note : Okeh kita sambung balik entry yang lepas pasal demam denggi.untuk baca entry yang lepas,tengok pada older post bulan june.aku malas nak letak link kat sini.
ini final tak ada sambung2 dah lepas ni,aku pun dah malas kot nak taip panjang2.tau jelah sejak akhir2 ni aku dah kurang kot nak berblogging.yelah entry pun entah apa2 mengarut je lebih.okeh,berbalik pada tajuk,ini sambungan dari entry 4.pagi tu,lepas je doktor habis chek kesihatan aku,mak ayah aku pun datang hantar barang2 keperluan aku.tiba2 datang seorang nurse,bagitau yang aku dah boleh balik tengahari lepas lunch nanti.so,memang itu yang aku nantikan dah tak sanggup nak duduk kat hospital kena cucuk lagi.nurse tu cakap platelet aku ada peningkatan kira aku dah terlepas dari zon bahaya la.maksud aku zon bahaya,antara hidup dengan mati.yelah bayangkan first aku masuk wad dulu platelet aku just 37 je.
tapi aku mesti pantau juga keadaan aku kat rumah mesti kerap minum air dan rehat secukupnya.kata nurse berketurunan india tu,kalau nak cepat sembuh,minum jus tembikai atau air 100 plus atau sup ketam.so,balik tu maka ayah terus beli ketam kat pasar dan balik tu mak buat sup.lama juga la tak makan ketam sebab adik kedua dengan adik lelaki allergik dengan ketam.aku pun allergik juga tapi tak la seteruk diaorang just ada masa2 aku akan allergik dengan ketam.tengahari makan sup ketam malam pun sama esok juga masih sama dan hari2 seterusnya menu yang sama.aku daripada excited terus jadi jemu.kau banyangkan siang malam asyik melantak sup ketam jer boring tau.time tu aku mula buat hal.
faham2 la orang sakit ni banyak songeh serba serbi tak kena termasuk la bab makan memang aku kerjanya nak komplen je.yelah orang lain menu best,aku pula menu asyik lauk ketam je boring kot.agaknya mak aku pun boring dengar aku merungut,akhirnya dapat jugalah aku makan ikan.tapi malam sebelum tu,dia paksa aku habiskan 2ekor ketam yang BESAR GABAK tuh.nak tak nak makan jugalah aku ketam yang terakhir malam tuh.sejak aku keluar dari hospital,dalam bilik mesti ada 2 botol air untuk aku.1 botol mineral water dan 1 lagi 100 plus,aku di wajibkan minum dua2 air tersebut hingga habis.asal kosong je mesti mak aku topup balik.sampai aku dah tak lalu nak minum lagi.
boring aku asal nampak kelibat aku je tak de lain yang mak tanye melainkan dah minum? dah makan? aiseh...boring tapi nak buat macam mana,cakap mak jangan di bantah derhaka namanya.sampaikan aku dok kat hostel ni pun aku akan letak 1 botol mineral besar dalam bilik untuk minum.kire 100 plus aku dah tak minum dah...yelah hari2 minum 100 plus jemu juga.lagi pun aku tak suka nak minum air bergas ni.sebelum minum pun aku buang dulu gasnya.kat rumah,tiap2 pagi mak aku akan bagi aku makan buah tembikai sebelum sarapan.kira duduk kat rumah mak aku la pantau makan minum aku setiap hari.sebab katanya aku,kalau tak diingatkan memang lupa nak makan. =p
selepas seminggu duduk rumah,aku kena kembali semula ke hospital untuk ambil darah lagi.haiih kau ingat lepas keluar tu kau tak kena cucuk? jangan harap...masih ada lagi 1 sesi kau kena buat nak pastikan yang keadaan kau betul2 dah pulih sepenuhnya.macam biasalah...urat aku jenis halus susah nak cari dan kebetullan dapat pula nurse yang kurang pengalaman dengan urat halus,haa...mendapatlah 4x cubaan okeh.2x cubaan dari nurse tu...tak dapat di sodoknya jarum yang terbenam.sakit bengkak dan lebam,yang hari tu tak hilang lagi,tambah lagi.dapat tapi kurang dari 2ml masih tak mencukupi.last2 dia giveup so,dia panggil sister pula.sister try buat tak dapat tak jumpa.last2 aku yang tunjukkan kat mana dia patut cucuk,dan dapat jugala 5ml akhirnya.
apa2 pun sekarang aku dah terselamat dah pun sembuh sepenuhnya dari demam denggi.aku bagitau korang2 lah yang jenis urat halus tu,tolong peka dengan kedudukan urat korang.sebab jenis urat halus ni memang payah nak jumpa.so,kalau korang peka dan tau kedudukan urat korang,tolong bagitau pada nurse atau doktor yang nak ambil darah tu.takut nanti korang juga yang naya.sakit woo kena cucuk,tapi nak buat macam mana kan,nak sihat punya pasal,rela je lah...okeh sampai sini je cerita kita kali ini.fuuhhh lega....... =p
Beautiful_Rose
gua ngah ngidam ketam ni...
ReplyDeleteaku tengah ada flu...leceh.
ReplyDeleteharap takde lebih berat dari ini.
ORLANDO AHMAD :
ReplyDeletehahah ngidam ketam? gi ler cari kat pasar....
GHOST WRITER :
hati2 jaga kesihatan baik2.kalau dah lama sangat sakit,better gi chek.sebab kadang2 benda y kita rasa biasa mungkin petanda lebih parah dr itu.
dah sihat ye. syukur... kat mana urat halus tu?
ReplyDeleteNIL :
ReplyDeletealhamdulillah dah sihat sepenuhnya.....urat halus try cari kat lengan.ada sesetengah orang uratnya timbul kejap je dah boleh nampak.kalo jenis halus,uratnya memang tak nakpak.kena tekan kat situ rasa dgn jari.
wah,sedap juga makanan org sakit ni kan.aku yg sihat pon dah lame xmakan ketam.kah3
ReplyDeletealhamdulillah kau da sembuh.
ehe...mesti la sedap.tp makan kat hospital tak sedap =p
ReplyDeleteaku paling suka tengok darah......
ReplyDeleteIETA :
ReplyDeleteerk,kenapa kau suka tengok darah pulak?
eh,kenapa aku jadi anonymous pulak? -_-"
ReplyDeletetakoot lak ila dengar demam2 neh...
ReplyDeleteila xpndai la bab2 urat neh...ehhehe