Sunday, February 21, 2010

Sup Tu Sedap Tak???


Assalamualaikum.....
wahhh seharian aku berjalan hari ni penat gila bukan penat kerana berjalan yang benarnya aku penat kerana kekurangan tidur semalam.tidur lambat dan keesokkan harinya memaksa diri bangun seawal mungkin boleh mengundang malapetaka.nah,aku menerima akibatknya pada hari ini.keluar berduan saja bersama scandal,mulanya mahu mempelawa scandal yang lain.tetapi mereka semua mempunyai agenda tersendiri maka,aku putuskan hanya keluar beduaan saja.

aku bukan mahu bercerita tentang hari ini fokus utama pada tajuk di atas "sup tu sedap tak?" ini bukan sebarangan sup tetapi sup ini hanya boleh di dapati dalam mimpi...hahah macam mana tu? sebenarnya aku mempunyai satu tabiat pelik iaitu kebolehan berkomunikasi separa sedar.tabiat ini sebenarnya sudah lama berlaku pada aku.dan baru2 ini aku baru menyedarinya...

begini...
seorang scandal gemar menelefon aku pada lewat malam di mana tika itu aku sedang berbaring di atas katil tanda persiapan untuk tidur.pada 1/2jam mulanya perrbualan memang agak rancak dan lama kelamaan semakin perlahan.berbual sambil pejamkan mata dengan kepala di tutupi bantal supaya kalis suara.dan tika itu aku akan berada di dalam separa sedar dan mula lah aku akan bercakap yang bukan2.

"sup tu sedap tak?"

"haa?"

aku ulang pertanyaan yang sama pada scandal sebanyak 3x tapi scandal seolah2 tidak memahami dan membuatkan aku mula berasa berang! hahaha tak pasal2 scandal kena marah tanpa sebab.sedangkan sebelumnya kami berbicara tentang hal yang lain tapi aku pula bercakap tentang hal yang lain pula.perkara ini berlaku pada bulan lepas dan semalam scandal yang lain pula menelefon aku lewat jam 1am...seperti yang aku caritakan di atas tadi berbual sambil memejamkan mata dan kepala di bawah bantal.aku yang mengantuk mula mengarut tanpa sedar...tapi scandal yang sorang ini hanya layankan saja.apabila aku tersedar,scandal ketawa besar.aku bertanya apa yang aku katakan tadi,tapi scandal hanya mahu merahsiakannya.kata2 terakhir yang aku ingat...

"mak cik itu lah"

entah mak cik mana aku sendiri tidak tahu apa yang aku katakan tadi sehinggakan scandal ketawa besar semalam.dan akibatknya mata aku terus segar hilang langsung mengantuk yang tadinya mula mahu menguasai.2tahun lepas,scanda yang lain juga pernah mengalami pekara yang sama aku mengarut ketika bercakap dalam telefon.lebih memalukan lagi,aku membuat pengakuan cinta terhadapnya tika itu.apabila aku tersedar scandal cuba bertanya kembali kesahihan kenyataan tersebut tapi aku menafikan sekerasnya walaupun dalam hati aku membenarkannya.kata scandal "kata2 dalam separa sedar adakalanya lebih jujur" alahai terbongkar sudah rahsia yang tersimpan rapi selama ini.

tapi bukan jodoh aku dengan scandal,dia kini hilang membawa dari dan hati entah kemana.kali terakhir aku menghubunginya ialah pada bulan 8 tahun lepas.dan sehingga kini aku tidak lagi mendengar khabar beritanya lagi.




Pesanan:-
- jangan ajak aku bersembang dalam keadaan mamai
- entry seterusnya akan di update esok paling lewat.




Beautiful_Rose

5 comments:

  1. From Mr Green:-
    Jgn tido lewat dah!
    Last i call pastu trus tido!
    n sup tu x sedap!!!!!!

    ReplyDelete
  2. salam,,,cam kenal jer scandal u ni...huhu...apekehe nye tnye sup?

    ReplyDelete
  3. sup ape,.
    sup gusi ke,.


    cikti slalu jgk dok bgayut tym mate x blh nk bukak,.
    ngntuk nk mpus tp mulut bckp lagi,.
    last2,,.kluar aje bnda plik2.,.

    ReplyDelete
  4. to mr green:-
    wekkkk =p suke hatilah

    to hisham:-
    erk,siapakah?

    to cikti:-
    hahahh tak tau sup ape tah
    pengajaran,jgn bckp semase nak tido =p

    to cik biol:-
    haha mmg bahaye giler.........

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah