Thursday, April 7, 2011

Aku Rindu Kau.Tahu Tak?

- Kau ingat tak,dulu kita selalu lepak sama2 melawak yang bukan2 sampaikan semua orang pandang kita pelik.

- setiap kali time rehat,laju je kita pergi ke kantin untuk makan nasi goreng berlaukkan sosej dan daging burger.

- kalau tak makan kat kantin,kita selalu beli keropok lekor banyak2 lepastu bungkus makan kat depan kelas.

- hobi kau yang aku ingat suka sangat tulis lirik lagu dan aku pula lebih suka menulis puisi.kadang2 aku minta kau baca puisi aku untuk beri komen.

- kau tak pernah marah.walaupun kadang2 aku buat perangai yang menyakitkan hati kau,dan kau masih tetap mahu kawan dengan aku.

- bila kau merajuk,aku tak pernah pujuk sebab aku memang tak pandai pujuk orang pun.tapi kau merajuk sekejap je,lepas tu kita huahuahua balik...

- kau selalu kata,akulah satu2nya kawan yang paling gila dan ikhlas dengan kau.sebab aku tak pernah kisah dengan fizikal kau.

- bila aku tidur dalam kelas,kau selalu coverkan aku daripada kantoi dengan cikgu.

- aku suka usik kau tiap kali kau tanya aku... "muka aku warna merah tak?" dan aku jawab "tak lah.warna hijau =p"

- ingat lagi kita sama2 bawa gambar foto kita masa kecik2 dulu...kau comel dengan skirt putih ropol2 tu.tapi aku hanya berbaju t-shirt dan berseluar panjang dengan topi.kau kata aku macam budak lelaki.

- kau selalu jadi penyelamat aku setiap kali aku tak siapkan homework yang cikgu bagi.tak payah minta,kau sendiri akan berikan buku kerja kau untuk aku tiru dan kau selalu ingatkan aku supaya siapkan homework...

- kau kata aku pelik sebab tiap kali cikgu sejarah tanya soalan,aku sudah pasti boleh jawab dengan cemerlang walaupun separuh dari waktu belajar itu aku tidur.

- tapi aku kata kau pelik sebab walaupun kau selalu ponteng sekolah,tapi tiap kali exam result ko mesti lebih baik daripada aku yang selalu ponteng kelas ni.tak aci betul!

- ingat tak lagi dengan cikgu yang ajar subjek perdagangan tu? kau gelarkan dia cikgu betty sebab cermin mata besar dia tu.

- kau kata aku budak nakal sebab buat cikgu betty keliru dengan jam tangan aku yang cepat setengah jam tu.sampai dia turun balik ke bilik guru sebab ingat masa mengajar dia sudah habis.

- tiap kali exam kita sama2 bersaing nak dapatkan markah paling tinggi.kau selalu jeles bila markah subjek sains aku lebih tinggi daripada kau.sebab kau kata aku tidur masa cikgu tengah buat ujikaji.tapi aku pun jeles juga dengan kau sebab markah bahasa inggeris kau lebih tinggi daripada aku.sedangkan aku punya lebih buku rujukkan dari kau.

- kau tedy bear besar aku sebab itu aku suka sangat nak peluk kau.

- paling aku tak boleh lupa,bila kau sanggup biarkan aku tumpang bahu kau sampai baju kau basah sebab nak pujuk sedih aku.




Kau tahu tak,yang kau ni jahat sangat sebab buat aku jadi rindu gila2 sangat dekat kau.walaupun kita dah 5tahun tak jumpa,tapi kau masih tetap ingat aku tetap masih rajin hantar sms kat aku.tetap masih ingat nombor hp aku walaupun kau berkali2 tukar nombor hp *kaya betul tukar2 nombor kau ikhlas kawan dengan aku dan aku pun ikhlas kawan dengan kau.sebab masa2 aku jatuh dulu,kaulah yang ada dekat dengan aku kaulah yang banyak bagi semangat dekat aku.aku sayang sangat dekat kau tak kisah la orang kutuk kau macam2 sebab kau ge____comel tapi aku tetap nak kawan dengan kau.

aku ingat dulu ramai classmate kita marah kat aku sebab sanggup bersusah payah pergi ke rumah kau yang jauh tu semata2 nak hantarkan slip exam STPM dulu.masa tu kau down sangat kau giveup tak nak ambil exam.tapi aku tak kisah,aku tetap hantar juga slip tu sebab aku nak kita sama2 ada dalam dewan masa final STPM nanti.tapi masa final tu aku kecewa sebab kau tak datang pun.dan kawan2 semua marahkan aku sebab sanggup bersusah payah untuk kau tapi kau tetap tak nak datang ambil exam.tapi aku tak kisah...sebab aku faham masalah kau dan aku tak pernah salahkan kau.bila kita nak jumpa? aku rindu sangat nak peluk kau macam dulu2 tu...

:: Nur suhana bt nordin,
i love u so much sampai mati.
kalau aku jadi laki,dah lama aku
ngorat kau jadi awek aku tau =p









Beautiful_Rose

11 comments:

  1. dia pun pasti rindu sangat kat ko Rose..pergi lah lawat dia..jenguk dia..ajak dia kuar jalan makan angin...mesti dia juga rindukan saat2 kemesraan kamu dua.

    ReplyDelete
  2. aku pun ada kengkwan yang macam ni, yes. aku ada ramai kawan baik dan rapat. tapi skang ni semua pun dah sibuk dgn hal masing2.. huhu

    ReplyDelete
  3. mana gambar dia?

    nak tgk

    kalau cun nak ngorat :P

    ReplyDelete
  4. kt mne dia skrg?

    5 taun lme tuu..

    ReplyDelete
  5. mofasad dah ade awek. xyah bagi kat dia. bagi kat aku. hehehe

    ReplyDelete
  6. macy act selalu konfius nak komen guna acc mana. sebab macy rasa rose lg suka macy dari ska. keh2


    bdw, macy ada kawan, dia ingat semua2, setiap saat masa kitorang spend sama. huhu

    hope korang dpt jmpa :)

    ReplyDelete
  7. demi kawan mmg sanggup bersusah. g jumpa balik.
    rapat giler ni smpai sanggup nk buat awek. hehe..

    ReplyDelete
  8. GHOST WRITER :
    aku teringin begitu...tapi aku terpaksa fahami keadaan dia yang selalunya tak mengizinkan.

    ALEXANDRIANA :
    tulah...lepas habis sekolah semua bz dengan hal masing2 kan.

    MOFASAD :
    gambar dia?
    tak boleh...sebab aku tau ko mmg akan ngorat dia =p

    AL :
    die skang ade kat kampung die...mmg lama tak jumpa rindu sgt dah.

    ORANGLIDI :
    hahahha yang tu aku sokong.MOFASAD cuba berbuat curang =p

    ReplyDelete
  9. MACY :
    heheh tak kisah macy.mana2 acc pun aku terima janji itu adalah dari kau sendiri.kan?

    tapi truly la aku lebih sukakan MACY sebab walaupun wajahnya ditutup,aku tetap masih boleh lihat kau disitu.

    tu la hope sgt dapat jumpa rindu sgt2...

    NIL :
    teringin nak jumpa tapi agak susah bagi dia untuk keluar rumah.tapi harapnya satu masa nanti ada...

    hehehe kalau boleh,apa salahnya nak buat awek kan? =p

    ReplyDelete
  10. macy act selalu konfius nak komen guna acc mana. sebab macy rasa rose lg suka macy dari ska. keh2


    bdw, macy ada kawan, dia ingat semua2, setiap saat masa kitorang spend sama. huhu

    hope korang dpt jmpa :)

    ReplyDelete
  11. MACY :
    err...macy,kenapa anta komen y sama eh? kompius jugak nieh =p

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah