Saturday, November 12, 2011

Kaki Buku



Aku seorang yang obses dengan buku,gila membaca.walaupun jarang2 nampak aku membaca,tapi sekali dah mula memang payah nak berhenti.asal ada buku yang menarik je,aku akan usaha untuk mendapatkannya.beli secara banyak walaupun aku sendiri tahu yang aku tak punya banyak waktu untuk membaca.tapi kurang2 buku tu ada dalam simpanan,tak lah nanti pening nak mencari.kat tempat aku,agak payah sikit nak cari buku2 tertentu terutama dari penulis2 yang aku levelkan hebat.grene yang menjadi pilihan pelbagai,asalkan tidak membosankan.

dan jenis novel yang punya jalan cerita membosankan leleh serta terlalu biasa bukanlah pilihan aku.aku tidak suka membaca novel cinta yang jalan ceritanya hampir sama dan boleh di teka.tak faham? maksud aku macam...kebanyakkan novel jalan ceritanya berkisar tentang cinta yang bosan.aku malas nak sebut siapa penulis2 nya kau faham2 sendirilah sebab lambakkan novel di pasaran memang begitu.kisah cinta si miskin dengan si kaya yang dapat tentangan keluarga,kisah cinta antara lelaki dan perempuan yang mulanya saling membenci akhirnya jatuh cinta dan lain2 lagi.jenis novel ini,serius aku rasa bosan amat.

kalau di zaman sekolah dulu,mungkin jenis novel ini masih boleh di terima.ayatnya yang terlalu biasa jalan cerita pun biasa.aku boleh teka apa yang akan berlaku walaupun baru membaca intronya.kemuncak dan ending pun biasa masih boleh di teka dan sama saja dengan novel2 lain.cuma jalan cerita dan tajuk saja berbeza tapi temanya masih sama.dan sebab itu,bila aku memilih sesebuah buku,aku memerlukan masa yang agak lama untuk mencari jenis buku yang kena dengan jiwa aku.aku boleh jadi gila bila duduk dalam kedai buku,rambang mata nak memilih.

baru2 ini aku sudah baca habis 2buah novel karya HLOVATE dan RAMLEE AWANG MURSHID,dengan tajuk "contengan jalanan" dan " hatiku di harajuku".hanya selepas beberapa bulan membelinya baru aku punya masa untuk membacanya hingga tamat.masih ada lagi beberapa buah yang masih lagi tidak di buka bungkusan plastiknya.untuk hujung bulan ini,aku bercadang mahu turun ke KL untuk mencari buku2 baru pula.mungkin beberapa buah buku novel dan juga beberapa buah buku berkaitan dengan seni jahitan.rak buku sudah mula penuh,entah muat entah tidak nak letak buku2 baru nanti.

minggu lepas sudah dapatkan
"kasino" dan "zombijaya"
di uya distro =)








Beautiful_Rose

9 comments:

  1. Ramlee Awang Murshid the best
    novel die sume da jd koleksi kt umah

    ReplyDelete
  2. Hlovate always be the best !
    semua kata - kata nya , Quotes dia , semua membenarkan kejadian yang berlaku biarpun kadangkala di luar alam . . :)

    ReplyDelete
  3. Hlovate!.. best!

    ada dua buah buku dia aku tak habis baca lagi.. buku2 lain dari penulis lain pun tak habis baca juga..

    banyaknya buku yang tak aku selesaikan hak-haknya lagi.. [-__-"]

    ReplyDelete
  4. yeay taste kite sme!! try faisal tehrani..novel dy lbh pada keagamaan n sarcasm untuk org2 yg mkn cili pasti trasa pdas hehe

    ReplyDelete
  5. femes betul karya hlovate ni . aku tak pernah baca. nanti cuba .

    ReplyDelete
  6. betol2...
    citer cinta ni kadang2 tu sama je jalan citer dia...gaduh..baik..gaduh..baik...last2 kawen jugak..boring..
    kalau ramlee awang murshid...memang best..langsung tak mengecewakan....
    aku ada semua koleksi dia....sekarang tengah menunggu buku terbaru dia..'fiksyen 302'....

    ReplyDelete
  7. just sharing...
    sy suka baca karya hilal asyraf & a.ubaidillah alias. :)
    karya diorg ni menarik bg sy..

    ReplyDelete
  8. TITISAN HUJAN :
    wah...ada semua koleksi dia? bestnya...kat tmpt aku susah nak cari.kadang2 kena turun KL na cari.

    AYU AZURI :
    tulah kan memag best.tulisan dia kadang2 menusuk hati memag boleh di jiwai.

    FAAEIN :
    aku sedang cari tunas dengan pelangi tak jumpa2.samalah aku pun bayak lagi buku2 y tak habis baca.

    ARM_MJ :
    yup faisal tehrani novel dia mmg best.dah baca manusia tuhan? best citer tu pasal murtad dgn pemikiran leberalisme.

    HEROICZERO :
    cubalah baca best.tulisan dia lain dari penulisan yang aku pernah baca.cuba juga karya John norhafizan.

    EITA :
    tulah pasal aku tak suka baca jenis novel boring macam tu.sebab semua jalan cerita dia sama je...

    SELIPAR BIRU :
    owh,yeke?
    nanti nak try cari jugalah...boleh tahu tajuk apa?

    ReplyDelete
  9. kalau a.ubaidillah alias:
    novel 'warkah cinta berbau syurga' dan sambungn novel tu 'kala cinta dan wahyu bersatu'

    lagi satu yg sy pernah baca, 'mengintai cinta khalifah'


    kalau hilal asyraf, sy baru baca novel ' terasing' & 'sinergi'

    sy paling suka sinergi. :)

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah