Friday, April 6, 2012

Cerita Pasal Kain



Dan mula menjalani kehidupan yang bosan.Ye...memang aku tak ada ayat lain selain dari bosan.Hari-hari pun cakap bosan,patut pun aku rasa bosan.Padan muka! Bila semua benda yang ada di sekeliling aku dah jadi tak sama macam dulu,aku rasa macam loser gila.Terasa macam alone sangat walaupun ada kawan sekerja,tapi dia selalu tak ada.Ye...ini sejak doktor mula tukar jadual kerja.Tapi ada baik juga,kurang-kurang semua orang dapat merasa kerja 5hari dan cuti 2 hari.Tak macam dulu.Tapi ada sesetengah perubahan tu aku tak berapa nak suka.

Nak buat aksesori wanita macam dah tak ada mood,selepas semua oder berjaya di siapkan beberapa hari lepas.Ada idea untuk buat benda baru,tapi aku rasa macam malas nak buat.Aku harap aku dapat peluk mesin jahit kesayangan yang elok tersimpan kat rumah tu.Aku rindu nak dengar bunyi injin mesin jahit aku...walaupun ada yang cakap bising,tapi aku suka.Aku cadang nak beli kain ela untuk buat baju raya.Minggu lepas,jalan-jalan kat pekan then ternampak ada sepasang kain ela warna grey lembut cantik sangat.kain dia kosong,tapi untuk bahagian lining ada corak-corak macam bunga rose.

Ye...aku tahu raya lambat lagi.Tapi aku teringin sangat nak menjahit,lagi-lagi bila aku dah jumpa warna kain yang aku suka.Adik kedua cakap tak cantik,tapi kat mata aku warna tu cantik sangat walaupun polos.Kain tu tak mahal pun seingat aku mungkin dalam rm25 sepasang.Aku tak kisah beli kain murah,tapi kualiti dia boleh tahan.Jangan ingat kain mahal tu elok semua,kadang-kadang kalau kita pandai,kain yang murah pun boleh jadi mahal kalau kreatif.Macam baju-baju yang aku buat tahun lepas.Aku pernah beli kain dengan harga rm15 sepasang,dah siap jahit jadi baju kurung,tambah manik sikit-sikit orang tak sangka itu adalah kain murah,sebab nampak macam mahal.

Sekarang tengah fikir,untuk bahagian lining nak guna kain warna apa ye? putih,hitam,cream atau grey juga? biasa untuk lining aku suka guna kain jenis satin,walaupun mungkin macam berlapis sikit,tapi itu lebih baik.Sebab kebanyakkan lining ni kain dia nipis dan jarang.Ada orang suka pakai lining dengan inner kat dalam,tapi aku tetap tak suka,sebab walaupun pakai inner,tetap akan nampak body shape kat dalam.Yelah...inner ni kan biasanya memang fit melekat kat badan...Jadi boleh nampak la dengan jelas segala gelembung yang ada,seriau aku nak pakai macam tu.eh,dok fikir nak beli kain tapi duit tarak.... T_T






Beautiful_Rose

No comments:

Post a Comment

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah