Tuesday, December 28, 2010

Bayar Hutang White Rose

.

Ada tag lagi...hui pandailah korang yerk,mentang2 aku sedang kemalasan dan tak de idea nak update,dan2 tuh la tag menimbun yerk.okeh2 bagus juga kurang2 ada benda nak aku update dari terus menerus sunyi sepi je kan.nak layan cerpen korang berapa kerat je yang join,eh peliklah korang tak nak duit free ker? =p apa2 pun masa masih ada lagi beberapa hari sebelum tarikh tutup.siapa lambat,tinggal...okeh,ini tag dari white rose.bagus betullah sangat memahami sebab gambar tag adalah,red rose...woohoo my fav flower tuh.okeh jom layan.... =p

.
.



.

1.siapa orang yang korang paling sayang?

my family
.


2.kenapa korang sayang orang yang korang sayang tue?

sebab mereka dah bersama aku sejak lahir lagi.


.
3.berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang,tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan

mak,ayah orang sayang dan rindu dengan mak ayah =) ::wah...segannya cakap macam nieh =p


.
lepas tue,korang tag kat 15 orang blogger untuk sampaikan salam kasih sayang korang tue =)

15 orang? wahh...ramainye aku try eh tengok siapa yang kena! =p


.














.


.


okeh 10 orang cukuplah...lagi 5 orang sila tag sendiri.macam biasa nama2 yang telah di tag,sila buat yerk ini adalah ugutan =p kuikuikui owh tak lupa juga kepada sesiapa yang rasa2 macam rajin sangat nak buat tag,sangat di alu2 kan =p


.


.


Beautiful_Rose


.


.

Sunday, December 26, 2010

99 Hari Kisah Klasik Kita


.
.

klick untuk join contest
.
.
wahh...ada contest cerpen lagi,kali ini bukan gua yang anjurkan tapi seorang awek cun pemilik blog ini "cik vee".dan aku telah pun menjoinkan diri untuk contest cerpen tersebut.hahaha aku buat contest lepas tu aku juga yang join contest =p setakat ini peserta yang telah mendaftar ialah seramai 30 orang! gila lah sambutan macam beli tiket wayang jerk... peserta bukan calang2 orang...penulis hebat macam zara pun join contest ini tau.juri2 pun tak kurang hebatnya juga memang gempaklah gua cakap lu.
.


novel terhad karya - linglung
.
so,sesiapa yang berminat dan berbakat tu,bolehlah mendaftarkan nama sebelum 31 disember 2010 ini.dan entry cerpen anda akan di publishkan mulai 1januari 2011 hingga 10 april 2011 nanti.banyak masa lagi nieh so,marilah kita ramai2 memeriahkan contest ini...kalau tak menang pun tak mengapa,just sekadar mencuba jerk.sambil2 tuh bolehlah blogwalking ke blog2 lain meluaskan pengetahuan dan pandangan...tol tak? huhuhuhu aku kalau dapat novel tuh pun jadilah terhad tuh tak ada kat kedai pun tau,menarik kan? okeh cakap banyak pun tak guna kan,so mulai dari sekarang,aku akan perah idea sehabis mungkin untuk contest ini...wish me luck!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
INI ADALAH ENTRY AUTOPUBLISH
:: ketika entry ini publish,aku kini sedang berholiday
dengan gumbiranya di pulau ______ ( isi sendiri tempat kosong)
hikhikhik selamat bercuti-cutian...eh,korang kena pergi kerja.
esok kan hari isnin...hiahahahha selamat bekerjalah ye =p

.

.

.

.

.

.

.

Beautiful_Rose

.
.

Wednesday, December 22, 2010

Bayar Hutang Eita

.
Ada award di sini...lama kot aku tak dapat award huhuhu feeling artis tak boleh blah =p okeh award nieh aku dapat dari eita,dia yang tag aku untuk award nieh...wah ko tak tahan tuh "friendly bloggers award" friendly ker aku nieh??? hahaha macam tak jerk.okeh,sebelum ambil award wajiblah menjawab tag ye kawan2...jom layan =p

.
.
.
1. apa pendapat tentang blog kiz?
kiz? siapa kiz aku tak kenal...huhuhu tak apa lepas nieh aku akan bergegas ke blog beliau.
.
.
2. tempat yang paling nak lawat?
teringin nak pergi ke bukit fraser perancangan tahun depan tuh! erm teringin juga nak ke jepun...

.
3. 3 perkara tentang diri anda?
suka rose merah
aktiviti lasak
melancong =)

.
4. tag 5 orang untuk terima award ni.....
.






.

.

.

.

nama2 yang di tag sila ambil award nieh yerk...dan rajinlah buat tag ini.agagagag =p

.

.

.

Beautiful_Rose

.

.


Sunday, December 19, 2010

Layan Video Sengal Bukan Video Blue

.

Hai selamat berhujung minggu semua...aku skang rumah sedang keboringan.nak blogwalking buntu tak tau nak tengok blog sape.biasalah hujung2 minggu macam ni tak ramai yang update blog tol tak...huhuhu aku tau korang sume tengah kuar dating kan? yelah aku tau la aku solo molo,so dok diam kat rumah jelah yerk...layan youtube pun best what...ehem2 bukan youtube yang bukan2 yerk please suci fikiran okey...just dok dengar lagu2 jerk download lagu,video.nak bukak FB pun agak kemalasan.eh,ada satu video best aku nak share dengan korang...

.

.

.tekan play

.

.
.
hahaha best tak? giler kan...siapalah yang buat video macam nieh ala2 red indian lagi tuh.hampagas tol.mak aku tengok pun gelak jugak adik2 aku lagilah gelak sakan tengok gelagat diorang nieh.ada yang kata orang indonesia yang buat video nieh tak tau la betul ke tak.tapi dari bahasa macam indonesia kan? tak boleh blah betul...dengan rupa lirik yang diubah2 lagi.baru nak feeling lagu sedih langsung gelak berdekah2 kahkahkah =p nilah kerja aku kalau boring2 dah tu nak outing tarak duit,so dok rumah layan diri jelah...apa2 pun hujung bulan ni mahu bercuti2 malaysia di................................................................................nanti baliklah aku cerita.sekarang tak boleh =p
.
.
.
.
.
.
untuk contest sila clik sini
.
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Bayar Hutang Amni

.
.
Salam sejahtera kepada semua umat manusia yang wujud kat muka bumi ini.sudah makankah? kalau belum,sila masak sendirilah tak koser aku nak tolong masakkan untuk korang...hiahahah.okay mukadimah tak ada motif,time kemalasan macam ni apa kata kita layan tag,lama kot aku tak buat tag.huhuh aku telah di tag oleh
amni tah hape ke bende dia tanya aku jawab jelah...layan =p
.
.
.
1. Anda ada berapa Hp?
4 tapi si noki kecik dan si noki gemuk sudah nazak tinggal 2 lah
.
2. Jenama Hp anda?
Nokia
.
3. Function Hp anda?
noki gemuk dulu adalah bluetooth,camera semua.tapi aku rasa malas dah pakai hp macam tuh.bazir kot sebab bila rosak,rasa macam rugi gila.kalau sekupang dua tak pe.so,pakai hp cikai sudah janji boleh sms dan call cukup.
.
4. Anda menggunakan talian apa?
Maxis,Digi dan Celcom
.

5. Jimatkah anda?
sangat jimat sebab jarang sms dan call melainkan kalau penting saja.
.
6. Berapa banyak wang yang anda habiskan untuk topup dalam masa 1 bulan?
paling banyak aku topup rm30 tu pon boleh tahan sampai 2bulan lebih(maxis) celcom jarang pakai tapi selalu juga aku aktifkan sampaikan kredit dalam tuh dah berkepuk puluhan ringgit.korang tak sudi ke nak bersms dengan aku? digi aku pakai line sangat jimat takat ini...
.
7. Berapa bilangan mesej dalam inbox di Hp anda?
maxis 70 - celcom tak pasti - digi mungkin 100 lebih kot
.
8. Siapa yang paling banyak muncul dalam inbox Hp anda?
family,scandal,kekasih gelap,nuh,si kosong,hafiz
.
9. Ketika anda menjawab soalan ini, siapakah penghantar mesej yang paling akhir dalam inbox anda?
scandal
.
10. Apa perasaan anda bila baca mesej tersebut?
teruja,rindu,gembira rasa nak pengsan berkali2 punyalah excited =p
.
11. Jika anda terima mesej dari seseorang yang tidak dikenali ingin berkenalan dengan anda, apa yang anda reply kepadanya?
Berkenalan? selalunya aku tak reply sms dari nombor yang aku tak kenal dan tak save.kalau aku balas pun mungkin..."? sorry,worong number"
.
12. Perasaan anda bila rakan anda sendiri menyebarkan nombor Hp anda?
aku paling tak suka orang jaja nombor hp aku tanpa kebenaran atau izin aku.memang boleh mengundang rasa bengang yang meluap.
.
13. Anda gembira bila menerima mesej dari seseorang?
ermm...tengok keadaan gaklah.kalau sms dari orang2 yang aku tak suka,mmg aku tak akan suka. .
14. Berapa laju anda menaip mesej?
ikut kerajinan dan kepentingan,kalau malas,mmg slow... =p
.
15. Siapakah orang yang pertama anda mesej/call hari ini?
doktor...nak ingatkan dia pasal budak2 sunat
.
16. Berapa kerap anda ber'3G'?

Tak pernah...sebab memang tak ada 3g
.
17. Ringtone apa yang anda gunakan?
kalau noki gemuk dulu,aku suka guna tone "unintended"
.
18. Bagaimana pula dengan 'message alert'?
love story - rain
.
19. Berapa saiz Memory Card Hp anda?
1GB je tak payah banyak2
.
20. Anda ingin memiliki Hp baru?
buat masa ni tak kot...mungkin akan datang,sedang dalam proses usha2 gak nieh =p
.
21. Alarm di Hp anda?
authum in my heart...hehehe =p aku tak boleh pakai tone yang nyaring dan bising,boleh buat hilang mood bangun pagi.
.
22. Anda ada call/mesej parents anda hari ini?
tak ada...sebab banyak msg dgn adik2 kat FB jerk...
.
23. Namakan orang-orang yang anda ingin tag....
.
.
WHITE ROSE




BISKUT
.
.
.
.

:: nama2 yang di tag MESTI buat ye,jangan nak ngelat.
ini adalah ugutan =p lain2 yang tak di tag,kalau rasa
rajin nak buat tag ni,sangat di alu2 kan yerk =p ::

.

.

.

.

.
Beautiful_Rose
.
.

Wednesday, December 15, 2010

Adik Mahu Potongkah?

.
Masuk2 je kat blog sendiri,langsung jadi blur sekejap.jangan kau tanya kenapa aku tepek banner contest besar gabak kat atas tuh.mulanya memang aku nak buat sticky mode untuk sebulan,semua gara2 pengaruh dari Hiro.tapi just dapat bertahan tak sampai seminggu pun...sebabnya aku jadi histeria tengok blog sendiri.asal post entry baru jerk,nampak contest.entry baru langsung terlindung.rasa macam kacaulah pulak pemandangan macam tuh.so,aku pun main tepek jelah banner kat atas tu.biar jelah tinggal lagi berapa minggu je tak lama pun kan maka,bertahanlah! =p
.
.
.
okeh2 tak nak merepek banyak sangat fokus pada tajuk.hahaha mahu potong apakah? lagi mahu tanya ker...potong tut lah hikhikhik =p adoilah hari nieh ada 3 kes "khatan" "bersunat" "masuk jawi" tak faham lagi? kau pergi google siap bagi gambar lagi untuk lebih jelas =p macam tak biasa pulak time2 cuti sekolah nieh kan.selalunya yang akan jadi asist doktor ialah zaki tak pun cikgu muza.tapi hari nieh diaorang tak ada atas sebab2 tertentu yang tak dapat di elakkan.biasanya kalau diaorang nieh tak ada,kami2 ni lah yang akan tolong backup balik.memang biasa macam tu tahun lepas pun sama.tapi yang jadi masalahnya,aku sendiri =p
.
masalah tak lah besar mana just aku sendiri tak pasti boleh ke tak.sebab baru2 nieh aku jadi mabuk darah.kalau dulu masa sebelum2 nieh masa mula2 kerja tak ada hal punya.tengok darah keluar membuak2 pun still steady jerk.tapi baru2 nieh masa doktor wat operate kecil kaki sorang patients,aku jadi pening lagi2 bila tercium bau ubat bius lagi lah......mula2 aku tahan lagi,bila dah lama2 tiba2 kepala aku rasa sejuk tekak mula meloya.dan sebelum aku pitam,nasib baik ada member masuk tengok,kalau tak tak pasal2 je aku pengsan kat situ.
.
pagi tadi,member aku yang asist sebab aku tak makan pagi lagi.just minum susu dengan biskut jerk takut nanti aku pening lagi.so,petang ni,giliran aku pula asist doktor nak sunat budak.time lunch tadi laju2 aku pergi beli nasi bungkus prepare isi perut takut pening lak nanti.hope2 semua berjalan lancarlah yerk...tak naklah jadi macam hari tuh lagi.peliklah pesal aku tiba2 jadi mabuk darah nieh? adakah kerana faktor diet boleh mempengaruhi?
.
.
.
.
WISH ME LUCK!
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Tuesday, December 14, 2010

Assalamualaikum Calon Jenazah

.
.
Kaulah setitis benih yang di salurkan
berenang pantas menuju ke
molekul penting untuk di lengkapkan
bercambah lalu di senyawakan
dari segumpal daging
menjadi tulang belulang
lalu membentuk susuk
dan di tiupkan nyawa keatasmu
kau lengkap membentuk
sebagai jasad yang
bakal di lahirkan
tetapi dengan bersyarat
dan perjanjian
lalu roh di tiupkan keatasmu
jangan kau lupa
kau hidup adalah untuk mati
dan kau juga mati adalah untuk hidup
ini perjanjian ini syarat yang kau ikat
jangan kau lupa kau juga adalah
calon jenazah yang akan menanti
giliran untuk di hadapkan.
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Sunday, December 12, 2010

CONTEST!!!

:: ini adalah entry sticky mode dari 01 disember 2010 sehingga 31 disember 2010,entry baru sila scroll ke bawah ye,itu pun kalau ada harap maklum ::
.
.
.
CONTEST CERPEN KELAKAR GILER
.
.
.
Assalamualaikum semua wahai ahli dunia...(ceh ayat nak riak je) hahah tiba2 bagi salam sopan lagi santun.selalu main redah je langgar tak pandang kiri kanan,hari ni mahu jadi baik sikit...sikit jerk tak banyak pun =p biasalah nak jemput orang datang ke rumah harus nampak baik betul tak.okay2 dah tak nak merepek lagi,fokus pada tajuk yerk adik2 sekalian.untuk pertama kalinya selama aku berblog,aku nak buat contest.dah nak habis tahun kan so,aku mungkin akan bz dan jarang update blog sebab nak selesaikan kerja tertunggak.budak2 sunat pun dah ramai yang register untuk di POTONG! so,aku pun buatlah contest ni boleh gak lah aku blogwalking kat blog korang untuk melihat hasil karya kreatif korang2 nanti.
.
contest ini terbuka kepada semua warganeraga malaysia tanpa mengira umur.tapi sebelum tu,ada syaratnya...kau ingat main redah gitu2 je ker.harus ada syaratlah ye barulah adil lagi saksama ye tak.okay kat bawah ni ada beberapa syarat yang harus di ikuti ye adik2 sekalian.tak susah pun syarat2 aku...
.
1.wajib ada BLOG
2.sila COPY BANNER di atas dan letakkan pada sidebar blog anda
3.harus ada perkataan (ROSE) dan letak link blog aku
3.pastikan cerpen anda mempunyai TAJUK
4.tidak kurang 350 dan tidak lebih 450 patah perkataan
5.cerpen anda haruslah berunsurkan LAWAK JENAKA pecah perut,yang sedih2 aku tak nak =p
6.karya harus ASLI dan bukan di cetak rompak dari karya orang lain
7.hanya SATU penyertaan sahaja di terima,kalau hantar 2 pun aku still pilih satu saja
8.untuk join,sila tinggalkan link entry anda pada kotak komen di bawah entry ini.CHATBOX dan SHOUTMIX tidak akan di terima
9.tarikh penyertaan bermula pada hari ini 01 disember 2010 dan akan tamat pada 31 disember 2010.
.
.
.
5 pemenang karya terpaling kelakar giler akan menerima hadiah berikut :
.
tempat pertama : wang rm100
tempat kedua : wang rm50
tempat ketiga : wang rm30
2 orang pemenang saguhati .
.
.
.
.
menarik tak? apa lagi,join ler perahkan idea2 kreatif korang tuh....karya korang akan di nilai oleh roomate aku dan juga juri2 terpilih.so selamat menjoinkan diri yerk,bye....muahhhhhhh =p
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose..

.

Thursday, December 9, 2010

Mata Seperti Harimau

.
.
Auumm...lentik menggoda u renungan mata tajam seperti renungan harimau.walawei...sedang gila usha ini barang.siang malam tak boleh nak tidur asyik dok teringat kat benda nieh jerk.mascara mayballine volum express hypercurl cat eyes...wow! teruja beb dan sangat mengagumkan auumm... =p

.
.
.

.
okeh apa yang best sampai buat aku teruja gila dengan benda nieh?

.
1. kekal lentik selama 18 jam
2. bulu mata lebat 5x ganda
3. kalis air
4. 75 darjah melentik!

.
.

kagum tak? kagum tak? aku kagum gila...selama nieh aku just pakai mascara waterproft magnum.sekarang sudah bosan mahu coba yang lebih curl letik dan paling penting auumm...mata harimau! tapi tak ada masa lagi mahu singgah farmasi.kat slim river mana nak cari eh? macam tak ada jerk...huhuhu tak apa sabar menanti sehingga pulang ke tanjung malim =p *macamlah jauh sangat slim river - tanjung malim.
.
owh,lelaki mungkin tak faham ini...yelah korang bukan pakai pun mascarani,melainkan anda adalah sesuatu? =p tapi bagi sesetengah perempuan yang suka makeup ini barang harus ada.aku tahu tak semua perempuan suka makeup dan suka mascara.aku jarang amat makeup dan selalunya orang aku lihat aku dengan rupa yang comot lagi selekeh.ikut tempatlah kalau nak nampak comel pun.tak kan kau nak kerja kat klinik dengan makeup yang tebal...nak kena lempang ker?
.
owh ye,mascara nieh dah lama keluar pun just aku je tak beli coz...entah maybe sebab aku rasa berus dia nampak macam pelik kot...nampak macam sikat tak seperti berus mascara biasa.kekasih gelap aku pernah cakap mascara nieh just tok bulu mata bawah jerk.sebab makcik dia jurusolek pengantin.tapi tadi aku dok godek2 dan baca penggunaan dia,rupanya dua2 pun boleh.lagik mengancam okay...auummm lagik =p so,harus mahu coba...walaupun masih punya 3 mascara yang belum habis digunakan hiks!
.
.
.

ada sesiapa baik hati nak tolong belikan?

.
.
.
.
.
:: ngok ngek...
pasal pe entry aku gedik semacam jerk nieh?
owh tidakkk!!! ini bukan rose sebenar
sekian terima kasih kekasih.
.
Beautiful_Rose
.
.

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

.
Salam maal hijrah kepada semua...tadi baru je lepas blogwalking dan ramai juga buat entry untuk tahun baru nieh.apa azam baru korang? aku simple jerk tak nak pening2 kepala...azam aku just nak perbaiki apa yang kurang dan cuba untuk capai target dalam hidup.buat banyak2 azam pun belum tentu dapat capai semua kan betul tak? lepas tuh boleh lak nk transfer ke tahun depan,apakah? buat sedaya yang termampu jerk...tapi kalau nak buat sesuatu di luar kemampuan pun tak ada salahnya mencuba.cabar diri sendiri untuk lebih maju kan baik tuh daripada dok buang masa dan usia untuk sesuatu yang langsung tidak mendatangkan hasil.ini realiti kehidupan manusia lebih suka bersenang2 apabila berada di zon selesa.tapi mereka tak sedar,berapa lama mereka boleh duduk bersenang2 macam.sampai masanya nanti jatuh juga,so bersiap sedialah yerk.
.
dan aku sudah pun merangka beberapa perancangan dalam hidup.hope2 semua berjalan lancar...dan tahun ni dah tekad untuk buat duit dan bukan buang duit seperti selalunya =p biasalah buang duit kan...dah tu semua harga barang pakat naik teruklah.tak kan semata2 nak berjimat aku mesti makan rumput padang kot.......nak makan,pakaian,minyak motor,bagi mak,belanja adik2,kem,hidup kat hostel,semua tuh nak pakai duit kan.alah...bajet 2011 dari PM gaji naik bonus naik harga barang pun naik...bagussssssssss perut dengan berat badan pun naik jugak lagi bagus kan =p aku jugak tak normal makan ke tak makan ke berat maintain tak turun naik.buat penat je aku joging 5 round kat taman proton plus dengan kelas latihan petang.
.
dah la malas nak taip panjang2 aku tengah tension sebenarnya time buat entry nieh pun,aku tengah breakfst ...agak panas hati sebab vitamin dan supleman aku tertinggal kat rumah.jadi sepanjang minggu nieh,aku akan breakfst tanpa vitamin dan supleman ler hadoi.........owh,malam tadi asthma attack nasib baiklah ada inhaler boleh backup balik kalau tak....teruk jugak sebab aku sorang2 je kat hostel nieh.kepala otak sedang dilema ahad nieh member aku kahwin,tapi aku dah janji nak outing ahad nieh jugak.kalau aku tak pergi ke majlis kahwin tu,rasa serba salah juga sebab itu member sekolah aku dia dah beriya2 undang aku ke majlis dia.tapi macam mana dengan janji aku ahad nieh? awal2 lagi dah janji tak kan aku nak cancel pulak? adoi.......peninglah korang2 boleh bagi apa2 cadangan tak, sangat2 memerlukan nieh...huhuuhu T_T......
.
.
.
.
.
.
klick sini untuk contest
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Friday, November 26, 2010

Rombongan Aneh Ke Kelantan

.
Hai...ingat lagi tak aku pernah mention kat sini pasal holiday ke kelantan? ini entrynya sudah berkulat pun baru nak update...patutnya rombongan ni just untuk scout daerah negeri perak jerk.tapi ramai yang tak join so,bos pun ajaklah beberapa orang kampung untuk penuhkan tempat duduk.so,budak2 scout just kami ber-5 ni jelah...bertolak dari sungkai jam 11malam hari jumaat,3hari 2 malam ahad pagi baru bertolak dari kelantan ke perak.macam biasa aku malas nak taip,so layan gambar jelah yerk,tulis panjang2 pon bukan korang baca ye tak?
.
.
TEMPAT : NEGERI KELANTAN
SUMBER GAMBAR : KAMERA AKU DAN KUCAK
.
.
.
.
menginap di chalet pantai cahaya bulan...
kat atas ni adalah makanan yang kami makan masa kat tepi
pantai.harga satu pinggan ni rm25...huhuhu pengsan aku bajet
tak sampai rm20 pon.
.
ada orang jual layang2 kat tepi pantai...warna warni cantik kan.
owh,ada cerita baru pasal layang2 tapi nanti aku update lain
itu cerita lain maa.....
.
macam biasa...aku hanya menjadi juru gambar kepada 2orang couple ini...
di mana ada aku,di situ ada mereka...ye aku tau aku tak ada DSLR jadi
gambar dari mr sam pun tak lah cantik mana...
.
pemandang tepi pantai waktu petang...time ni baru je lepas hujan
.
gambar dari DSLR kucak....
.

.

.

hari ahad...ke pasar siti khadijah
hahah bos memang sportinglah dan gila2
.

gambar lagik...
.
owh...inilah lady gaga yang di gempar gempurkan oleh geng kami...
macam mana dapat nama lady gaga? adalah cerita di sebalik =p
.
sedang menanti dengan penuh sabar di hadapan mall...
10minit pertama yang paling best bila masuk mall yang nak beroperasi pagi itu
kami buat kerja gila dalam mall ini...
.

pasar siti khadijah...ada jual pin tudung rose dengan harga yang
fantastik bombastik! aku borong secara banyak pin tudung tersebut
gila weyh....warna warni semua bunga rose okay =p
.
banyak betul kucing yang di jumpai sepanjang perjalanan
hahhaha bos paksa kucing bergambar.
.

walaupun comot,tapi tah kenapa aku suka betul
dengan pic ini... =)
.
kucing ini bertuan...sangat peramah.fstime jumpa dah boleh ajak main
tangkap2 tangan dan manja...geram betul aku dengan kucing ini comel aku picit2 beliau tika ini...tuan punya kucing jual keropok dan ada
kilang dekat
dengan rumahnya...
.

bergambar di sungai perak...masa ni dah nak balik dah.
.
last pic...bergambar dengan artis kucak! =p
hahaha ada kejadian pasal artis di sini...owh,adi putra tersangatlah hensem
tika itu.tapi why ha,u nampak kurus sangat???
okay abaikan....... =p
.
.
trimass...bos sebab banyak support kami makan,minum,tempat tinggal
dan tambang.lain kali ajaklah lagi yerk...hikhikhik =p
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Thursday, November 25, 2010

Tiba-Tiba Terfikir Nak Buat Contest???

.
.
Boringlah kan dah nak hujung tahun dah...lagi beberapa minggu masuk tahun baru 2011.kerja melambak dok tunggu untuk di siapkan.buku petty cash nak update lagi,buku kedatangan lagi,kira stok ubat baru lagi.nak kemas klinik lagi.haih...macam2 pening kepala aku nieh.belum lagi fikir pasal budak2 sunat lagi pening kepala aku jadinya.ramai pula yang register nak sunat tahun nieh.erm...korang dah sunat? kalau belum meh datang register kat sini kaunter masih di bukan hingga 20 disember.ngek betul aku cakap bukan2 kat sini hahhaha dah start nak merapu lah tuh.
.
ermm...boring2 macam ni best buat apa ye? maksud aku,buat sesuatu yang best untuk hilangkan boringlah.aku tengah boring gila gaban nieh..nak holiday macam tak lah kerja banyak tak kan nak holiday suka suki lak kan.haa...apa kata kalau aku buat contest? best tak? agak2 ada yang nak join tak? kalau ada yang nak join,aku on kan aje...idea dah ada nieh just tunggu masa jerk.lagi pun idea nak update semakin menghilang ke laut =p korang pun aku tengok rajin update sehari sampai patploh entry korang publish hebat2...so,apa kata kalau aku buat contest? ada yang setuju??? kalau ada yang setuju,contest akan di buka bila2 masa saja.tunggulah.....=p
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Wednesday, November 24, 2010

Kem Maju dan Kem Keris Perak

note : masih teruja untuk cerita pasal kem...muntah hijau korang yang baca pasal menda ni.kalau yang faham tu mungkin tak rasa apa2.tapi kalau ada yang tak berapa nak faham atau tak tahu langsung pasal scout mesti akan fikir pelik2.tapi tak apa,kalau tak faham boleh tanya terus kat kotak fromspring sana...

.

TARIKH : 29 - 30 - 31 OKTOBER 2010

TEMPAT : KUALA WOH TAPAH,PERAK

GAMBAR DARI : KAMERA AKU

.

kem kali ini adalah kem Lencana Maju pengakap muda dan kem lencana Keris Perak pengakap kanak2.dan aku berada di sini adalah untuk dinilai dan menilai...ingat tak pasal kem KMK 3A dan KMK 3B lepas? jangan ingat senang2 je boleh dapat manikayu macam tu.lepas dah harung sesi kursus tempoh hari,tiba masa untuk di nilai oleh pemimpin pula.so,tugas aku kat sini adalah untuk menjadi penguji pada budak2 yang kem kat sini.just kami ber-6 saja aku - ornick - ayap - kucak - ayie - ikan - adli.yang lain2 ada urusan sendiri...

aku ambil bahagian pengakap muda (lencana maju) nasib baiklah...aku tak sanggup nak hendle pengakap kanak2 (keris perak) boleh pengsan tau.nak pula aku jenis yang kurang sabar dan kurang mesra dengan kanak2 sure cepat naik angin punya.nak pula kalau dapat stok yang degil tak nak dengar kata lagi haru.dapat pengakap muda senang sikit nak hendle kurang2 diorg faham sikit tak lah nak mengada2 lebih macam kanak2 tuh.tapi diam2 diorg ni pun pandai juga nak mengelat...bagi ujian siap ada yang meniru lagi.siap bawa buku rujukkan tu nak tiru jawapan.dengan orang lain boleh buat macam tu,dapat dengan aku siap ko.memang ada budak yang kantoi dengan aku...sebelum aku uji,aku akan warning

.

"kalau tak faham,boleh tanya tapi jangan meniru"

still ada juga yang meniru so,aku akan keluarkan ayat macam ni

"orang yang meniru,saya nak dia betul semua 100% tak gagap semasa lisan. silap satu,saya gagalkan semua bagi markah kosong!"

.

hahaha mendapatlah ko...memang aku buat betul2 jangan harap aku nak kesian ke hape.buat muka toya pun aku tak kesian langsung.aku tak kisah kalau diorg salah atau tak hafal tapi pantang la kalau orang yang meniru ni.masa aku dulu nak dapatkan king scout tu bukan senang,so kalau betul dia target nak dapatkan king scout tu,semua mesti the best lah.kalau meniru macam tu,baik tak payah ambil king scout buang masa buang tenaga buang duit saja.tapi aku tak lah kejam sampai nak bagi markah kosong...just aku potong markah dia,markah disiplin,markah kejujuran dan kesungguhan,dan daya usaha.mende senang je pun hafal rukun negara - lukis gambar bendera - tulis makna warna pada bendera tak susah pun kan...

.


pengakap kanak2 (keris perak)
.

.


.

pengakap muda (lencana maju)
.

ujian masakkan rimba...dorg tengah masak telur rebus...
firstime aku jumpa orang masak telus rebus macam nieh...
sampai api padam pun belum tentu telus tu masak
pelik betullah dorg nieh.
.

malam kebudayaan...
.
best betul ada boyfriend sama level sama minat bidang macam ni
kalaulah aku pun ada...huhuuh =p jeles weyh tengok dorg....
.

.

juru kamera rasmi kami....
.
.
.
okay tamat cerita pasal kem.aku mahu rehat lepas nieh
nak kem tunggu tahun depanlah yerk =p aku bz nak
sunat budak hujung tahun ni...handle budak sunat sama
pening dengan handle budak keris perak.dapat stok yang penakut
nangis,menjerit tak tentu hala.belum tengok lagi yang jenis mulut lancang
laju je mencarut tak tentu hala.nasib mak ayah ko ada,kalau tak
memang aku dah tangankan sorang2......huhuhuhu
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Tuesday, November 23, 2010

Penulis Blog Memang Tak Ada Life

.
.
Tajuk entry tu agak menyeramkan tak pasal2 kang ada yang datang sini belasah aku.huhuuhuh sabar dulu baca dulu apa yang aku nak taip kat sini.aku bukan nak kata sesiapa bukan nak kutuk sesiapa sebab masalahnya aku sendiri pun menulis blog.jadahnye lah aku nak kutuk diri sendiri kan.sebenarnya macam ni ada orang berpendapat yang penulis blog memang tak ada life.asyik buang masa mengadap pc,laptop,notebook,netbook dan seangkatan dengannya.siang malam dok online sana sini macam tak ada kerja lain.buat entry sampai tiga empatploh kali sehari pastu leave komen kat blog orang lak.blogwalking sana sini bayangkan berapa jam kah anda di depan pc?
.
kiranya orang tu nak bagitau lah yang penulis blog ni memang tak ada life sebab 24jam mengadap internet.cakap dalam blog pungpangpungpang macam2 cerita semua nak gebang lebih bajet hot lah tu.lepas tu tak keluar rumah tengok dunia otak pun tak berkembang sebab tak tengok pemandangan kat luar.damn lah siapa yang cakap macam tu.penulis blog masih ada life lagi if hari2 dok online sekali pun tak de lah sampai tak ambil tahu langsung pasal hal2 luar.agak2 lah pun kalau nak mengata sampai macam tu...kau dengki kot sebab kau tak ada blog? sebab kau tak tahu nak cerita apa nak tulis apa ke kau sebenarnya memang tak berbakat dalam penulisan atau dalam bahasa kasarnya kau fail masa exam penulisan?
.
sudah2 lah tuh...semua orang ada life tak kiralah dia penulis blog,novel,komik atau seangkatan dengannya.semua orang pun ada cara sendiri macam mana nak hiburkan hati,kalau dah dia pilih menulis blog untuk hiburkan hati,ikut sukalah.kau atau orang lain memang tak ada hak nak melarang.bil internent pun bayar sendiri2 kan...tak kacau pun line internet kau.so,berhentilah dari terus menghentam orang...pelik betul kan dia dok hentam penulis blog,tapi dia jugalah yang dok hari2 baca blog orang apakah tidak normal otak kau? penulis blog bukan hanya menulis blog semata2,diorang pun ada kerja lain nak buat masih ada tanggungjawab dan amanah yang perlu di buat.tak semestinya hari2 update,diaorang tak ada kerja nak di buat.menda ni sampingan je asal tak over sampai lalai sudah...
.
cukuplah ye tak yah nak hentam2 orang lagi...hari ni kau hentam orang,esok lusa akan ada orang hentam kau pula.hei,dunia ni berbentuk sfera tau berpusing2 hari ni pusing kat aku esok lusa giliran kau pula.semua dapat sama rata adilkan tah yah nak gaduh2 lah tunggu je sampai giliran kau,merasalah ye tak? what you give,you get back.....
.
.

:: okay,sekarang aku rajin update kan
memang tak ada kerja memang tak ada life
tapi hujung bulan november ni aku nak pergi
bukit merah.disember lak holiday bersama scandal
dan kekasih gelap! =p
ni kira tak ada life gak ker? =p
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.

Sunday, November 21, 2010

KMK 3B


note : seperti yang di janjikan...entry basi juga ni tapi tak apa masih boleh di kongsi bersama bagi sesiapa yang berminat...kem kali ini lebih mencabar dari kem sebelumnya.pengembaraan malam di hutan komenwel selangor...layan gambar dululah macam biasa entry panjang kemudian nanti.untuk lihat entry sebelumnya,sila klick KMK 3A.

.

.
TARIKH : 15 - 16 - 17 OKTOBER 2010

TEMPAT : TAMAN RIMBA KOMENWEL SELANGOR

GAMBAR DARI : KUCAK - IKAN - KAMERA AKU

.


.

Masakkan rimba...ini dari group aku sendiri
.
ini bukan ubi kentang bakar ye...ini adalah telur yang
di bakar untuk menjadi telur rebus.yang hitam tu adalah
tanah yang membaluti telur tersebut.kemudiannya di bakar
atas bara selama beberapa minit.kemudian cuci kulit
telur tersebut untuk di ambil isinya.rupa dan rasa sama
seperti telur rebus biasa.
.
terliur tengok...bau macam satay
.
seperti biasa aku tidak ada dalam gambar
tukang ambik gambar saja.
.
ayam bakar bersama roti lilit (tengah)
roti lilit ni sedap perisa nescafe resipi
ciptaan aku sendiri..kreatif tak? =p
.
aktiviti petang...slot membuat model tapak perkhemahan beserta
slot debat!
.
mini tapak perkhemahan group aku
.
bergambar sebelum mengembara...
beast rovers - shark rovers - oscar rovers (upsi)
tidur dulu sementara tunggu giliran kumpulan kami
di lepaskan...
group kami last di lepaskan...kejam ohh
.
lepak tepi sungai sementara tunggu giliran panjat air terjun
lama gila kat sini lebih kurang 1/2jam kot setiap perhentian
.

.


.

jam lagi.......
.
baca teks seterusnya dan kami di minta
untuk berhenti dan membuat masakkan rimba di sini
tengok jam pada kamera...sadis kan
.

di sebabkan group kami paling last...so masa sampai kat chek point seterusnya

semua tempat dah penuh.so,nak tak nak terpaksa jugalah kami bertapak kat

tempat yang berbukit dan berair...dugaan sungguh.nak masak pun agak

susah,sebab punca air terlalu sedikit.
.

.
separuh dari mereka yang dah terkulai kepenatan
tapi aku masih gigih berjaga takut ayam hangus
aku tiada dalam gambar ini...
.
tengok pada gambar...dah pagi baru kami gerak untuk ke destinasi
seterusnya...jalan sukar melalui paya berlumpur.kalau hujan,air mungkin akan naik
hingga ke paras pinggang dan pacat pun banyak.mujur tak hujan malam tu tapi boleh tahan
gak la lumpurnya sampai ke paras betis.pacat pun tetap bersepah2,tapi pelik
sekor pacat pun tak lekat pada aku melainkan nyamuk!
.
nampak sungai,apalagi terjunlah!
.
berhenti rehat jap...
.
.

masak maggie dan mandi manda
kemudian ke arahan seterusnya
teks tersebut minta kami buat cara menyelamatkan
mangsa yang cedera
.
sampai ke lokasi akhir...mangsa cedera turut bangun
untuk interframe sama =p
.
bergambar kenangan...lega semua selesai dengan selamat
walaupun banyak cabaran dan ujian dalam hutan malam tuh
macam2 cerita peristiwa dan pengalaman.inilah pertama
kali kami mengembara malam.selalunya mengembara waktu
siang...sangat berbeza dengan mengembara waktu malam.
bayangkan jika terserempak dengan binatang liar dalam hutan
macam tu...owh ada cerita tentang itu.nanti akan update lain =)
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.