Saturday, September 24, 2011

Impian Bersama


Malam Kelmarin hari ahad aku ke tempat kerja scandal sudah janji mahu berjumpa dia petang tu.tapi aku tukar masa sebab aku pulang agak lewat ke rumah.sampai rumah terus pergi mandi dan siap2 keluar terus ke tempat kerja scandal.sembang2 kosong lama tak lepak sama,tanya khabar pasal kawan2 kolej dulu,ramai juga yang dah bawa haluan hidup masing2 tak kurang juga yang sudah berkahwin.menyentuh perihal kerja,aku dan scandal mengeluh panjang.....scandal mahu cari kedai kosong untuk di sewa,tapi di tanjung malim ni mana nak cari kedai kosong.kalau ada pun mesti mahal dan modal untuk peralatan pun rasanya masih belum mampu untuk diadakan.

dulu,masa di kolej aku,scandal dan kekasih gelap pernah meyimpan impian dan cita-cita untuk punya kedai sendiri.pernah berangan2 untuk menjadi share partner kedai jahit.scandal dan kekasih gelap di bahagian jahitan dan aku bahagian sulaman.sama2 punya impian mahu buka perniagaan kongsi dan sama2 jadi bos.tentu seronok begitu 3 sahabat dapat bekerjasama dalam bidang yang sama mengikut salur yang diminati.tapi selepas setahun habis belajar masing2 membawa haluan berlainan bertentangan dengan apa yang di cita-citakan dulu.aku masih kekal di tempat lama,scandal juga begitu dan kekasih gelap bekerja sebagai pembantu makmal di sana.

bukan tak cuba mencari tapi,bila di fikirkan kerja mengambil upah menjahit di kedai orang agak tidak berbaloi berbanding dari perniagaan sendiri.lebih kurang suku daripada separuh hasil yang kita akan dapat sedangkan kita menjahit 100% untuk sepasang baju dan hanya menerima upah suku daripada separuh! dan tuan punya kedai mengaut keuntungkan yang berlebih-lebihan ini tidak adil.maka,kami buat keputusan untuk hanya mengambil tempahan dari rumah saja itu pun jika punya waktu dan kesempatan kerana kekangan kerja ada masanya buatkan kami rasa sangat penat.dan sebab itu juga aku jarang sekali mahu menerima sebarang tempahan menjahit jika tak punya masa yang banyak.dan entah bila semua ini akan berakhir sedangkan dalam hati masih lagi meyimpan impian yang dulu...








Beautiful_Rose


Thursday, September 22, 2011

Baru Belajar








disebabkan aku selalu ditinggalkan oleh roomate keseorangan kat bilik nieh,maka aku cuba cari something untuk terapi jiwa aku yang sunyi ni.yelah bila tinggal sorang sunyi macam ni,hati tu mudah sangatlah nak sentap tanpa sebab.hari2 bercakap dengan domo dan april boring juga.sebab diaorang bukan boleh balas balik dengar pun tidak.so,aku fikir adalah lebih baik aku buat benda2 berfaedah macam ni...ye aku tau bunga2 kat atas tu agak buruk.aku baru belajar buat tu.gigih tengok tuto kat youtube...cadangan asal nak buat sulam reben,tiba2 terbuat bunga felt pula.heheheh tak kisah lah janji masa aku tak lah rasa kosong sangat.

sulam reben kesnya aku tersalah beli jarum tersalah saiz so,reben tu tak muatlah nak masuk kat lubang jarum tu.tapi tak pe,aku dah beli baru tengah hari tadi.4 saiz jarum aku beli sekali senang sikit kerja aku nanti.hehehe seronok sangat masuk kedai alat jahitan tadi,langsung aku terbeli beberapa jenis manik yang sweet2 dengan benang sulam.rambang mata kot bila masuk sana rasa macam best gila...kalau boleh semua aku nak beli.tapi takat ni je yang aku mampu nak lebih2 tak boleh gaji belum masuk.kang tak memasal je hujung bulan aku makan balik jarum dengan benang tu.tadi aku dah try buat sulam reben bunga rose...menjadi tapi tak lah secantik macam dalam buku.tapi tak pe,masih cuba buat sampai jadi.nanti siap aku upload kat sini okeh!








Beautiful_Rose


Tuesday, September 6, 2011

Penyakit Hari Raya


Hai,hai...blog sudah semakin sepi yup penulis semakin malas tapi rajin belajar masak,okeh ini alasan terbaik sekian.lupakan soal masak memasak fokus utama pada tajuk hari ini.penyakit hari raya.bulan lepas kita cerita pasal penyakit bulan puasa,tapi hari raya tak kurang juga hebatnya.cuti raya aku tak banyak tahun ni,better la sebab aku malas nak cuti lama2 bukan aku ada ke mana pun.so,jumaat masuk kerja dan seperti yang di duga patients adalah sangat ramai.bulan puasa patients kurang penyakit pun kurang takat gastrik di bulan puasa itu biasa.

hari raya jenis penyakit memang hebat! darah tinggi,kencing manis,gout,food poisoning,demam ini memang jenis penyakit paling banyak di hari raya.biasa...bulan puasa makan sehari 2x je tu pun masa sahur mana nak lalu makan.so,kolestrol,gula semua terkawal.hari raya bagaikan pesta makanan.apa terhidang semua nak di balun cuba,padahnya penyakit melanda.dan income kembali normal seperti asal di mana keadaan klinik adalah sangat bz.berpusu2 org keluar masuk sampaikan tak sempat nak duduk senang lenang walaupun 5minit.apa lagi nak berFB dan blogwalking kan.

tapi kesian juga kat orang2 sakit ni,nak makan boleh bukan tak boleh.tapi just pandai2 la kontrol kalau nak sihat kalau tak nak makan ubat kalau tak nak kena cucuk.ubat ni pun bukan elok sangat dok makan selalu toksin banyak,so better diri sendirilah kalau nak sihat,amalakan cara pemakanan yang sihat.lemang,rendang ketupat,kuih2 raya masih boleh di makan seperti biasa tak siapa halang.just kuantiti tu ikut berpada2 jugalah.ni asal nampak sedap je semua nak balun,kang sakit sendiri juga yang susah.takut weh tengok orang dok ambik stok ubat banyak2 ni tak terbayang aku macam mana nak telan ubat banyak2 macam tu.paling penting,senaman ye untuk mengekalkan kerampingan perut anda di hari raya =p








Beautiful_Rose