Saturday, February 27, 2010

Akhirnya Rahsia Besar Yang Tersimpan Sekian Lama Terbongkar Juga.Aku Seorang Bisex Sebenarnya.

sila ketawa secara senyap tanpa sebarang suara sumbang yang akan kedengaran.kenyataan berani mati seperti di atas bakal mengundang kontroversi serta gosip2 liar secara berleluasa.padan muka kau yang membaca aku sebenarnya kurang gemar ceritakan perihal seperti ini.tetapi ada kalanya keadaan seperti memaksa.maka jika ada diantara kamu2 yang terbaca secara tidak sengaja,abaikan saja.aku tak suruh kau ikut percaya dengan omongan aku di sini.segala yang aku contengkan di sini hanya sekadar ingin melepaskan segala beban yang tersimpan.baiklah cukup mukadimah yang melebihi kepanjangkan entry.

" kau sms dengan siapa tu? "
" dengan blogger..." sekadar jawab acuh tak acuh
" lelaki? "
" tak lah perempuan.bungakopi "

mendengus dengan wajah tidak berpuashati.sesekali menjeling ke arah kau yang sedang sibuk bersms sambil tersenyum2 gedik ini tipu.dan kau hanya tak endahkannnya terus sibuk dengan urusan sendiri.tiba2 si gemuk noki berbunyi pula...pantas tangan kau mencapai.dia mengerling tajam ke arah kau.

" siapa tu? "
" kawan lama..."
" lelaki kah? "
" tak lah perempuan,no-and "
" banyak betul hp kau,tentu banyak scandal " ayat cuba menjentik
" yup,aku memang gemar berscandal ramai2 " sinis sekali

reaksinya seakan tidak berpuashati tapi kau biarkan saja die tertanya2 sendiri biarkan tingalkan berpuluh ribu soalan dalam benak fikiran.tak habis2 mahu sibukkan hal orang jaga kain sendiri sebelum terlondeh.dan kau tersenyum puas bila melihat dia seakan mengalah,tapi bukan bermakna kau perlu bermegah terlalu awal.jangan cepat melatah atasinya dengan cara berhemah.wajah kau tenang bagaikan tiada masalah kau teru tersenyum biarkan die terus dengan persoalan yang bersarat dalam minda.

" kau tidak ada kawan lelaki kah? "
" ada."
" tapi aku lihat sering saja kau bersms sambil tersenyum,bagaikan bersms dengan lelaki "
" aku sukakan mereka oleh itu aku harus terseyum sebagai tanda aku sayang "
" sayang? perempuan? " wajah berubah jelek

si kurus noki berbunyi pula pantas aku menjawab berbual mesra bergelak ketawa bagaikan lupa diri.dan dia memerhati dari sudut sana mungkin iri.aku yang menyedari pura2 tidak nampak abaikan saja semua fikirannya itu bukan kepentingan buat aku.

" rancak berbual "
" biasa2 saja..."
" teman lelaki kah? "
" tidak,hanya kawan"
" masih perempuan? "
" ohh kali ini lelaki pula "
" lelaki perempuan kau layan sama? "
" ya harus sama.adil dan saksama bukan?"

dia terdiam wajah berkerut seakan memikirkan sesuatu...aku tahu jika terus menerus aku melayan perbualan,pasti ada sesuatu yang ingin di terokainya.tapi aku biarkan beri peluang untuk dia kemukakan soalan.masih menanti selang beberapa saat dia kembali bertanya...

" kau tidak berminat terhadap lelaki? "
" ehh,kenapa pula sudah semestinya aku berminat "
" tapi kenapa bila ada student kolej yang merisik,kau buat tak acuh? "
" maaf lah aku tidak berminat "
" kau suka pada perempuan juga? "
" itu sudah pasti aku cintakan mereka "
" adakah kau seorang BISEX? "
" maksud kau? "
" itu sudah jelas,kau boleh menerima keduanya sekali "
" hahhahah apa mampu aku katakan lagi "
" jadi itu benar lah? "
" terpulang pada fikiran kau "

aku berlalu sambil ketawa gila membiarkan segala persoalan yang tidak berjawab.tafsiran yang bukan2 dari minda yang terkurung.entah apa yang meracuni fikirannya aku sendiri tidak ambil tahu.aku biarkan saja dia terpinga2 di sana sendiri mencari jawapan pada masalah yang di ciptakannya sendiri.sesekali teringat terjentik rasa lucu di hati.ada juga manusia yang berfikiran sempit seperti ini?




p/s : aku seorang yang normal bukan bisex.maka aku hanya akan berkahwin dengan lelaki saja...harap maklum.jangan ada yang cuba persoalkan kenapa aku harus sayangi perempuan berlebih lebihan.



Beautiful_Rose


Mari Cuci Mata Di Muzium Negara



tarikh : 1 febuari 2010 (ahad)
tempat : muzium negara


ini adalah entry minggu lepas semasa aku di beri cuti selama semingggu.agak bosan apabila kau di beri cuti tapi tidak dapat manfaatkannya dengan baik.dan secara kebetulan seorang teman mengajak aku untuk keluar tanpa ragu2 aku setuju saja dan tempat yang dicadangkan adalah muzium negara kuala lumpur.kau jangan ketawa ini tidak lucu sesekali melawat ke tempat2 bersejarah tidak ada salahnya.lagi pun ini salah satu cara paling mudah untuk save bajet daripada kau buang2 masa ke tempat2 yang tidak berfedah tu semua.di samping itu kau juga boleh menanam rasa cintakan negara dengan mengambil tahu perihal sejarah pembentukkan tanahair sendiri

seingat aku,kali terakhir aku ke sini adalah beberapa tahun yang lalu dan selepas itu aku tidak ada peluang untuk ke sini sehingga lah pada minggu lepas apabila di pelawa terus saja aku bersetuju.lagi pula aku seorang yang gemarkan mata pelajaran sejarah semasa di sekolah dulu.aku malas mahu berceloteh panjang cukup saja kamu2 sekadar mencuci mata dengan gambar2 kenangan yang tidak seberapa ini.harap maaf kualiti gambar adalah kurang baik kerana mr sam meragam sedikit.tapi tidak mengapa ada juga beberapa gambar yang agak baik telah aku uploadkan di sini.gambar adalah sangat banyak,tapi cukup saja aku upload kan sikit2 di sini lain2 kau pergi tengok sendiri di sana.

























































































kebaikkan melawat ke muzium:-
- save bajet sebab harge tiket lebih murah dari tonton wayang
- tanamkan sifat cintakan negara
- tambah ilmu pengetahuan tentang sejarah
- senaman kaki terbaik sebab kau kena berjalan banyak


note: teringin nak melawat tempat2 bersejarah kat melaka dan langkawi.next time mahu pergi ke muzium lain pula..... =)







Beautiful_Rose

Monday, February 22, 2010

Kau Pergi Saja Fikirkan Yang Lain,Maka Aku Akan Mati Kehausan Kasih Sayang.



Baru lepas makan nasi lauk ikan cencaru goreng untuk perisa tambahan curah kicap kipas udang atas nasi.menu biasa saja tapi sedap tak terhingga...nasi dari air tangan mak dan ikan cencaru yang di oleh goreng ayah.melepak sementara menanti jam 2:30pm dan masa itu aku akan kembali ke kolej dengan rasa tawar hati.haiih dah naik lemak kan kau baru dapat cuti seminggu sudah mula nak buat hal.bangun pagi terpisat2 duduk sebentar sambil berfikir tentang kolej.muka ketat tak ada hati untuk itu apa lagi untuk merasa excited yang berlebihan.baru sebentar tadi menerima pengkhabaran yang gembira.....


scandal : rose,dengar cerita khamis dan jumaat cuti sempena maulidur rasul
aku : yeke?
scandal : yup,tadi cik irihati memberitahu...kau mahu ke KL sabtu ini?
aku : haruslah aku mahu pulang ke rumah (tersenyum)


hahaha khabar berita yang menggembirakan hati kan? aku bakal pulang lagi minggu depan,tapi aku tidak mahu terlalu menaruh harapan.bimbang sekiranya itu khabar untuk persendaan dari cik irihati.tapi tidak mengapa...jika tidak ada cuti sekali pun,aku tetap mahu pulang juga masih mahu bermanja2 dengan insan2 tersayang.owh tidak lupa juga kepada teman2 scandal yang lain jika ada yang mahu berdating dengan aku,adalah di persilakan.sms aku dengan kadar segera sebelum aku membuat janji temu dengan scandal yang lain =p *kenyit mata menggoda*










Beautiful_Rose



Mari Main Kejar2

note: sila letak tajuk yang sesuai pada madah di bawah


_______?_______


Bila aku berlari
kau akan mengejar aku
bila sampai saat aku berhenti
dan mencari2 di mana engkau
kau hilang langsung
tanpa meninggalkan jejak

tak tahu aku sedang menanti
kau sudah punya pilihan hati
lalu bila aku ku buka pintu hati
kau menolak secara sepi
aku menanti
dengan harapan tinggi

selamat tinggal wahai kenangan
selamat tinggal juga buat ingatan

seimbas lalu aku ternampak engkau
lalu ku pejamkan mata serapatnya
hilangkan senyuman itu
hilangkan wajah itu
lambaian ku sambut sepi.....





Beautiful_Rose


Sunday, February 21, 2010

Sup Tu Sedap Tak???


Assalamualaikum.....
wahhh seharian aku berjalan hari ni penat gila bukan penat kerana berjalan yang benarnya aku penat kerana kekurangan tidur semalam.tidur lambat dan keesokkan harinya memaksa diri bangun seawal mungkin boleh mengundang malapetaka.nah,aku menerima akibatknya pada hari ini.keluar berduan saja bersama scandal,mulanya mahu mempelawa scandal yang lain.tetapi mereka semua mempunyai agenda tersendiri maka,aku putuskan hanya keluar beduaan saja.

aku bukan mahu bercerita tentang hari ini fokus utama pada tajuk di atas "sup tu sedap tak?" ini bukan sebarangan sup tetapi sup ini hanya boleh di dapati dalam mimpi...hahah macam mana tu? sebenarnya aku mempunyai satu tabiat pelik iaitu kebolehan berkomunikasi separa sedar.tabiat ini sebenarnya sudah lama berlaku pada aku.dan baru2 ini aku baru menyedarinya...

begini...
seorang scandal gemar menelefon aku pada lewat malam di mana tika itu aku sedang berbaring di atas katil tanda persiapan untuk tidur.pada 1/2jam mulanya perrbualan memang agak rancak dan lama kelamaan semakin perlahan.berbual sambil pejamkan mata dengan kepala di tutupi bantal supaya kalis suara.dan tika itu aku akan berada di dalam separa sedar dan mula lah aku akan bercakap yang bukan2.

"sup tu sedap tak?"

"haa?"

aku ulang pertanyaan yang sama pada scandal sebanyak 3x tapi scandal seolah2 tidak memahami dan membuatkan aku mula berasa berang! hahaha tak pasal2 scandal kena marah tanpa sebab.sedangkan sebelumnya kami berbicara tentang hal yang lain tapi aku pula bercakap tentang hal yang lain pula.perkara ini berlaku pada bulan lepas dan semalam scandal yang lain pula menelefon aku lewat jam 1am...seperti yang aku caritakan di atas tadi berbual sambil memejamkan mata dan kepala di bawah bantal.aku yang mengantuk mula mengarut tanpa sedar...tapi scandal yang sorang ini hanya layankan saja.apabila aku tersedar,scandal ketawa besar.aku bertanya apa yang aku katakan tadi,tapi scandal hanya mahu merahsiakannya.kata2 terakhir yang aku ingat...

"mak cik itu lah"

entah mak cik mana aku sendiri tidak tahu apa yang aku katakan tadi sehinggakan scandal ketawa besar semalam.dan akibatknya mata aku terus segar hilang langsung mengantuk yang tadinya mula mahu menguasai.2tahun lepas,scanda yang lain juga pernah mengalami pekara yang sama aku mengarut ketika bercakap dalam telefon.lebih memalukan lagi,aku membuat pengakuan cinta terhadapnya tika itu.apabila aku tersedar scandal cuba bertanya kembali kesahihan kenyataan tersebut tapi aku menafikan sekerasnya walaupun dalam hati aku membenarkannya.kata scandal "kata2 dalam separa sedar adakalanya lebih jujur" alahai terbongkar sudah rahsia yang tersimpan rapi selama ini.

tapi bukan jodoh aku dengan scandal,dia kini hilang membawa dari dan hati entah kemana.kali terakhir aku menghubunginya ialah pada bulan 8 tahun lepas.dan sehingga kini aku tidak lagi mendengar khabar beritanya lagi.




Pesanan:-
- jangan ajak aku bersembang dalam keadaan mamai
- entry seterusnya akan di update esok paling lewat.




Beautiful_Rose

Saturday, February 20, 2010

Pelangi

MENCARI PELANGI SELEPAS HUJAN




Kebahagian adalah untuk, Mereka yang menangis, Mereka yang disakiti, Mereka yang telah mencari, Dan mereke yang telah mencuba, Kerana merekalah yang, Menghargai bertapa pentingnya, Orang yang telah , Menyentuh kehidupan mereka.....

Dan sehingga kini aku masih lagi mencari dan mengejar pelangi itu,aku sakit aku jatuh aku terluka dan kecewa.ada kalanya aku penat lalu berhenti sejenak.melihatkan ia pergi semakin jauh buatkan aku hampir berputus asa hampir menyerah.

aku tetap bangun dan masih tetap gagahkan diri untuk terus berlari dan mengejar pelangi demi untuk mereka2 yang aku cintai.kerana mereka yang terbaik yang selalu ada untuk aku,yang masih sudi bersama walau berapa kali aku jatuh tersungkur.




"CONTENGAN KHAS UNTUK MEREKA2 YANG AKU SAYANG"





Beautiful_Rose


Pulau Pangkor



Salam.....

isnin lepas,family aku pergi bercuti ke pulau pangkor.tapi tak stay sana pun just pergi untuk 1 hari saja jalan2 tengok pemandangan pantai sambil shoping2 satay ikan,sotong yang keropok2 saja.sudah agak lama aku tidak melihat pantai dan masa yang singkat ini aku gunakan untuk mengabil gambar2 indah di sini...gambar sangat banyak tapi aku hanya upload beberapa saja.gambar aku sendiri hanya ada 2,3 keping saja dan yang lainnya adalah gamabr keluarga aku dan pemandangan laut saja.memandangkan pada hari tersebut merupakan hari cuti,maka sangat ramai orang yang datang untuk bercuti ke sini.



di jeti lumut sebelum ke pulau pangkor.

ramai gila time ni...1jam lebih menunggu masa untuk menaiki feri.


pulau pangkor

















candid! candid! candid! =p









adik yang menjual air kat tepi laut


jeti pulau pangkor












membeli belah di lumut......


ornick keliru nak pilih yang mana



p/s : teringin sangat nak pergi bercuti pulau cantik yang ada kat sabah tu...apa nama tempatnya ye? ada sesiapa boleh bagi cadangan tak pulau mana yang patut aku pergi tanpa menggunakan kapal terbang?


Beautiful_Rose