Saturday, April 3, 2010

Melangkah Mencari Oren

.
.
.
Hari ni pergi ke bukit malawati bukan untuk melawat monyet apa lagi jenis2 ikan.tapi hanya kerana sehelai baju berwarna oren yang benar2 telah membuatkan hidup terasa amat terganggu.sebenarnya aku sememangnya ada sehelai baju berwarna oren.tapi saiz terdahulu membuatkan aku berfikir panjang untuk memakainya.bimbang nanti aku akan kelihatan seperti orang2 di tepi sawah yang digunakan untuk menghalau burung2 itu.....
.
dapat sehelai t-shirt warna oren berlengan pendek,hentam sajalah dari tak ada nanti pakai lah dengan inner apa susah.kalau tak kerana PPD puan tisa yang comel tuh,memang aku hentam saja pakai baju pagoda senang cerita.nak ke tesco perlu berfikir berkali2 kerana tak pasal2 nanti baju tak dapat tapi penat yang dapat berikutan ketiadaan tempat untuk menunggu bas yang lembab macam siput tut...
.
dalam otak sedang berfikir untuk projek taman mini bercirikan landskap pertandingan pada hari khamis depan bersama projek inovasi.tension betul aku nak buat kerja2 macam nieh.nak mencari baju oren pun sudah berpusing satu pekan nak mencari bahan untuk taman mini lagi kusut otak aku.aku ketandusan idea kini.kamu2 ada sesiapa yang baik hati disini minta pertolongan berikan aku sedikit idea untuk menggerakkan otak yang beku ini.
.
.
.



Beautiful_Rose
.
.
.

1 comment:

  1. heloo..huhu..
    aku pun dapat tshirt tp pakai ngan inner gak. ahaks

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah