Thursday, August 5, 2010

INI IKLAN (Tempahan Sulam Tangan Kini Sudah Dibuka)

.
.

Assalamualaikum...
ini bukan entry nak membebel tak tentu pasal,aku juga sedar blog aku bukan blog yang berilmiah lagi berfaedah untuk di jadikan sumber rujukkan.okay2 aku tak nak cakap banyak,aku nak cakap sikit je....tempahan sulam tangan kini sudah di buka.so,kepada sesiapa yang berminat nak membuat sebarang tempahan,boleh klick kat blog Tangan Emas - Jarum Berlian untuk lihat sample okay.di sebabkan blog itu baru buka,maka banyak sample yang masih lagi belum dapat di upload.so,sample2 yang ada hanya jenis sulam yang simple2 saja,sebarang design lain boleh runding.harga mengikut design sulam,jenis manik dan benang.hanya mengambil tempahan baju siap sahaja.untuk sebarang tempahan boleh email terus ke azie.rose@yahoo.com atau SMS terus ke no ini - 013-4245341 sekian terima kasih kekasih =p

.
.
.
.
.

.


Beautiful_Rose



Tuesday, August 3, 2010

Perhatian Kepada Semua Umat Manusia

.
Sebenarnya tidak ada apa yang penting sangat pun...tajuk saja nak gempak macam sengal je.okay2 jangan nak meyumpah seranah aku,aku sedang di dalam mood malas nak update tapi terasa macam nak update.ayat macam minta penampar...aku sangat bz sekarang dan semangat mahu berblog semakin pudar seperti pudarnya cintaku pada mu _____ (isi sendiri tempat kosong) klinik semakin di penuhi dengan pesakit.mereka datang dengan membawa virus lalu pergi dengan membawa ubat.
.
kesannya virus2 tersebut mula menular kepada doktor,aku dan teman sekerja...tension okay.hari tu aku pulih dari demam,dan sekarang demam kembali...mujur tidak teruk masih boleh di kawal dengan langkah pencegahan menelan antibiotik ceporex berbau hanciing kucing itu.sekarang cuaca agak tidak menentu sekejap hujan sekejap panas.nyamuk2 ades mula mahu menyebarkan baka untuk mewarisi tugas nenek moyang menghirup darah2 segar.so,peringatan kepada korang2 semua,sila jaga kesihatan diri sebaik mungkin kerana virus demam mula menular....
.
:: semalam ::
Pesakit hari ini : 120orang
income : rm2247
penyakit : viral fever,URTI
.
pesanan ini tidak ada penajanya sekian terima kasih kekasih =p
.
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose



.

Thursday, July 29, 2010

Orang Melayu Tapi Tak Faham Bahasa Melayu!

.
Memang mangkuk tandas lah tak faham2 lagi ke penat je aku tulis terang jelas dan nyata kat kertas A4 tuh.tak kan x boleh baca kot? lagi nyata,bila kau nampak pintu memang sudah berkunci tertutup rapat siap pakai rantai dan mangga lagi.kau agak2 pintu tu boleh buka lagi ke? dah tu kau tolak2 pintu tu kau ketuk2 bagai nak pecah,kang kalau pecah kau nak ganti? dah la ubat kau beli pun berhutang,nak ganti harga pintu yang tak kurang harga 1000 kau ada duit?
.
mengong betul kau call klinik bertalu2 kat depan pintu,kang aku maki "kau bodo tak blaja" kau marah pula.tapi dah memang nyatalah kan kau memang bodo pun kot.yelah tak kan tak faham x boleh baca,kau ejalah.tak pun kau tanyalah kedai runcit sebelah tu ke...nak kata kau india tak juga nak kata kau cina pun bukan juga nak kata kau orang asli langsung tak ada rupa.dah sah kau ORANG MELAYU tapi tak faham bahasa melayu.aku tahu aku bukan orang melayu original 100% aku juga bukan suka suki nka kutuk orang melayu,sebab mak,atuk2 dan opah aku pun melayu.tapi tak la sengal macam kau sampai tak faham bahasa melayu,ngok!
.
notis tu aku tulis dalam bahasa melayu siap bold kan lagi setiap perkataan bagi terang jelas dari jauh pun boleh baca dan nampak.tapi kau ni kenapalah bengap sangat...masih lagi dok call dok ketuk pintu dok jerit2 macam orang kena meroyan.nampak macam monyetlah kau ni tak reti nak bersabar ke.kau fikir kami ni tak perlu berehat kah? penat okay hari2 kerja tanpa rehat nak layan karenah jin sorang2 kau ingat best? memang tak bestlah kan,so bagi la kami rehat sikit sesekali bukan selalu pun.kat pekan ni ada 3 klinik lagi kan,so kau pergilah mana2 klinik yang buka.why nak jadi bodo dok terkinja2 kat depan kaki lima ni? semak lah wat sesak je mata aku tengok.aku nak rehat pun tak senang.susah betullah kalau ORANG MELAYU YANG TAK FAHAM BAHASA MELAYU ni!
.
.
.
.
.
.
.

.
Beautiful_Rose
.
.

Ubat Itu Racun Yang Saya Perlukan Untuk Terus Hidup.

.

Saya tidak suka makan ubat,ini serius saya berkata dengan serius.ubat itu racun yang saya perlukan untuk terus hidup.tapi saya tetap tidak suka makan ubat SETIAP HARI.saya bosan saya sudah muak! muak! muak! nak muntah.....

.

saya jenis yang sangat menjaga kesihatan diri saya akan kontrol setiap pemakanan saya .saya juga kontrol persekitaran saya supaya tidak tercemar dengan pekara2 yang membolehkan saya jatuh sakit.saya benci merasa sakit benci sangat2 sakit itu benar2 buat saya rasa diri tersiksa dan terbinasa.saya batuk sedikit uhuk,uhuk,uhuk tapi orang di sekeliling dengar seperti parah nak mati.wajah saya nampak pucat lesu dan keletihan mungkin saya tak cukup tidur,tapi orang sekeliling pandang seperti hampir mati.

.

bosan.....asyik2 ubat hari2 makan ubat rasa seperti sudah menjadi makanan asasi makanan ruji makanan wajib yang harus saya telan secara paksa.dulu,saya rasa ubat itu pahit sekarang saya rasa ubat itu seperti sudah tiada rasa,telan dengan selumber tanpa perasaan.saya marah bila ada orang jadi batu penghalang untuk saya buat sesuatu yang saya suka.saya suka camping,saya suka travelling,saya suka daki gunung,saya suka taekwondo,saya suka kawad kaki,saya suka volly ball,saya suka berbasikal,saya suka jalan kaki.banyak yang saya suka tapi,ramai orang melarang atas alasan SAYA SAKIT.

.

benci okay saya hanya sakit sikit saja masih belum mahu mati lagi...saya masih punya kaki tangan yang lengkap untuk bergerak masih punya kudrat dan semangat untuk buat apa saja yang saya suka.jadi tolong JANGAN LARANG apa yang saya mahu buat,saya sangat tidak suka di layan seperti orang sakit.saya masih sihat saya masih kuat saya yakin saya mampu lawan segala kesulitan.tolong jangan buat saya seperti orang lumpuh yang tidak mampu bangun saya benci di layan seperti itu.

.

.

.

.

.

.

.


.

.

.

.

.

.

.

.

.

SAYA MASIH SIHAT

SAYA MASIH MAHU HIDUP!!!

.

.

.

.

.

.

Beautiful_Rose



Wednesday, July 21, 2010

Berakhirnya Selepas 6 Tahun Berlalu

.

.

.

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL PENGAKAP RAJA NEGERI PERAK

.

.

.

TEMPAT : IPOH

TARIKH : 23 - 24 JULAI 2010

PESERTA : TAHUN 2004

.

.

.

.

.

.

.

.

Protokol?

Raptai?

wish me luck! =)


.

.

.

.

.

.

.

.

.

Beautiful_Rose



.

Wednesday, July 14, 2010

Tak Puas Melepaskan Rindu Dendam Bersama Kekasih Gelap

::: ini entry basi dah berhari2 aku simpan kat draft.mood malas nak update blog just blogwalking dan komen kalau perlu.sedang membina aura untuk menjahit,so 2bulan ini adalah bulan yang agak sibuk dari biar...luar biasa kan? blog baru sedang dalam pembikinan kemalasan nak upload pic.tapi akan di usahakan unutk update gak.kalau tak,nanti income lari pula.... =p :::
.


Wahh! satu perkataan menandakan.....erk,puas ke? mesti tak lah kan lagi2 bila dapat bermanja senda gurau bersama kekasih gelap.rindu gila ohh lama tak jumpa rasanya dalam 3minggu kot macam tu.maka,dengan menggunakan kemudahan yang terlalu mudah aku pun call kekasih gelap.hohoho 3minggu tak jumpa banyak pekara yang di bualkan sungguh aku rindu sangat semua kenangan itu.
.
okay aku habiskan masa 2jam untuk berbual dengan kekasih gelap.pelik? tak lah semalam aku buat kerja di bahagian pack ubat so,sambil pack ubat sambil call.aku tak pegang pun hp tu...gilo ke apa lenguh okay 2 jam non stop nak pegangn hp.dah tentu la hp tu aku selitkan kat tudung,bijak tak? =p (sudah melanggar etika bekerja) tapi takat 2 jam saja...kalau boleh nak lama lagi.tapi mengenangkan nanti hujung bulan dapat surat cinta dari digi mati aku nak bayar =p heheh aku bayar ke?
.
owh sudah berjanji dengan kekasih akan ke kuala selangor jika berkelapangan...kalau boleh nak pergi ramai2 dengan lily siblings yang lain.tapi belum tentu berkesempatan coz semua sudah membawa haluan masing2.....maybe aku just dapat pergi dengan scandal saja atau mungkin juga seorang diri.tak apa lah ikut rezeki masing2 kan.apa2 pun aku rasa gembira sangat dapat juga melepaskan rindu biarpun barang sebentar =)
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose

Friday, July 2, 2010

HARI GEMILANG


Okay sedang ingin menunaikan janji2 manis ku...entry yang sudah lama panding just upload pic then simpan kat draft.tak ada masa nak taip kemalasan sebenarnya =p ini cerita pasal Hari Gemilang kat kolej sebelum aku tamat belajar.okay aku malas nak taip banyak2 so,cuci mata dengan tengok pic jelah ehh.....


tema tahun ni tradisional so,semua orang pakai baju tradisional masing2 la yerk...


pilih yang mana 1 jadi pilihan =p


dikir barat dari student...kelantan ke,tapi setahu aku mus tuh budak utara kan? pelik...

hohoho yang ni best! fashion show dari jabatan dress making level 2,agak2 mana satu slim cutting yang aku designkan?


design senior dress making level 2 in take october 2009
oren semua ya......


pink in black! yeah design senior dress making in take june 2009
and january 2010


pilih yang mana berkenan di hati....pilih dress je model tak boleh yek


ini designer dengan modelnya
nama dress ini mestilah "beautiful rose" =p
owh,perasan tak kat widget sebelah kanan ada gambar dress ini???


designer dengan model...entah aku tak tau pula apa nama dress
itu aku lupa lah....sorry =p


model2 yang hensem2 belaka...


persembahan nyanyian dari jabatan hair dressing level 1 - 2


persembahan boria dari jabatan elektronik level 1 - 2


ustaz mat saha & encik nahar interframe sekali
owh,encik nahar ada blog sesiapa berminat dengan basikal,boleh

link ke sini ye...aku berminat tapi basikal tarak!


amboi2......


miss u all........
next time kita jumpa lagi kat INPENS
sama2 berjuang untuk level 3 pulak =)



erk???
okay no komen......hanya gosip liar semata2
itu orang sudah berpunya,kekasihnya kini berada di UPSI
aku hanya menumpang =p apakah???
(tengok la muke aku yang macam cuak 2)




.



.
.
p/s : cerita tentang dress beautiful rose coming soon..... =)






Beautiful_Rose

Thursday, July 1, 2010

Hilang Ingatan

.
Hari keempat bekerja baru nak buat entry pasal kerja,agak2 dah basi ke? peduli la ada aku kisah? =p aku kerja macam biasa macam tahun sebelum2 ni kerja yang sama.mengadap karenah patients yang macam2.doktor pun still masih sama seperti dulu tidak pernah berubah masih tetap berbaik hati dan cool.tapi sejak masuk kerja,aku selalu bangun lewat jam 5.30am macam tu kadang2 5.45am baru terhegeh2 nak bangun mandi.kalau dulu jam 4.30am aku dah bangun pergi mandi siap breakfst lagi,awal gila aku sarap macam nak sahur pula.entah maybe faktor bosan terlampau kot sebab tak cukup korum.
.
owh ada pekerja baru...masuk kerja sama dengan aku hari isnin lepas.setakat ni not bad la coz masih dalam pembelajaran lagi.so,just aku dengan dayah yang lebih senior training budak nieh just takat ajar pekara2 basic dulu.like nak handle patients,buat ubat,register lain2 nanti dulu nak bagi dia biasa dengan keadaan kat klinik ni.aku sendiri pun sometime terkial2 juga,yelah dah 6month macam tu aku tinggalkan kerja sebab continue study kan.so,ada juga benda2 yang aku agak2 kelupaan sedikit.tapi semua tu tak ada hal sangat still boleh lagi la nak backup.tapi tadi.....
.
entah kenapa aku boleh tiba2 terlupa password pc doktor sedangkan semalam-semalamnya aku yang on kan pc tuh.cett hampeh jerk...2x aku try tapi "invalid password" apakah? sudah tukar ke passwordnya? hohoho aku abaikan and just on kn pc kat kaunter jerk nanti minta dayah on kan jelah eh =p okay tu pasal on.semalam-semalamnya pula terjadi kes bacaan strip urine drug tidak boleh dibaca...agak lama juga kot aku celup benda tu kat urine patients tapi kosong langsung tak boleh dibaca then bagitau kat doktor "doktor,tak boleh nak baca kosonglah" terus doktor datang tengok rupanya aku terlupa nak cabut penutup strip tuh.kahkahkah okay gelakkan diri sendiri patut pun tak boleh nak baca.
.
semalamnya datang seorang regular patients kawan doktor sendiri memang dah biasa aku tengok dia dulu.so,dia nak register...
"boleh bagi ic tak?"
okay muka aku blur2 minta ic dia.
.
"eh,nak kena bagi ic ke,dah biasa datang"
buat muka pelik
.
"heheh saya lupa..."
=p
.
nampak tak...aku sudah semakin nyanyuk ke apa tah,semua benda pun boleh nak terlupa cett.itu baru 6 bulan tak kerja,kalau setahun maybe kena training juga aku ni nampaknya.hahaha apa pun setakat ini masih boleh melepak lagi coz bukan musim sakit,jadi klinik tak lah bz sangat sebenarnya.kira aku masih boleh bersuka ria lagilah tapi bersuka ria dengan poket yang kosong amatlah tidak seronok kan.okay2 bajet tahun ni mesti kena bajet tak boleh macam dulu lagi.nak beli apa2 kena list kan dulu dan fikir 3,4ribu kali baru beli.makan pun dah dicatu...ke memang aku tak nak makan? =p
.
.
.
.
.

.
p/s : entry hari gemilang coming soon........ =)
.
.
.
Beautiful_Rose

Monday, June 28, 2010

Gadis Haruman Maskulin






Aku nak tahu,pelik ke kalau seorang perempuan memakai minyak wangi lelaki? aku rasa macam normal je kot...aku rasa baunya agak nyaman lembut dan tidak menusuk hidung.jadi sangat selesa.tapi ada saja yang nak komen macam2,ikut suka hati akulah nak guna pakai apa sekali pun bukan guna duit engkau pun...
.

Spirit Aqua tutup hijau brand Avon (promote) serius aku suka gila dengan bau perfeum nieh.walaupun ni perfeum untuk lelaki tapi aku memang suka gila.so,aku ada beli 1 botol untuk diri sendiri.aku memang manusia yang gilakan minyak wangi dah berbelas botol dalam koleksi.tapi semua tu perfeum untuk perempuan now sudah jatuh hati sama encik spirit aqua,so aku pun beli satu...

.

.





"wanginya bau perfeum ni?"

.

"(senyum macho)"

.

"tapi kenapa baunya macam perfeum lelaki?"

.

"memang perfeum lelaki pun"

.

"kau pakai?"

.


"yup"

.

"eee....busuklah perfeum lelaki"

.

"erk,biarlah aku rasa sedap je"

.

"peliknya.kenapa pakai minyak wangi lelaki?"

.

"sebab aku punya sukalah nak pakai apa pun"

.

.





.


.

Beautiful_Rose



.


.

Saturday, June 26, 2010

Hakikat Kebenaran

.
Penat...hidup di sebalik rahsia adalah memenatkan.kalau di beri pilihan,aku nak hidup bebas tanpa perlu memegang sebarang rahsia.mana satu jadi pilihan,berterus terang dan melukakan yang lain atau seksa diri dengan berahsia? kalau kau rasa itu baik,lebih molek jika berterus terang saja.tapi ada kalanya situasi memaksa kita menyimpan rahsia biar pun satu masa nanti,kebenaran akan terungkan juga.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose

Wednesday, June 23, 2010

Jalan Sehala

.
Jalan sehala one way maksudnya tak boleh nak buat dua hala sebab akan berlaku perlanggaran sesama sendiri.tapi kalau nak nak hentam juga boleh tak ada masalah,kalau patah riuk kau tanggung lah sendiri.sebab kau sengaja nak cari nahaskan betul tak?
.
masalah betul bila kau tak nak,tapi orang asyik paksa kau macam2.kau siap bagi macam2 alasan kadang2 kau sengaja sembunyi diri.lagi teruk bila kau terpaksa mendosakan diri untuk menipu sebab nak mengelakkan diri.ini klue cara terhormat tapi ada juga yang masih tak faham bahasa
atau mungkin juga dia memang tak faham atau saja buat2 tak faham.
.
haiih...penatlah nak cakap secara direct takut nanti terkecil hati pula.kalau tak kerana fikirkan hormat,dah lama aku sound panah tepat ke hati kang berdarah parah susah aku juga.ishh...musuh jangan dicari tak baik.
.
.
.
.
"hello..."
.
"yup hello" (muka kerut2 sebab no hp tak save)
.
"ni abd A"
.
"owh...yeke"
.
"azie sihat ke?"
.
"tak berapa nak sihat..."
.
"tak balik kampung ke?"
.
"ermm kat kampung la nieh"
.
"la yeke...ingat kat KK lagi sebab abg A nak pergi rumah makcik esok "
.
"oooo...."
.
"rumah makcik kat KK juga"
.
"yeke tak tau pulak"
.
"tak apalah azie rehat la ye"
.
"okay"
.
"assalamualaikum"
.
"wasalam..."
.
.
.
.
.
.
..
Beautiful_Rose

Tuesday, June 22, 2010

Bertenang

.

BERTENANG.....

pasti ke aku boleh bertenang untuk hari ini? sedangkan semalam jiwa sudah berkecamuk dengan pelbagai coretan2 yang penuh dengan kebosanan.wahai sekalian pembaca dan pelawat senyap apa yang kau cari di sini? maklumat? info berguna? maaf ini adalah laman yang sangat2 membosankan.langsung tidak ada pengajaran untuk kau jadikan rujukkan.yang ada hanya keluh kesal seorang manusia yang hampir kehilangan arah tujuan.

.

aku marah pada diri sendiri sebabnya aku mula terfikir.....kenapa aku harus terlalu berbaik hati dengan orang? sedangkan mereka langsung tak pernah memandang kebaikkan aku untuk di hargai barang sekejap mungkin.terasa diri ini telah di perbodohkan untuk bertahun lamanya...terus teranglah jangan nak pandang aku ini seperti manusia naif yang terlalu lurus dan tulus.serius aku bukan jenis manusia yang suci tanpa titik2 dosa dan hati aku juga tak putih jernih seperti air sungai mengalir tanpa pencemaran.

.

aku ini orang kasar ini memang benar dan kenyataan aku seorang yang kasar keras kepala dan juga egois! hairan kerana memburukkan diri sendiri begitu? kadang kala terasa bosan menjadi seorang yang baik di mata sekalian yang melihat.sila lihat hati aku dengan microskop berkuasa terpaling hebat dapat tak kau lihat jiwa aku penuh dengan ruang2 kosong yang bertampal dan berlopak di sana sini? mungkin aku perlu berubah menjadi seorang yang agak agresif mungkin dan sedikit angkuh serta memantingkan diri sendiri.

.

.

.

.

.

.

.

AMARAN KERAS

jangan cuba petik mawar berduri itu!

.

.

.

.

.

Beautiful_Rose



.

.

.

Transfomer


.

Okay ini cerita pasal dress yang aku design hari tu "beautiful rose" saat terakhir aku aku letak nama ni kat dress tu.PP dah bagi masa seminggu untuk fikirkan nama dress tu tapi aku blur.entah macam mana bila time PP minta borang tu,baru aku hegeh dok fikir nama dress.tiba2 ting! feeling ada mentol atas kepala tanda dapat idea "beautiful rose!" okay laju je tulis kat borang then hantar pada PP...

hohoho sebenarnya masa aku nak buat dress ni memang dah tahap nak giveup pun.ko bayangkan lagi seminggu fashion show dress aku still tak siap2 lagi.sedangkan orang lain dah siap semua dah siap dah suruh model2 diorang try lagi.aku pula still lagi terkial2 menjahit siang malam sebab nak siapkan jaket yang kolar ropol2 tuh nangis woo...sampai rasa macam dah nak tarik diri pun ada.dengan masalah nak cari model lepas tu dah dapat model nak sponsor high heel dengan makeup pula.



SEBELUM SELEPAS


Gambar diatas...dress aku kini dipakai oleh patung dalam bengkel,sangat sayang dengan dress ini.aku memang bercadang nak beli dress ini,bukan nak pakai ye tapi nak buat kenangan je.tapi lepas fashion show tu,aku masuk kelas.....


PP : rose,awak tolong tanggalkan baju kebaya hijau kat patung tu.


aku : yang ini ke?


PP : ye yang itu,lepas tu awak ambil dress awak pakaikan kat patung tu.


aku : erk,? macam tak boleh beli je (cakap dalam hati)


PP : erm...kalau awak ada masa free nanti,boleh tak tambahkan manik kat jeket ni?


aku : tambah manik macam mana?


PP : jaket awak nampak kosong sangat nanti saya bagi manik.


aku : ye...baik.



ye manik pada jaket sudah di tambah...aku jenis tak berapa nak suka terlalu banyak perincian pada baju.that's why la jaket nampak kosong,aku lebih suka something yang nampak simple je.so,gambar sebelum tu kosong tak ada manik yang di tambah.dan gambar selepas manik2 yang sudah ditambah.jangan tanya kenapa banyak gila manik2 kat jaket tu...PP yang nak aku buat macam tu,so aku ikut arahan je.


pasal nak beli dress tu,memang pun aku tak dapat nak beli...sebab PP cakap mana2 dress yang dia suka dan cantik dia nak simpan buat koleksi kat jabatan.mana2 yang kurang berkenan,boleh di beli kalau mahu...hoh,aku nak beli dress yang aku jahit wat pe beli dress orang pulak kan.so,aku redhakan aje...nasib baik aku dah snap pic dress ni banyak.tak apalah nanti aku try buat yang lain je...






p/s : entry masalah model dan beautiful rose dress coming soon.... =)





Beautiful-rose







Monday, June 21, 2010

Harapan Kecewa

.
Pernah tak satu masa kau di beri harapan yang terlalu tinggi...lebih tinggi daripada langit mungkin? saat kau hampir putus asa hampir jatuh terduduk ada orang push kau bagi kau semangat janjikan macam2 bayangan indah.dan kau kembali bersemangat untuk terus mengejar dan mengapai impian.setelah kau berjaya,kau di minta untuk sabar menanti ganjaran yang bakal kau dapatkan.bertahun2 kau menanti penuh dengan debaran dan kebanggaan kerana kejayaan kau satu masa dulu bakal terealisasi dengan kenyataan.tapi bila kau terima khabaran itu.....
.
kau rasa terpukul,tertipu hancur semua harapan debaran yang bersulamkan senyuman renyok seperti kertas yang di lemparkan ke dalam tong sampah tanpa perasaan.kau marah kau kecewa kau rasa teruk sangat.hanya kerana kesilapan orang lain,kau terpaksa terima padah kenapa? segala hasil usaha,masa,tenaga langsung tiada harga depan mata mereka.paling menyakitkan bila kau terpaksa korbankan sesuatu yang lebih berharga untuk mendapatkan sesuatu yang langsung tiada guna untuk kau.
.
sungguh sakit itu tak dapat nak digambarkan diatas kanvas hanya kau yang merasa.....kejayaan kau sebenarnya hanya untuk menaikkan nama orang lain hanya untuk di bangga-banggakan oleh orang lain bukan untuk kau akhirnya.segala penat lelah kau selama ini hanya untuk memegahkan mereka saja.tapi kau dapat apa? sakit?
.
.
.
.
.
aku benci korang semua penipu!
pulangkan semua yang aku dah lepaskan!

.
.
.
.
.
********** (:'_':) **********
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose

.
.
.

Friday, June 18, 2010

Ku Bawa Pergi

.
Seandainya satu masa nanti aku telah tiada lagi,laman ini tetap akan hidup bersama kenangan dan setiap baris kata yang telah tercoretkan akan kekal sampai bila2.seseorang telah diamanahkan untuk menjaga laman ini setelah aku tiada nanti...
.
.
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.
.

Sunday, June 13, 2010

T.A.M.A.T

.
14 JUNE - FASHION SHOW & HARI GEMILANG
15,16,17 JUNE - FINAL EXAM
19 JUNE - JURULATIH HOLIDAY
.
.
.
.
.
.
Iklan tempahan sulam manik bakal dibuka tak lama lagi,nantikan corak2 terbaru serta bakal ada barang baru untuk di jual tunggu lah ye.minggu depan hari last dan juga hari untuk memberambuskan diri dari penjara itu.seronok-ronok okay.sudah ada plan baru untuk kehidupan baru.hope2 tak ada lagi keluahan yang membosankan di sini.marilah kita bersama2 bergembira dengan meriah! =p
.
.
.
p/s: entry ini sangat pendek sebab kejap lagi mahu pulang ke kuala selangor seawal mungkin untuk persediaan fashion show esok.hope2 model aku mampu lakukan yang terbaik untuk baju aku tu.mahu tengok baju itu? tunggu nanti aku upload selepas fashion show nanti.....owh itu minggu final exm juga hope aku mampu buat yang terbaik.sangat gerun dengan amali test hope2 sempat jahit vest dengan kadar kelajuan maksimum 4jam saja di beri.
.
.
.
.
.
.
.
.
masa taip 11:25AM




Beautiful_Rose

Sunday, June 6, 2010

Bersuara Untuk Membela Diri Disalah Tafsirkan Sebagai "Melemparkan Kata2 Kesat"

.
Siapa salah sebenarnya masih lagi menjadi tanda tanya pada aku.sedangkan yang mula2 terasa hati adalah aku bukan dia.tapi kenapa dia menghantar mesej begitu pada aku? gurauan kadang kala boleh menjadi sindiran pedas pada sesetengah orang itu terpulang pada cara kamu menganalisis sesuatu bentuk tiap perkataan yang kamu luahkan di situ,benar?
.
semalam terdapat satu komen pada FB yang betul2 buatkan aku sentap gila...mungkin dia merasakan itu adalah gurauan,tapi tidak pada aku kerana kata2 yang di taipkan di situ buatkan aku makan dalam habis.tiba2 terasa diri ini begitu terhina dan terlalu rendah sekali di sisi mereka2 yang turut terbaca komen tersebut.
.
lalu aku membalas komen tersebut untuk membela diri yang tak terbela ini aku menggunakan ayat2 "penegasan" di situ.dan pagi ini dia membalas pendek seakan terasa hati dengan kata2 aku itu.tiba2 dia menghantar mesej ke chatbox menyatakan sesuatu berbentuk luahan rasa yang mana kata2 aku tadi adalah "kata2 kesat" aku terkedu...dan kembali membaca komen tersebut,tidak ada sebarang kata2 kesat di situ hanya sekadar ayat untuk membela diri itu saja.
.
dan baru ini aku lihat kembali ke kotak komen tersebut,komen yang dia hantar telah di padam.hurmm...siapa salah aku sendiri tidak pasti tapi apa yang pasti aku hanya mahu membela diri dan tidak mahu di pandang rendah oleh orang2 lain.komen2 yang di tinggalkan di FB boleh di baca oleh beribu2 orang di luar sana.mana mungkin aku membiarkan diri menjadi bahan ketawa orang lain.terasa seperti di perlekeh pula.terus terang aku katakan di sini aku sangat2 terasa hati dan rendah diri serta malu yang teramat jika menjadi bahan ketawa ribuan orang di luar sana.
.
.
.
.
.
.
.
jika "anda" membaca ini,saya pohon maaf sekiranya saya salah.tapi saya tetap mahu tegaskan di sini yang kata2 "anda" benar2 buatkan saya terasa hati yang teramat sangat.terima kasih kerana menegur...
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose


.

Hari Ini

.
- pergi klinik
- jahit tepi slim cutting
- potong kain wat jaket
- repair kasut kesayangan
- balik kuala selangor seawal yang mungkin
- ajar encik purple dan scandal sulam manik
- potong kain vest
- study sikit
- tidur
.
.
.
.
.
jadual sangat penuh hari ini...banyak pekara aku nak selesaikan dalam satu hari ni.hope2 semua berjalan lancar.tekanan mental fizikal betul2 buatkan aku rasa sedikit down.mood tak menentu asyik nak cepat marah je tapi tak mampu nak lepaskan sebab terlalu penat.so,sudah mula membuat plan setel trial,kawad tamat latihan,malam gemilang,boleh rehat sikit sambil study untuk final nanti.tinggal lagi 2minggu untuk final tapi debar masih tak terasa,seakan tidak ada perasaan untuk menghadapi final.sedangkan sendiri sudah maklum final memang susah gila terutama bab amali.aku tak dapat nak banyangkan macam mana keadaan aku masa nak buat amali nanti.lukis pola,gunting kain,menjahit dalam satu masa yang sama...pengsan okay...
.
.
.
- lukis pola
- gunting kain
- menjahit
- masa di beri 4jam -
.
.
.
.
aku mesti pulun habis2 pada teori dan folio sebabnya aku memang kantoi habis kalau nak buat draft pola.serius okay aku tak mampu nak buat pola tanpa nota memang blank jawabnya.sedangkan masa trial pun aku boleh tersilap sana sini...hishhh risau lak tiba2
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose


Saturday, June 5, 2010

Hati Kering

.
Penat betullah aku dalam 3minggu ni,mana nak jaga hati sendiri nak jaga hati orang lagi letih la.asyik2 aku saja nak faham orang,tapi orang tak pernah nak faham aku.semalam,kena marah agak teruk dengan PP.tapi yang anehnya entah kenapa aku sekadar dengar kata2nya seperti atas angin.mungkin sebab aku dah tanam prinsip ni dalam hati...redha,pasrah dan senyum kalau kena marah.okay,setelah 2hari bercuti tanpa kebenaran,hari ketiganya aku masuk kelas dengan agak kalut yelah kerja tak siap kan...padan muka untuk diri sendiri.tapi penat je aku kalut PP pulak MC.hari khamis PP masuk dah panggil nama aku sebab tak datang 2hari,dengan muka tak ada perasaan aku terus bagi surat MC kat PP then dia diam lepas tengok surat tu.
.
okay lupakan pasal tu cakap pasal hal lain pula...terus teranglah aku cakap memang penat sebenarnya life aku sekarang.cuba bayangkan kelas start jam 8.15am - 5.15pm lepas tu sambung pula latihan kawad sampai jam 7pm.dah la kau penat melatih orang2 lepas melatih kau pulak kena berlatih.habis latihan kau mandi,solat then wat assigment lagi sampai tengah malam.bangun jam 4.00am tu pun tidur malam kau tak lena,makan minum entah ke mana.dah terlalu penat sampai nak makan pun hilang selera.
.
dalam saat2 nak final ni aku terlalu sibuk sampai kan tak ada masa nak tengok hp sekali pun.kau dengar bunyi sms tapi kau abaikan fokus siapkan kerja baru tengok hp,call aku set kan tone tertenntu senang aku nak jawab.just call yang penting2 je,yang kurang penting minta maaflah aku sibuk sekarang.kalau balas sms pon time tengah2 malam masa nak tidur,lepas balas sms,terus tidur.hari2 aku lalui terlalu padat dan ketat otak aku pun da sendat dengan macam2 hal.so,sebarang pertanyaan atau soalan aku malas nak jawab.sampaikan satu hari,aku termarah seorang adik dalam dorm atas kesalahan terlalu banyak soal.
.
pantang sangat2 kalau aku tengah sibuk dan tertekan bila orang ganggu kerja2 aku.sikit2 nak panggil aku kejap2 tanya itu ini macam2.panggil sekali sudah la,kenapa perlu nak panggil aku berkali2 sampaikan aku terpaksa berulang alik penatlah tak faham aku.tengok cermin muka dah sememeh selekeh sampaikan sendiri terkejut macam tak percaya sampai macam tu teruk sekali.
.
dan hari ni.........................................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.

..
.
.
.
aku tension betul dengan korang2 kenapa semua orang macam tak nak faham aku? aku balik cuti sebab nak siapkan assingment penting untuk fashion show nextweek.sorang2 dok call sms aku sambil marah2 sindir2 kutuk2 maki2.apa korang ingat aku balik cuti nak dok rehat saja2 kat rumah ke? macam aku ni tak ada kerja lain nak buat dari asyik mengadap hp sepanjang masa.dari pagi tadi aku just mengadap mesin jahit sampai ke petang makan tengahari aku skip.nasib baik dah cover masa breakfst tadi...ingat nak rehat keluar ke pasar malam jalan2 hilangkan stress.tiba2 dapat lagi satu call,aku kena marah tanpa sebab atas alasan aku tak balas sms.hurmm...penatlah aku nak marah? malas nak marah sebab aku penat tak larat nak marah nak bercakap pun macam malas je.rasa macam nak buang semua hp yang ada.mati lah korang nak contack aku kat mana pun.
.
ingatlah wei,aku ni penat tak ada rehat isnin jumaat kelas dari pagi sampai petang.nak curi masa rehat sikit study lagi boleh tak tolong faham aku untuk masa2 penting macam ni? aku dah malas nak cakap berulaang2 korang2 bukan nak faham pun semua nak salahkan aku macam2 korang cakap.aku pentingkan diri,aku sombong,aku berlagak,aku poyo,aku tak ada perasaan aku hati kering.ikutlah korang nak cakap apa pun aku tak ambil pusing dah semua tu dah lali sangat...
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
maaflah aku terpaksa pentingkan diri sendiri buat masa ini,korang nak kecik hati,nak terasa hati,nak jauh hati aku dah tak peduli.janji kerja aku setel ikut masa dan aku boleh rest lepas ni.owh,juga sedang memikirkan destinasi percutian indah untuk diri sendiri.
.
.
.
.
Beautiful_Rose


Tuesday, June 1, 2010

Berani Mati

.
Entry ini ditaip dengan kadar kelajauan maksimum,sila pakai tali pinggang untuk keselamatan kerana pemandu seorang yang rabun jauh.
.
okay memang berani mati ini hari ke-2 cuti secare suka2 bagus okay malas masuk kolej sedangkan bertimbun2 assingment tak siap.esok PP nak chek projek dan khamis jumaat trial,jumaat last slim cutting dan PP nak semuanya siap hari itu juga.tapi aku masih berada di rumah kini...melepak dengan gembira tapi sedikit gundah ciss.
.
scandal sms aku katanya PP sudah bertanya kenapa aku tidak hadir ke kolej semalam.dan encik purple pun sudah dok perli2 aku kerana bertanggunh kerja.adoi...entah la aku macam tak kisah semua tu sedangkan orang lain dok kelam kabut nak siapkan banyak kerja.tapi aku tenang.owh sekejap lagi aku harus bersiap sedia untuk kena marah dengan PP.habis lah...aku mesti jadi gila habis untuk siap kan slim cutting dalam masa 3hari.kau boleh bayangkan tak? if aku mampu siapkan dalam masa 3hari sila ucapkan tahniah dengan rasa kagum yang melampau........
.
eh,jangan pandang rendah okay...aku masih boleh siapkan jahitan sulam manik yang rumit dan sarat pada sehelai baju dalam masa 1hari saja.ok kagum tak? orang lain ambil masa 3hari,tapi aku 1hari saja sila percaya ini! owh sudah tentunya aku melupakan masa makan dan tidur untuk menyiapkan semua itu.rasa macam nak ponteng lagi untuk satu hari...boleh? hope2 encik nahar tak baca entry ini =p
.
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
.