Friday, November 1, 2013
Lembaran Baru
Lama tak update sini...dalam 2 hari ni habis semua entry-entry lama aku geledah.Dan sesetengah darinya telah aku delete dari terus bertapak menghuni laman ini.Jangan tanya mana dan kenapa aku delete.Mungkin sebaiknya ia lenyap terus atau lebih baik ia terus kekal menjadi rahsia.Entah kenapa bila di fikir balik,sebenarnya terlalu banyak perkara yang tak terduga terjadi.Semuanya berubah habis 390 darjah sejak berlaku beberapa insiden sebelum ni.
Bermula dari perancangan hidup sampai la apa yang aku dapat hari ni beza daripada apa yang aku jangkakan.Aku sebenarnya tak percaya pada kebetulan...sebab bagi aku kebetulan itu tidak pernah wujud melainkan takdir yang telah di tetapkan.Hanya percaya pada takdir dan itu yang buatkan aku tetap terus berdiri selepas jatuh berkali-kali sebelum ni.Biarpun semua cita-cita dan perancangan masih belum dapat aku capai,tapi aku yakin 1 masa nanti rezeki itu akan datang juga untuk aku......
Beautiful_Rose
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Maal Hijrah Fren ...semoga lembaran baru ni lebih indah dari lembaran yang sebelumnya :)
ReplyDeleteKita Hanya mampu merancang..
ReplyDelete