Masih terasa lagi kejanggalan dalam cubaan untuk menyesuaikan diri lagi.Mungkin sebab blog ni terlalu banyak menyimpan memori yang buatkan aku rasa agak kaku.Bila ada yang canang aku punya blog yang lain...biarkan diamkan saja kalau kau tahu.Ia terlalu peribadi...biar di jadikan tempat untuk melupuskan segala sampah yang ada.Pernah jatuh berkali-kali dan sekarang cuba untuk berdiri..jadi seseorang yang baru mungkin.
Fokus aku hanya pada kehidupan baru yang telah di pilih...simpang yang mengelirukan tu betul-betul buat aku terperangkap.Kalau inilah pilihan yang tepat,maka aku ikutkan saja.Yang gagal dulu jadikan pengajaran...dan bukan sekadar mendengar cakap-cakap orang saja.Terlalu mendengar cakap-cakap orang kadang,boleh membinasakan diri juga...
Ini dia yang baru.....
Yang lama masih ada cumanya aku tak ada masa nak uruskan sebab komitmen terlalu banyak.Aku tak mahu tamak kerana nak kejarkan semua yang di pegang berciciran.Biar mulakan sikit-sikit dulu yang mudah-mudah biar tak lumayan,tapi cukup untuk memenuhi keperluan...Sudi-sudi la add,follow dan like...berminat,tu no whatsapp dah ada.Alhamdulillah ini dah masuk tahun ke-3 moga-moga berkekalan hendaknya...ameen