.

isu panas macam air mendidih sekarang ni pasal PEMBUANGAN BAYI hari2 orang dok cerita pasal ni je.tu belum lagi masuk cerita pasal perempuan2 yang memakai pakaian kemban dan setokin panjang nipis (legings) dengan berbaju adik (baby T) alahai melayu islam...aku tak nak komen lebih2 pasal ni aku pun bukan baik sempurna sifat lagi.masih banyak jati diri yang perlu di baiki.okay,berbalik pada tajuk utama "kaum melayu islam bakal pupus"
melayu islam zaman sekarang telah banyak perubahan dari segi budaya,adat dan sosial serta ekonomi.yang positif syukurlah melayu akhirnya ada juga potensi untuk bersaing maju dengan bangsa lain.tapi yang tak sedapnya dila kita lihat sudut negatifnya.rasa takut pun ada lebih2 lagi bila melayu islam ini sudah berada di puncak,lalu alpa dan lupa diri.macam ketagihan dadah bila sudah sangap gila habis lupa semua asal usul diri pun dah tak ingat lagi.
adab sopan sudah hilang hukum hakam agama jadi taruhan.manupulasi,riba semakin menjadi2 dalam perniagaan sampaikan ada yang mengamalkan penindasan dan penipuan.lebih teruk lagi bila wujud rasa hasad dengki masing2 nak lebih mula la nak sabotaj dan menganiaya sesama sendiri.sedangkan satu kaum satu agama.kan baik jika saling bantu membantu dan menganggap persaingan itu adalah pembakar semangat untuk terus maju.
.
.
:: erk,tiba2 aku rasa tajuk entry macam tak kena dengan entry...ada cadangan letak tajuk lain tak? =p
- Sakit perut dan rasa tidak hadam. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut.
- Rasa pening kepala.
- Terasa sakit di ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.
- Loya atau muntah.
- Badan rasa lemah lesu.
- Berat badan menurun
- Najis menjadi hitam atau gelap dan mungkin keluar darah ketika buang air besar yang menunjukkan ulser sudah menyebabkan pendarahan.
gastrik juga adalah sebab pemakanan yang tidak tepat,kalau korang tengok kat atas tu "angin" so,kalau boleh elakkan la daripada makan makanan yang sejuk dan boleh mengundang angin seperti kobis,ubi,makanan pedas,kacang dan berminyak.lagi korang makan makanan macam ni,lagi bertambah la gastrik korang tu.lagi satu,kalau makanan kunyah tak hancur atau tak hadam.aku tau la sebab aku pun gastrik jugak.haiiyoo kantoi banyak betul penyakit aku ni ya memang lemah antibody betul =p lagi satu,selalu juga aku dengar ada orang ambil ubat tahan sakit dan kadang2 panadol untuk hilangkan sakit gastrik nieh.
.
aku bagitahu kat korang ni,amalan mengambil ubat tahan sakit atau nama glemernya "pain killer" memanglah nak cari nahas namanya.sebab terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit boleh menyebabkan asid di dalam perut bertambah dan mengalami kelukaan.ada jenis2 ubat tahan sakit yang tidak mengganggu perut.so,sebelum korang pandai2 nak beli ubat tu,sila rujuk doktor dulu jangan main telan je ye.kalau beli kat farmasi,korang kena bagitahu pada ahli farmasi tersebut yang korang ada gastrik.antara pain killer yang selalu doktor bagi pada pesakit gastrik adalah mobic dan tramadol ini yang ada kat klinik tempat aku kerja.
.
berbalik pada gastrik selalunya doktor akan bagi ubat seperti gaviscon,tagamet,evilene sama ada bentuk cecair atau tablet kunyah,domper atau motidone.lain2 adalah ubat angin seperti cuplaton,gelusil,actal,charcoal,gascoal.ubat2 ini perlu di ambil sebelum makan ya jangan memandai selepas makan pula.if korang dah termakan,boleh tunggu selama 1/2jam baru boleh makan ubat gastrik tu.
.
untuk elakkan gastrik pada bulan puasa ini,sila kurangkan pengambilan makanan pedas,berminyak,yang masam atau seumpamanya.dengan cara ini boleh mengurangkan rasa pedih apabila berpuasa nanti.sebab kalau terlalu banyak makan makanan tersebut boleh menyebabkan angin banyak dalam perut.sebab tu ada sesetengah orang tu kerap sendawa dan diiringi dengan rasa pedih kat ulu hati.untuk maklumat lanjut,boleh baca kat sini ya.okay cukup untuk hari ni aku penat nak rehat jap...penat juga bagi penerangan ni ya =p
.
Assalamualaikum...salam ramadhan kepada semua.puasa hari ini? sudah berbukakah? makan apa tadi? wahh sedikit senang aku tahun ini,kerana puasa lebih bermakna dengan adanya pembakar roti...erk,apakah? di sebabkan kat rumah tak ada yang nak guna pembakar roti tu so,aku pun rembat jelah.lagipun kat rumah tu,aku sorang je kot yang selalu guna pembakar roti tu.tak kisah la apa pun kan janji bahagia sudah aku tak ganggu orang lain pun.tak ada apa sangat aku nak taipkan di sini.saja mahu berbual kosong dengan sesiapa yang sudi mendengar mahupun membaca blog picisan ini.
.
hati sedikit sayu kerana hari pertama berpuasa jauh dari keluarga...tapi tak mengapa kerana esok selepas subuh aku sudah mahu cabut lari balik ke rumah family.dan terpaling best,aku akan bercuti selama 4hari seronok-ronok bukan =p sebenarnya aku sengaja mengambil cuti 2hari kerana ada beberapa hal yang perlu aku uruskan.hope2 segalanya berjalan lancar...aku nak siapkan kerja sikit dan ada beberapa helai baju lagi yang perlu aku siapkan.kang tak siap tak beraya pula...baju orang tu kan.sedang memikirkan sulam2 yang sesuai untuk baju mak dan adik2.baju melayu encik hafiz dan nuh sedang dalam proses pembuatan...dan aku sudah pun memilih sulam yang sesuai untuk baju mereka.
maaflah dalam bulan puasa ini aku agak kurang bercakap tapi lebih banyak membaca...aku rasa lebih tenang begitu.dan maaf juga jika aku tidak membalas sebarang SMS mahupun menjawab sebarang penggilan HP mood dalam keadaan kurang bagus agak keletihan sedikit.jadi aku ingin berada di dalam keadaan aman seketika mahu menenangkan minda yang sarat ini.fokus utama,adalah kerja dan ibadah...owh,kepada sesiapa yang berasal dari negeri sembilan,melaka dan johor,sila email aku beautifulrose_azie@yahoo.com ada beberapa pekara yang aku ingin bertanya kepada kamu2.sekian terima kasih kekasih.
Beautiful_Rose