Sunday, November 29, 2009

6 Orang Terkorban Hari Ini

Salam.....

semalam aku citer pasal kerja dan hari nieh pun aku nak citer pasal kerja jugak...haiiyoo jangan tanya lah kan aku dah cakap semalam cuti aku just sehari semalam jerk (jumaat) .then pagi sabtu lepas subuh dah balik ke ostel untuk kerja.ko paham2 jelah time2 hujung tahun nak pulak cuti sekolah memang aku giler2 bz punyelah.



okay...nieh adalah tempat aku kerja sebenarnya...tengok pintu masuk pun aku rasa mesti korang dah tau kan aku kerja apa sebenarnya...aku kerja kat klinik swasta sebenarnya.kat area mana tuh korang cari sendirilah yerk hehheheh =p

hurmm sekarang kat tempat aku adalah musim sakit mata...majoriti yang datang klinik adalah sakit mata.sampai cik dayah sendiri pon sakit mata.nasib selamat aku tak kena jangkitan tuh.kalau tak...agak kelam gak lah nak kerja kan.yelah kerja berdua kalau dah dua2 sakit macam mana nak kerja.huhuhu kurang2 orang yang sihat kena backup lebey skit lorh....



macam yang aku cakap tadi,hujung tahun dan cuti sekolah adalah masa yang tersangat bz bagi seorang aku....ko fokus pada note putih "di buka untuk berkahtan sahaja" so,tujuan klinik di buka pada hari ahad adalah khas untuk temu janji berkhatan atau dalam erti kata yang lain nye bersunat...so,kalau dah khas untuk bersunat,jangan lah ko gatal nak datang ambik rawatan base gak.adoiii aku cukup peneng dengan hal macam nieh.dah tampal note kat lua pon still ada gak yang kurang memahami bahasa melayu,nak gak masuk.ko nak kena sunat gak ker???

doktor dah bagitau awal2 kat kami orang just ambik patients berkhatan jerk...tapi tuh la susah ohh kalau de orang2 yang susah nak faham nieh.kita dah bagitau tapi dia degil nak gak jumpa doktor.pelek kat pekan nieh de 2 lagi klinik,tapi kenapa mesti ko nak masuk sini gak.harus bahasa apakah yang nak aku tulis di situ? nak tak nak doktor ambik gak lah patients base tuh.doktor aku kan baik hati...mana dia nak tolak,nak marah orang pun dia tak pernah. lagi pulak dia orang mana makan saman,kang di larang kata kami orang terkurang ajar pulak.so,layankan aje........




antara peralatan yang di guna pakai unutk operasi khas ini...hehehhe =p korang jangan ingat aku yang tukang potong yerk.operasi potong memotong adalah kerja doktor,aku dengan cik dayah just dok kat kaunter pendaftaran dan farmasi saja.lagipun doktor dah ada pembantu lelaki untuk urusankan hal2 berkhatan nieh.selalunya cikgu muza tak pun zaki yang akan asist doktor dalam bab2 nieh.tapi,if diaorang berdua nieh tak ada ,maka terpaksalah aku,cik dayah dan cik zila bergilir tolong doktor asist budak2 berkhatan nieh.

haaiiyoo...macam2 ragamlah budak2 nieh nanges lah merajuk lah macam2 ada....tapi alhamdulillah...coz tak adalah yang yang wat hal nak cancel macam miggu lepas tuh.minggu lepas ada seorang budak nieh cancel last mint coz die takot pulak dah...huhuhu tapi tak apalah ko cancel sampai bila kan.tak kan dah tua bangka baru ko nak berkhatan kot malu ohh... =p




putu bambu yang di beli oleh kak siti pagi tadi...trimass kak siti macam tau2 jerk aku dengan cik dayah tak sempat breakfst pagi tadi.sedap ohh masih panas2 lagi okay.lama gila aku tak makan putu bambu nieh.huhuhu nanti aku nak carilah sudah ketagih okay... =p sambil tunggu doktor selesaikan budak2 tuh,aku dok makan ler 2 mende nieh....




owh aku jugak sedang gilak ketagih makan kacang...kenapa,takut muka berjerawatkah? haiiyoo makan kacang mana ada jerawatlah itu mitos semata2 aku makan okay jerk.bukan kacang hijau nieh jerk,macam2 jenis kacang aku makan but still okay jerk non ado jerawat melainkan kes khas... (camping) memang tak boleh nak elak lah kan sebab wat banyak aktiviti yang mengeluarkan peluh.lambat cuci jerk,mula lah jerawat mula nak menjajah.tapi tak apa...kejap jerk nanti hilang ler...

kacang sangat bagus untuk kesihatan okay...sejenis serat yang memang banyak khasiat macam untuk penghidap insomnia,Mengurangkan penyakit bronkaitis kronik,Hilangkan batuk akibat asma dan kahak disertai darah,Atasi masalah cacing kerawit,Atasi masalah kekurangan susu badan (untuk para ibu) dan macam2 lagi lah...oppss pesal macam terkeluar topik nieh.adesss sesat suda...... =p mintak maaf...




cik mudim yang berjaya..huahahahha =p upah untuk hari ini.alhamdulillah dapat gak cover duit makan,topup dan tambang bas...nieh untuk sehari kalo sebulan,ko kire lah sendiri yerk huhuuh berkat2 murah rezeki aku 2 bulan nieh...amin...

okay tuh jerk citer untuk hari ini ye kawan2 sekalian...esok ada 6 kes sunat lagi.huhuhu malam nieh mo tido awal esok awal pagi sudah ada 3 orang mo di khatan kan.gerenti peneng kpale ohh + dengan patients base lagi.macam yang aku cakap semalam hari isnin adalah hari yang bz.hope2 tak lah semput di buatnya...huhuhu okay chow dulu nite...muuuuaahhhh..... =p




Beautiful_rose


Saturday, November 28, 2009

Berkorban Dan Terkorban

Salam berkorban dan selamat bekerja pada sesiapa yang bekerja pada hari ini...haiiyoo cuba korang teka aku kat mana sekarang? yep...aku sekarang ada kat ostel dan esok adalah kerja ye kawan2 ku sekalian =p huhuhu cuti aku sehari semalam jerk then pagi tadi sudah balik ostel untuk memulakan kerja seperti biasa.tapi okay jugak kot kerja time2 raya nieh,kurang2 merasa gak aku perasaan orang2 yang dok merantau tu.lagipun kalo cuti pun nak g mana pun...just dok rumah jelah tak pun mybe dok melepak kan diri kat proton city sorang2 macam selalu....

ermm aku update hari nieh pon bukan apa sangat saja2..tengah boring ohh tak tau nak wat apa.nak melayan si hijau pon tak tau nak layan macam mana da.just tengok jerk diorang berenang2 sambil makan kangkung yang aku racik2 tadi.baru bagi kangkung diorang da melabur dengan banyak erk...sangat berbeza kalau aku bagi makan dedak tuh.huhuhu nampak sangat korang cepat lawas makan sayur kangkung erk..nampaknya aku kena lebih rajin la nak cuci bekas diorg nieh......kalo tak,mo keruh air dalam bekas tuh =p

okay la lupakan sekejap pasal si hijau aku nak citer pasal kerja aku hari nieh...ermm tak ada apa yang menarik sangat pon just aku kerja macam biasa jerk.tapi agak mengejutkan sikitlah coz hari nieh gile ramai orang ko tau......aku rasa macam hari nieh hari isnin lak.coz biasanya hari isnin adalah hari yang bz dan giler ramai orang.peneng ohh dengan penat raya semalam tak hilang lagi weng2 jerk wat kerja.nasiblah aku masih lagi profesional yelah kata dah 2 tahun kerja kan...mustahil hal2 macam tuh tak ley nak handle kan.

hari nieh kerja berduaan saja dengan cik dayah coz cik zila cuti seminggu.so,sepanjang minggu nieh kenalah bekerja dengan kepantasan dan melebihi had laju yang melampau.sebab kalau lambat sikit,patients dah tentu beratur sampai keluar pintu..tengok...betapa ramainye orang saket datang hari nieh.korang terlebih makan daging korban erk??? =p petang lak dah kurang orang tambah hujan lak so,memang mendorong mata aku untuk layu dan kuyu...hahah aku boleh tertidur lak time tuh.tapi tak apalah...ganti tidur semalam kan kesian ohh kat aku nieh.......huhuhuh.

ermm esok aku kerja lagi dan mybe dalam minggu nieh aku tak balik tanjung kot...kalau balik pon mybe 5hb nanti coz sudah plan mo g holiday kat genting..hooyyeahhhhh =p so,malam nieh mo tido awal sok kne bangun awal coz ada operasi khas.......hahah nak tau apa? tunggu jelah esok yerk aku update kalo rajin......... =p lalalalalal



Beautiful_rose

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha




salam aidil adha sumer.....huhuh hari raye sempat lagi aku update kan.tapi pelik pesal korang senyap jerk sejak akhir2 nieh? korang sudah jadi daging korbankah =p lalalal jangan maraa...nanti kena jual! okay lah malas nak cakap banyak fokus...fokus...fokus...hahaha fokus pada makanan tersebut.yep...lotong sile tahan perasaan yerk.

nieh nenek aku yang buat...memang terbaik okay! fav aku nieh kalo g rumah nenek harus makan.sekali makan rasa nak tambah..tambah..tambah dan tambah...hahahha lemak pon makin bertambah.bagosssss ternak lemak banyak2 yerk nanti boleh wat minyak =p aku demam sebenarnya nieh tak best betol.raya puasa hari tuh pon demam raya haji pon demam imunisasi makin lemah...faktor usia kah? oppss!!! tidak sama sekali aku masih muda remaja okay.....hahah gilak perasan sile jangan nak mengeji yerk... =p

dah2 malas nak taip lagi aku nak rehat jap.petang nanti nak g rumah opah pulak...kite serang lemang pulak yek.rumah nenek dah melantak lontong,rumah opah kite melantak lemang pulak...hari raya masa terbaik untuk makan2.dah balik ostel x boleh makan sedap da...hari2 ngadap oat dengan biskut jelah.......hikhikhik okay chow dulu!!!!!! =p



Beautiful_rose



Sunday, November 22, 2009

2012




note : sorry gmbr agak blur.....
lokasi : KLCC


Aku tengok citer nieh tadi...ermm not bad lah bagi aku,biasalah orang2 barat nieh kan cukup pandai kalau bab2 wat citer macam nieh kan.mende yang tak logik pon ley nampak logik yang tak betul pun ley nampak betul dengan kesan bunyi dan teknik kepakaran dari kamera2 canggih manggih diorang tuh betul tak? di tambah pula dengan pelakon2 yang tahu menyelami watak memang nampak macam betul2 berlaku...


12.12.2012 betul ke akan berlaku kiamat pada tahun 2012??? persoalan...kalau nak tengok,jangan sekadar tengok je,cuba berfikir dengan minda buka mata hati nilai apa sebenarnya yang dorang nak sampaikan melalui filem nieh? boleh fikir tak? dapat jawapan tak? kalau dapat jawapanya bagus dan tahniah pada korang2 semua...tapi kalau masih tak dapat fikir tak apalah tiada paksaan di sini.sekali lagi aku nak TEGASKAN di sini,aku hanya sekadar berkongsi cerita dan pendapat.tak ada niat nuk meghentam apa lagi mencari pasal dengan orang lain...JELAS?

baiklah berbalik pada fokus utama tadi...betulkah akan berlaku kiamat pada 12.12.2012??? ada sesiapa diantara korang2 yang percaya pada kenyataan ini? mengikut ramalan masyarakat purba (mayan) akan berlaku kehancuran di atas muka bumi ini pada tahun 2012 akan datang (KIAMAT) ini bermakna masa yang tinggal untuk kita hanya beberapa tahun dari sekarang terlalu singkat! jika anda seorang ISLAM,adakah anda percaya pada kenyataan ini?

tidak dinafikan dalam AL-QURAN juga ada menyebut akan berlakunya HARI KIAMAT pada akhir zaman ini.tapi,perlu kita ingat tiada sesiapa pun (manusia) didunia ini dapat yang dapat meramal bila hari kiamat itu akan tiba.
pada hari kiamat nanti seluruh alam dan isinya akan binasa maka tidak ada sebarang makhluk pun akan hidup biar sebesar zarah pun.binalah kapal sebesar mana dan secanggih apa pun ia tidak akan dapat menyelamatkan satu apa pun di muka bumi ini dan itu sudah pasti.itu adalah gambaran hari kiamat yang sebenar benarnya atau mungkin lebih dahsyat dari itu dan tidak ada sesiapa dapat meramalkan bila ia akan berlaku.akan tetapi jangan dipandang enteng pada kenyataan ini kerana tanpa kita sedar yang kita sebenarnya telah pun melalui proses hari kiamat (kiamat kecil),mungkin ada yang sedar dan ada juga yang mungkin tidak sedar akan perubahan ini...ini terbukti seperti yang dinyatakan di dalan hadis yang di temukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi...


Tanda-tanda kecil

-Bermaharajalela alat muzik[perlu rujukan]

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

-Menghias masjid dan membanggakannya[perlu rujukan]

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
-Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu rujukan]

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan]

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu rujukan]

Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

-Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

Tanda kiamat besar
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Lahirnya Dajjal.
  • Keluar asap tebal.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.
  • Kemunculan Imam Mahdi.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
  • Runtuhnya Ka'abah
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama.
  • Ada azan tak di jawab
  • 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab
ini sebahagian kecil sahaja yang kita ketahui,sebenarnya ada banyak lagi hanya ALLAH s.w.t sahaja yang maha mengatahui segala isi di dalam dunia ini...dan kita wajib beriman kepadaNya.ketahuila masa hidup sebenarnya terlalu singkat gunakan peluang yang ada untuk melakukan kebaikkan...lain2 sumber yang aku dapat,okrang boleh tengok kat sini.apa pun aku minta maaf sekiranya apa yang aku titip kan di sini ada menyinggung perasaan mana2 pihak.sekali lagi aku ingatkan,aku hanya sekadar berkongsi pendapat dan pandangan dan bukan nak menghentam sesiapa di sini.jika ada yang tak berpuas hati harap maaf..jika itu kesilapan aku...




P/S: AWAS! INI SALAH 1 DARI CARA ORG2 BARAT
MENJAJAH MINDA UMAT ISLAM!




Beautiful_rose



Tuesday, November 10, 2009

.: sahabat dunia akhirat :.



Setelah berhari2 aku dok pikir nak join or tak contest si lumut,akhirnya aku telah membuat keputusan sebulat suara berbincang dengan ahlli lembaga peperiksaan serta ahli2 kabinet dapo juga telah merujuk ke dewan bahasa dan pustaka beserta ahli2 sasterawan negara,maka dengan ini aku nak join contest itu...wooohhooo.... =p


cerita ini berpandukan kepada pengalaman yang pernah aku alami satu masa dulu.nama dan watak telah di olah mengikut syarat dan terma contest si lumut.okay x mo panjang lebarkan lagi mukadimah,kite terus saje pada cerita... =)


Hari pertama persekolahan dua orang pelajar baru,perempuan telah berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kucing Jelmaan.Di satu sudut kelihatan seorang gadis sedang duduk di bangku,menunggu giliran namanya di panggil ke kelas yang telah di tetapkan.Dari kejauhan ada seorang gadis sedang memerhati gadis yang sedang duduk itu,lalu dia cuba untuk bertegur sapa memandangkan dia juga sendirian tika itu.

"Hai...sorang je ke?"
"ye sorang je..."
"nama aku lumut,pelajar baru kat sini.kau pula?" tanya si lumut sambil tersenyum manis dan menghulurkan tangannya.
"aku rose,pelajar baru juga" menyambut mesra huluran tangan lumut.

nampak baik jerk minah yang bernama lumut nieh,bole la jadi kawan aku.lagi pun aku pelajar baru juga masih belum ada kawan2 yang aku kenal.

"kau asal dari mana?" lumut bertanya.
"aku dari selangor,kau pula?" jawab rose.
"aku dari nogori sembilan" jawab lumut dalam dialek negeri tersebut.


kedengaran nama mereka berdua di panggil oleh cikgu aznil.mereke di tempatkan di dalam kelas yang sama.

"rose,lumut kamu boleh masuk ke kelas sekarang,kelas kamu berada di tingkat 3 blok E"kata cikgu tersebut.

lalu mereka pun berjalan beriringan menuju ke kelas yang telah di beritahu oleh cikgu tersebut.di dalam kelas....


"lumut,ko duduklah dengan aku,aku tak ada kawan lah lagipun kerusi sebelah ni kosong lagi" kata rose kepada lumut.
"okay no hal punya" lalu lumut berjalan dengan penuh bergaya ke arah rose.

Sejak itu mereka mula berkawan baik,ke mana saja pergi mereka akan bersama.di mana ada lumut,di situ juga ada rose.dan ini telah menimbulkan rasa iri hati kepada akma dan azila.mereka berasa tidak senang hati melihat keduanya rapat sesama sendiri.lagi pula lumut merupakan pelajar terbaik di dalam kelas itu dan juga menjadi kesayangan cikgu2 di sekolah.

akma dan azila mula merancang sesuatu untuk memutuskan persahabatan di antara lumut dan rose...peperiksaan pertengahan tahun pun bemula.

"lumut,ko dah study tok subjek esoksemalam?" tanya rose kepada satu lumut.
"dah...tapi sikit2 baru,ko dah study ke?" lumut bertanya kembali.
"aku lom lagi lah...tengah bluran nieh.satu ke mende aku tak paham" berkata sambil wat muke sedih.
"ermm apa yang ko tak paham tuh?" tanya lumut prihatin.
"bab 10 ni susah sangat lah,mana lah aku tau macam mana kejadian kentut itu berlaku" sambil wat muka macam tempoyak basi.
"lah tak susah pun..kalau ko nak belajar dengan aku x de hal punya.balik sekolah nanti kita study kat pustakaan awam"lumut berkata meberi cadangan.
"betol ke ni? okay nanti kita jumpa lepas zohar."

Maka study lah dua sahabat ini dengan tekun,gigih serta berdedikasinaya sehinggalah berakhirnya peperiksaan.Pada hari penyerahkan kad kemajuan,seperti biasa lumut telah lulus dengan cemerlangnya.tapi malang bagi rose....keputusan 2 subjek pelajarannya agak kurang memuaskan.

"tahniah lumut,kamu telah lulus dengan cemerlang untuk peperiksaan bulan ini.kekalkan usaha kamu untuk terus cemerlang" kata cikgu aznil.
"trimass cikgu,tanpa cikgu siapalah saya.." sambil tersenyum gembira.

Disatu sudut...rose duduk sendirian sambil merenung keputusan peperiksaanya itu.dia kelihatan sedih sekali.pada masa yang sama akma dan azila memerhatikan dari jauh,mereka mula merancang sesuatu......

"hai rose...pesal ko dok sorang2 kat sini.join lah kegembiraan kawan baik ko tuh" tegur azila bernada sinis.
"aku tengah sedih ni nak gembira apanya" jawab rose sayu.
"lah kawan ko lulus pun ko nak sedih gak ke,pelik lah ko ni" kata akma pula.
"memang lah lumut lulus,tapi aku ni keputusan x best lah." jawab rose lagi
"lah pasal itu je ke ko sedih." jawab azila pura2 simpati.
"yelah...padahal kami sama2 stduy setiap hari." kata rose lagi.

azila memandang akma penuh makna...dia mula memikirkan cara untuk mempengaruhi fikiran rose yang sedang tak tentu arah tika itu.

"ermm aku rasa mesti ada yang x kena" kata azila.
" maksud ko?" rose memandang ke wajah azila,penuh dengan tanda tanya.
"yelah korang study sama2 kan.tapi kenapa result die lebih baik dari ko,x rase pelik ke macam tu?" kata azila mula mempengaruhi rose.
"betul tu.korang study sama2 patutnya ko pun akan dapat result yang sama baik macam dia juga" kata akma menyokong kata2 azila.
"ko fikirlah baik2 rose,aku x nak cakap banyak.kang ko kata aku wat cerita pula,lagi pun lumut tu kan kawan baik ko" kata azila menambahkan lagi keraguan di hati rose.

keesokkan harinya,rose tidak lagi duduk sebelah lumut.dia telah menukar tempat dan duduk berdekatan azila dan akma.Lumut kehairanan lalu bertanya kepada rose.....

"rose,kenapa kau tukar tempat duduk?" tanya lumut kepada rose
"suke hati kucing,kure2 aku lah nak duduk mana pon" jawab rose dengan nada menyakitkan hati dan paru2 lumut.
"ko ni kenapa,tiba2 jerk nak marah2 aku,PMS ke?" lumut bertanya dengan lembut.
"tah la sendiri mau ingat la kawan..." jawab rose lagi.
"aku ada wat salah kat ko ke rose?" lumut bertanya lagi.
"tah la aku tak tau ko sendiri faham2 dah la,jangan nak wat2 bluran pulak..." jawab rose acuh tak acuh.

lumut ingin bertanya lagi,tapi terbantut sebab cikgu aznil sudah mula masuk untuk mengajar.di dalam kelas,lumut hanya memerhatikan saja rose,azila dan akma bergelak ketawa dengan gembira hingge lupe dunie.keadaan agak bising tika itu membuatkan cikgu aznil yang sedang mengajar meradang seperti singa lapar dalam kandang.

"kamu bertiga yang duduk di belakang sana tu,dari tadi lagi saya dengar asyik bergurau tak tumpu perhatian pada subjek saya.time exam mula nak gelabah dapat result pula entah hapa2" kata cikgu aznil.
"alah cikgu ni,jangan lah serius sangat x remajalah..." jawab azila
"remaja sangat kah bergurau senda di dalam kelas semasa dalam pembelajaran? nanti time exam kamu juga yang rugi tak dapat capai rekod terbaik."
"relax la cikgu...exam lambat lagi lah.time nie la nak enjoy2 memanjang serius stress gak." jawab akma pula.
"enjoy lah kamu puas2 jangan nanti menyesal tak sudah.ini untuk masa depan kamu juga.contohi lah lumut selalu fokus dalam kelas.walaupun aktif dengan bola keranjang,pelajaran dia tak pernah terjejas" kata cikgu aznil lagi.

mereka terdiam lalu mencebik menyampah...loceng rehat pun berbunyi semua pelajar pun bersurai keluar kelas untuk ke kantin.

"aku menyampah betol lah dengan si lumut tu" kata rose tidak puas hati.
"kenapa?" jawab akma.
"yelah sane sini cikgu asyik memuji dia macam lah dia tu bagus sangat" kata rose lagi
"alah bukan ko tak tau,lumut tu kan slalu bodek cikgu berpura2 baik..." kata akma lagi
"tah tak paham aku semua benda lumut bolot.pelajar terbaiklah,pemain bola keranjang terteror lah,pemenang jangan lupa lirik lah,bosan betul aku" kata rose meluahkan rasa.
"alah relax la kawan peduli kan lumut tu..janji kita enjoy!" kata azila mula mencelah.
"dah la malas aku nak fikir lagi" kata rose lagi

waktu kedua di dalam kelas,keadaan mereka bertiga masih sama.memperlekehkan guru bergurau senda tak ingat dunia.teguran cikgu dah tak ambil kira,keadaan ini berlarutan sehigga lah final exam tiba......

dengan tenang lumut melangkah ke dalam dewan peperiksaan keyakinan lumut terserlah menandakan lumut sudah siap sedia untuk menghadapi peperiksaan.sedangkan rose bluran dan gelabah tahap cipan.lumut menghulurkan tangan untuk bersalam dengan rose....

"apa ni?" tempik rose
"aku nak salam dengan kau sebagai tanda semangat" kata lumut ikhlas.
"tak payah ko nak tunjuk baik lah lumut...aku tau ko saja nak bermuka2 dengan aku kan" jawab rose kasar.
"aku ikhlas rose ko kan sahabat baik aku" kata lumut lagi
"sahabat baik ke? ko ni memang suke menunjuk2 kan." kata rose lagi
"rose...aku x pernah terniat macam tu pun...." kata lumut seakan berkecil hati
"dah2 aku malas nak dengar lagi exam da nak mule tu" jawab rose seperti menghalau lumut.

peperiksaan SPM pun bermula...semua pelajar mula serius dan menumpukan perhatian pada kertas peperiksaan.bermcam2 wajah bermacam2 ragam ada yang nampak yakin,ada yang kelihatan keliru ada juga yang tidur ada pula yang membawa haiwan peliharaan sebagai penyokong dan tidak kurang pulak ada yang cuba nak meniru sesama sendiri sambil makan megi.dan hari2 terus berlalu sehingga lah final exam berakhir.....

"akma,macam ne exam ok tak?" tanya rose kepada akma.
"hurmm bolehlah...." akma menjawab acuh tak acuh
"ko boleh jawab tak?" tanya azila kepada rose pulak
"entah la aku bluran jerk time exam otak aku macam beku tibe2...sejuk dan beku macam kat auckland"jawab rose lemah.
"alah x de hal nye mest ko dapat cincang punyelah" kata azila lagi.
"yeke tapi aku rase macam tak confident lah" kata rose lagi
"alah tak yah la ko nak risau2 exam dah habis,skang kite bebas bole enjoy!" jawab azila girang.

dalam perjalanan pulang ke rumah,rose terserempak dengan lumut yang juga kebetulan ingin pulang.lalu lumut menegur rose....

"rose,macam mana exam bole score tak? " sapa lumut kepada rose sambil tersenyum.
"ahh sebok lah ko aku bole jawab ke tak bukan masalah ko" rose menjawab dengan nada tinggi.
"aku tanya saja tak niat nak sakitkan hati kau pun" kata lumut seakan berkecil hati.
"dah la aku nak cepat nak balik rumah aku penat." kata rose sambil berlalu pergi meninggalkan lumut sendirian...

sebulan selepas itu...tibalah hari keputusan SPM bakal di umumkan.maka,ramailah diatara student2 bergegas ke sekolah untuk mendapatkan slip keputusan tersebut...kelihatan perlbagai rupa dan keadaan mereke2 yang menerima result SPM pada hari itu.ada yang menangis,ada yang ketawa terbahak2,ada yang berguling-gulingan,ada yang hanya senyum kambing,ada yang sawan dan ada juga yang sampai tidak dapat mengawal kentutnya lalu terlepas lah bau bauan yang sungguh tidak menyenangkan.lumut,berjalan dengan penuh macho sekali pada hari tersebut.

"tahniah lumut...kamu berjaya dengan cemerlang." kata cikgu aznil lalu menyerahkan slip tersebut kepada lumut.
"terima kasih juga pada cikgu yang selama ini tak jemu2 mengajar saya selama ini" jawab lumut.

di satu sudut balai bacaan,kelihatan 1 susuk tubuh sedang duduk termenung.di tangan nya pula memegang helaian result exam matanya berair wajahnya murung.lumut menghampiri lalu menyentuh lembut bahu pemilik tubuh itu...

"rose...kenapa kau duduk sorang2 kat sini,mana akma dan azila?" lumut bertanya kepada rose
"lumut,aku fail...akma dengan azila dah tak nak kawan dengan aku lagi" kata rose sambil teresak2
"sabarlah jangan sedih lagi jangan menangis lagi kau masih ada peluang" kata lumut memberi harapan
"tapi teruk sangat ni UPU dah tentu aku tak dapat." kata rose lagi.
"jangan putus asa ko masih boleh lagi sambung from 6.mana tau nasib ko lebih baik nanti" lumut mula meberi keyakinan pada rose.
"aku tak yakin aku dah tak ada semnagt lagi skang nieh." kata rose sayu...
"jangan cakap macam tu,setiap orang akan di uji dengan kegagalan.tapi tak bermakna kau mesti putus asa.jadikan kegagalan itu sumber kekuatan untuk ko teruskan useha." lumut menggemgam erat tangan rose memberi semangat.

mereka berpelukkan lumut mengusap lembut kepala rose seeperti anak kecil.rose memandang wajah lumut yang tenang...

"lumut,maafkan aku,aku banyak wat salah pada kau.mybe ini balasan untuk aku" kata rose kepada lumut.
"tak perlu minta maaf rose ko tak pernah wat salah pada aku.kau kan sahabat aku" jawab lumut sambil tersenyum.
"kau memang sahabat aku lumut,macam2 aku kutuk kau tapi kau tak pernah marah aku.aku terharu sangat lumut." kata rose lagi
"dah la tu yang lama kita lupakan kita mula kan hidup baru kita tetap sahabat dunia akhirat kan" kata lumut lagi.
"trimass lumut kau memang sahabat dunia akhirat aku.aku akn lebh hargai kau lepas nieh.trimass banyak2 lumut....."kata rose kepada lumut dengan penuh yakin dan confidentnye.
"it's okay rose...dah la jom kita g makan aku dah lapar nieh.lama kita tak lepak kat p'yoor station kan" kata lumut sambil tersenyum
"okay...no hal tapi ko belanje ehh ko kan menang besar hari nieh"
"x de hal" kata lumut sambil menarik tangan rose.

maka terjalinlah semula persahabtan yang pernah terputus satu tika dlu.dan sehingga kini mereka masih lagi bersahabat baik walaupun masing2 sudah ada komitmen. mereka akan tetap saling menghubungi satu sama lain.dan ada tika masa terluang mereka akan bertemu dan menghabiskan masa dengan mengire bilangan cendol pulut yang mereke telan kat kedai mamak tepi landasan keretapi.

ketika di timpan bencana,kita akn mengenali

yang mana satu LAWAN & yang mana satu KAWAN.




*******TAMAT*******




"blog esoksemalam best sebab aku ske bce tulisan
lumut yang sempoi lg bershaje.kadang2 menusuk
hati,paru juge buah pinggang aku"


"blog esoksemalam x best sebab entah x tau nak
kate ape.kalo x best dah tentu aku x bace entry
ko hari2 sampai termimpi2"



hohoho gile ohh aku mengarut punye lah nak memerah otak dok pk idea nak wat karangan tadika nieh adess.cukop2lah tu kan kang lagi banyak aku taip,lagi banyak aku mengarot nanti mak aku marah ngarot2 nieh.aku kan seorang y bek hati lagi berhati mulie...harus pelihare itu =p hiks! "lumut,aku nak join contest ko"