Saturday, February 19, 2011

Rumah Atau Kereta

.

.

"Kalau nanti dah kerja ada gaji aku nak buat loan beli kereta"
.
"daripada kau beli kereta,baik kau buat loan beli rumah"
.
"kenapa pula?"
.
"yelah,kereta tu bila2 pun kau boleh beli."
.
"rumah pun bila2 boleh beli"
.
"memanglah rumah bila2 boleh beli.tapi sampai bila kau nak hidup menyewa? ada rumah sendiri senang jadi harta dunia sampai kau mati."
.
"tapi kereta aku nak guna pergi kerja,tak lah basah bila kena hujan"
.
"alah,public transport kan ada...bas,teksi,train."
.
"payahlah.kalau ada kereta sendiri lagi senang nak pergi kerja.lagi pun rumah belum tentu kita akan tinggal situ.lagi2 kalau company sediakan rumah,dah tentu rumah tu akan terbiar"
.
"kau ni nama je belajar tinggi2 tapi tak pandai2 juga.kalu kau tinggal kat rumah company,rumah yang kau beli tu kau boleh sewakan.so,duit sewa tu kau boleh guna untuk bayar loan yang kau pinjam tu.kalau ada balance kau boleh simpan."
.
"alah...rumah kat mana2 pun ada boleh cari.kereta memang nak guna"
.
"rumah memang boleh cari tapi kau pasti ke ada? zaman sekarang orang berebut2 beli rumah beli tanah.andai kata kau tak dapat rumah sewa,kurang2 kau selamat ada rumah sendiri boleh tinggal boleh buat sesuka hati.tapi,kalau kau beli kereta tak kan kau nak tidur kat dalam kereta kot? pasal kenderaan nak pergi kerja,naik motor pun boleh lagi"
.
"tapi nanti hujan basah naik motor.ada kereta ada bumbung tak kena hujan panas"
.
"kau memang fikir macam tu sebab kau tak kerja lagi.kau tak merasa cari duit sendiri kau tak merasa rasa sempit bila tak ada duit hidup sendiri.kau belajar lagi memang akan fikir pasal kenderaan,aku dulu pun fikir macam tu juga.bila kerja ada duit nak beli kereta.tapi bila dah kerja baru tahu apa lagi penting"
.
"rumah banyaklah boleh beli"
.
"memang rumah banyak boleh beli tapi kau fikirlah pasti ke ada kekosongan untuk kau beli? orang ramai kerja kat bandar tapi beli rumah kat luar bandar sebab kat bandar dah tak banyak tanah untuk di beli.setiap kali ada projek perumahan,ramai orang berebut2 nak beli."
.
"alah,apa susah beli je rumah atau tanah yang orang nak jualkan."
.
"kot ada orang nak jual...sebab zaman sekarang orang tak nak jual tanah dah sebab tanah susah nak cari.baik diaorang sewakan untung bulan2 dapat.kalau jual,sekali je lah untung yang kau dapat tuh."
.
"aku rasa baik beli kereta."
.
"entah ikut kau lah tak nak dengar cakap orang.nanti kau kerja merasalah macam mana susah cari duit macam mana susah nak cari rumah dan tanah.rumah keperluan asas wajib ada.kereta tu just kehendak je.tak kan sampai ke tua kau nak hidup menyewakan.tuan rumah pun bijak juga,tak kan nak bagi kau sewa selamanya.satu hari nanti dia akan halau kau juga sebab nak guna rumah tu.tak pun dia nak renovate untuk naikkan lagi harga sewa."
.
"tak...kereta lagi penting."
.
"ikut kau lah.nanti kau tahu juga kenapa aku cakap macam ni."
.
.
.
.
okeh,panjang lebar betul dialog kat atas...itu perbualan antara adik beradik.susah betul nak cakap dengan orang yang ada dekan ni.nak dia je yang betul,cakap kita tak nak dengar tak nak fikir,susah betul.asyik nak membantah je kita fikir nasihat pekara yang kita rasa betul.ye aku tau setiap orang ada pendapat masing2.tapi cuba tengok dari sudut yang berlainan pula.dan fikir pekara yang akan datang.bukan hanya sekadar fikir pekara yang kita nak buat atas kehendak kita.kita tak tau apa akan jadi pada masa akan datang,memang kita merancang tapi perkara yang penting mestilah pekara asas yang kita mesti dahulukan.
.
okeh,antara rumah dan kereta aku pilih rumah.ada banyak sebab kenapa aku pilih rumah berbanding kereta sedangkan kereta pun untuk kegunaan kita juga.rumah keperluan asas wajib ada untuk kehidupan dan juga tempat tinggal yang selamat untuk kita.kalau ada rumah sendiri,kita tak perlu nak duduk menyewa dan membazirkan duit untuk bayar sewa.daripada buang duit bayar sewa tiap2 bulan,baik aku guna duit tu untuk bayar pinjaman beli rumah.sekurang2nya habis bayar nanti rumah tu akan jadi hak milik kita.tapi kalau sewa,sampai ke tua lah tak pernah habis tiap2 bulan nak kena bayar je.sedangkan duit tu perlu untuk pekara lain yang lebih penting.
.
kereta bagi aku hanya kehendak diri hanya untuk kepuasan saja,lagi2 bagi orang bujang yang belum kahwin macam aku ni.nak pergi kerja,apa susah kenderaan awam kan banyak.lagipun tak perlu la nak pening kepala bayar duit tol,minyak,roadtex,servis,bayar bulanan.tu belum lagi masuk kes2 terdesak macam excident kereta rosak nak kena repair,tayar pancit di pertengahan jalan,kau pandai tukar? kalau kau ada kemahiran menukar tayar tak ada hal.nak kena tukar minyak hitam pula...aircond rosak,beteri kong aiseh keluar duit lagi.enjin kereta tiba2 batuk di pertengahan jalan dan mengeluarkan asap,masalah juga ni nak hantar ke klinik kereta.keluar lagi duit,kalau sikit tak pa,kalau ribu riban? nak pula perempaun,risiko untuk di tipu bayaran adalah sangat tinggi berbanding lelaki.
.
haa,nampak tak bagaimana berisiko tinggi kalau memiliki kereta daripada rumah.rumah kau hanya bayar untuk yang perlu saja macam cukai tu perkara biasa.tapi tak la sampai kau pening nak fikir pasal tukar tayar,repair enjin,servis aircond,tukar minyak hitam,cas beteri,bayar tol,isi minyak,bayar roadtex,bayar bulan2 macam2 lagilah nak kena bayar kalau ada kereta ni.lagi pula kereta ni jenis harga semakin lama semakin menurun.lagi2 kalau banyak model kereta baru keluar,yang lama akan jadi semakin murah.alah yang secondhand pun masih nampak baru juga kalau pandai jaga.
.
jadi bagi aku,dahulukan keperluan asas (rumah) sebelum memilih kehendak dan kepuasan.fikirlah sampai bila kau nak hidup menyewa jerk.kereta,bila2 pun boleh beli.rumah susah nak di cari,lagi2 kalau kau jenis manusia demand nak rumah stok yang sebiji2 ada laman berpagar bagai.sedangkan rumah ber kos rendah macam rumah teres pun susah nak cari,apa lagi sebidang tanah.kalaulah aku ada rumah dan tanah,nescaya aku tak mahu jualkannya.daripada aku jual,baik aku sewakan untung,bulan2 dapat.ikut cara orang cina,beli tanah beli rumah banyak2 dan sewakan.sebab tu mereka kaya hari raya tak perlu rebut tanah felda pun dah boleh jadi jutawan tau.
.

ini dari sudut fikiran akulah...

setiap orang ada hak untuk bersuara.lain orang,lain cara anda pula bagaimana?
.
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

12 comments:

  1. bagi aku dua2 penting.....
    tapi lebih dahulu kan umah lah...sebab nak membayar nya makan masa yang agak panjang........

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sayang!!

    kongsi duit beli rumah!=p

    "tu pun nak bgtau ke" perbualan dalam telefom dgn rose.....

    "gile.."

    ReplyDelete
  5. nilai rumah makin lama makin naik tau..kalau kita beli sekarang..tak basi pun..sebab kita leh sewakan..mcm yang tulis kat atas tu..mmg kereta penting tapi nilainya 10tahun akan datang? sedangkan rumah nilainya 10 tahun akan datang? makin tinggi kalau kita jual balik..especely kawasan umah tu makin membangun.buat keputusan yang terbaik ok. chill :)

    ReplyDelete
  6. dua2 penting kot... tp kalau aku beli motor dlu hahahaha.. sbb aku ade lesen moto haha.. okeyh ape..

    klu keje kerajaan.. dia tolak gaji. orang kerajaan skrg ramai beli kereta dlu sbb tolak gaji je.. rumah pon ade jugak. ntah la.. pilih la y tbaik...

    ReplyDelete
  7. depends on situation.

    cm aku dulu timbang2 gak antara dua..
    last2 beli kete bcoz mmg keperluan aku utk ada sejibik kete.. coz klu xde mmg payah aku nak ulang alik keje n pi klas.. almaklumla student plk rushing skit + dahla jauh T_T

    but to those yg ada transport lain cm moto, n timbang nak beli kete or rumah.. aku prefer lg umah..
    at least korang dah ada transport nak bergerak sana cnie..

    besides hrga umah mkin lama mkin naik.. n nilainya pun mkin naik..
    bkn cm kete.. nilainyer mkin lama mkin turun..

    so pklah sehabis mgkin.. huhu~

    ReplyDelete
  8. apakata buat jer loan untuk ke 2-2nya...rumah kena buat untuk jangka panjang...keta paling lekeh untuk 9 tahun..

    tapi rasanya beli keta dulu,,,hihi.dah agak stabil baru beli umah..tapi apapun semuanya kena tengok gaji gak dulu.

    ReplyDelete
  9. yup.. betul tu..
    bagi aku.. aku pilih dua2.. dua2 pentg dlm hidup kita skang... hehehe...

    ReplyDelete
  10. EITA :
    tulah...sebab rumah ni nak guna pakai lama.kereta mungkin boleh ditukar ganti.

    MR AKID :
    kill u!

    CIK AISH :
    tula pasalnye...susah nak cari rumah skang.mmg byk tapi permintaan pun byk.asal ada projek perumahan je,ramai y berebut na beli.

    MIRA ELLYNA :
    sume org ade pendapat sendiri.bagi aku,dulukan keperluan asas baru,permintaan.kalau takat motor,nak beli tak pe lagi.kalau kereta,mungkin nanti dulu kot...

    CHINATSU :
    bagi aku kalau dah ada motor,better aku belu rumah dari kereta.sebab ini keperluan asas nak pakai lama.harga pun makin melambung tingggi.sementara masih mampu,baik beli rumah sebelum harga dia mencanak naik lagi.

    ReplyDelete
  11. GHOST WRITER :
    huhuhu kalau ada motor,aku rasa aku nak beli rumah je dullu.sebab ini tok masa depan.tambah2 aku bujang.kalau sampai ke tua tak ada org nak aku,kurang2 aku de rumah sendiri utk tinggal.tak kan nam hidup menumpang rumah family dan adik2 jerk...

    SKANDALDARILANGIT :
    apakah cerita itu?

    FAAEIN HIMURA :
    huhuhu nak pilih dua2 kena tengok jugak modalnya...

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah