.
Okay ini cerita pasal dress yang aku design hari tu "beautiful rose" saat terakhir aku aku letak nama ni kat dress tu.PP dah bagi masa seminggu untuk fikirkan nama dress tu tapi aku blur.entah macam mana bila time PP minta borang tu,baru aku hegeh dok fikir nama dress.tiba2 ting! feeling ada mentol atas kepala tanda dapat idea "beautiful rose!" okay laju je tulis kat borang then hantar pada PP...
hohoho sebenarnya masa aku nak buat dress ni memang dah tahap nak giveup pun.ko bayangkan lagi seminggu fashion show dress aku still tak siap2 lagi.sedangkan orang lain dah siap semua dah siap dah suruh model2 diorang try lagi.aku pula still lagi terkial2 menjahit siang malam sebab nak siapkan jaket yang kolar ropol2 tuh nangis woo...sampai rasa macam dah nak tarik diri pun ada.dengan masalah nak cari model lepas tu dah dapat model nak sponsor high heel dengan makeup pula.
SEBELUM SELEPAS
Gambar diatas...dress aku kini dipakai oleh patung dalam bengkel,sangat sayang dengan dress ini.aku memang bercadang nak beli dress ini,bukan nak pakai ye tapi nak buat kenangan je.tapi lepas fashion show tu,aku masuk kelas.....
PP : rose,awak tolong tanggalkan baju kebaya hijau kat patung tu.
aku : yang ini ke?
PP : ye yang itu,lepas tu awak ambil dress awak pakaikan kat patung tu.
aku : erk,? macam tak boleh beli je (cakap dalam hati)
PP : erm...kalau awak ada masa free nanti,boleh tak tambahkan manik kat jeket ni?
aku : tambah manik macam mana?
PP : jaket awak nampak kosong sangat nanti saya bagi manik.
aku : ye...baik.
ye manik pada jaket sudah di tambah...aku jenis tak berapa nak suka terlalu banyak perincian pada baju.that's why la jaket nampak kosong,aku lebih suka something yang nampak simple je.so,gambar sebelum tu kosong tak ada manik yang di tambah.dan gambar selepas manik2 yang sudah ditambah.jangan tanya kenapa banyak gila manik2 kat jaket tu...PP yang nak aku buat macam tu,so aku ikut arahan je.
pasal nak beli dress tu,memang pun aku tak dapat nak beli...sebab PP cakap mana2 dress yang dia suka dan cantik dia nak simpan buat koleksi kat jabatan.mana2 yang kurang berkenan,boleh di beli kalau mahu...hoh,aku nak beli dress yang aku jahit wat pe beli dress orang pulak kan.so,aku redhakan aje...nasib baik aku dah snap pic dress ni banyak.tak apalah nanti aku try buat yang lain je...
p/s : entry masalah model dan beautiful rose dress coming soon.... =)
Beautiful-rose
No comments:
Post a Comment
kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah