Friday, April 2, 2010

J.A.U.H

.

.

.

Jauh...

jauh ku pandang dikau

ku lihat kau di sebalik sana

aku cuba melambai

tapi hampa

.

Jauh...

jauh ku lihat dikau

ku cuba berteriak

memanggil namamu

tapi kau tidak menoleh

.

Ku lemparkan segunung harapan

ku genggam kata2 azimat

sebagai pembakar semangat

untuk aku tetap teguh berdiri disini

.

Sekali lagi aku jatuh tersungkur

sakit....

sekali lagi aku tersadung

perit.....

aku meraung kecewa.....

.

.

.

.

.

.

pernah tak tiba2 kau rasa hidup kau seperti mati secara tiba2? kau rasa kau sudah kehilangan arah.kau buntu diantara dua persimpangan yang mengelirukan.kau tegak berdiri cuba buat pertimbangan diantara dua jalan.dan kau tidak tahu jalan mana terbaik untuk kau pilih.

.

nak jaga hati semua orang bukannya mudah kadang2 kau terlalu sibuk menjaga hati orang sampaikan hati sendiri kau abaikan.orang tak tahu apa yang kau rasa apa yang kau tanggung yang mereka tahu,kau harus berlaku adil.untuk berlaku adil adakalanya kita terpaksa melukakan hati sesetengah pihak bukan? tidak semua orang akan setuju dengan tindakkan kau biarpun apa yang kau buat itu adalah untuk kebaikkan bersama.

.

secara jujurnya adakalanya aku terasa mahu menangis di bahu seseorang mahu mengadu di dalam pelukkan seseorang.tapi semua itu hanya banyagan yang tidak mungkin akan kau dapat.kau sedih kau menangis kau pujuk sendiri.tidak ada sesiapa yang mahu ambil tahu malam2 kau keluar sembunyi di balik tangga kecemasan kau menangis kat situ tak mahu orang tahu.lewat malam bila semua orang sudah tidur,baru kau menyelinap masuk ke bilik dan tidur.esoknya kau jalani rutin seperti biasa seakan tiada apa2 yang berlaku malam tadi.

.

nak tahu satu rahsia? aku ini sebenarnya seorang psiko percaya atau tidak itu terpulang.orang kata aku sukar untuk di fahami dan juga tidak berperasaan.mungkin itu benar tapi terpulang pada penilaian orang2 yang melihat dan bergaul dengan aku.seorang yang perahsia kerana sering kali menghilangkan diri apabila malam menjelma.aku tidak mahu kelihatan lemah di hadapan orang lain.sedih atau menangis aku biar aku saja yang tahu.segala kesusahan dan kesakitan biar aku tanggung sendiri.aku tidak mahu susahkan sesiapa dengan mendengar segala rintihan aku.cukup aku bertemankan udara malam dan kerlipan bintang2 yang menyinari.

.

.

.

.

.

"lepas exam,kita akan di hantar untuk praktikal"

.

"praktikal?"

.

"ya,praktikal...kenapa akak terkejut?"

.

"tak ada apa2,akak ingat habis exam akak nak terus kerja"

.

"akak tidak mahu sambung level 3?"

.

"tidak...cukup setakat ini.akak mahu pulang ke kampung"

.

.

.

sangat meresahkan berita itu tiada tanda riak gembira di wajah.praktikal? aku tidak rasa itu satu berita gembira buat aku kerana dalam agenda aku sendiri telah aku tetapkan ingin segera pulang ke kampung setelah habis belajar nanti.terus terang aku katakan,aku ini sudah patah hati untuk terus bertahan disini.sebabnya aku ini sebenarnya tidak tahan daulat terpulanglah apa orang nak kata.tapi aku tak rasa ini adlah jalan hidup aku yang sebenar.nampak,aku tersalah jalan lagi sekali sekarang baru aku tersedar jalan yang sepatutnya aku lalui bukan di cabang ini.tapi di cabang lain biarpun dari keluarga bidang yang sama.....

.

.

.

.

.

:: Beautiful_Rose ::

.

.

1 comment:

  1. aku selalu berdiri d persimpangan ...
    membuat pilihan
    aku masih tidak tahu tepat atau tidak ...

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah