Friday, November 1, 2013

Lembaran Baru




Lama tak update sini...dalam 2 hari ni habis semua entry-entry lama aku geledah.Dan sesetengah darinya telah aku delete dari terus bertapak menghuni laman ini.Jangan tanya mana dan kenapa aku delete.Mungkin sebaiknya ia lenyap terus atau lebih baik ia terus kekal menjadi rahsia.Entah kenapa bila di fikir balik,sebenarnya terlalu banyak perkara yang tak terduga terjadi.Semuanya berubah habis 390 darjah sejak berlaku beberapa insiden sebelum ni.

Bermula dari perancangan hidup sampai la apa yang aku dapat hari ni beza daripada apa yang aku jangkakan.Aku sebenarnya tak percaya pada kebetulan...sebab bagi aku kebetulan itu tidak pernah wujud melainkan takdir yang telah di tetapkan.Hanya percaya pada takdir dan itu yang buatkan aku tetap terus berdiri selepas jatuh berkali-kali sebelum ni.Biarpun semua cita-cita dan perancangan masih belum dapat aku capai,tapi aku yakin 1 masa nanti rezeki itu akan datang juga untuk aku......







Beautiful_Rose





Thursday, August 22, 2013

pindah




Selamat hari raya...
Hari raya la sangat kan...pertama kali update blog dengan hp.tu pun curi hp huby...sebab hp aku murah mana boleh nak online bagaikan...rasa macam tak best lak nak taip guna hp jadi slow semua pergerakkan jari jemari halus ini...hahaha halus la sangat kan...

So,nak cerita yang aku sebenarnya dah pun selamat berpindah ke johor sejak awal bulan ogos hari tu.dan dah pun berhenti kerja hujung bulan julia lepas.now duduk rumah menganggur mati kutu keboringan.yelah...aku dah biasa kerja kot.bila tak ada kerja,jadi tak tentu arah.tak pe dalam usaha nak cari kerja november ni kemain lama nak tunggu...

Sementara tu just dok rumah uruskan rumah.huby plan nak renovate rumah...bagusnye bole aku buat bilik sebelah jadi bilik kerja.now ada juga menjahit tapi manik jelah sebab semua barang menjahit banyak tinggal kat rumah mak.tak habis angkut lagi...okay cukup takat ni dulu update untuk pembukaan....




Beautiful_rose




Sunday, August 18, 2013

Cuba Lagi




Masih dalam percubaan untuk menulis lagi....Bulan lepas entry pun tak dapat nak lepas sampai lima then terus rasa macam malas nak teruskan.Bila balik Muar serba tak kena bosan tinggal sorang bosan tunggu bosan pandang dinding bosan renung syiling rumah bosan bercakap dengan cicak.Ini semua pasal dah terbiasa kerja tiba-tiba bila berhenti kerja terus tak tau nak buat aktiviti apa kat rumah selain dari menguruskan hal rumah.Belum pun jam 10 pagi dah duduk termenung sebab semua kerja dah siap tak tau nak buat apa.line internet tak masuk lagi,so tunggu la masuk nanti baru bole rajin nak update.

Semalam dari muar balik seorang diri ke tanjung malim,sempat singgah jap kat CM Central Market.Bukan apa,rindu...rindu pada kenangan lalu rasa macam banyak je kenangan kat situ,kenangan dengan kawan-kawan dengan hidup macam-macam lagi.Sampai je terus excited terus sms seseorang bukan apa saja...nak bagitau dia yang aku ada kat CM ni.Entah la sejak hidup dah berputar 360 darjah ni semua benda jadi lain jadi asing jadi janggal jadi tak biasa.masih dalam proses nak biasakan diri tapi payah gak sebenarnya...

Ni dah sampai tanjung malim rasa malas nak balik muar dah...bukan apa sebab bosan duduk rumah.nak menjahit,semua barang pun belum angkut lagi.hari-hari dok usha bilik kosong kat sebelah angan-angan nak deco wat bilik untuk kerja...rasanya dah cukup luas kalo letak katil single sebuah,ruang menjahit,ruang menulis,kerusi malas sama rak buku.then nak wat ruang tok letak patung dengan baju-baju yang dah di jahit manikkan.waa...tinggi betul cita-cita,harap menjadi la ye.ni sibuk dok usha warna cat nak cat bilik tu bagi cantik.

Tuesday, July 23, 2013

Mula Kembali




Semalam,percubaan pertama sebelum ke peringkat seterusnya.Blogwalk di blog sendiri baca entry-entry lama hampir semua walau tak banyak tak mampu nak baca semua.Tak sangka blog dah lama di tinggalkan setahun yang lalu.Kali terakhir entry sakit hati then senyap selama berbulan-bulan sampai sekarang tiba-tiba nak mula kembali.

Dalam masa setahun banyak perkara terjadi banyak perubahan berlaku semuanya rasa macam terlalu baru.Macam baru semalam bermula macam baru semalam berhenti sekarang ada rasa sikit janggal.Dalam masa setahun sebenarnya ada banyak cerita tapi tak mampu nak di kongsikan kat sini.Masih lagi cuba untuk bertatih di kaki sendiri.Mulakan sesuatu yang baru yang asing mungkin?

Permulaan yang ini pun aku tak pasti berapa lama boleh bertahan.Kerja melambak tapi tak la banyak mana pun sebenarnya sebab masa yang sedikit ni aku lebih banyak fokus pada tempahan untuk memanik baju dan tudung saja.Alhamdulillah rezeki ramadhan yang berkat walaupun tak banyak,tapi kurang-kurang aku tak la rasa sesak sangat.Duit tu sentiasa ada walau tak banyak tapi cukuplah untuk buat simpan sikit-sikit dan kongsi dengan family sikit.Sikit tapi hati puas sebab hasil dari usaha sendiri.moga-moga permulaan ini memberi pulangan yang berkekalan tak macam yang sebelum ni.Rezeki Tuhan bagi.....  =)






Beautiful_Rose