Thursday, March 31, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa




Okey cerita agak basi...lama kot aku simpan entry ni dalam draft,so ini hari baru dapat post.entah semenjak dua menjak ni,banyak betul idea nak wat entry.owh,jangan tanya kenapa banyak entry bunga2 beberapa hari lepas.sila abaikan atau buat2 lupa tidak membacanya ye...

Lihat seperti gambar diatas *ayat dalam exam =p owh,sudahkan anda menontonnya? aku sudah...3minggu yang lepas.tu pun sebab terpengaruh dengan kata2 adik kedua yang menceritakan kembali dalam bentuk sinopsis yang tidak lengkap *ayat skema boleh terjun bangunan.

komen untuk cerita ini...not bad lah...aku bagi 4bintang dari 5.kira masih boleh di terima la.just watak puteri cina dengan dayang tu better cakap cina la baru la nampak macam real...walaupun ceritanya tidaklah 100% mengikut buku hikayat yang pernah aku baca dulu.ye...aku pernah membaca buku hikayat ini beberapa tahun dulu yang mana bukunya memanglah tebal.jika di hempuk ke atas kepala untuk satu das,memang terasa heaven gila...dan bahasanya memang superb dan aku terpaksa membacanya berulang kali sehingga betul2 faham.itu pun still blur lagi.tapi tak mengapa,selepas menonton ceritanya,barulah aku rasa sedikit jelas *okeh rose sila terjun bangunan sekarang ayat macam mintak penerajang =p

kesimpulannya citer ni best dan tak boring,kira aku tidaklah tidur di dalam panggung seperti biasa...hiahahha terserlah perangai buruk.dan tak rugi jugak duit aku sebab orang yang belanja...bagus lain kali belanja lagik yerk =p







Beautiful_Rose

Sunday, March 27, 2011

Natural Beauty



Perempuan...
memang di ciptakan indah dan cantik
dah berhias,bertambahlah cantik
tapi tak semua.

ada orang makeup sebab untuk nampak cantik dan kemas.segala jerawat,jeragat,parut boleh di tutup dengan makeup.tapi ada orang,nampak lebih cantik dan ayu jika tidak di calit warna warni tu.kecantikkan semulajadi barangkali,tanpa makeup pun dah nampak cantik.tapi bila makeup jadi tak cantik lagi2 bila bermakeup tebal.ini realiti...

aku kenal seorang kakak yang aku suka tengok wajahnya yang ayu licin bersih biar pun kulitnya jenis sawo matang *tak cerah tapi masih tetap nampak cantik biarpun tanpa makeup.tapi bila dia makeup untuk majlis perkahwinannya,serius nampak lain nampak lebih berusia.lagi2 mak andam makeup kan muka dia dengan agak tebal.aku rasa,better mak andam tu makeup kan muka dia secara nipis atau natural saja.langsung hilang terus wajah sebenar dia...

aku makeup? jarang amat...melainkan kes2 tertentu saja.yelah tak kan kau kerja kat klinik pun nak pakai eye shadow,blusher,lipstick bagai...ingat orang ada masa nak tengok kau kah? so,aku lebih selesa pergi kerja dengan muka yang natural amat...paling2 pun sapu bedak baby jerk.selekeh? itu perkara biasa...bukan orang nampak pun aku kat bahagia kaunter yang bertutup dengan cermin gelap,siapa pun tak jelas.janji aku pakai baju sudah.....









:: ye,saya makeup sebab saya tak lawa.... =p
Beautiful_Rose

Thursday, March 24, 2011

Semalam...

Semalam 23 mac 2011...
.
kerja macam biasa tapi halfday malam klinik tutup
.
Malam semalam...
.
tinggal sorang kat hostel
.
makan roti tisu,ayam goreng dan air kosong
.
bosan,boring,dan sunyi...
.
tak ada cake juga tak ada nyanyian ulangtahun *imran ajmain
.
SEPI
.
maxis bagi call free untuk 1 hari - just dapat call 4 orang sahaja
tak tahu nak call siapa,dan call free habis sia2
.
celcom bagi call free seminggu - sampai hari ni masih tak call sesiapa
tak tahu nak call siapa dengan free call sebanyak itu
mahu bercakap dengan aku,sila tinggalkan no dan nama anda di email aku *celcom only
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
:: bosan,sepatutnya pada hari semalam aku tak perlu pergi kerja
:: tak perlu berada di sini
:: tak perlu pening kepala uruskan macam2 hal
:: aku sepatutnya berada di atas bukit sambil berbaring mengadap langit
mengira kerlipan bintang dan memuji indahnya cahaya bulan.
Tapi...








Beautiful_Rose

Wednesday, March 23, 2011

Hanya Sekadar Angka


.
.
.
Result SPM keluar hari ni,kenapa mesti keluar hari ni? tak ada tarikh lain ker?
adik lelaki,harap kau tak mengecwakan atau aku sebat kau balik nanti.
.
hari ni jugak mesti selesaikan segala urusan pendaftaran untuk ahli kelana 2011
pening betul kepala aku dengan kerenah diaorang ni.benda patut boleh setel awal
jadi kelam kabut sebab tak ada kerjasama.dah tu,kenapa saat akhir baru
terhegeh nak cari s/u dan bendahari?
sedangkan aku dah umumkan awal2 lagi pasal pendaftaran ni.
.
kelmarin dengan semalam aku off,hari baru masuk kerja
tapi kenapa hari ni jugak?
adess kerja banyak.nasib esok kerja halfday jerk dan aku boleh cuti
sampai isnin depan,heaven giler kan =p
.
kebaya pink putih hampir siap 95% berjahit manik
esok sudah boleh dicuci dan boleh iron terus
tapi hati berbelah bagi nak pakai sabtu nanti
sebab persis baju pertunangan pulak dekonya...aiyark!
.
.
.
.
.
Ah...hari ni baru tersedar akan pertambahan umur






Beautiful_Rose

Monday, March 21, 2011

Dah Jumpa?




Ahaa...ingat lagi entry pasal aku suruh teka gambar hari tu? klick link ni untuk tengok entry lepas.lawak lah korang ni...macam2 korang teka ada yang sipi2 je nak betul ada yang memang jauh kelaut jauh benar bezanya.masih tak dapat teka yang mana satu aku? =p ke nak aku bagi klue baru boleh dapat kot....ehe aku bagi klue.
.
.
.
gambar tahun 2006
.
perempuan gemok 68kg
.
.
naa...senang je kot nak jumpa tapi mata kene tepatlah eh.rasanya aku penah gak kot letak gambar aku dulu beberapa kali.dululah sebelum aku mendeletekan gambar2 tu semua.ghost writer agak gambar "awek gua" kat sidebar tu aku...eh,yeke? tapi pesal macam lain jerk eh? eh? =p naa...tu pasal aku bagi klue supaya tak terjadinya kekeliruan disini.okeh siapa dapat teka dengan tepat,dia memang budak pandai =p







:: aku ke KL tengahari ni.
Beautiful_Rose

Wednesday, March 16, 2011

Tahniah Melayu!


kerana beradab?

bersopan santun?

sangat prihatin?

bertimbangrasa?


okeh,semua perkara diatas boleh pergi mampus!

kau nampak ada seseorang sedang berjalan menahan kesakitan dalam tengah hujan lebat.dan kau pula duduk bersenang2 di kedai kopi sambil bergelak ketawa bergosip itu ini bersama rakan2.0wh,maaf aku lupa...MELAYU memang sifatnya amat2 suka membuang masa depan dengan melepak di kedai kopi.tak kira tua muda semua sama saja...betulkan? kalau tak,masakan dalam drama MELAYU selalu benar akan adanya babak orang melayu melepak dikedai kopi ye dak?

kalau setakat kau ajak2 ayam nak beri pertolongan pada orang,baik tak payah.hatta orang tu menolak sekali pun,apalah salahnya kau beri dia payung ke,tak pun hantarkan terus dia ke klinik.kalau setakat kau just cakap "dik,tak sihat ke nak hantarkan ke klinik ke?" baik tak payah wei....dah nampak lagi mau tanya ker? damn u! kalau kau betul2 ikhlas nak tolong,dah tentu masa tu kau akan terus berlari datang tolong orang sakit tu,betul tak? ke kau nak tunggu orang tu jatuh pengsan tergolek masuk longkang baru nak tolong?

2tahun lepas aku accident motor,tak la teruk sangat tapi kira luka2 jugaklah kaki dengan tangan calar2 sana sini.tapi masih boleh berjalan dan berdiri lagi...yang datang tolong aku masa tu ada sorang aci dengan beberapa orang cina dan india lain tolong angkat motor aku ke tepi.MELAYU mana? ada...ramai jugak yang tolong,tolong tengok! agak2 dah ok sikit,aku start motor nak gi bengkel ketuk motor aku yang dah bengkok sebab jatuh tadi.aci tu dah risau dah balik2 tanya aku ok ke tak nak bawak aku g klinik chek.tapi aku menolak sebab aku rasa ok masa tu.tapi sebab dia takut jadi apa2,dia follow aku dari belakang sampailah aku kat bengkel.

sampai bengkel aku pitam maybe kesan dari jatuh motor tu kot.kepala aku pun pening2 masa tu tangan dengan kaki aku rasa lemah gila.toke bengkel tu datang tolong papah aku masuk rehat kat ofis dia.toke bengkel tu tu perempuan cina ye bukan lelaki kang salah faham lak.harap maklum...dia minta sorang pekerja dia beli mineral water then bagi kat aku minum.dah ok sikit aku call member minta tolong ambil aku sebab masa tu aku betul2 dah tak larat nak bawa motor...

kesimpulan dari entry ini? aku dah malas nak buat kesimpulan....korang baca dan korang nilaikan sendiri.dimanakan nilai2 murni yang selalu diagung2 kan oleh orang melayu? yang kononnya melayu adalah keturunan yang paling beradab sopan dan prihatin? MELAYU,tahniah! anda benar2 mengecewakan!








:: aku yang mengalami dua2 peristiwa benar itu...
Beautiful_Rose

Tuesday, March 15, 2011

Bosan Melampau.



Boring gila...hari ni dengan esok aku off.impian nak tengok hikayat merong mahawangsa malam tadi, terpaksa dikuburkan sebab sakit yang semakin teruk.entah apa masalah dengan belakang badan aku ni tah dah lima hari berturut2 tak sembuh2 lagi.sejak balik dari holiday hari tu...semalam keadaan makin teruk sampaikan dah tak mampu nak berjalan.tak boleh nak tegakkan badan langsung terpaksa membongkok nak tarik nafas dalam2 pun tak boleh sebab rasa sakit yang amat.rasa sejuk semacam je satu badan demam secara tiba2.

chek kat doktor,katanya aku kena demam urat...tapi pelik 5 hari berturut2 keadaan macam ni.lepas makan ubat dan tuam kepala dengan tuala panas,akan rasa sihat sikit lepas berpeluh.dan esoknya aku akan sakit balik.tapi sebelum ni boleh tahan lagi,just semalam memang teruk tak boleh nak tahan dah.mulanya aku ingat cuti dok kat hostel jelah.tapi dah sampai teruk macam tu risau jugak tinggal sorang2.roommate lak tak ada,sapa nak jaga aku kalau jadi apa2 nanti?

so,malam tadi jugak mamok muncet datang ambil aku rush dari tempat kerja ke hostel aku.terus ambil aku then hantar balik ke rumah mak aku,sebab dia punya risau lagik dahsyat kot dari aku....so,sepanjang hari ni aku bosan gila kat rumah.dah la sakit asyik baring je nak duduk kena sandarkan bantal sebab belakang aku ni sakit2 lagi.nasib ada netbook dengan novel hilang jugak la boring ni sikit2.tapi....semua novel dah habis dibaca,tinggal 1 je lagi belum khatam.amat memerlukan novel baru ni...hope minggu depan aku sihat walafiat.ingat nak ke KL cari buku2 baru lagi...ada sikit barang nak beli kat sana untuk konvo minggu depan.doalah hope berjalan lancar semua...







Beautiful_Rose

Sunday, March 13, 2011

7 Tahun Berlari



.
Sayang.....
7 tahun dah berlalu
masa yang lama itu berlalu
begitu pantas
terasa bagaikan baru semalam
kau bertamu dalam hatiku.
.
nafas2 rindu masih membelenggu
sayangku rindu yang teramat rindu
.
kenapa peluang itu hanya sekali?
kenapa tidak dua atau tiga
atau mungkin juga berkali2?
atau sebenarnya aku ini
tidak layak diberi
peluang lagi?

=(


.

.

.

.

.

.

.

.

.

rindu sayang che-are




("v")
v







Beautiful_Rose

Saturday, March 12, 2011

Virus




Viral fever menyerang lagi
tekak rasa tak sedap
suhu badan meningkat panas
tapi pesal aku rasa macam sejuk semacam jerk.
kepala migrain sakit gila menekan2
mata terasa panas
seluruh badan sakit2
selera makan semakin menghilang
tapi berjaya menghabiskan sepinggan nasi
dengan paksaan mak dan mamok muncet.
perut ketat walau makan sekali sehari sudah cukup
tu pun tak berapa nak habis...



tolonglah rose...bertahanlah untuk sampai hari selasa nie je.lepas tu boleh pengsankan diri selama 14jam sehari.dalam kepala dah terbayang macam2 harap dijauhkanlah ye...

chikugunya?

no!

H1N1?

no!

migrain pain?

no!


no! no! no! nooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!



pang! "rose,sila diam sekarang sebelum kena sepang terajang dua das!"

"erk,baiklah..... (-_-") "







:: good nite.....
Beautiful_Rose

.: 7 Tahun Sudah Berlalu :.



.
.
.
.
.
.
.
dah 7 tahun tak jumpa
.
.
mesti makin comel macam dulu kan?
.
.
rindu sangat nak peluk cium dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jaga diri baik2 sayang semoga kamu dirahmati selalu
tunggu sampai masa nanti kita akan bertemu...

















Beautiful_Rose


Monday, March 7, 2011

Dia Sebenarnya Tidak Ikhlas



"Kamu sebenarnya tidak pernah memiliki hati seseorang itu,
Jika dia adalah bayangan ciptaan khayalan kamu"



Dia sebenarnya tidak pernah ikhlas sayangkan awak,kalau betul dia sayang yang benar2 sayang tidak perlu dia mempersoalkan sesuatu yang menjadi kekurangan awak.awak menerima semua kekurangan dan kelebihan dia kerana awak benar2 ikhlas sayangkan dia.tapi tidak dia yang mahu awak berubah kepada sesuatu yang seperti bukan diri awak.awak bagaikan patung yang dihiaskan oleh dia mengikut citarasa yang dia inginkan.

- dia mahu awak pakai pendakap gigi kerana gigi awak sedikit terkedepan.tapi awak masih tetap nampak manis jika tersenyum tanpa menonjolkan baris gigi putih itu.

- dia mahu awak kurus kerana badan awak tidak berpotongan seperti jam pasir yang berlekuk2 tu boleh nanti sarung kebaya yang cantik menawan.tapi awak masih mampu kelihatan ayu dengan hanya berbaju kurung sederhana.

- dia mahu awak belajar bagaimana mahu bergaya seperti gadis berwarna warni untuk tampil menarik dimatanya.tapi awak masih lagi boleh kelihatan anggun dengan satu warna saja.

- dia mahu awak pakai high heel 4,5 inci supaya kaki nampak panjang,bila berjalan awak akan catwalk seperti model dipentas peragaan.tapi awak masih boleh melangkah berjalan dengan sopan tersusun hanya memakai kasut bertapat rata diatas tanah.


awak,tahu tak awak sudah pun mengabiskan banyak wang awak semata2 untuk memenuhi kehendak dia? pendakap gigi,pil kurus,high heel mahal,pakaian berjenama.tahu tak,umur awak bukan muda lagi.dan awak juga baru saja belajar mengenal cinta dan kasih sayang.awak rasa teruja bila ada seseorang hadir dalam hidup awak dan mengatakan sayang pada awak.kerana ini pertama kali dalam hidup awak.tapi adakah dia benar2 ikhlas mahu hidup bersama awak?

mengapa tidak saja dia menerima awak seadanya terima awak seperti mana dia mengenali awak kali pertama? menerima awak dengan ikhlas seperti mana awak menerima dia? dia tak kacak juga tidak berkulit cerah licin seperti telur dikupas.tapi awak masih mahu dan ikhlas menerima segala kekurangan dia.kenapa? sebab awak ikhlas menerima dia seadanya dan awak mahu dia menjadi dirinya sendiri bukan bayangan orang lain yang awak puja.kan?








Beautiful_Rose


Friday, February 25, 2011

Cuba Teka!




gambar - tahun 2006

.

.

cari...cari...cari...cari...cari...

.

.

haa jumpa tak?

.

.

tekalah mana satu...

.

.

yakin dengan jawapan anda?

.

.

nak tahu yang mana?

.

.

.

.

.

okeh nanti aku bagitahu,tapi bukan hari ini =p

.

.

:: entry autopublish.
aku sekarang berada di kuala woh tapah
ada kem pengakap kat sini.tunggu aku balik nanti
aku akan bagitahu jawapannya =p

.

.

.

Beautiful_Rose

.

.

Thursday, February 24, 2011

Pesakit Asthma DiLarang...

.
.


Anda mengidap penyakit ASTHMA?
.
.


no camping


.


no traveling


.


no scouting


.


no taekwondo


.


no hiking


.


no jungle tracking


.


no volly ball


.


no ais krim


.


no pets


.


no...no...no
.
.
.
tapi itu yang aku suka sangat nak buat selalu...tak percaya,aku sudah pun melakukan ke semua aktiviti di atas.masih tak percaya lagi? tak yakin?
.
selalu kita akan dengar "pesakit asthma tidak boleh melakukan aktiviti fizikal yang lasak" memanglah sebab kang tak pasal2 semput pulak putus nafas siapa nak bagi CPR? jangan risaulah.aku sendiri dah hidap penyakit ni sejak kecil lagi,tapi still boleh lagi nak join semua benda2 lasak macam ni.dah tahap kronik dah pun sakit aku ni,tapi masih gagah lagi nak join.dah tu,nak di sekat tak boleh sebab dah minat aku.
.
.
.
okay,pada sesiapa yang mengidap asthma macam aku ni,kalau korang masih ada hati nak join benda2 lasak macam ni,tapi tak ada keberanian sebab faktor kesihatan.aku ada tips.
.
- sebelum korang join benda2 macam ni,sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.


- pastikan anda betul2 sihat.maksud aku,tidak berlaku serangan asthma (berkeadaan normal)


- bawa ubat yang di perlukan dan paling penting inhaler jangan tinggal.


- simpan ubat anda di tempat yang mudah untuk dicapai.(penting untuk masa sesak)


- maklumkan pada semua rakan2 anda bahawa anda mengidap asthma (tak lah diaorang panik nanti)


- jangan membawa beg yang terlalu berat di belakang anda,kerana ini akan menyukarkan pergerakkan anda dan akan memberi tekanan kepada anda (naik bukit boleh putus nafas)


- semasa melakukan aktiviti,anda haruslah berada didalam keadaan tenang.kalau menggelabah dan panik akan mendatangkan stress pada anda.(pengidap asthma tak boleh stress)


- bawa air mineral yang secukupnya,bukan air manis bergula dan bukan juga ais batu .(kerana air mengandungi oksigen)


- jika berada di tempat sejuk,pastikan anda memakai pakaian yang sesuai (pengidap asthma tak boleh sejuk)


- jika berasa sesak nafas,duduk dengan tenang dan tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan.kemudiam minum sedikit air seteguk dua cukup.banyak sangat nanti senak perut.


- jangan banyak bercakap atau ketawa semasa beraktiviti,kerana akan membuatkan anda berasa cepat penat.


- jika merasa penat,berhenti dan rehat sebentar.jangan paksa diri,paling penting untuk menghabiskan misi,bukannya berlumba siapa sampai dulu.
.
.
.
gila banyak tips aku ni.ini just sebahagian je yang penting2 yang selalu aku buat untuk kontrol asthma aku ni.aku mengaku,kadang2 time aku tengah wat aktiviti,aku dapat serangan asthma.tapi jangan paniklah just tenang je,ko sendiri tahu macam mana tahap serangan asthma ko tu.agak2 boleh kontrol,cuba kontrol.macam aku dah bertahun asthma macam2 ubat aku telan cara kampung pun aku try tapi still tak sembuh.makin teruk lagi ada...tapi benda ni boleh kontrol lagi.just kena disiplin lah macam jaga pemakanan...setiap orang alahannya berbeza.so,ko sendiri fahamlah apa yang ko boleh telan apa yang tak.okay itu saja tips kesihatan untuk hari ini.sekian terima kasih kekasih =p
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Monday, February 21, 2011

Kurus Salah,Gemuk Masalah

.
.

Masa Gemuk
.
"wah,lama gila tak jumpa kau semakin berisi nampak.dah kahwin ke?"
.
"berapa orang anak sekarang,makin montel nampak?"
.
"eh,pesal aku tengok ko ni macam mak cik beranak 3 jerk?"
.
"awak pregnant ke?"
.
"dari belakang,aku ingat mak siapa tadi.rupanya ko!"
.
"bila ko nak kurus ni..."
.
"ko tak leh makan benda ni,diet la woi...."
.
"baju ni tak sesuai dengan cik,semua free saiz"
.
.
.
Masa Kurus
.
"makin kurus ko sekarang,sakit ke?"
.
"weh,pesal ko kurus macam tak best jerk!"
.
"ko ni diet ke,tak cukup makan langsung?"
.
"lama tak jumpa,makin kurus sekarang.putus cinta ke?"
.
"eh,pesal ko dah kurus aku tak percaya ni!"
.
"kurus...keciwa,makan hati ke hape ni?"
.
"janganlah kurus nanti keding macam papan"
.
"ko diet eh,pesal makin mengecut je aku tengok?"
.
.
.
.
payah betullah mulut2 orang nieh...kurus salah gemuk pun masalah.eh,ikut suka hati akulah nak gemuk ke kurus ke kau susah hati buat apa? rasa terjejas ke? mesti tak lah kan...so,diam2 sudah jangan banyak komenlah yerk.sendiri jaga diri sendiri cukuplah,aku jaga diri aku dan aku tahulah aku cukup makan ke tak ke kau peduli hape? kau nak bagi aku makan ke? aiseh...penatlah nak melayan semua.tu la manusia ni payah betul,semua serba tak kena tak tahu apa yang betul tah,tahunya nak komen saja...hurm bila lah nak kurus ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Saturday, February 19, 2011

Rumah Atau Kereta

.

.

"Kalau nanti dah kerja ada gaji aku nak buat loan beli kereta"
.
"daripada kau beli kereta,baik kau buat loan beli rumah"
.
"kenapa pula?"
.
"yelah,kereta tu bila2 pun kau boleh beli."
.
"rumah pun bila2 boleh beli"
.
"memanglah rumah bila2 boleh beli.tapi sampai bila kau nak hidup menyewa? ada rumah sendiri senang jadi harta dunia sampai kau mati."
.
"tapi kereta aku nak guna pergi kerja,tak lah basah bila kena hujan"
.
"alah,public transport kan ada...bas,teksi,train."
.
"payahlah.kalau ada kereta sendiri lagi senang nak pergi kerja.lagi pun rumah belum tentu kita akan tinggal situ.lagi2 kalau company sediakan rumah,dah tentu rumah tu akan terbiar"
.
"kau ni nama je belajar tinggi2 tapi tak pandai2 juga.kalu kau tinggal kat rumah company,rumah yang kau beli tu kau boleh sewakan.so,duit sewa tu kau boleh guna untuk bayar loan yang kau pinjam tu.kalau ada balance kau boleh simpan."
.
"alah...rumah kat mana2 pun ada boleh cari.kereta memang nak guna"
.
"rumah memang boleh cari tapi kau pasti ke ada? zaman sekarang orang berebut2 beli rumah beli tanah.andai kata kau tak dapat rumah sewa,kurang2 kau selamat ada rumah sendiri boleh tinggal boleh buat sesuka hati.tapi,kalau kau beli kereta tak kan kau nak tidur kat dalam kereta kot? pasal kenderaan nak pergi kerja,naik motor pun boleh lagi"
.
"tapi nanti hujan basah naik motor.ada kereta ada bumbung tak kena hujan panas"
.
"kau memang fikir macam tu sebab kau tak kerja lagi.kau tak merasa cari duit sendiri kau tak merasa rasa sempit bila tak ada duit hidup sendiri.kau belajar lagi memang akan fikir pasal kenderaan,aku dulu pun fikir macam tu juga.bila kerja ada duit nak beli kereta.tapi bila dah kerja baru tahu apa lagi penting"
.
"rumah banyaklah boleh beli"
.
"memang rumah banyak boleh beli tapi kau fikirlah pasti ke ada kekosongan untuk kau beli? orang ramai kerja kat bandar tapi beli rumah kat luar bandar sebab kat bandar dah tak banyak tanah untuk di beli.setiap kali ada projek perumahan,ramai orang berebut2 nak beli."
.
"alah,apa susah beli je rumah atau tanah yang orang nak jualkan."
.
"kot ada orang nak jual...sebab zaman sekarang orang tak nak jual tanah dah sebab tanah susah nak cari.baik diaorang sewakan untung bulan2 dapat.kalau jual,sekali je lah untung yang kau dapat tuh."
.
"aku rasa baik beli kereta."
.
"entah ikut kau lah tak nak dengar cakap orang.nanti kau kerja merasalah macam mana susah cari duit macam mana susah nak cari rumah dan tanah.rumah keperluan asas wajib ada.kereta tu just kehendak je.tak kan sampai ke tua kau nak hidup menyewakan.tuan rumah pun bijak juga,tak kan nak bagi kau sewa selamanya.satu hari nanti dia akan halau kau juga sebab nak guna rumah tu.tak pun dia nak renovate untuk naikkan lagi harga sewa."
.
"tak...kereta lagi penting."
.
"ikut kau lah.nanti kau tahu juga kenapa aku cakap macam ni."
.
.
.
.
okeh,panjang lebar betul dialog kat atas...itu perbualan antara adik beradik.susah betul nak cakap dengan orang yang ada dekan ni.nak dia je yang betul,cakap kita tak nak dengar tak nak fikir,susah betul.asyik nak membantah je kita fikir nasihat pekara yang kita rasa betul.ye aku tau setiap orang ada pendapat masing2.tapi cuba tengok dari sudut yang berlainan pula.dan fikir pekara yang akan datang.bukan hanya sekadar fikir pekara yang kita nak buat atas kehendak kita.kita tak tau apa akan jadi pada masa akan datang,memang kita merancang tapi perkara yang penting mestilah pekara asas yang kita mesti dahulukan.
.
okeh,antara rumah dan kereta aku pilih rumah.ada banyak sebab kenapa aku pilih rumah berbanding kereta sedangkan kereta pun untuk kegunaan kita juga.rumah keperluan asas wajib ada untuk kehidupan dan juga tempat tinggal yang selamat untuk kita.kalau ada rumah sendiri,kita tak perlu nak duduk menyewa dan membazirkan duit untuk bayar sewa.daripada buang duit bayar sewa tiap2 bulan,baik aku guna duit tu untuk bayar pinjaman beli rumah.sekurang2nya habis bayar nanti rumah tu akan jadi hak milik kita.tapi kalau sewa,sampai ke tua lah tak pernah habis tiap2 bulan nak kena bayar je.sedangkan duit tu perlu untuk pekara lain yang lebih penting.
.
kereta bagi aku hanya kehendak diri hanya untuk kepuasan saja,lagi2 bagi orang bujang yang belum kahwin macam aku ni.nak pergi kerja,apa susah kenderaan awam kan banyak.lagipun tak perlu la nak pening kepala bayar duit tol,minyak,roadtex,servis,bayar bulanan.tu belum lagi masuk kes2 terdesak macam excident kereta rosak nak kena repair,tayar pancit di pertengahan jalan,kau pandai tukar? kalau kau ada kemahiran menukar tayar tak ada hal.nak kena tukar minyak hitam pula...aircond rosak,beteri kong aiseh keluar duit lagi.enjin kereta tiba2 batuk di pertengahan jalan dan mengeluarkan asap,masalah juga ni nak hantar ke klinik kereta.keluar lagi duit,kalau sikit tak pa,kalau ribu riban? nak pula perempaun,risiko untuk di tipu bayaran adalah sangat tinggi berbanding lelaki.
.
haa,nampak tak bagaimana berisiko tinggi kalau memiliki kereta daripada rumah.rumah kau hanya bayar untuk yang perlu saja macam cukai tu perkara biasa.tapi tak la sampai kau pening nak fikir pasal tukar tayar,repair enjin,servis aircond,tukar minyak hitam,cas beteri,bayar tol,isi minyak,bayar roadtex,bayar bulan2 macam2 lagilah nak kena bayar kalau ada kereta ni.lagi pula kereta ni jenis harga semakin lama semakin menurun.lagi2 kalau banyak model kereta baru keluar,yang lama akan jadi semakin murah.alah yang secondhand pun masih nampak baru juga kalau pandai jaga.
.
jadi bagi aku,dahulukan keperluan asas (rumah) sebelum memilih kehendak dan kepuasan.fikirlah sampai bila kau nak hidup menyewa jerk.kereta,bila2 pun boleh beli.rumah susah nak di cari,lagi2 kalau kau jenis manusia demand nak rumah stok yang sebiji2 ada laman berpagar bagai.sedangkan rumah ber kos rendah macam rumah teres pun susah nak cari,apa lagi sebidang tanah.kalaulah aku ada rumah dan tanah,nescaya aku tak mahu jualkannya.daripada aku jual,baik aku sewakan untung,bulan2 dapat.ikut cara orang cina,beli tanah beli rumah banyak2 dan sewakan.sebab tu mereka kaya hari raya tak perlu rebut tanah felda pun dah boleh jadi jutawan tau.
.

ini dari sudut fikiran akulah...

setiap orang ada hak untuk bersuara.lain orang,lain cara anda pula bagaimana?
.
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Friday, February 18, 2011

Gangguan Seksual Ke?

.
.
Tak tau nak tafsirkan macam mana situasi ini tapi aku kira lebih kurang sama seperti gangguan seksual.bagi aku lah macam tu sebab aku betul2 rasa terganggu yang amat bila hadap keadaan yang macam ini.gangguan seksual ialah perilaku seseorang yang mempamerkan sebarang bentuk kelucahan sama ada dari segi percakapan,perbuatan dan sentuahan.gangguan seksual boleh berlaku di mana2 saja tak kira masa dan tempat asal ada jenis manusia yang memang patut di panggil berok atau yang seumpama dengannya...
.
aku adalah salah seorang dari beribu mangsa yang mengalami gangguan seperti ini.berlaku di tempat kerja sendiri.kalau berlaku kat tempat kerja,selalu yang membawa masalah tentulah majikan atau rakan sekerja.tapi situasi aku sangat berbeza...yang membawa masalah adalah pelanggan atau patients.aku cukuplah menyampah dengan golongan yang macam ini tak kira la kalau sekadar mengorat dengan menggunakan ayat2 murahan,aku tetap akan kata itu adalah satu bentuk gangguan seksual.ahh...pergi matik lah biar pun tidak mempamerkan aksi lucah atau kata2 lucah sekali pun,tapi kalau dah membuatkan aku rasa terganggu dan tidak selesa,aku tetap kira itu adalah satu bentuk gangguan seksual!
.
macam monyet betul lah nak kata berpakaian seksi mustahil amat sebab setiap hari aku hanya memakai seluar kerja yang lusuh bersama tshirt yang di lapiskan sweater ayah (sweater besar gabak) memakai tudung dan berwajah agak serabut dan serabai tanpa selapis bedak pun.ye ini kenyataan aku pergi kerja dalam keadaan yang teramat simple atau mungkin orang boleh anggap aku SELEKEH.tapi kenapa mesti aku di ganggu juga? kenapa tak kacau je kawan aku atau orang lain? serius aku menyampah.ada juga di antara mereka yang cuba ganggu aku dengan menggunakan telefon.kira dia call klinik then,bila aku jawab,ada suara lelaki nak berkenalan dan minta no hp aku,langsung aku matikan telefon.
.
.
.
"hello klinik dr.sharul"
.
"hello,ni siapa?"
.
"nak cakap dengan siapa?"
.
"saya nak kenal dengan awek yang pakai sweater perak tu.boleh bagi no tepon?"
.
"????????????"

.
.
.
itu gangguan dengan telefon.kalau secara terus pula lain caranya tapi cukup untuk membuatkan aku rasa sangat jelik melihatnya sangat memual kan...kawan aku sendiri pun rasa menyampah gila kat mangkuk2 tu semua.hai sana hai sini pas tu nak buat pasal cari pasal tanya yang bukan2 entah hape2.tersengih2 macam kerang busuk dok kenyit2 mata gatal,kelihatan sangat menjengkelkan.lagi menakutkan bila ada yang buat pengakuan selalu nampak aku di pekan.mangkuk ni stalk aku ker? seram lak bila dia cakap macam tu siap bagi kad nama dan no hp dia lagi suruh aku call dia.setiap kali datang,setiap kali tu lah dia akan minta aku call dia.
.
orang normal dan bertamadun,tak akan buat perkara2 begini sekurang2nya mereka tahu nak tegur orang dengan cara terhormta.tapi yang buat hal macam ni kebanyakkan adalah manusia berhati serigala.mereka dari golongan mat pet korang tau apa mat pet? alah yang dok kat lorong2 gelap sambil feeling jadi doktor inject tangan sendiri pastu siap share2 lari jarum tu sesama sendiri.gerun kan kalau di ganggu dengan orang2 macam ni,dulu ada staff lama pun pernah kena ganggu juga tapi sekarang dia sudah sambung study kira selamat lah.
.
semakin lama aku rasa tak selesa dan tak selamat nak teruskan di sini.bila nampak orang tu,aku akan lari sembunyikan diri dan biarkan member2 aku urusakn mereka sebab aku malas dah nak hadap muka2 mat pet nieh.marah ada,meyampah lagi gerun lagi lah...patut ke aku bagi je penerajang sedas dua kat anu dia sampai bersepai?
.
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Thursday, February 17, 2011

Jangan Jadi Seperti Katak Bawah Tempurung!

.
.
.
Kalau kau tak pandai?
belajarlah.
.
Kalau kau tak tahu?
bacalah.
.
Kalau kau tak faham?
tanyalah.
.
.
.
tapi tolonglah jangan banyak tanya soalan yang tak logik yang pelik2 yang tak masuk akal
penat nak jawab tahu tak?
.
internet ada,bahan bacaan pun ada tolonglah baca tolonglah cari.isu semasa tolonglah ambil
tahu hatta kau tak minat tengok berita sekali pun dapat tahu sikit pun jadilah.
jangan sampai pengetahuan am pun kau tak pernah tahu.berita panas sekarang,rusuhan
di mesir pun kau tak tahu.siapa dia gabenor negara pun kau tak pernah kenal
pada hal hari2 kau guna duit.kau kata cherating kat selangor? wahh teruja aku mendengar
tapi kat bahagian mana,dalam peta malaysia tak ada pun kata cherating kat selangor...
.
kau tinggal kat mana,dah berapa lama kau hidup kat negara malaysia nie
agak2 kalau aku tanya kat mana tambun pun sure kau tak tahu juga agaknya kan?
sampaikan bank islam kat tanjung malim tu pun kau boleh tanya kat area mana?
kau ni biar betul...nak aku marah kang,sentap nak aku bahan kang buat muka kesian pula.
aiseh....pening lah macam ni.kau bukan budak kecil lagi,tolong buka mata jauhkan
perjalanan buka minda buka mata cari pengalaman.
jangan pandai2 nak buat tafsiran sendiri.
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Wednesday, February 9, 2011

"Aku Bukan Pengemis"

.
.
Cakaplah apa saja hebahkan lah apa saja bangga diri angkat hidung setinggi langit angkuh bongkak membangga diri yang kau kira terbaik di mata umum.kau datang tanpa diundang bercerita tentang kisah mereka2 yang menjadi kebanggaan kau.tapi aku sedikit pun tak merasa apa2 hanya dengar sekadar angin lalu hanya ada rasa tapi tidak tinggalkan sebarang kesan.sekejap dan akhirnya hilang.iri hati,jauh sekali akan terbit dari hati.memang dah aku ajarkan diri supaya hilangkan segala rasa dan perasaan terhdap kau lebih2 lagi bila kau buka mulut dan membangga diri.
.
sorry to say aku tak berminat dengan cadangan kau biarpun kau bentangkan karpet yang penuh dengan wang jutaan ringgit sekalipun.aku bukan mata duitan aku bukan pengemis yang akan ghairah mengutip ilusi di depan mata itu bukan jenis aku.aku manusia yang punya target yang punya pegangan sendiri tak perlu kau bersusah payah kaburkan mata aku dengan ilusi mimpi tak perlu kau sumbat telinga aku dengan irama janji manis yang sekejap itu.tak perlu kau buat semua itu untuk aku kerana bagi aku,semua itu hanya palsu hanya sekadar hiasan cuma tidak ada harganya pada aku.
.
aku ini manusia punya matlamat bukan pengemis jalanan yang mengharapankan pemberian dari orang.yang hanya menanti di suapkan aku punya kudrat untuk melakukan segala yang aku mahu tanpa sebarang paksa.bagi aku kesenangan hati dan bahagia diri paling utama bukan nya harta yang memenuhi gudang.aku bukan manusia gila harta bukan bukan juga parasit yang hanya tahu menumpang kesenangan orang.kau silap jika kau anggap aku jenis begitu.aku tak perlukan arahan dari kau aku tak perlukan bantuan palsu dari kau.jangan cuba kau merasuah aku dengan harapan aku boleh menjadi suruhan kau.
.
gaji aku kecil hanya pekerja swasta yang mengharapkan gaji bulanan untuk terus hidup,tapi aku tak kisahkan semua itu aku juga bukan jenis yang meminta2 asalkan halal dan dapat bantu keluarga itu sudah memadai.aku tak kisah jika terpaksa menelan biskut kering juga tidak kisah jika terpaksa membasahkan tekak dengan segelas air kosong setiap hari.tidak mengapa asalkan keluarga aku terjamin keluarga aku terbela yang penting kesenangan mereka.aku lakukannya ikhlas untuk kesayangan aku bukan nya untuk diri aku.aku bukan manusia pentingkan diri.
.
aku sudah terlalu penat menahan rasa sudah cukup letih menjadi orang suruhan kau.tolonglah jangan kau campuri lagi urusan aku.biarkan aku dengan hidup aku jangan kau ganggu dan tak perlulah aku ragu,kerana aku sedikit pun tidak pernah mengharap sebarang harta dari kau walau sesen pun.beri saja pada mereka2 yang sanggup menjadi orang suruhan kau beri saja pada mereka yang rela mengikut setiap telunjuk kau.kerana bagi aku itu umpama ganjaran upahan dari kau buat mereka yang telah melakukan kerja suruhan kau.
.
.


"AKU BUKAN PENGEMIS"

.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Tuesday, February 8, 2011

Paksa Diri Untuk Capai Target!

.
.
Minggu ni kena beruseha sekeras yang mungkin untuk capai target.tapi...sure aku boleh pengsan tak sedarkan diri jugak la nieh.mana tak nya jadual semua bertindih dan padat gila.ini baru bulan febuari belum masuk mac lagi,memang haru gilalah ni.stamina tak cukup kuat untuk support semua benda dalam satu masa.aiseh...fizikal tak cukup mantap lagi nieh lemau tak usah cakap lah baru joging 15minit dah semput putus nafas terus.semua salah sendiri juga sebab tak beringat,pantang nampak ais-krim depan mata memang nak melahap aje.
.
minggu ni kem 3hari di bota...then hope dapat rush cepat ke tanjung malim sebelum petang sebab de greding pulak.patutnya greding minggu lepas,tapi sebab tak ready mental fizikal beserta stamina yang jatuh menjunam,lalu cancel nak buat bulan mac nanti.tapi sir suggest kan aku ambil juga siap bagi peluang train seminggu sebelum greding ahad nieh.so,better aku gred je minggu ni kira mac nanti aku dah boleh up belt lain pulak.aiseh...stamina di manakah engkau menghilang....
.
tapi tulah diri sendiri macam dah tak boleh nak berdisiplin lagi.nak berkeras kang,merajuk pula.mengada betullah,tapi nak capai matlamat,nak tak nak kena paksa diri juga.kalau tak,memang menyesallah jawabnya.tak kan aku nak sia2 kan peluang yang ada dah bertahun lama aku pegang belt yang sama.junior2 semua dah up aku yang senior masih di takuk lama sebab banyak sangat hal yang memaksa aku berhenti kat tengah jalan.latihan seminggu sekali jerk mana nak ingat semua step dan pettern.so,tugas khas minggu ini geledah youtube then train ikut video tuh.alahai do-san alahai won-hyo terseksa jiwa raga ku...
.
.
PERLU BUAT SEKARANG!
.
- jangan minum air sejuk atau ais
- di larang menyentuh ais-krim
- sila lebihkan protien dalam menu anda
- senaman otot setiap hari untuk fit kan perut,lengan,peha
- senaman kardio untuk latihan pernafasan dan ketangkasan
- sila kematukan penumbuk mulai sekarang
- sila cukup tidur dan rehat
- lagi...akan di fikirkan kemudian...
.
.
.
soalnya,mampu ke aku disiplinkan diri untuk ikut semua perkara diatas nie? owh,godaan ais-krim memang susah nak tolak.kat rumah aku,tiap2 minggu beli 2 bekas besar ais-krim.setiap kali bukak peti sejuk,mesti bahagian beku aku nak buka sekali usha2 kot2 ada ais-krim untuk di lahap.padahal aku tahu,kalau aku terus makan ais-krim,memang sumputlah jawabnya putus nafas.so,ini memang sangat2 perlu untuk di pantau sama sekali.lagi2 aku ada asma,memag cari penyakitlah...dulu lama gila aku pantang benda2 sejuk beku ni,sebab kesihatan yang sangat2 lemah.bila dah pantang,keadaan agak ok dan aku tak mudah letih dan lemau masa latihan.tak perlu inhaler pun.tapi sekarang,inhaler tu macam dah jadi bet friend aku pula.
.
alahai...rose tolonglah bekorban sikit just 2 bulan ni je,please....
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Monday, February 7, 2011

Selamat Pengantin Baru


.
.
.
Macam biasa entry basi...ini cerita bulan lepas 22 januari 2011 sepupu aku sudah pun selamat melangsungkan perkahwinan beliau.tema adalah coklat dan cream so.itu hari aku ada jahitkan manik untuk baju bertandang di sebelah keluarga lelaki.baju ala jubah kain shifon hitam dengan satin putih.gambar baju tidak ada sebab aku jahit manik pada baju beliau adalah di saat akhir.aku just alter jerk bukan jahit keseluruhan sebab baju tersebut telah pun di rosakkan oleh tukang jahit yang tak bertanggungjawab itu.
.
sepupu aku yang perempuan itu fairus namanya bersama suami shaheed.kira langkah bendul la sepupu aku ni sebab kakak beliau yang bernama farah belum berkahwin lagi.cadangnya akan bertunang pada mac ini.dan hujung bulan mac pula abang sepupu aku pula akan melangsungkan perkahwinannya.kira sudah 6orang sepupu aku yang sudah pun berkahwin...selepas ini giliran siapa pula ye? masih menjadi tanda tanya dan semua orang telah membahan aku pada hari tersebut sangat lah kurang asam jawa mereka nieh.adakah aku begitu tua sehingga di persoalkan dengan soalan maut itu?
.
.
.

"giliran ko bila lagi?"
.
"ko bukan nya muda lagi weh nak tunggu apa?"
.
"lambat2 nanti tak ada orang nak dah"
.
"ko tak kesian ke kat mak ko tu,teringin sangat nak menantu dan cucu"
.
.
ciss...ada ke patut tanya aku soalan macam tu? tanya lah aku sihat ke,dah makan ke,tanya pasal kerja ke,tak best langsung soalan tersebut =p lagi pun ada beberapa orang lagi kakak dan abang sepupu aku yang belum berkahwin.kira biarlah lepas diaorang dulu ye dak...tidak lah nanti aku melangkah berbendul2 =p ada kena mengena ke? hahah apa2 pun tahniah kepada mereka yang sudah menamatkan zaman bujang.moga berkekalan hingga akhir hayat...ameen.
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose

.
.