Friday, April 27, 2012

Onde-onde atau Buah Melaka



Ada yang kata onde-onde dan ada juga yang panggil buah melaka.Mungkin ada juga nama lain tapi aku tak pastilah.Apa yang pasti kuihnya tetap sama,dibuat dari tepung pulut,keledek berinti gula melaka dan di salut dengan kelapa.Aku suka sangat dengan kuih ni sedap dan lembut.Hari tu,beli kat kedai tapi tak puas makan sebab kuihnya bersaiz kecil 1 bungkus ada 3 ketul je -____- so,request mak ajarkan macam mana nak buat kuih ni.Bahan-bahan dia sangat sikit dan mudah di dapati ringkas je nak buat sebenarnya.....



bahan-bahan

1.tepung pulut
2.keledek untuk bagi dia bulat cantik dan tak leper
3.kelapa parut
4.air
5.pewarna hijau
6.daun pandan yang di blender atau nak senang pakai je perasa pandan


Untuk pertama kali biasa ada try and eror T_T hahaha senget la tak sama besar la macam-macam hal.Adik lelaki buat pun lebih elok dari aku...yelah dia memang minat memasak pun pandai masak dari aku yang dok tahu makan je =p tapi kira untung apa..ada adik-adik yang pandai masak ni,nak makan apa-apa request je terus dapat =p macam sebelum ni aku minta dia buat karipap sardin yang frozen punya.1 bekas punya banyak dia bagi untuk 2 minggu makan...hailah macam perli kakak dia yang tak tahu masak ni kan =p

Tapi tak apa la aku tak pandai masak pun,bab kemas rumah dan menjahit,serah je kat aku dengan senang hati aku boleh buat.Tapi jangan dok suruh aku ke dapur,sebab aku memang lemah bab dapur ni.Aku bukan la tak reti masak langsung kan..hahah tak nak kalah kan.Reti la sikit-sikit nak buat makan alas perut kenyang.Tapi nak masak sedap-sedap macam mak,memang tak lah.Lagi-lagi bab buat kuih,kek,pastri,biskut hape ke benda memang aku agak slow la.Seumur hidup aku,just sekali je aku pernah buat biskut sendiri,biskut nestum kelapa coklat.Tu pertama dan terakhir...biskut tu menjadi tapi aku rasa leceh sebab nak dok timbang tepung segala benda nak timbang macam buang masa aku.

Paling tak best time nak cuci semua perkakas kotor tadi...sangat-sangat la tak best.Dan aku selalunya tak berminat nak beli atau masuk kedai jual barang kek.Tak macam adik kedua dengan adik lelaki diaorang memang excited lebih bila masuk kedai tu.Semua nak beli nak belek,aku hape ke bende pun tak kenal bahan yang dia orang sebut.Nak guna blender pun tak tau apa lagi microwave,serius aku tak tau apa itu mixer kalau adik aku tak bagi tau T_T sadiskan.Aku just kenal kenal kuali,periuk,sudip,lesung batu.Aku selalu guna lesung batu pun sebab tak reti guna blender...apa kan daya kat hostel memang tak ada blender.Tapi guna lesung lagi sedap weyh....Apa-apa pun,aku akan usaha juga belajar masak.Tapi tunggu aku betul-betul teringin nak makan sesuatu,baru aku belajar boleh? =p







Beautiful_Rose


Thursday, April 19, 2012

Mahu Kelihatan Lebih Berseri Di Hari Istimewa Anda?



Ini dia jawapannya! VCO soft gel + Collagen



serba sedikit info mengenai collagen :

Kesan-kesan penyusutan kadar collagen :

- Kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.

-Pengurangan collagen boleh mengganggu bahagian badan lain,terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut.

- Collagen dalam tisu lembut semakin berkurangan,ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa.

- Menghalang pergerakkan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan,dan mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain.Pada masa yang sama,keadaan tulang,kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.


Khasiat Catalyst Collagen :
- Membantu proses pemulihan osteoperosis & osteoarthritis.
- Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit.
- Mengatasi masalah kulit kusam,kering dan berkedut.
- Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap.
- Menyuburkan rembut agar kelihatan lebat dan berkilau.
- Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ketahap maksima.


Kesan Collagen :
- Mengurangkan kulit berminyak.
- Dapat mengurangkan masalah jerawat.
- Dapat mengurangkan parut-parut yang ada dikulit.
- Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga.
- Minda lebih cergas dan pergerakkan anggota tubuh badan menjadi lebih lancar.

:: 1 kotak ada 15peket.ia serbuk berperisa buah buahan yang boleh di makan begitu saja.


Baca ni pun dah rasa best kan...okey testimoni aku sendiri mengamalkan collagen,kulit jadi lebih cerah dan lembut.Pertumbuhan rambut pun makin subur je...Macam aku kerja dalam aircond so kulit jadi kering,dan kadang-kadang bila aku aktif dengan aktiviti luar,kulit jadi berminyak dan gelap sebab berjemur di bawah cahaya matahari.Tapi lepas ambil collagen ni,kulit jadi lebih baik dah tak kering atau berminyak macam sebelum ni.Jadi lebih cerah dan licin je.Memang boleh nampak perubahan kulit jadi cerah dalam masa seminggu! Untuk hasil yang lebih baik,ambil collagen + VCO.

Collagen ni serbuk berperisa buah-buahan,boleh di makan begitu saja atau campurkan dengan jus minuman.Macam aku,tak boleh nak telan macam tu je sebab selalu tersedak sebab serbuk kan.So,aku selalu la campur dengan air...tak ada masalah pun dan hasilnya tetap sama.Better collagen ni di ambil pada waktu malam sebab lebih mudah untuk di serap.Apa-apa pun,suka aku nak ingatkan kat sini jangan cepat give up kalau kau baru guna pertama kali tapi tak ada hasil.Sebab penerimaan setiap orang adalah berbeza,ada yang cepat ada yang lambat nampak kesan dia.Adik aku pun ambil collagen ni,dan dia sendiri pun nampak perubahan pada kulit dia jadi makin cerah.

Selalunya aku ambil VCO 2 biji + collagen ni waktu malam.Sebelum tu baca dulu selawat 3x insyallah hasilnya pasti akan buat kau tersenyum.Kalau rasa macam tak boleh nak telan 2biji,boleh diambil sebiji untuk siang dan sebiji untuk malam.Atau sebiji buat makan dan sebiji lagi buat sapu kat muka pada waktu malam sebagai pengganti cream malam.Dan cuci muka hingga bersih pada esok harinya dan lihat sendiri hasil dia,kulit jadi licin dan lembut.Juga boleh di sapu pada bibir yang kering.Cakap banyak pun tak guna,belum cuba belum tahu.Nak tahu hasilnya,cuba la sendiri atau untuk maklumat lanjut boleh semak di sini http://catalyst2u.net/

atau boleh pm saja ke FB Azierose-Ornick
hei,ada promosi sempena hari ibu tau rugi kalau tak beli sekarang.
promosi akan berakhir pada 31 mei 2012.siapa cepat dia dapat!







Beautiful_Rose




Tuesday, April 17, 2012

Teringin Sangat



Aku dalam mood teringin nak makan benda manis.Sangat-sangat teringin dan dalam kepala aku just membayangkan puding karamel.Boleh buat nangis ni kalau tak dapat T_T aku dah usaha cari kat kedai jual kuih,tapi tak ada.Tak tahu mana nak cari lagi.Aku minta adik kedua buatkan,tapi dia cakap tak ada resipi pula.Nak harap aku buat,memang tak la sebab aku bab buat kuih ni agak slow.Lagi-lagi kalau kuih tu nak kena bakar atau kukus,memang fail...Jadinya aku hari-hari kempunan mengidam nak makan puding karamel.

Ada sesiapa tahu buat atau sesiapa boleh share resipi puding karamel? Aku tak nak buat,aku just nak makan je...kalau dapat resipi,aku pas je kat adik kedua minta dia buatkan.Tengah bersedih ni nak makan puding karamel sampaikan tak ada selera nak makan benda lain dah.Aku try cari tadi tapi macam-macam cara dan macam-macam jenis resipi ada.Aku jadi kompiusss ler nak try yang mana.Hope dapat yang betul-betul jadi ok la...tapi tak tahu yang mana satu betul.Kalau ada sesiapa yang tahu,meh sini share dengan aku...kesian kot kat aku ni dok kempunan je hari-hari... T_T








Beautiful_Rose


Friday, April 6, 2012

Cerita Pasal Kain



Dan mula menjalani kehidupan yang bosan.Ye...memang aku tak ada ayat lain selain dari bosan.Hari-hari pun cakap bosan,patut pun aku rasa bosan.Padan muka! Bila semua benda yang ada di sekeliling aku dah jadi tak sama macam dulu,aku rasa macam loser gila.Terasa macam alone sangat walaupun ada kawan sekerja,tapi dia selalu tak ada.Ye...ini sejak doktor mula tukar jadual kerja.Tapi ada baik juga,kurang-kurang semua orang dapat merasa kerja 5hari dan cuti 2 hari.Tak macam dulu.Tapi ada sesetengah perubahan tu aku tak berapa nak suka.

Nak buat aksesori wanita macam dah tak ada mood,selepas semua oder berjaya di siapkan beberapa hari lepas.Ada idea untuk buat benda baru,tapi aku rasa macam malas nak buat.Aku harap aku dapat peluk mesin jahit kesayangan yang elok tersimpan kat rumah tu.Aku rindu nak dengar bunyi injin mesin jahit aku...walaupun ada yang cakap bising,tapi aku suka.Aku cadang nak beli kain ela untuk buat baju raya.Minggu lepas,jalan-jalan kat pekan then ternampak ada sepasang kain ela warna grey lembut cantik sangat.kain dia kosong,tapi untuk bahagian lining ada corak-corak macam bunga rose.

Ye...aku tahu raya lambat lagi.Tapi aku teringin sangat nak menjahit,lagi-lagi bila aku dah jumpa warna kain yang aku suka.Adik kedua cakap tak cantik,tapi kat mata aku warna tu cantik sangat walaupun polos.Kain tu tak mahal pun seingat aku mungkin dalam rm25 sepasang.Aku tak kisah beli kain murah,tapi kualiti dia boleh tahan.Jangan ingat kain mahal tu elok semua,kadang-kadang kalau kita pandai,kain yang murah pun boleh jadi mahal kalau kreatif.Macam baju-baju yang aku buat tahun lepas.Aku pernah beli kain dengan harga rm15 sepasang,dah siap jahit jadi baju kurung,tambah manik sikit-sikit orang tak sangka itu adalah kain murah,sebab nampak macam mahal.

Sekarang tengah fikir,untuk bahagian lining nak guna kain warna apa ye? putih,hitam,cream atau grey juga? biasa untuk lining aku suka guna kain jenis satin,walaupun mungkin macam berlapis sikit,tapi itu lebih baik.Sebab kebanyakkan lining ni kain dia nipis dan jarang.Ada orang suka pakai lining dengan inner kat dalam,tapi aku tetap tak suka,sebab walaupun pakai inner,tetap akan nampak body shape kat dalam.Yelah...inner ni kan biasanya memang fit melekat kat badan...Jadi boleh nampak la dengan jelas segala gelembung yang ada,seriau aku nak pakai macam tu.eh,dok fikir nak beli kain tapi duit tarak.... T_T






Beautiful_Rose