Sunday, February 14, 2010

Si Penjahit Pakaian Cinta


note: seperti yang dijanjikan ini adalah entry jiwangan dari aku.hahaha geli gilak nak buat entry macam nieh...tapi sesekali berjiwangan tak salahkan.bukan aku buat salah hanya sekadar bercerita.nak menjahit seakan kemalasan,maka baik aku berblog melepaskan gian yang tidak tertahan ini =p Ini adalah cerita rekaan dan tidak ada kena mengena dengan mereka yang hidup,pengsan,koma atau meninggal dunia.ini sekadar hiburan untuk bersuka2 sahaja.....



Ini adalah kisah seorang gadis si tukang jahit yang hidup bersendirian di sebuah rumah comel yang jauh dari orang ramai.si gadis hanya hidup bertemankan beberapa ekor kucing dan sepasang kura2.si gadis juga adalah seorang penggemar bunga rose,dan keliling laman rumahnya di tanam pokok2 bunga rose yang mekar mewangi.si gadis mempunyai satu hobi yang menjadi kegemarannya setiap hari,iaitu menjahit.dilakukannya setiap hari tanpa jemu dan tanpa bosan.dan dengan itu saja dia mengisi masa lapangnya bersendirian sambil di temani haiwan peliharaan kesayangannya.setiap hari si gadis akan menjahit apa saja jenis kain samada untuk membuat pakaian,langsir,cadar atau apa sahaja yang boleh di guna pakai.ada kalanya si gadis juga menerima tempahan dan ada juga sesetengah hasil jahitannya untuk dijual.hasil kerja tangannya sangat halus dan kemas oleh sebab itu,semakin hari semakin ramai yang datang menghantar kain untuk dijahit oleh si gadis.

oleh kerana terlalu asyik dengan hobinya,maka si gadis tidak pernah keluar dari kawasan rumahnya hatta bersiar2 sekali pun.dan dia hanya hidup di dalam dunianya sendiri tidak pernah terfikir untuk keluar mencari teman apa lagi berpacaran.sampailah pada suatu hari...ketika si gadis memberi haiwan peliharaannya nya makan,tiba2 hati si gadis tersentuh apabila melihat anak2 kucingnya yang comel berkejar2 manja,kura2 yang berpasangan.hatinya terasa sunyi dan sepi tika itu...manik2 jernih mula menitis setitik-setitik-setitik dan si gadis mula menangis.bertahun lamanya si gadis hidup bersendirian keseorangan tanpa teman.terdetik di hatinya untuk punya teman seperti insan lain.tapi,si gadis tidak tahu bagaimana,dimana dan siapakah orang itu.lalu,terfikir olehnya untuk menjahit sehelai pakaian cinta...barang sesiapa yang dapat memakai pakaian itu dengan baik,maka itulah pilihan si gadis untuk menjadi teman hidupnya.

bermula detik itu,si gadis tekun siang dan malam menjahit pakaian tersebut...setelah berhari2 lamanya,akhirnya pakaian itu siap dengan sempurna.maka seorang demi seorang mencuba pakaian tersebut...malangnya,tidak ada seorang pun yang berjaya memakai pakaian tersebut dengan sempurna,dan si gadis hampir berputus asa dan kecewa.dan orang terakhir yang dapat memakai pakaian tersebut dengan baik,tetapi si pemakai merasa tidak selesa maka pakaian itu sudah tentunya tidak sesuai buat si pemakai.maka berputus asalah si gadis dengan rasa kecewa yang tidak tertahan,di simpan pakaian tersebut.si gadis tekad untuk tidak memikirkan hal itu lagi dan hidup seperti sedia kalanya.hidup sepeerti biasa keseorangan hanya di temani haiwan kesayangannya dan teruskan rutin harian dengan menjahit dan menerima tempahan seperti biasa...

pada suatu hari...hujan turun dengan lebatnya,si gadis tidak menjahit hanya duduk di tepi tingkap merenung rintik hujan yang turun membasahi sambil membelai lembut kucing kesayangannya.udara dingin membuatkan si gadis terasa mengantuk lalu si gadis tertidur.beberapa detik tika itu si gadis terjaga apabila terdengar pintu rumahnya di ketuk dari luar.semakin lama semakin kuat...dengan perlahan si gadis menghampiri pintu dan cuba untuk mengintai di celahan kecik pintu tersebut.si gadis mendapati ada seorang lelaki diluar yang sudah basah kuyup di timpa hujan.lalu si gadis membuka pintu...lelaki itu berpaling dan si gadis hanya senyum dan mempelawanya masuk.

kerana kasihan,si gadis memberi lelaki tersebut pakaian yang dijahitnya tempoh hari untuk di tukar dengan pakaian yang basah itu.tanpa berfikir panjang lelaki tersebut memakai pakaian itu sementara si gadis ke dapur untuk membuat minuman panas buat lelaki tersebut.sebaik saja lelaki tersebut selesai menukar pakaian,si gadis keluar dengan menatang dulang minuman.si gadis terpana melihat lelaki tersebut memakai pakaian tersebut dan bertanya2 di dalam hati...samada lelaki tersebut selesa atau tidak dengan pakaian tersebut.lelaki tersebut tersenyum memanndang ke arah si gadis yang leka memerhatikannya.terdapat sedikit kegelisahan apabila di renung sebegitu.lelaki tersebut cuba berdehem,si gadis yang terkejut tersipu malu apabila perbuatannya di sedari oleh lelaki tersebut.

hujan mulai reda...dan sepanjang tempoh itu tidak ada suara di antara keduanya.si gadis hanya tunduk diam membisu manakala lelaki tersebut kematian akal untuk memulakan bicara.apabila hujan sudah mulai berhenti,lelaki tersebut ingin meminta diri untuk pergi.sebelum itu,lelaki tersebut cuba beranikan diri untuk bertanya kepada si gadis tentang pakaian yang di pakainya.terasa sungguh selesa dan muat dengan tubuh badannya.niat di hati ingin memiliki pakaian itu,andainya si gadis sudi lelaki itu sanggup membeli dan membayar harga pakaian tersebut.tetapi si gadis tidak mahu menjualkannya sebaliknya si gadis bertanya apakah perasaannya apabila memakai pakaian tersebut.....


pakaian ini halus dan kemas buatannya harum mewangi seperti bunga rose di lamanmu dijahit dengan penuh ketelitian berbenang kasih bersulam rindu dihiasi manik2 sayang penuh keikhlasan penuh kejujuran tetapi tetap ada kesayuan dan pengharapan inilah pakaian cinta...






ending korang reka sendiri lah yerk aku malas nak tulis lagi da...terasa seperti menulis novel cinta kanak2 jerk.hahahha penuh dengan khayalan yang entah apa2.serius okay aku rasa macam nak muntah-muntah-muntah bila baca entry nieh balik.tak sangaka ohh aku boleh feeling tulis entry hampas macam nieh.hohoh macam bukan aku kan...kan...kan...so,kepada sesiapa yang baca,just baca sekali jerk okay jangan ko baca ulang banyak2 kali sebab tuan punya blog sedang malu gila sembunyikan muka dalam beg =p





Beautiful_Rose

2 comments:

  1. From Mr Green:-
    Ni banyak mimpi n khayal berangan2 lah ni tu yg jadi citer mcm nih...
    kadang2 ia perlu gak kan!
    (^-^) Weeeeeee!
    Cpat wat kat i baju mcm tu skang!!!
    Nak pakai! N then u mesti jatuh hati kat Mr Green!kih3x

    ReplyDelete
  2. hai azie...citernyer menarik...
    naper tak habiskan citer..suke bce..ko ada pemikiran yg kreatif walaupow bg ko itu hanya khayalan semata2..leh wt cerpen tau..;p
    nanti wt citer lagi yer..;p

    ReplyDelete

kentut itu nikmatnya sama seperti makan aiskrim...sedap, bukan? jom berkentut-kentut sebelum anda di kentut kan.ayat kotor? pe de hal...hiahahahahahah