Sunday, November 22, 2009

2012




note : sorry gmbr agak blur.....
lokasi : KLCC


Aku tengok citer nieh tadi...ermm not bad lah bagi aku,biasalah orang2 barat nieh kan cukup pandai kalau bab2 wat citer macam nieh kan.mende yang tak logik pon ley nampak logik yang tak betul pun ley nampak betul dengan kesan bunyi dan teknik kepakaran dari kamera2 canggih manggih diorang tuh betul tak? di tambah pula dengan pelakon2 yang tahu menyelami watak memang nampak macam betul2 berlaku...


12.12.2012 betul ke akan berlaku kiamat pada tahun 2012??? persoalan...kalau nak tengok,jangan sekadar tengok je,cuba berfikir dengan minda buka mata hati nilai apa sebenarnya yang dorang nak sampaikan melalui filem nieh? boleh fikir tak? dapat jawapan tak? kalau dapat jawapanya bagus dan tahniah pada korang2 semua...tapi kalau masih tak dapat fikir tak apalah tiada paksaan di sini.sekali lagi aku nak TEGASKAN di sini,aku hanya sekadar berkongsi cerita dan pendapat.tak ada niat nuk meghentam apa lagi mencari pasal dengan orang lain...JELAS?

baiklah berbalik pada fokus utama tadi...betulkah akan berlaku kiamat pada 12.12.2012??? ada sesiapa diantara korang2 yang percaya pada kenyataan ini? mengikut ramalan masyarakat purba (mayan) akan berlaku kehancuran di atas muka bumi ini pada tahun 2012 akan datang (KIAMAT) ini bermakna masa yang tinggal untuk kita hanya beberapa tahun dari sekarang terlalu singkat! jika anda seorang ISLAM,adakah anda percaya pada kenyataan ini?

tidak dinafikan dalam AL-QURAN juga ada menyebut akan berlakunya HARI KIAMAT pada akhir zaman ini.tapi,perlu kita ingat tiada sesiapa pun (manusia) didunia ini dapat yang dapat meramal bila hari kiamat itu akan tiba.
pada hari kiamat nanti seluruh alam dan isinya akan binasa maka tidak ada sebarang makhluk pun akan hidup biar sebesar zarah pun.binalah kapal sebesar mana dan secanggih apa pun ia tidak akan dapat menyelamatkan satu apa pun di muka bumi ini dan itu sudah pasti.itu adalah gambaran hari kiamat yang sebenar benarnya atau mungkin lebih dahsyat dari itu dan tidak ada sesiapa dapat meramalkan bila ia akan berlaku.akan tetapi jangan dipandang enteng pada kenyataan ini kerana tanpa kita sedar yang kita sebenarnya telah pun melalui proses hari kiamat (kiamat kecil),mungkin ada yang sedar dan ada juga yang mungkin tidak sedar akan perubahan ini...ini terbukti seperti yang dinyatakan di dalan hadis yang di temukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi...


Tanda-tanda kecil

-Bermaharajalela alat muzik[perlu rujukan]

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

-Menghias masjid dan membanggakannya[perlu rujukan]

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
-Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu rujukan]

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan]

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu rujukan]

Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

-Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

Tanda kiamat besar
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Lahirnya Dajjal.
  • Keluar asap tebal.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.
  • Kemunculan Imam Mahdi.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
  • Runtuhnya Ka'abah
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama.
  • Ada azan tak di jawab
  • 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab
ini sebahagian kecil sahaja yang kita ketahui,sebenarnya ada banyak lagi hanya ALLAH s.w.t sahaja yang maha mengatahui segala isi di dalam dunia ini...dan kita wajib beriman kepadaNya.ketahuila masa hidup sebenarnya terlalu singkat gunakan peluang yang ada untuk melakukan kebaikkan...lain2 sumber yang aku dapat,okrang boleh tengok kat sini.apa pun aku minta maaf sekiranya apa yang aku titip kan di sini ada menyinggung perasaan mana2 pihak.sekali lagi aku ingatkan,aku hanya sekadar berkongsi pendapat dan pandangan dan bukan nak menghentam sesiapa di sini.jika ada yang tak berpuas hati harap maaf..jika itu kesilapan aku...




P/S: AWAS! INI SALAH 1 DARI CARA ORG2 BARAT
MENJAJAH MINDA UMAT ISLAM!




Beautiful_rose



7 comments:

  1. sesungguhnyer dah kite dah hampir dengannyer..takot wo

    ReplyDelete
  2. kite cume hanya perlu persiapkan diri kita sepanjang masa sebelum tibanya ajal yang akan menjemput kite pade bile2 mase.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete
  3. jangan percaya sangat
    kenapa ler org beriya2 sgt nak tgk pasal kiamat
    aku nak tgk samada best ker tak best

    ker overrated jer ni??

    ReplyDelete
  4. salam ...

    hmmmm...mmg nipropaganda barat...sbb tu aku mls sgt tgk cter2 mreka ni...

    takut fikiran trsesat ikut ramalan depa ni...haishh....

    tanda2 dah byk..tp bukankah rahsia kiamat milik Allah...nobody knows...

    ReplyDelete
  5. untuk peringatan saja supaya kita mengisi waktu ini dengan baik2 untuk kehidupan kekal nanti di akhirat.

    ReplyDelete
  6. to syaf:-
    ajal maut x tau bile akn dtg menjemput.hidup itu insyallah mati itu sudah pasti.

    to putra al-maliki:-
    ajal maut akn dtg bile2 mse sje.kite x tau bile dn di mane.just perlu persiapkan diri sepanjang mase jerk.

    p/s:sy da link kamooo

    to ah fatt:-
    tah aku pon x tau knp org nak tgk sgt.mybe iklan die tuh nmpk menarik so,ramai la y nk tgk.mse aku g hr tuh mmg ramai dn penuh dgn org.aku g bkn sbb nk tgk pe just aku nak tgk kali ni org barat gune cre pe tok jajah minda kite.

    to jane:-
    tol ckp ko jane org barat mmg pakar bab wt propaganda mcm nieh.nieh sala 1 dr cre org2 barat nak jajah minda dn hati org islam.

    to bisnislarisdanmanis:-
    perlu berjage2 stp mase......

    ReplyDelete
  7. Is it possible Abercrombie clothing to turn a profit by gifting abercrombie Jeans promotional items and selling your inventory at the same time? Is it possible to Abercrombie Pants make large sums Abercrombie Tees of money by giving away promotional clothing? Abercrombie Shorts Will this practice bring awareness to your brand? Fashionable promotional clothing items are a great way to Abercrombie Sweaters help sell your brand to your target audience. Items like shirts and caps are favorites among most consumers especially when they receive them for free as a gift or give-away. Be it a screen printed tee shirt or an embroidered hat or polo shirt, your imprinted logowill leave a long lasting impression and gain a lot of attention by your targeted audience.

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah