormat.Tapi sekarang dah ramai sgt yang rasa diri lebih bijak dari guru tu lar yang menyebabkan guru dikondemkan.Malah tak segan2 marah guru tuh balik.Lain lar kalau guru tuh sendiri yang buat pedajal kat anak murid.Bagi aku tak kira lar apa alasan dia nak jadi guru,dia tetap harus jalankan tugas dia.

    ReplyDelete
  3. cik gu? kan dah keluar maktab atau pun universiti.. tak kan tak tahu nak mengajar supaya murid murid nya pandai..
    tapi apa yg di perkatakan ni ada kebenaran nya.. tapi bukan semua kan

    ReplyDelete
  4. wei...aku CIKGU...
    aku xterasa ape2 pun dgn entry ko nih...

    xkesah...sebab bukan takat ko je berceramah dlm blog, aku hari2 kena ceramah dek GB, orang2 sekeliling, mak bapak aku, bak kata semua yg ade disekeliling...

    ade jugak antara pendapat ko tu benar, ade jugak yang tak...

    bak pepetah kata "1 dalam 100" pun sukar ko nak jumpe...

    aku dah ngajar 8 tahun...
    dah masak sangat dalam dunia perguruan nih...

    so, xheran la nak kata ade guru ni hanya keje sebab nak senang je...

    pssttt...ape pendapat ko tentang aku?

    ReplyDelete
  5. aku rasa ko betul tang cikgu skang ramai yang kerja sebab tak de kerja lain.. cth paling senang cikgu KPLI la.. walaupon tak semua, tapi ramai jugak yang aku jumpa macam gitu.. nak2 plak aku kerja kat pejabat pelajaran skang.. macam2 jenis cikgu aku jumpa.. haihhh... pening kepala oo.. cikgu perangai mengalahkan budak2!

    ReplyDelete
  6. arwah mk saya suh jadik cikgu tp sy terang2 kata tak nak sbb sy tak yakin boleh jadi pengajar yang baik

    ReplyDelete
  7. saya tak boleh jadi cikgu..
    sebab saya garang.. huwaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. MISS :
    tak lah gado..ini realitikan

    SI BISKUT :
    betul tu..kalau dah pilih kerjaya ini harus jalankan tanggungjawab itu.tapi ramai y x wt mcm tuh....

    UNCLE BER_U_WANG :
    yup betul tuh..tak sume mcm tuh.tapi yang segelintir macam tu harap ubahlah.

    WHITE ROSE :
    hehehhe jgn marah ye cikgu....ini pendapat dan pandangan berdasarkan pengalaman aku. =p

    owh,ko cikgu garang tp baik hati kan =)

    AMNI :
    tahu tak per...sebab ini pengalaman akulah dan aku pernah alami kejadian mcm ni.dan lg 1 aku pernah kerje kt sebuah uni perguruan.dan pe yang aku tengok ade jugak la yang mcm x berkelayakkan.

    ReplyDelete
  9. MAK SU :
    same lah mcm aku..aku tak layak menjadi seorg cikgu sebab aku agak baran dan kurg sabar kdg2...

    BULAN :
    hikhikhik bulan garang takot wwooo.......

    SEKAMAR RINDU :
    wlsm...owh yeke,thanks =)

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah