Tuesday, July 5, 2011

Jangan Cari Penyakit


Ini bukan cerita pasal demam denggi bukan juga cerita pasal budak2 nak bersunat,itu lain entry nanti aku update.kali ini nak cakap sikit pasal benda yang tersangat penting untuk masa depan,kebahagiaan dan kesihatan.sangat2 penting aku ulang lagi sekali untuk memberi impak bertapa pentingnya hal ini PENTING! hambek kau kira berapa kali aku sebut perkataan penting kat situ? nampak ini kes serius sebab aku kecewa yang amat dengan budak remaja zaman sekarang.terlalu kecewa sebab mereka telah menghancurkan separuh daripada kebahagiaan hidup sendiri.kenapa?

aku kerja kat klinik dan gologan yang ambil rawatan kat sini bukan dewasa dan kanak2 saja remaja pun ada,malah hari2.maksud aku macam ni...klinik aku ada buat 1 program untuk memulihan golongan yang terjebak dalam gejala dadah.ini bagi mereka yang nak insaf so,datang sini untuk jalani program ini di samping pendaftaran dan kaunseling dari doktor secara percuma,tapi ubat harus bayar ye....program ini tak boleh buat suka2 hanya doktor bertauliah dan punya lesen saja di benarkan.dan mereka juga di beri ubat khas untuk mengurang atau mengawal ketagihan mereka.

selama 3tahun lebih aku bekerja kat sini,apa yang aku perhatikan,ramai juga yang berjaya pulih dan tak kurang juga yang bertambah teruk.maksud aku bertambah teruk,mereka sudah berada di paras bahaya dimana virus HIV sudah mula memakan diri mereka.dan kesudahan hidup mereka adalah mati dengan sia2.sangat2 sedih...gologan yang paling ramai mestilah dari kalangan orang2 muda dalam lingkugan 20tahun dan keatas.paling tua pun mungkin sudah berpangkat "atok" dalam lingkugan 50-an atau 60-an.setakat ini yang terpaling muda pun dalam lingkungan 16tahun ke 18tahun.sangat mengecewakan 16tahun sangat muda! sedih betul.

majoriti adalah lelaki "melayu"manakala india di tempat kedua dan cina di tempat ketiga.ini berdasarkan rekod bulanan dan tahunan yang di buat.dan baru2 ini seorang ahli baru,perempuan.buat kali pertama selepas 3tahun lebih aku bekerja di sini.masih muda umur dalam lingkungan 18tahun.baru habis sekolah! bayangkan diusia semuda itu mereka telah mensia2 kan separuh dari hidup mereka yang mana sepatutnya mereka menjadi pelapis generasi akan datang.rugikan masa muda yang sangat berharga,masa mudalah mereka nak meneroka dunia,tapi bukanlah di jalan yang salah hingga memakan diri.

setiap bulan sekali mereka harus menjalani urine test drug heroin dan morfin sebelum mengambil ubat.ada yang cuba menipu dengan mengatakan yang mereka tidak lagi mengambil dadah,tapi bila buat test,memanjang je kantoi.apa guna jalani program ini jika diri sendiri tidak dapat mengawal diri? masih lagi ambil dadah dan dalam masa yang sama tetap datang ambil ubat.tahu tak,harga ubat tu sangatlah mahal...paling sedih bila ada yang ambil ubat ini di bayar oleh ibu bapa sendiri.dan tak kurang juga pada mereka yang sudah beristeri.manakah nak tanggug anak dan bini nak beli ubat lagi.

haraplah sangat2 kepada adik2 yang masih muda,kalau terbaca entry ini,silalah ambil perhatian fikir baik2 untuk masa depan yang berharga tu.dadah tu,ko rasa sedap lalok khayal kejap je,lepas tu bila dapat penyakit,ko menderita sepanjang hayat.kalau yang terlebih dos tu,jalan teruslah jawabnya.tolonglah fikir baik2 sebelum mencuba sesuatu buruk baiknya.kos perubatan dah la mahal,tambah ko ketagih nak cari bahan pun bukan murah ye dak...dari ko bazir duit beratus2 tiap bulan,baik ko menabung.kurang2 ada juga masa depan.fikir2 kan lah...untuk kebaikkan diri sendiri jugak.






Beautiful_Rose

10 comments:

  1. gua dulu penah di 'urine' test kan...

    ReplyDelete
  2. ergh , manusia tak pernah puas , lambat insaf .


    anda ditag utk GA ni , tiada paksaan

    http://scyalollita-contest.blogspot.com/2011/07/1ga-handmade-domo-kun-plushie-by-bunbun.html

    ReplyDelete
  3. ergh , manusia tak pernah puas , lambat insaf .


    anda ditag utk GA ni , tiada paksaan

    http://scyalollita-contest.blogspot.com/2011/07/1ga-handmade-domo-kun-plushie-by-bunbun.html

    ReplyDelete
  4. isq23,,,
    tak sakit cari penyakit

    ReplyDelete
  5. apa yg seronok sngt ambil dadah ni yer...

    adakalanya org yg tak bersalah pun turut jadi mangsa...

    saudara terdekat..penghidap HIV..dtgnya dari bekas suami..

    sedih...tapi itu ujian tuk dia..dah meninggal pun sekarang ni..ada sorang anak... Al-fatihah...:(

    ReplyDelete
  6. dah sakit pun tak sedar2 lagi ker..aduhai.mungkin dowang dah tanamkan dalam hati.."alang2 menyeluk pekasam biar sampai tenggelam!".tapi masalahnya dowang dah bagi masalah pada yang masih menghargai hidup.

    ReplyDelete
  7. budak2 sekarang neh memang suka cari penyakit kan...

    dah xpk masa depan agaknya...

    itu orang cakap,xdak penyakit ari penyakit...huhu

    ReplyDelete
  8. bagi aku nie semua mula dari rokok.

    ReplyDelete
  9. kadang2 tu remaja sekarang ni suka mencuba...bila dah start mencuba..ni lah jadahnya.....
    jadi penyakit...

    ReplyDelete
  10. syukur masa remaja dulu x sentuh benda tu

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah