Tuesday, July 23, 2013
Mula Kembali
Semalam,percubaan pertama sebelum ke peringkat seterusnya.Blogwalk di blog sendiri baca entry-entry lama hampir semua walau tak banyak tak mampu nak baca semua.Tak sangka blog dah lama di tinggalkan setahun yang lalu.Kali terakhir entry sakit hati then senyap selama berbulan-bulan sampai sekarang tiba-tiba nak mula kembali.
Dalam masa setahun banyak perkara terjadi banyak perubahan berlaku semuanya rasa macam terlalu baru.Macam baru semalam bermula macam baru semalam berhenti sekarang ada rasa sikit janggal.Dalam masa setahun sebenarnya ada banyak cerita tapi tak mampu nak di kongsikan kat sini.Masih lagi cuba untuk bertatih di kaki sendiri.Mulakan sesuatu yang baru yang asing mungkin?
Permulaan yang ini pun aku tak pasti berapa lama boleh bertahan.Kerja melambak tapi tak la banyak mana pun sebenarnya sebab masa yang sedikit ni aku lebih banyak fokus pada tempahan untuk memanik baju dan tudung saja.Alhamdulillah rezeki ramadhan yang berkat walaupun tak banyak,tapi kurang-kurang aku tak la rasa sesak sangat.Duit tu sentiasa ada walau tak banyak tapi cukuplah untuk buat simpan sikit-sikit dan kongsi dengan family sikit.Sikit tapi hati puas sebab hasil dari usaha sendiri.moga-moga permulaan ini memberi pulangan yang berkekalan tak macam yang sebelum ni.Rezeki Tuhan bagi..... =)
Beautiful_Rose
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
xpe...cari balik pelangi selepas hujan yang dah lama hiang tu o.k .... :)
ReplyDeleteNak tempah memanik jugekkkk!!
ReplyDelete