Tuesday, June 22, 2010

Bertenang

.

BERTENANG.....

pasti ke aku boleh bertenang untuk hari ini? sedangkan semalam jiwa sudah berkecamuk dengan pelbagai coretan2 yang penuh dengan kebosanan.wahai sekalian pembaca dan pelawat senyap apa yang kau cari di sini? maklumat? info berguna? maaf ini adalah laman yang sangat2 membosankan.langsung tidak ada pengajaran untuk kau jadikan rujukkan.yang ada hanya keluh kesal seorang manusia yang hampir kehilangan arah tujuan.

.

aku marah pada diri sendiri sebabnya aku mula terfikir.....kenapa aku harus terlalu berbaik hati dengan orang? sedangkan mereka langsung tak pernah memandang kebaikkan aku untuk di hargai barang sekejap mungkin.terasa diri ini telah di perbodohkan untuk bertahun lamanya...terus teranglah jangan nak pandang aku ini seperti manusia naif yang terlalu lurus dan tulus.serius aku bukan jenis manusia yang suci tanpa titik2 dosa dan hati aku juga tak putih jernih seperti air sungai mengalir tanpa pencemaran.

.

aku ini orang kasar ini memang benar dan kenyataan aku seorang yang kasar keras kepala dan juga egois! hairan kerana memburukkan diri sendiri begitu? kadang kala terasa bosan menjadi seorang yang baik di mata sekalian yang melihat.sila lihat hati aku dengan microskop berkuasa terpaling hebat dapat tak kau lihat jiwa aku penuh dengan ruang2 kosong yang bertampal dan berlopak di sana sini? mungkin aku perlu berubah menjadi seorang yang agak agresif mungkin dan sedikit angkuh serta memantingkan diri sendiri.

.

.

.

.

.

.

.

AMARAN KERAS

jangan cuba petik mawar berduri itu!

.

.

.

.

.

Beautiful_Rose



.

.

.

2 comments:

  1. semua kisah hidup ini sebenarnya satu buku ilmiah yang benar pengajarannya untuk kita. Terpulang lah pada kita menterjemah bahasa hidup dan jadikan panduan.

    dan berdoalah pada Maha Esa semoga kita ada kuat-kuat dinding tabah dan redho. Sesungguhnya Allah ada dengan kita selamanya.

    biar semalam dan kelmarin dan semuanya jadi sejarah yang kita ambil kisah hanya untuk sekarang. masa depan yang ada ini kita buka buku baru. Kuat sebagai seorang insan dan keras dalam pegangan hidup.

    bertenanglah.
    sesungguhnya ketenangan itu kunci pemikiran yang lebih jelas.

    dan untuk kamu, bertenanglah.
    lantak la apa kata orang, yang penting kita tau apa yang kita perlu tahu; dan buat!

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah