Thursday, April 1, 2010

G.I.L.A

G.I.L.A

.

.

owh tidak mengapa janji tak susahkan siapa2 kau kata aku gila tapi aku senyum saja2.kau marah? baiklah kau lebih gemar beranggapan yang negatif2 tentang aku tapi sayangnya aku tak berperasaan untuk mengambil kisah tentang hal itu.kau kata aku keras hati eggoistik itu terpulang pada penilaian kau dan aku sedikit pun tidak menghalang.pada aku janji aku tidak mengganggu kehidupan orang lain,itu sudah di kira baik bukan.pernah kau lihat aku berubah menjadi naga? kalau tidak pernah,jangan sesekali kau cuba menyeru aura semangat itu.biarkan dia tidur nyenyak di situ.


hurmm.....sekian lama aku berfikir akan tentang sesuatu dan aku perhatikan serta beri penilaian ada sesuatu kelainan pada diri.aku baru terperasan akn sesuatu aku kini sudah banyak berubah.ini bukan satu perkembangan yang baik aku kira kerana jika di lihat dari satu sudut yang lainnya aku seakan2 sedang menuju ke satu arah yang terang2 aku cuba elakkan selama ini.aneh sekali aku seakan terlupa dengan aku janji yang terdahulu.


seseorang pernah bertanya,mengapa kau banyak meluahkan rasa di dalam bentuk tulisan daripada suara dan perbuatan? lalu aku jawab...aku lebih gemar bercakap dengan diri sendiri berbincang dengan hati daripada orang2 di sekeliling.bukan tidak mahu berkongsi rasa,cuma aku rasakan itu tidak perlu dan tidak penting untuk di ketahui umum.dan aku rasa lebih selesa begini jadi tak perlu siapa2 persoalkan tentang ini.





Beautiful_Rose


No comments:

Post a Comment

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah