Sunday, February 7, 2010

Tajuk Entry Sila Letak Sendiri

hari nieh hari ahad...semua orang tahu hari nieh memang hari ahad.best sangat ke hari ahad? tak best-tak best-tak best nak pula bila kau duduk kat hostel terperuk dalam dorm tanpa pedoman memang sangat2 mengharukan bukan? orang lain semua sibuk keluar berpacaran berdatingan bersengalan bercomforti tapi aku sibuk ke sana sini cari cc.hahah kasihan...nasib orang tak ada barangan elektronik sendiri memang lah macam nieh.terpaksa bergantung harap pada perkhidmatan berbayar bosan bukan?

baru jap tadi di call oleh seorang adik,siapa adik? tak mungkinlah adik aku nak call pulak kan.kalau ada sesiapa yang mengikuti entry bulan lepas mybe akn tahu siapa adik.kali nieh dia sangat bijak call aku dengan menggunakan no hp baru.aku yang sememangnya tak tahu just jawab jelah no tak pernah save kot2 panggilan penting ker...sekali dengan suara dihujung talian tersangat familiar.........adohaiii nak apa lagi kau wahai adik.katanya mengajak aku bersms tapi sengaja aku bagi alasan tiada kredit.padahal berbelas ringgit baki tak terguna.dia bertanya lagi aku berada di mana,dan aku jawab dengan jujur kerana aku seorang jujur =p ceh! aku ada kat cc...aku tahu kalau aku berada dekat kolej dah tentu dia akan tergedik mengajak aku berjumpa.

semalam...sebelum aku membuat entry,aku sebenarnya ke tanjung karang bersama kawan.dan belum sempat kaki melangkah ke lobi kedengaran suara yang kurang merdu memanggil nama aku.aku mengeluh...sibuk jerk mamat nieh.macam2 diinterview aku nak tahu aku keluar ke mana balik jam berapa dengan siapa dan buat pa.heiiii rimas lah sayang........akak dah tua bangka tahu jaga diri lah tak perlu kau bersusah nak terlalu menjaga aku.lagi tak best bila dia mempersoalkan kenapa aku sudah lama tak bersms dengan dia.aku jawab ala2 poyo yang melampau "seminggu sekali sms cukuplah" hahahha aku kira itu jawapan terbijak pernah aku bagi kot sebagai alasan untuk mengelak.dia tak puas hati dan menjawab..."kalau seminggu sekali sms macam mana nak kenal hati budi?" erk??? hati budi kenapa pula yerk?

hahhaha adik tak matang lagi nieh...alahai naif jerk akak tengok tak baik tau couple2.fikiran tak cukup matang lagi dik fokus pada study lah.tak perlu saratkan kepala otak nak pujuk bila merajuk ikat perut kumpul duit sebab nak belanja awek.alahai adik...elaun yang kau dapat tiap2 bulan tu rm100 jerk kau rasa cukup ke nak tampung hidup kat kolej nieh? belum lagi tolak tambah bahagi darab elaun kau dipotong untuk kos2 tersembunyi tu.entah la tak tahu nak cakap macam mana lagi kau tak perasan,aku sedang melarikan diri dari kau? terang2 kau patut faham yang aku TIDAK MAHU sebarang hubungan aneh di sini wahai adik.semakin lama aku rasa enty aku semakin membosankan penuh dengan rungutan bosan bukan? lantak lah kat sini jerk aku boleh cakap lebih2.okaylah cukup nak update tuh jerk malas nak taip lebih,nak lebih2 tunggu balik cuti raya cina nanti ler......ermm okay jap lagi fmly aku nak datang take care yerk.salam....


AKTIVITI MINGGU INI
8 febuari - exam
12-13 febuari - kawad kaki konvo shah alam
13 - 16 febuari - cuti raya cina



Beautiful_Rose


11 comments:

  1. wei...tq lah menegur entry yg lepas...aku tak marah pow...ok jerk..:)aku lagi sker ko tegur..aku kn lum pandai lagi pasal blog..so sgtlag berguna teguran tuh..nanti aku tak citer ngarut2 lagi..hik3..;p..rindulah sama ko..:)

    ReplyDelete
  2. nak kenal hati budi? hahahahaaa

    jengkel aku dgn laki camtuh.seriously.

    ReplyDelete
  3. adik belajau sampai lulus dulu okies??

    ReplyDelete
  4. salam zie...tajuk entri u ni..."kalo x bosan..bkn kehidupan namenya"...tk cre

    ReplyDelete
  5. From Mr Green:-

    tajuk??
    Pegi jamban sambil termenung tanpa berak?
    ok x???
    ntah la u.....

    bdk wan tu kaco lg ker?
    ingat da the end da pown...
    kenal hati budi bdk tu kata????
    cehhh. . . .

    ReplyDelete
  6. From Mr Nuh
    tajuk yg seswai..
    "tamparan ligat 360 darjah sambil mencangkung!!"
    hahaha
    salam perkenalan!

    ReplyDelete
  7. carikkn dia awek.setel.mesti pastu da x kacau2 ko lg.hehe

    ReplyDelete
  8. hahahha.. kene letak sendiri ker tajuk tu? hua hua hua..

    biaser la tu kan ader maser suka, marah, bosan.. lumrah kehidupan lah kan!.. :)

    ReplyDelete
  9. Budak-budak yg tak matang camtu lah perangai nya..... harus diberitahu dengan tegas dan serius "Terima Kasih tapi saya tak berminat!" Hehehe

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah