Tuesday, October 19, 2010

Siapa Buka Paip Air Malam Itu?

.
Tak tahu la nak kata ini cerita seram ke hape kan tapi aku ada rasa sedikit pelik jugalah plus misteri nusantara.hohoho macam ni isnin minggu lepas tu klinik just bukak sampai petang je,kira malam tutup.dan aku tinggal kat hostel seorang diri sebab roomate aku balik ke rumah dia patang tu then akan balik esok harinya.tapi aku bukan nak cerita pasal klinik or pasal roomate.tapi pasal paip air kat bilik air sebelah toilet tu.
.
macam biasa lepas habis waktu kerja petang tu aku terus kemas2 dan sapu semua sampah yang ada coz ingat bolah rehat awal sikit malam tu.selesai semua aku blogging macam biasa dan masuk bilik dalam jam 11malam macam tu.dan siap2 nak tidur tiba2 aku dengar bunyi air mengalir macam bunyi kat bilik air.tapi aku abaikan just anggap mybe jiran rumah atas kot yang buka air malam tu.so,dengan sedikit ragu2 aku sembang2 dulu kat hp sampai dah 1pagi macam tu.dan bunyi air mengalir still tak berhenti lagi.
.
hati aku dah rasa semacam tapi aku tetap abaikan juga,dalam kepala dah dok fikir bunyi air tu datang dari bilik air.tapi aku nafikan juga sebab bilik air tuh dah 4bulan tidak digunakan hatta aku dengan roomate sendiri pun just mandi kat toilet je.sebab bilik air tu ada banyak parasit yang buatkan aku dengan roomate gelik nak mandi kat bilik air tu.so,secara logiknya tak mungkin ada sesiapa yang akan masuk dalam bilik air tu.patient pun tak akan masuk situ sebab dah tampal notis "staff dan doktor sahaja"
.
esok paginya bunyi air mengalir masih ada dan buatkan aku rasa betul2 yakin datang dari bilik air tu.kalau jiran atas tak mungkinlah sebab tak kanlah dia nak biarkan air mengalir macam tu je kan.so,aku chek kat salur longkang,memang ada air mengalir.try beranikan diri buka pintu bilik air dan memang betul paip air terbuka habis banjir bilik air dengan air melimpah sampai pagi.masuk kerja,aku tanya pada roomate kot2 dia ada masuk bilik air ke tak semalam.tapi dia cakap dia memang tak masuk toilet atau bilik air semalam.aku dah mula rasa pelik sebab just aku sorang je kat hostel semalam.
.
.
.
.
.
.
.
.

so,siapa yang buka paip air tu semalam?

.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose

.

.

8 comments:

  1. alamak rose buat entry seram plak..suspend jer.takde unsur2 lawak ker aper kan..?hehe

    ReplyDelete
  2. baru je terpancul perkataan
    "jeng, jeng, jeng..."

    ciss...bertukar lain...

    kahkahkah...
    siapakah itu???

    ReplyDelete
  3. Nuh:-
    hmmmm.....
    x bgtau pown....

    ReplyDelete
  4. Adakah sejenis parasit yg dlm bilik air yg menyebabkan anda mandi dalam kebakaran?????

    dinding, lantai, siling ada hitam2+ hijau gelap kesan seperti terbakar kan??

    bila anda mencucikanya sangat sukar sekali...

    sgt menggelikkan kan???

    ReplyDelete
  5. bahaya kamu tinggal bersendirian.

    ReplyDelete
  6. ALEEN AIDEN :
    huhuhu yeke? =p

    SI BISKUT :
    suspen ker? hehehhe ntah tmpt ni agak misteri.

    WHITE ROSE :
    tulah tak tau sape y buka paip malam tu peliknye.

    NUH :
    saje x mo kamu risau...

    ANONYMOUS 1 :
    siapakah kamu anonymous?

    bukan parasit itu ler...ni parasit hidup sejenis "cacing" mmg lebih drpd gelik.

    ANONYMOUS 2 :
    kamu siapa ye?

    agak bahaya dan takut tp terpaksa juga beranikan diri...

    ReplyDelete
  7. mesti lembaga bekalan air di negeri engko..macam kat selangor lembaga penghisab duit tu sabas

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah