Wednesday, April 13, 2011

Warna Warni Bonggol Unta Malaysia



Memperkenalkan model baru kita...encik lucky! beliau berasal dari negeri arab telah terbang dari jauh untuk datang ke malaysia.katanya mahu menuntut royalti kerana telah mengglemerkan bonggol beliau.beliau juga merasa sangat tidak berpuas hati kerana bonggol beliau terjual dengan larisnya di malaysia tapi malangnya beliau langsung tidak pernah mendapat bayaran royalti seperti yang sepatutnya.maka dengan itu,beliau telah menambah imbuhan bagi setiap royalti yang tidak dibayar....


" gua yakin ini senyuman paling hensem sekali"


"Sabda Rasulullah s.a.w. �Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun�” (riwayat Muslim)


Rasanya hadith diatas sudah cukup jelas...ye aku bercakap tentang sanggul tinggi.maksud aku bukan sanggul dari rambut asal,sebaliknya sanggul palsu atau di panggil sanggul arab.mana2 kedai yang ada menjual tudung,sudah pasti turut menjual sanggul palsu siap dengan innernya sekali. meriah dengan warna warni.tujuan sanggul ini di pakai untuk apa? cantik? menarik? tertarik kau memang kena bom?

ada pula yang sememangnya mempunyai rambut panjang tapi di ikat sanggul tinggi seperti gambar diatas.apa,itu bonggol unta? rambut asal lain dan berbeza? rambut asal dan sanggul palsu tetap sama ia tetap nampak seperti bonggol unta.perlu ke rambut panjang anda yang cantik mengurai itu diikat sanggul setinggi itu? perempuan berambut panjang,tak salah mengikat rambut dan di sanggulkan.tapi,tak perlulah rambut itu disanggul tinggi begitu.seolah2 menarik perhatian mata yang memandang.bila dah menarik perhatian,orang yang melihat mesti akan membayangkan sesuatu yang ada di sebalik kain bertutup tu.

tak perlu nak bagi alasan rambut panjang...aku dulu pun berambut panjang juga,ikat rambut juga bertudung juga tapi tak pula mengikat sanggul sampai begitu tinggi? masih boleh ikat sanggul rendah kan? tak pun ada banyak cara untuk tidak menampakkan sanggul anda walaupun anda berambut panjang.best ke pakai sanggul tinggi besar gabak macam tu? aku rasa macam susah je sebab nak pakai helmet jadi satu hal tak boleh masuk kepala.owh,lupa...unta padang pasir mana ada pakai helmet,ye dak? aku rasa segan bila ada member lelaki yang dok bertanya pasal sanggul tinggi macam tu...


"aku rasa pelik dengan perempuan zaman sekarang.pesal diaorang suka pakai tudung benjol macam tu?"

"pelik lah perempuan tu,muka cun tapi sayang...cacat kepala benjol macam alien dah aku tengok"

"eh,tak berat ke letak benda tu kat atas kepala,macam susah je..."

"aku cukup menyampah tengok perempuan pakai tudung macam tu dengan bonggol2 kat atas kepala tu nak buat apa"

"macam cantik je pakai macam tu...tau tak serupa kepala benjol baru lepas kena ketuk dengan hamer dah.sama macam citer kartoon tom and jerry asal ketuk kepala je,naik benjol serupa macam tu...kahkahkah"

"perempuan kalau boleh nak rasa dia sorang paling cantik dalam dunia.sampaikan sanggup berfesyen pelik letak benjol atas kepala"


Aku kalau dah stok macam ni ayat member2 lelaki kondem pasal fesyen tudung perempuan,memang tak boleh nak kata apa lah.perempuan pakai macam tu sebab nak rasa dirinya cantik,tapi ada sesetengah lelaki yang melihat tak rasa menarik pun.lagi teruk dikritiknya lagi adalah.tak percaya,try lah tanya mana2 lelaki apa pendapat mereka pasal pemakaian sanggul palsu ni? adakah nampak cantik dan menarik pada mata mereka? kalau ada yang cakap cantik pun,mungkin 1 daripada 10.yang tak bertudung pun sama,kalau dah hadith kata "menyambungkan rambut itu haram" sama je dengan pemakaian rambut palsu.

teringat dulu masa aku sekolah rendah...seorang ustaz pernah bercakap pasal hadith bonggol unta ni.masa tu,aku tak tahu apa itu sanggul bagaikan bonggol unta sebab sanggul tu masih belum wujud lagi.dan bila sanggul palsu ni mula di perkenalkan secara meluasnya di kalangan perempuan bertudung,barulah aku faham yang sebenar2 nya faham..."owh,maybe ini kot sanggul bonggol unta yang ustaz pernah cakap dulu" ye...aku tau aku bukannya baik sangat nak nasihatkan orang bagai,aku sendiri pun kadang2 buat silap juga tapi saling ingat mengingatilah ye.

tak puashati,terasa,marah? terpulanglah...anda sendiri yang memilih


:: mari undi cerpen peserta 99hari kisah klasik kita

di sini... =p





Beautiful_Rose

10 comments:

  1. uiih. hadis kuat tu. muslim kot.

    ade ke sanggul palsu dlm tudung? hahaha. ak baru tahu nin.

    ak pn x tau kat mana la lawa nye ada sanggul2 ni. hahahaha.

    ReplyDelete
  2. ORANGLIDI :
    ada terjual banyak sekarang.nak tau macam mana rupa,kalau ko tengok kat kedai bergantung anak tudung yang ada bonjot tu,itulah dia sanggul palsu yang dipakai bersama tudung.tak kurang juga yang menjualnya dalam bentuk rambut.macam2 rupa ada...

    ReplyDelete
  3. hensem itu unta.
    ana sangat suka itu unta.
    sangat hensem itu unta....

    hahahaha!

    ReplyDelete
  4. dulu..xde pun bnda2 bonggol ni kan..?

    siapa la gaknya yg bawa budaya bonggol unta ni masuk dalam malaysia..?

    sampaiakn pengacara TV pun berbonggol2 kepalanya...huhu

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    BLOG REVIEW : LIFE 101

    ReplyDelete
  5. aku bukan boleh tgk bonggol neh, gersang aku.. rasa nak cucuk je bonggol tu... tak cucuk pun rasa nak tarik je.. hahahahahaha,

    ReplyDelete
  6. owh..tenkiu rose..teguran mmbina...naseb bek x temasok lam golongn ni...huhu





    :: camne org leh snggup pakai snggul tingi2..berat kot! haha::

    ReplyDelete
  7. NABILAH_2908 :
    tulah kan...masa dulu mana ada bonggol2 ni.ramai je y bersanggul dan berambut panjang.tp tak pulak sampai macam ni.kan.apalah dunia.....

    KUCAK :
    hahaha gersang ye kucak.ko gersangkan bonggol yang mana haa...suke ye bonggol2 ni? =p

    ARM_MJ :
    huhuhu entah aku tak pernah pulak try pakai sanggul macam tu.tgk macam susah jerk. =p

    ReplyDelete
  8. diorang berasa lawa sangat lah tu dengan adanya bonggol kat atas kepala....
    aku paling benci tengok pompuan macam tu....

    ReplyDelete
  9. lelaki pandai komen je.

    laki esp bloger : buruk pakai shawl. lekat2 kt muka. huduh nor.

    m ex berjantina lelaki knpem : awek ai ta suka shawl.. entahlah dia tu. ai suka gul pakai shawl. cntik..

    then how? peh. nyusahkn aku je. tp smpat gk blaja pakai sbb mamat tu. keh2



    bdw, mmg sala pn bab2 bonggol ni~ thx spreadkn.

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah