Aku seorang yang peka,bukan pekak.serius aku seorang yang sangat peka,maksud aku benda yang berkaitan dengan lipas.tak tau lipas tu ape? cari sendiri google tengok ape bendanya lipas tu.aku sangat sensitif bila ada hal yang berkaitan dengan lipas,sebab aku geli lipas.bukan takut tapi geli.dengan warna yang coklat2 perang berkilat,kaki panjang berduri2 sesungut yang asyik bergerak,bau yang tak berapa nak enak buatkan aku sangat allergik dengan serangga bernama lipas ni.
lipas ni kotor,selalu duduk kat dalam jamban dan aku memang tak kan senang duduk bila dapat mengesan kehadiran lipas.macam yang aku kata tadi,aku seorang yang sangat peka.memang aku peka dan boleh mengesan kehadiran lipas walaupun aku tak nampak kat mana lipas tu berada.telinga dan hidung aku sangat power dalam bab mengesan lipas,dan aku akan cari sampai dapat.dah dapat aku akan sembur dengan encik baygon kesayangan,baygon best sekali sembur je lipas tu mati.bukan macam ridset lembik bila sembur je lipas tu still lagi terkedek2 pening,tapi tak mampus juga.
dulu,aku tak pernah kisah pun pasal lipas ni apa lagi nak rasa geli2 macam ni.tapi sejak peristiwa tidur aku selalu diganggu lipas,terus aku jadi macam fobia.serius,walaupun aku tidur lena siap mimpi2 aku still lagi dapat rasa bila ada lipas merayap2 kat kaki atau tangan aku.masa aku mula2 kerja kat klinik ni dulu,aku tinggal kat room yang ada 2 katil double dacker.2orang kawan aku katil bawah,dan aku katil atas.pernah,time aku tidur tiba2 aku terjaga sebab terasa macam ada benda merayap kat kaki aku.sekali,aku nampak lipas terus aku terjun dari tingkat atas katil ke bawah.
gila,tak pernah2 aku macam ni tangga katil aku tak nampak dah.yang aku tau,aku perlu selamatkan diri dari lipas tu.so,malam tu aku tak dapat tidur sampai ke pagi sebab rasa takut lipas tu datang lagi.ye la aku dok cari2 mana lipas tu,tapi tak jumpa.so,aku syak lipas tu ada menyorok kat mana2.dan sejak tu juga lah aku tekad beli kelambu single.baru aku rasa selamat bila nak tidur malam,kalau tak asyik rasa macam terancam je.so,kepada bakal2 calon suami syarat penting di sini,anda haruslah seorang yang pemberani supaya dapat lindungi isteri yang comel macam saya.dan lagi satu,sila paksa rela untuk tidur dalam kelambu atau kau tidurlah kat dapur sorang2 =p
Beautiful_Rose