Thursday, February 24, 2011

Pesakit Asthma DiLarang...

.
.


Anda mengidap penyakit ASTHMA?
.
.


no camping


.


no traveling


.


no scouting


.


no taekwondo


.


no hiking


.


no jungle tracking


.


no volly ball


.


no ais krim


.


no pets


.


no...no...no
.
.
.
tapi itu yang aku suka sangat nak buat selalu...tak percaya,aku sudah pun melakukan ke semua aktiviti di atas.masih tak percaya lagi? tak yakin?
.
selalu kita akan dengar "pesakit asthma tidak boleh melakukan aktiviti fizikal yang lasak" memanglah sebab kang tak pasal2 semput pulak putus nafas siapa nak bagi CPR? jangan risaulah.aku sendiri dah hidap penyakit ni sejak kecil lagi,tapi still boleh lagi nak join semua benda2 lasak macam ni.dah tahap kronik dah pun sakit aku ni,tapi masih gagah lagi nak join.dah tu,nak di sekat tak boleh sebab dah minat aku.
.
.
.
okay,pada sesiapa yang mengidap asthma macam aku ni,kalau korang masih ada hati nak join benda2 lasak macam ni,tapi tak ada keberanian sebab faktor kesihatan.aku ada tips.
.
- sebelum korang join benda2 macam ni,sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.


- pastikan anda betul2 sihat.maksud aku,tidak berlaku serangan asthma (berkeadaan normal)


- bawa ubat yang di perlukan dan paling penting inhaler jangan tinggal.


- simpan ubat anda di tempat yang mudah untuk dicapai.(penting untuk masa sesak)


- maklumkan pada semua rakan2 anda bahawa anda mengidap asthma (tak lah diaorang panik nanti)


- jangan membawa beg yang terlalu berat di belakang anda,kerana ini akan menyukarkan pergerakkan anda dan akan memberi tekanan kepada anda (naik bukit boleh putus nafas)


- semasa melakukan aktiviti,anda haruslah berada didalam keadaan tenang.kalau menggelabah dan panik akan mendatangkan stress pada anda.(pengidap asthma tak boleh stress)


- bawa air mineral yang secukupnya,bukan air manis bergula dan bukan juga ais batu .(kerana air mengandungi oksigen)


- jika berada di tempat sejuk,pastikan anda memakai pakaian yang sesuai (pengidap asthma tak boleh sejuk)


- jika berasa sesak nafas,duduk dengan tenang dan tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan.kemudiam minum sedikit air seteguk dua cukup.banyak sangat nanti senak perut.


- jangan banyak bercakap atau ketawa semasa beraktiviti,kerana akan membuatkan anda berasa cepat penat.


- jika merasa penat,berhenti dan rehat sebentar.jangan paksa diri,paling penting untuk menghabiskan misi,bukannya berlumba siapa sampai dulu.
.
.
.
gila banyak tips aku ni.ini just sebahagian je yang penting2 yang selalu aku buat untuk kontrol asthma aku ni.aku mengaku,kadang2 time aku tengah wat aktiviti,aku dapat serangan asthma.tapi jangan paniklah just tenang je,ko sendiri tahu macam mana tahap serangan asthma ko tu.agak2 boleh kontrol,cuba kontrol.macam aku dah bertahun asthma macam2 ubat aku telan cara kampung pun aku try tapi still tak sembuh.makin teruk lagi ada...tapi benda ni boleh kontrol lagi.just kena disiplin lah macam jaga pemakanan...setiap orang alahannya berbeza.so,ko sendiri fahamlah apa yang ko boleh telan apa yang tak.okay itu saja tips kesihatan untuk hari ini.sekian terima kasih kekasih =p
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

11 comments:

  1. Yeay I'm the 1st comment!!!

    My honey is strong and very Power!!
    haha power camane???
    macam statement yg dia tulis tuh??
    naik bukit, naik gunung radeh jerr

    takdak hal lah...
    =p

    Kah3x

    macam org x betul lak...=p
    wekk!

    ReplyDelete
  2. banyaknyer beb...

    uih, kiranya kau ni hebat laa beranik tempuh segala mende nih...

    ReplyDelete
  3. dulu ada asma, tp lepas join sukan
    dia hilang pelan2
    tp skrg ada resdung lak..isk

    dugaan dari DIA~

    ReplyDelete
  4. nasib baik aku bukan penghidap asthma...

    ReplyDelete
  5. wahh kamu sangat aktif ...good for u...as for me adalah sorg yang kaki bangku saja ...

    n'way jaga kesihatan juga yer dear rose

    ReplyDelete
  6. wah..lasak minah ni :) ...bagos2 sakit tu tak menjadi penghalangkan?

    ReplyDelete
  7. kebetulan abgreds ada sedara yang ada asma...tips yang baik banget rose...makasih yah...

    ReplyDelete
  8. MR AKID :
    huhuhuhu ofcoz lah...i kan super woman!
    boleh tumbuk u sampai bersepai =p agagaggaga...

    WHITE ROSE :
    ermm...dalam berani tu ada takut jugak sebenarnya.paling penting semangat mesti kuat keyakinan harus ada.barulah steady nak tempuh cabaran.sebab minda pun mainkan peranan.

    kadang2 fizikal kita mungkin tak kuat.tapi bila minda kita kuat macam bagi support pada fizikal kita juga.just percaya pada diri sendiri okay! =)

    FZ :
    owh yeke....ok la kalau dah tak ada asma lagi.sebab setiap kali serangan mesti rasa penat sangat.

    erm..resdung.sama juga macam alahan asma pun asal dari alahan juga.ada sesetengah org,dapat resdung sebab asma juga.kita macam ada sangkut paut juga.macam aku,dua2 pun aku ada resdung dan asma.
    so,be careful jelah.then kena jaga pemakanan.

    GHOST WRITER :
    bertuah la pada mereka yang tak ada asma...sebab bila dah sakit ni macam2 benda kena fikir sebelum nak buat apa2 aktiviti.kena chek dulu tahap kesihatan.takut nanti ada kesan sampingan pula.

    E.INDAH :
    yup...aku dah terbiasa hidup aktif macam ni sejak sekolah lagi.so,mmg tak boleh nak duduk diam sesaja macam tu.nanti boring...

    MAWAR_BERDURI :
    yup...sakit bukan penghalang dan juga bukan alasan kan =)

    ABGREDS :
    owh yeke...hope2 ini dapat membantu sedara anda.ada apa2 hal boleh tanya.banyak cara sebenarnya ini hanya sebahagian jerk.... =)

    ReplyDelete
  9. wahh..bagus btol siap wat tip lg
    slamat menghayati dunia outdoor!

    tp waspada sentiase ye..

    ReplyDelete
  10. asma boleh hilang dengan aktiviti meniup belon dan menyanyi di masa lapang.

    ReplyDelete
  11. AL :
    hehehhe yelah y baik harus dikongsikan bersama...ye dak?

    KUCAK :
    tiup belon apakah?

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah