Saturday, September 24, 2011

Impian Bersama


Malam Kelmarin hari ahad aku ke tempat kerja scandal sudah janji mahu berjumpa dia petang tu.tapi aku tukar masa sebab aku pulang agak lewat ke rumah.sampai rumah terus pergi mandi dan siap2 keluar terus ke tempat kerja scandal.sembang2 kosong lama tak lepak sama,tanya khabar pasal kawan2 kolej dulu,ramai juga yang dah bawa haluan hidup masing2 tak kurang juga yang sudah berkahwin.menyentuh perihal kerja,aku dan scandal mengeluh panjang.....scandal mahu cari kedai kosong untuk di sewa,tapi di tanjung malim ni mana nak cari kedai kosong.kalau ada pun mesti mahal dan modal untuk peralatan pun rasanya masih belum mampu untuk diadakan.

dulu,masa di kolej aku,scandal dan kekasih gelap pernah meyimpan impian dan cita-cita untuk punya kedai sendiri.pernah berangan2 untuk menjadi share partner kedai jahit.scandal dan kekasih gelap di bahagian jahitan dan aku bahagian sulaman.sama2 punya impian mahu buka perniagaan kongsi dan sama2 jadi bos.tentu seronok begitu 3 sahabat dapat bekerjasama dalam bidang yang sama mengikut salur yang diminati.tapi selepas setahun habis belajar masing2 membawa haluan berlainan bertentangan dengan apa yang di cita-citakan dulu.aku masih kekal di tempat lama,scandal juga begitu dan kekasih gelap bekerja sebagai pembantu makmal di sana.

bukan tak cuba mencari tapi,bila di fikirkan kerja mengambil upah menjahit di kedai orang agak tidak berbaloi berbanding dari perniagaan sendiri.lebih kurang suku daripada separuh hasil yang kita akan dapat sedangkan kita menjahit 100% untuk sepasang baju dan hanya menerima upah suku daripada separuh! dan tuan punya kedai mengaut keuntungkan yang berlebih-lebihan ini tidak adil.maka,kami buat keputusan untuk hanya mengambil tempahan dari rumah saja itu pun jika punya waktu dan kesempatan kerana kekangan kerja ada masanya buatkan kami rasa sangat penat.dan sebab itu juga aku jarang sekali mahu menerima sebarang tempahan menjahit jika tak punya masa yang banyak.dan entah bila semua ini akan berakhir sedangkan dalam hati masih lagi meyimpan impian yang dulu...








Beautiful_Rose


4 comments:

  1. amboih,scandal org lain?kekasih gelap org lain?wah3..hotsetap btul nih.agaga~

    ReplyDelete
  2. hope impian tu terlaksana... yeah! semangat wooo bila dah dapat buat kedai sendiri..

    ReplyDelete
  3. macam aku plok tak sanggup nak tanggung risiko....

    ReplyDelete
  4. huhu . . . teruskan kumpul duit sama-sama buat bisnes seniri . . .

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah