Friday, January 21, 2011

Kem Di Bukit Merah Pengakap Kanak-Kanak : Versi Pek Bercuti

.

note : perhatian,ini adalah entry 2 bulan lepas november 2010.sudah terlalu lama tersimpan dalam draft tak ada masa nak update sebab malas nak upload gambar.bila free upload laju2 dan update laju2.seperti biasa malas nak taip panjang2 layan gambar jelah....

.

Tempat : Bukit Merah Lake Town Resort (MK LAND)

Tarikh : 28 - 29 - 30 november 2010

.

.

kem ini khas untuk pengakap kanak2 sekolah rendah kira pek bercutilah.macam biasalah aku ke sana sebab nak handle kanak2 riang ni supaya terkawal.kem ni anjuran peringkat negeri perak...so,wakil dari daerah aku kelana Beast Rovers ada 2 orang saja aku dan kucak.yang lain2 sedang bz dengan kerja dan juga final exam akhir tahun.aku tak pasti berapa orang peserta yang ada.apa yang aku tahu pengakap remaja yang terlibat ada 6orang sahaja wakil dari daerah aku batang padang dan juga dari daerah...erk sory aku tak ingat =p

.


1.bertolak dalam jam 10pagi dan selamat sampai dalam jam 2.30petang...agaknyalah sebab aku lupa lama sangat simpan dalam draft nieh.sampai je kat hotel,berkumpul dan dengar taklimat program dulu...baju merah adalah dari daerah batang padang dan baju kuning mungkin wakil daerah manjung kot...
.


2.hari pertama,aktiviti di waktu petang ialah berendam didalam kolam...macam biasa aku tidak ada dalam gambar.hanya jadi tukang ambil gamabr saja...dan malamnya selepas isyak ada aktiviti mengembara malam.tapi terpaksa di batalkan kerana hujan lebat.nasib baik ada kucak jadi penyelamat...so,aktiviti di tukarkan kepada aktiviti LDK untuk mengelakkan budak2 ni bosan dari tak buat apa2 kan.
.


3.hari kedua mereka di bawa ke taman tema untuk menyelesaikan tugasan yang telah di berikan.tugasan itu berbentuk kuiz dan di setiap tempat persinggahan,mereka hendaklah menjawab soalan seperti yang telah di berikan.jawapan yang betul akan di beri cop oleh para pemimpin yang bertugas.
.


4.pengakap remaja daerah batang padang...salah seorang dari mereka adalah adik bongsu aku.yang mana satu? carilah yang paling comot tetapi comel seperti aku tulah dia adik aku abel...tapi aku lebih comel sikitlah dari dia...hahahha matiklah perasannnnnn =p

.


5.para pemimpin yang ditugaskan.
.


6.sedang menanti pintu ke taman haiwan di buka...selepas habis pusing taman haiwan,mereka di bawa ke pulau orang hutan pula.di situ banyak maklumat tentang orang hutan yang kita sendiri tak tahu.bermula dari 3 ekor orang hutan dan di biakkan di sini sekarang sudah ada 26ekor orang hutan.anak2 orang hutan yang di lahirkan akan di pisahkan dari ibunya untuk mendapat penjagaan yang lebih baik dan kemudian di lepaskan ke sangkar apabila sudah besar.
.


7.tempat ni agak cantik tapi tak singgah pun just melihat dari jauh.
.


8.agak best dengan monyet kecil ini...aku tak pastilah sangkar kurungan ni boleh masuk atau tidak,tapi kami main redah jerk masuk kat dalam sangkar monyet nieh.salah seekor dari monyet2 comel ini agak jinak siap bertenggek kat bahu kucak.

habis sesi lawatan ke pulau orang hutan seterusnya makan tengah hari dan bermandi manda di taman tema air.aku hanya jadi pemerhati bebas saja tak join pun just support adik bongsu je kira aku jadi bank rasmi dia lah kat sana...
.


9.gambar tak banyak...sebab beteri kamera tiba2 mati.aku terlupa nak bawa charge.dan gambar terakhir yang aku sempat snap adalah spesis pelik ini...namanya binturong.haiwan ni agak slow pergerakkannya.aku tak pasti haiwan ini dari kelompok mana tapi agak menarik jugalah.
.


10.pada malamnya seperti biasa akan ada malam kebudayaan...sebagai penutup.bos kami tuan Amir paling sporting aku kira...kira tak bosan tengok persembahan dan lawak dari peserta.juga ada cabutan bertuah untuk memeriahkan suasana pada malam itu.

.

11.majlis penutup dan perasmian dari tuan punya resort...iaitu Datuk Mustafa Kamal.dan sedikit ucapan dari beliau serta berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaannya.memang terbaiklah ucapan beliau pada masa tu.banyak pekara yang boleh diambil sebagai pengajaran.

.
12.okeh itu saja update untuk hari ini...dan itu jugalah kem terakhir penutup bagi tahun 2010.untuk tahun 2011 akan ada lebih banyak lagi aktiviti yang akan menyusul.tunggulah...owh dalam masa terdekat ini pengambilan kelana baru akan di buka,kalau berminat nak join krew kami boleh klick kat website Beast Rovers untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh tinggalkan mesej kat fromspring aku atau boleh tanya wakil ADC kami kucak =)

.

.

.

.

:: sekali berpengakap selamanya akan berpengakap ::

.

.

Beautiful_Rose

.

.

11 comments:

  1. seronoknya budak2 pengkap ni.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    KERETA MERAH KU

    ReplyDelete
  2. best kalo handel bdk2 yg baik2 je
    xyh ssh nk kawal kan

    ReplyDelete
  3. niesz dulu jbtn pertahanan awam..hehe..

    ReplyDelete
  4. wow...
    bestnye beb...

    sonoknyee...
    teringin aku...

    ReplyDelete
  5. BKLT...tempat dating pon best nih.haha

    ReplyDelete
  6. dulu aku pernah camping kat lenggong... untuk semua budak pengakap MRSM. seronok! rindunya...

    ReplyDelete
  7. pek. pek pek pek.
    pekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. hee

    ReplyDelete
  8. bestnya bawak budak pergi camping

    ReplyDelete
  9. NABILAH_2908 :
    yup memang seronok diaorg dapat bercuti2...

    AL :
    haa...tu la cabarannye.kalo budak baik dgr cakap tak de hal sgt.y degil ni susah wat pening kite jerk.

    NIEZS :
    owh yeke....
    skang masih aktif lagi ke niezs?

    WHITE ROSE :
    hehhe kalo tingin jom lah join sekali.

    BISKUT :
    amboi2.....
    nak dating ye ko =p

    ReplyDelete
  10. REPUBLIK N9 :
    hahahha amboi ko..... =p

    AMNI :
    owh yeke...best tuh.bile lagi nak datang ke perak,roger2 la aku ek.

    MACY :
    eh....laung agong!
    macy pon tau yerk?

    EITA :
    jom la ieta g same2...

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah