Monday, March 7, 2011

Dia Sebenarnya Tidak Ikhlas



"Kamu sebenarnya tidak pernah memiliki hati seseorang itu,
Jika dia adalah bayangan ciptaan khayalan kamu"



Dia sebenarnya tidak pernah ikhlas sayangkan awak,kalau betul dia sayang yang benar2 sayang tidak perlu dia mempersoalkan sesuatu yang menjadi kekurangan awak.awak menerima semua kekurangan dan kelebihan dia kerana awak benar2 ikhlas sayangkan dia.tapi tidak dia yang mahu awak berubah kepada sesuatu yang seperti bukan diri awak.awak bagaikan patung yang dihiaskan oleh dia mengikut citarasa yang dia inginkan.

- dia mahu awak pakai pendakap gigi kerana gigi awak sedikit terkedepan.tapi awak masih tetap nampak manis jika tersenyum tanpa menonjolkan baris gigi putih itu.

- dia mahu awak kurus kerana badan awak tidak berpotongan seperti jam pasir yang berlekuk2 tu boleh nanti sarung kebaya yang cantik menawan.tapi awak masih mampu kelihatan ayu dengan hanya berbaju kurung sederhana.

- dia mahu awak belajar bagaimana mahu bergaya seperti gadis berwarna warni untuk tampil menarik dimatanya.tapi awak masih lagi boleh kelihatan anggun dengan satu warna saja.

- dia mahu awak pakai high heel 4,5 inci supaya kaki nampak panjang,bila berjalan awak akan catwalk seperti model dipentas peragaan.tapi awak masih boleh melangkah berjalan dengan sopan tersusun hanya memakai kasut bertapat rata diatas tanah.


awak,tahu tak awak sudah pun mengabiskan banyak wang awak semata2 untuk memenuhi kehendak dia? pendakap gigi,pil kurus,high heel mahal,pakaian berjenama.tahu tak,umur awak bukan muda lagi.dan awak juga baru saja belajar mengenal cinta dan kasih sayang.awak rasa teruja bila ada seseorang hadir dalam hidup awak dan mengatakan sayang pada awak.kerana ini pertama kali dalam hidup awak.tapi adakah dia benar2 ikhlas mahu hidup bersama awak?

mengapa tidak saja dia menerima awak seadanya terima awak seperti mana dia mengenali awak kali pertama? menerima awak dengan ikhlas seperti mana awak menerima dia? dia tak kacak juga tidak berkulit cerah licin seperti telur dikupas.tapi awak masih mahu dan ikhlas menerima segala kekurangan dia.kenapa? sebab awak ikhlas menerima dia seadanya dan awak mahu dia menjadi dirinya sendiri bukan bayangan orang lain yang awak puja.kan?








Beautiful_Rose


9 comments:

  1. wanita.

    jangan jadi bodoh.

    naseb baik aspalela tak mcm ni.

    alhamdulillah.

    kalau benar cinta, dia akan terima tiap sesuatu yang kurang pada si cinta hati, kan?

    ReplyDelete
  2. tul tu..niesz dulu pun mcm tu..bodoh d sebab kan cinta..smpai skrg duit niesz die x bayar balik.. :(

    ReplyDelete
  3. nsb baik aku yg suh dia ubah utk aku.. muahaha gelak jahat.. ok tpu..

    btol kata kamu..
    jika dia ikhlas mencintai kita dia seharusnya menerima kita seadanya..

    but klu perubahan yg diminta adalah utk kebaikan itu xmengapa..

    like pki tdg utk menutup aurat, xbg kuar mlm sbb risaukan keselamatan, xbg merokok sbb kesihatan..
    dat kind of thingla yg baik2..

    pd aku la.. huhu =)

    ReplyDelete
  4. awak tetap ayu kalau awak jadi diri awak

    ReplyDelete
  5. Hissh,,.

    nak kena parang kowt orang yang camtu..

    Tp takpe...
    I org yang bukan camtu..
    =p

    keh3x

    ReplyDelete
  6. dia ikhlas dalam bentuk yang lain..berterus terang dalam inginkan sesuatu.

    tapi bukan kah perempuan sekarang pun mengubah dirinya untuk tampil terbaik di mata lelaki...hanya inginkan lelaki terus di sisinya..

    ReplyDelete
  7. jangan biarkan diri anda diperkotak-katik kan .....

    ReplyDelete
  8. NAJ HEBAT :
    betul tu naj...terima seadanya sebagaimana kita ikhlas terima dia.kan?

    NIEZS :
    sampai macam tu sekali niezs? tak pelah jadikan itu peringatan utk selalu berjaga2 nanti.

    CHINATSU :
    kita ambik y baik saja.berubah kepada kebaikkan tak mengapa.tapi kalau utk sesuatu y tak penting,baik diabaikan.

    MAMAI :
    =)

    AKID :
    meh i parangkan u...nak?

    GHOST WRITER :
    tapi ada cara lain y lebih baik kan selain dari itu.berubah untuk diri sendiri dan bukannya berubah untuk kepuasan org lain.

    MAWAR BERDURI :
    yup betul tu....

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah