note: ini entry hening pagi...dalam kereta tadi punya penat punya mengantuk aku sampai tertidur.tapi sekarang aku berjaga pula,semua rasa penat dan mengantuk hilang begitu saja.sedangkan beberapa jam dari sekarang aku akan ke slim river menemani dayah ke klinik.dan kemungkinan juga plan untuk turun ke KL hari ini akan dibatalkan berikutan bajet yang tak mencukupi,juga dikhuatiri juga aku akan hilang fokus semasa menonton wayang kerana tidak cukup tidur. ( aku suka tidur dalam panggung wayang)
Pernah tak kau mengalami pengalaman apabila hak milik kau di rampas tanpa belas? sedangkan bertahun lamanya kau usaha untuk mendapatkannya.sakit yang kau tahan luka yang kau ubat kecewa yang bersarat2.akhir dari kepayahan itu,membuahkan hasil dan kau berjaya mendapatkan keinginan kau.jerih penat kau hargai dengan menjaganya sebaik mungkin.segala ancaman kau tepis dengan berhemah.peluru fitnah berlumba2 menghentamkan kau,tapi kerana kau bijak.kau tepis guna perisan akal bijaksana dan kau menang megah di medan pertempuran.kau berdiri kukuh di atas empayar jajahan kau segala pentadbiran organisasi kau tersusun kemas ibarat seorang pemerintah profesional.
lalu ketika engkau terpaksa melepaskan ia atas urusan tanggungjawab dan masa depan,kau letakkan sepenuh kepercayaan.pengharapan yang bersandarkan pada kejujuran agama dan iman menjadi peganggan kau yakin padanya.kau lepaskan ia dengan kosong tanpa tali untuk berpegang tanpa tongkat untuk berpaut.hanya berkat doa dari kejauhan jadi taruhan sokongan tanpa sempadan.jatuh bangun dia kau teriakkan "kau mesti kuat,demi cita2 mu!" penat lelah dia bertarung dan akhirnya dia semakin hampir ke puncak kejayaan.dan tika itu garuda2 ganas datang berlegaran menanti saat untuk menerkam.
dan apa tindakkan kau tika itu,hanya memerhati saat ia di terkam kejam sang garuda atau memanah busur dari kejauhan tepat ke dada sang garuda itu?
aku sekeras2nya membantah sanggup memberontak demi membela hak aku milik aku.tidak ada sesiapa yang boleh merampasnya melainkan jika itu telah di tetapkan.mari bertarung dengan aku secara adil,aku bencikan taktik kotor.satu lawan satu gunakan senjata yang sama tapi menggunakan panahan akal secara berhemah.sekiranya ada keikhlasan di situ,ia pasti akan jadi milik aku tak kira apa cara sekali pun kau guna untuk merampasnya dari aku.jangan kau tersungging sinis aku sedang bertegas dalam setiap bait kata yang telah dimuntahkan.aku mahu kau tahu satu perkara ini,jika aku telah mengatakannya menjanjikannya pasti akan aku kotakan tanpa sebarang kompromi.
Beautiful_Rose
From Mr Green
ReplyDeleteUhuk3x Wahhhh mcm ayat pendekar zaman2 dahulu kala!!!hiks3x
ni pesal pe yeR???
Apsal xde sumpit???ada panah je...
tambah skali naga ke ape ke???
Apsal xde pendekar yg ley kuar Abugid ke Kame hame ha ke???
baru best skit!
erk..mcm lumba kereta gak..aku klu drive x kan langgar org lain..aku suka men bersih..klu nk potong line pun tanpa ckit pun langgar kereta lain..tp kereta lain asyik dok2 himpit aku paneh arr..jd aku pun terpaksa menghimpit kereta2 itu tuk melawan~drive kte psp je keke~
ReplyDelete