Sunday, April 25, 2010
Laman Sosial Medan Perperangan Jarak Jauh???
Macam2 hal sekarang ni sana sini pergaduhan berlaku peperangan dan ketidakpuasan hati semakin berleluasa.tak cukup dengan berperang dengan peluru dan bom,sekarang peperangan melalui laman sosial pula.seiring sejalan dengan kecanggihan teknologi masa kini...kebaikkannya ada kemajuan dan peningkatan.dan keburukkannya ramai yang memerhati yang membaca...
.
kawan2,sudah2 lah tu sampai bila korang2 nak bidas membidas balas membalas? tak ahu erti penatkah? itu hanya hal remeh okay tak ada keuntungannya kalau kau menang sekalipun.perang mulut memang macam tu masing2 nak tegakkan pendapat sendiri masing2 nak menangkan kata2 sendiri.adoi...penah weyhh mula2 aku join juga sikit hanya sekadar memberi pendapat dari buah fikiran yang sejengkal ini.tapi topik menjadi semakin hangat dan panas macam air tengah mendidih pula.
.
kawan,korang2 tak rasa segan ke kutuk mengutuk kata mengata.tahu tak,ada beribu2 orang luar di sana sedang membaca segala macam cemuhan anda? apa sangatlah yang nak di gaduhan tu hal remeh pekara kecil tapi di besarkan.atas tujuan apa aku sendiri tidak tahu,semua komen2 aku baca langsung tidak mendatangkan apa2 hasil.handbag? botol susu? pampers baby? erk,ini pun boleh jadi bahan kah?
.
alahai...kawan masing2 dah besar ada akal yang waras bukan,fikir matanglah.macam budak2 aku sendiri baca komen korang pun dok geleng kepala berkali2 tak tahu bila agaknya korang2 nak behenti cemuh mencemuh ni.dah2 la ye cukup2 la tu memaki sesama sendiri tak tahu malukah? nanti buat jadi menyampah pada orang yang membaca pula...tengok kat situ apa penilaian orang lain terhadap karekter anda melalui kata2 makian yang di lemparkan.memang buruk bukan? hope2 lepas ni berdamailah tak ada gunanya korang gaduh pasal hal2 remeh macam tu buat malu kaum saja.
.
.
.
p/s : laman soSIAL facebook,harap maklum.
.
.
.
Beautiful_Rose
Siapa Sebenarnya Yang Tak Sedar Diri???
Saturday, April 24, 2010
XL - L = M
.
Rumus di atas tidak ada kena mengena langsung dengan rumus algebra saja aku ringkaskan di sini itu adalah saiz pakaian.hebat bukan dari XL - L = M motif? senang cerita mahu buat pengakuan jujur lagi perasan yang melampau2 bahawasanya aku telah bertukar saiz baju.atau dalam bahasa mudahnya aku sudah kurus! wah! wah! wah! bulat mata sampai nak terjojol keluar biji mata sila kontrol ya...dulu aku manusia gemuk yang memakai baju bersaiz XL sila percaya petak2 imagine lah macam mana yang kau mahu memang aku pakai baju saiz XL dulu.erk,tapi itu tahun2 yang lalu...masa dalam tahun 2005 - 2008 macam tu.
.
"macam makcik2 lah kau ni"
"kau sudah kahwin ke? macam orang sudah beranak saja"
"awak sedang pregnant?"
.
secara jujurnya soalan ini memang sangat2 buatkan aku makan hati berulamkan jantung cicah sos cili okay,sila jaga hati saya baik2 *ayat penegasan* sakit hati gila2 setiap kali orang tanya aku soalan yang macam ni kira macam satu penghinaan yang amat dahsyat! dulu aku pernah buat entry marah gila2 babi kat entry ini dan ini.memang aku marah pun okay dan aku memang berhak marah untuk membela diri yang tak terbela ini.salah ke aku gemuk? salah ke jadi gemuk? kau susah ke kalau aku gemuk? kau tergugat ke kalau aku gemuk? mestilah tak kan...so,jangan la asyik nak kondem orang gemuk2 macam tu tak baik okay.kau kutuk2 orang gemuk macam tu,kau ingat kau gila sempurna sangat ke? kalau aku nak bidas balik boleh je....
.
" kau tak gosok gigi ke,gigi kau kotor berkulat2 (dia perokok tegar) "
" ehh....muka kau banyak gila jerawat Bertompok2 mesti tak pernah cuci kan?"
"eeiii...kurus gila kau nie macam terngkorak jalan pun terkengkang2"
.
nampak...aku boleh bidas balik kalau aku nak,tengok mulut siapa lagi pedas.silap2 kau berlari2 balik rumah mengadu pada mak lepas kena caci macam tu.hei,orang gemuk pun ada hati perasaan juga jangan sedap2 rasa je kau nak kata dia macam tu.ingatlah wei...manusia akan berubah hari ni dia gemuk entah tahun depan dia slim melim macam megan foz baru kau nak ternganga meleleh air liur.gemuk atau kurus itu fizikal okay boleh berubah2 ikut keadaan kau ingat benda ni kekal ke? mestilah tak kan memang dah tertulis segala isi benda yang ada kat muka bumi ni memang tak kekal.macam tu jugak dengan saiz boleh berubah bila2 masa,nak dengan tak nak je.so,kau nak kata apa kalau dulu aku pakai baju saiz XL sekarang saiz M aku sudah boleh pakai.silap2 saiz FREE SIZE dan S pun aku boleh muat tau.
.
hei2 kawan,kalau kurus sangat pun tak cantik okay ada sedikit macam cacat di situ....*maaf pada orang2 kurus* jalan pun kadang2 nampak macam terkengkang2 nak pakai kebaya atau segala baju ber cutting sila beranganlah ya.kau pakai memang boleh,tapi kau rasa cantik ke kalau body kau lurus macam tiang? kadang2 jalan pun macam orang nak tumbang,lagi tak boleh blah kalau kau kurus tapi perut kau buncit kahkahkah ternak cacing ke sayang? ada pulak badan kurus pakai baju ketat sendat sampai nak bernafas pun tersekat2 tapi yang kelakarnya bila nampak lemak2 lembik yang gelebeh tu? hadoi...kurus tapi lembik body tak padat langsung tak cantik okay...so,sebelum kau nak kata orang,cermin dirilah kawan kita nie manusia memang tak sempurna.janganlah nak bangga2 diri sangat tak baik silap2 ALLAH tarik balik nikmat yang kau ada tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah.
Beautiful_Rose
Terkenang
Beautiful_Rose
Pemimpin Adil Pemimpin Dijulang,Pemimpin Tak Adil Rakyat Yang Malang.
.
cehceh....tajuk memang tak boleh blah je kan.tahu jelah tempat aku sekarang sedang di landa demam pilihan raya kecil hulu selangor.siapa2 yang baca surat khabar ada tengok tv mesti tahu tu pun kot ada yang ambil tahu lah kan.wah dari minggu lepas lagi aku perhatikan padang bola kat belakang balai polis tu penuh dengan khemah besar gabak.bendera2 di gantung sana sini dah macam pesta dah aku tengok tempat nieh.semua semangatlah nak undi pemimpin masing2 calon yang di kira terbaik.siang malam berkempen sana sini tabur janji tabur budi yang tak seikhlas hati.
.
aku mengundi? hahahah aku gelak okay meriah gila sambil guling2 dah tentu lah aku tak mengundikan.ada siapa2 nak marah? maaflah secara jujurnya aku kurang berminat untuk hal2 sebegini.bukan bermaksd aku tidak ambil tahu langsung,cumanya ada kalanya aku memikirkan sesuatu di sebalik apa yang sedang berlaku.selepas mengundi,apa akan terjadi? bagaimana dengan janji2? adakah akan jadi seperti yang sebelum2nya hanya kata2 diatas angin semata2 harapan kosong.
.
maaflah jika ada yang kurang setuju dengan pendapat aku,di sini aku hanya nyatakan PENDAPAT sahaja dan sesiapa berhak membentangkan hujah masing2 betul tak? lain orang lain pendapat pelbagai...kalau semua pemikiran sama susah lah jawabnya kan.mungkin akan ada yang memprotes aku di sini tapi tidak mengapa mereka tidak tahu kenapa aku berfikiran seperti ini.NEGATIF? mungkin aku seorang yang negatif tapi alasan dan sebab aku berasas,biarpun perkara itu sudah berlalu bertahun lamanya,tapi aku terasa ia seperti baru.
.
berkempenlah selagi mampu undilah mereka2 yang cukup syarat untuk jadi seorang pemimpin.jangan nanti terlalu sibuk berkempen siang malam,keluarga diabaikan.makan minum anak2 langsung lupa sebab semangat berkempen yang berkobar2.tak tahu lah apa nak jadi dunia sekarang sudah semakin pelik lagi aneh.terlalu melebihkan apa yang kurang perlu kadang2 dan hal2 yang lebih penting sering diabaikan.jangan nanti adanya penyesalan pada penghujung cerita sudahlah.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
Sunday, April 18, 2010
Bagi Aku Sedikit Nafas Untuk Mengucapkan Rindu Yang Terpendam
Beberapa hari lepas abang call aku,setelah sekian lama abang menyapi kini dia kembali hubungi aku.tapi abang tidak seperti dulu hanya hubungi aku bila perlu saja tidak lagi kerap.tapi tidak mengapa aku memahami kerana abang ada kominten lain terhadap keluarga.sejak abang kahwin,kami dan jarang contack.dan kali terakhir semasa majlis pernikahan abang beberapa tahun yang lalu.dan kerana kelalaian aku sendiri,aku terlepas majlis tersebut.mungkin juga sebab itu abang berkecil hati dan tidak lagi mahu bercakap dengan aku seperti dulu.
.
dan hari itu,abang sms bertanyakan khabar aku di sini.tidak mengapa abang tidak dapat jenguk aku di kolej sekalipun janji aku tahu abang masih ingat dan sayangkan aku lagi.ingat dulu kata abang "aku adik yang paling dia sayang" abang selalu ada bila masa aku bersedih dan menangis.jauh macam mana pun abang sanggup datang janji aku gembira.
.
.
.
.
"abang ingat tak,masa rose from 5 dulu abang belanja rose KFC.sambil tu abang bawa banyak buku untuk rose.masa tu separuh masa kita dalam KFC sambil makan,sambil stdy.abang ajar rose subjek yang paling rose tak suka math"
.
"thanks abang sebab banyak tolong rose dulu...rose tahu abang baik sangat pada rose.dan maaf sebab rose banyak pendam rasa tak pernah cerita pada abang sebab rose tak nak abang susah hati lagi.rose sayangkan abang sampai bila2"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"abang janji abang akan jaga rose selagi abang mampu"
.
"kalau ada sebarang masalah,bagitahu kat abang.terutama dalam soal hati dan perasaan.banyak2 bersabar ya.nanti abang marah orang yang buat rose sedih ya"
Beautiful_Rose
Award Dan Tag ( 5-FIVE-KHAMSAH )
Saturday, April 17, 2010
Award
Entry basi...alahai banyak betul entry aku yang pending2 semua gara2 ketiadaan lapy sendiri.makanya nak mengonlinekan diri terpaksa ke keluar pekan bertapa di cc.malas nak berceloteh panjang,ini adalah award dari cik bungakopi.haiiiyooo BEAUTIFUL BLOGGER macam tak sesuai jerk dengan aku beautiful ke? comot selekeh sana sini adalah....apa pun trimass kepada cik bungakopi sebab bagi award nieh pada aku.nak terima award pun ada rules juga okay so,kat bawah nieh rules dia....
RULES:-
1.Thank & link the person that gave you the award.
2.Pass this award to 15 blogger you've recently discovered and think are fantastic.
4.state 7 things about yourself.
Aku Seorang Yang :-
# Obses terhadap bunga rose# Suka kepada seni terutama jahitan sulaman dan lukisan
# Mencintai alam flora fauna (tak boleh blah kan)
# Jenis manusia yang memendam,awas kepada kau2 yang cuba nak cari pasal!
# Selalu berangan akan memiliki seekor laptop Apple
# Ada kalanya aku lebih suka bersendirian
# Aku akan baran JIKA PERLU.
Mereka yang menerima award ini :-
- lumut
-sayupilu
-miss
-jane
-lea
dah 5 orang cukup.....nak letak banyak2 tak larat aku nak copy link satu2.kamu2 yang cantik manis,sila ambil award ini ya sekian..........
Beautiful_Rose
Sandwich Istimewa
.
.
Semalam berjaya juga akhirnya aku sampai ke tanjung malim.firstime naik tren dari sungai buluh ke tanjung malim.selama ni aku naik tren dari rawang ke KL central je.tu pasal takut2 jerk,nasib baik teman scandal ada untuk ajar aku yang blur2 nieh.sangat bajet ohh dalam rm10 lebih la.kalau naik bas rm 14 lebih.so,jimat nek tren bukan? tapi masa perjalanan tu slow la.
.
pagi ni,tiba terasa mahu makan roti sandwich buatan sendiri.sudah lama tak makan sanwich tiba teringin.terus bangun pagi keluar pekan beli semua bahan untuk buat sandwich.roti,sardin,keju,timun,bawang,sos,mayonis,black paper dan ramuan paling penting sekali semangkuk kasih sayang.dah siap semua terus duduk makan depan pc sambil update blog dan berfacebook.
.
.
.
beberapa tahun yang lalu.....
.
.
.
"sayang,abang teringin nak makan sandwich yang sayang selalu buat tu"
.
.
"tu sandwich paling sedap pernah abang makan tau"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tiba2 pipi terasa panas,mata bergenang.....
.
.
.
Wednesday, April 14, 2010
Kawan2 Harap Kamu-kamu Yang Membaca Sila Tolong Aku.
.
Sila baca entry ini dengan rasa penuh kasih sayang serta kasihan yang melimpah ruah kira macam simpati lah tu......seperti yang kamu2 sedia maklum,jumaat ini aku mahu pulang ke tanjung malim.dan aku sedang menghadapi 1 masalah yang sangat besar untuk pulang dan sedang kepeningan memikirkan masalah ini.macam yang kamu2 sedia maklum,station bas paling top kat kuala lumpur (puduraya) telah di tutup berikutan kerja2 untuk pengubahsuai nak buat station bas yang lebih canggih kot.....dan apa yang aku tahu dari cakap2 mereka,station itu telah di tempatkan di bukit jalil untuk sementara.
.
so,kat sini problem aku ialah macam mana aku nak balik tanjung malim sedangkan puduraya telah ditutup? apa gila aku nak ke bukit jalil semata2 untuk ambil bas balik ke tanjung malim? jauh okay kau tahu tak, sangat jauh gila.kelas aku jumaat tu habis jam 5pm mati nak berlari ke bukit jalil sejauh itu.sedangkan ke kuala lumpur pun mengambil masa 2jam lebih.kalau ke bukit jalil mati jadi berjam2 pula.serupa aku pergi ke johor terus jauhnya kan?
.
maka jadinya aku bluran macam mana mahu balik nieh? nak naik KTM dari sungai buluh memang tak reti lah sebab memang tak pernah naik dari sana.so,macam mana nieh wei??? adesss sudah berpuluh orang aku dok tanya mende nieh.jumaat nieh aku nak balik dah lama gila aku tak balik kampung.dah separuh sewel dah nieh.........huhuhuhu tulun ler aku yang sedang kepeningan nieh aku nak balik sangat ni.nangis lah macam nieh......
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.
.
Monday, April 12, 2010
Dalam Hati Ada Senyum
.
Semalam...keluar berfoya-foya dengan scandal dari bukit malawati hingga sampai ke pantai remis akhirnya.dari pagi sampai ke petang sangat bagus bukan menghabiskan masa dan sisa kesunyian di tempat2 yang indah begitu? sudah terlalu lama mengidam mahu ke pantai remis tapi hampa. setiap kali ajak teman2 dorm ke sana,masing2 menolak dengan alasan terlalu jauh.ermm jauh ke? macam tak lah mungkin kerana sebab aku jenis yang sudah terbiasa travel sana sini kot.
.
seharian perut penuh berisi aiskrim coklat,vanilla,nasi goreng ayam beserta kerang bakar.tersangat kenyang sampai tidak perlu makan di cafe pada malam itu.sehingga ke hari ini dalam hati masih ada senyum.terapi yang sangat baik untuk manusia yang cintakan alam seperti aku.kulit habis terbakar dipancaran matahari tapi aku tidak kisah akan itu janji hati aku senang dan bebas.gambar nanti akan diupload pada hujung minggu nanti kerana sekarang aku sedang mengejar masa.menggunakan pc di cc sangat2 tidak membahagiakan bukan?
.
owh minggu ini aku bercadang ingin segera pulang ke tanjung malim.sudah terlalu lama rasanya tidak pulang rindu rasanya pada.....kucing2 tersayang =p dan juga apa khabar agaknya si hijau? tinggal di kolej semasa cuti memang hanya akan memudaratkan jiwa dan kepala otak aku.maka minggu ini harus aku ingin pulang.sudah terlalu lama tidak mendapat peluk cium dari mak hiks! =p dasar anak manja! bukan manja,cuma itu adalah terapi terbaik untuk aku terus bertahan disini.sila beri sokongan pada kenyataan ini ya.
.
dalam bulan ini sehingga ke final exam aku aku mulai sibuk dengan stdy dan projek yang masih terbengkalai.diharapnya semua dapat selesai dengan sebaik mungkin.tidak sabar rasanya mahu tamat belajar dengan segera.harapnya sem 2 ini tidak akan ada sebarang aduan tentang kesakitan belajar di sini ya rose.hahahah tiba2 terasa diri begitu anoying lah =p
.
kepada sayang2 ku sekalian bermula pada hari ini,aku akan blogwalking di blog kalian.maka blog aku tidak akan di update dengan kerap lagi.aku ingin berehat dan meneruskan blogwalking dengan jayanya.okay mahu out sudah...take care semua muuuaahhhhhh!!!!!!!! =)
.
..
.
Beautiful_Rose
.
.
Saturday, April 3, 2010
Melangkah Mencari Oren
.
.
Hari ni pergi ke bukit malawati bukan untuk melawat monyet apa lagi jenis2 ikan.tapi hanya kerana sehelai baju berwarna oren yang benar2 telah membuatkan hidup terasa amat terganggu.sebenarnya aku sememangnya ada sehelai baju berwarna oren.tapi saiz terdahulu membuatkan aku berfikir panjang untuk memakainya.bimbang nanti aku akan kelihatan seperti orang2 di tepi sawah yang digunakan untuk menghalau burung2 itu.....
.
dapat sehelai t-shirt warna oren berlengan pendek,hentam sajalah dari tak ada nanti pakai lah dengan inner apa susah.kalau tak kerana PPD puan tisa yang comel tuh,memang aku hentam saja pakai baju pagoda senang cerita.nak ke tesco perlu berfikir berkali2 kerana tak pasal2 nanti baju tak dapat tapi penat yang dapat berikutan ketiadaan tempat untuk menunggu bas yang lembab macam siput tut...
.
dalam otak sedang berfikir untuk projek taman mini bercirikan landskap pertandingan pada hari khamis depan bersama projek inovasi.tension betul aku nak buat kerja2 macam nieh.nak mencari baju oren pun sudah berpusing satu pekan nak mencari bahan untuk taman mini lagi kusut otak aku.aku ketandusan idea kini.kamu2 ada sesiapa yang baik hati disini minta pertolongan berikan aku sedikit idea untuk menggerakkan otak yang beku ini.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.
.