Pernah tak satu masa kau di beri harapan yang terlalu tinggi...lebih tinggi daripada langit mungkin? saat kau hampir putus asa hampir jatuh terduduk ada orang push kau bagi kau semangat janjikan macam2 bayangan indah.dan kau kembali bersemangat untuk terus mengejar dan mengapai impian.setelah kau berjaya,kau di minta untuk sabar menanti ganjaran yang bakal kau dapatkan.bertahun2 kau menanti penuh dengan debaran dan kebanggaan kerana kejayaan kau satu masa dulu bakal terealisasi dengan kenyataan.tapi bila kau terima khabaran itu.....
.
kau rasa terpukul,tertipu hancur semua harapan debaran yang bersulamkan senyuman renyok seperti kertas yang di lemparkan ke dalam tong sampah tanpa perasaan.kau marah kau kecewa kau rasa teruk sangat.hanya kerana kesilapan orang lain,kau terpaksa terima padah kenapa? segala hasil usaha,masa,tenaga langsung tiada harga depan mata mereka.paling menyakitkan bila kau terpaksa korbankan sesuatu yang lebih berharga untuk mendapatkan sesuatu yang langsung tiada guna untuk kau.
.
sungguh sakit itu tak dapat nak digambarkan diatas kanvas hanya kau yang merasa.....kejayaan kau sebenarnya hanya untuk menaikkan nama orang lain hanya untuk di bangga-banggakan oleh orang lain bukan untuk kau akhirnya.segala penat lelah kau selama ini hanya untuk memegahkan mereka saja.tapi kau dapat apa? sakit?
.
..
.
.
aku benci korang semua penipu!
pulangkan semua yang aku dah lepaskan!
.
.
.
.
.
********** (:'_':) **********
..
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.
.
argh sudah.
ReplyDeleteada hati yang menghampiri mati penilaiannya.
sesekali menangis itu perlu. ada perit2jiwa yang boleh kita lampiaskan dengan air mata jujur yang berjujuran turun membasahi pipi yang merah dengan perasaan marah.
hari ini, kamu menangis lah sepuas kamu. Carilah bahu2yang cukup dingin untuk kamu basahkan dengan air mata kamu. Ya, kamu perlu ada tempat bertaut, bimbang nanti kamu kegelinciran seorangngan dan jatuh ke lembah sunyi yang lebih jauh.
dan biar tangisan itu untuk hari ini saja.
setan-setan itu memang membuatkan hati kita sakit; tapi lagi sakit kalau mereka tahu kita menangis untuk kejatuhan ini, sedangkan mereka ketawa dengan hilai ngeri.
buat ini jadi iktibar.
buat ini jadi satu tiang bersandar.
bodoh kalau kita jatuh lagi.
dan pasti saja bodoh kalau kita biar terus diperbodohkan dan disetankan lagi.
jadi kamu yang lebih kamu.
cekal yang lebih terang dalam definasi hakiki.
buang saki baki benci dan buka mata dengan yakin.
dan berkata pada diri.
"Aku dah jadi senda kehidupan beberapa tahun lepas. Berbaloikan aku terus habiskan sesaat dua lagi untuk menangisi cerita yang aku tak mampu ubat lagi, atau berbaloi kan aku statik disini dan terusan lemah? atau harus aku jadi aku yang lebih baik pasca kejatuhan ini"
aku tahu kamu tahu jawapannya.
dan aku juga tahu kamu lebih bijak untuk bertindak bijak yang kamu sendiri boleh pilih.
dan seminit ini, kamu ambillah. ruang kamu sendiri, jiwa kamu sendiri, pilihan kamu sendiri.
aku ni ibarat suara2di bawa angin yang sebenarnya puncanya sendiri kamu tak tahu. ....
terkejut tgk komen yg bgitu pjg... trus pegi membawa diri
ReplyDelete(xde ide sbnrnye...blank~)
alahai sayu jek,,
ReplyDeletelebih2 lagi kalau harapan itu di beri oleh org yang kite percaya dan sasyang..