Wahh tajuk entry ala2 macam pakar kesihatan pula betapa berilmiahnya blog ini kan =p perasan sungguh diri ini.okaylah tak mahu membebel banyak sangat nanti boring *sedar diri...
.
semua orang tahu puasa memang bagus untuk kesihatan, sebenarnya sistem dalam badan akan berehat seketika daripada memproses segala macam makanan yang masuk dalam perut.dan pada masa inilah proses mencuci perut di jalankan melalui bahan buangan.maksudnya puasa bekerja mengusir racun dan bahan2 yang merbahayakan keluar dari tubuh.yelah setiap hari kita makan dan kita kadang2 tak ambil tahu tentang tahap kesihatan kita.mungkin terlebih zat atau mungkin juga terkurang zat,dan ini boleh mengundang bahaya pada kesihatan kita.
.
puasa juga boleh mengubati penyakit organ dalam tubuh seperti :-
.
- sesak nafas dan bronkitis
dalam erti kata mudahnya penyakit alahan seperti sesak nafas,selsema dan lain2.hahah yang ini bagus untuk aku.menurut satu kajian yang dibuat di universiti Raja Khalid,kajian memperlihatkan keadaan kesihatan kedua paru2 akan bertambah baik.ini kerana penyebabnya adalah kosongnya perut dari makanan dan memberi kesempatan bergerak bagi sekatan rongga badan secara leluasa sehingga prestasi paru2 menjadi semakin baik.
.
- Endoktrin penyakit kelenjar tersekat
para ilmuwan dan para pengkaji menegaskan berpuasa dapat mengaktifkan prestasi fungsi kelenjar pada tubuh.yang di mulakan dari kelenjar lendir yang berada di dasar otak sampai ke kelenjar halkum ini bagi lelaki ye sebab perempuan tak ada halkum ya.
.
- Migrain sakit pada kepala
Dari kajian ilmiah berpuasa boleh mengubati lebih dari 80% penderita penyakit ini.mereka telah menjalankan terapi puasa selama 2minggu secara berterusan.jika puasa di teruskan berulang sehingga 3-4 bulan,maka gejala penyakit tesebut akan hilang keseluruhannya.keadaan ini berlaku apabila puasa yang kedudukkannya menyerupai sikap bekerja yang membersihkan saraf dan sel2 otak hingga aktiviti dan fungsi saraf menjadi normal.hahah adakah anda sanggup puasa selama 3-4bulan? nak sihat kan cuba dululah ye tak.
.
- Obesiti kegemukkan berat badan
yang ni best untuk sesiapa yang ingin berdiet ya memang sangat berhasil dan hasilya sangat lumayan.cubalah sebab aku dah try =p okay sebab apa aku cakap macam ni...sebab semasa berpuasa hati akan bekerja dan mengambil gula dan lemak yang tersimpan di dalam tubuh untuk di alihkan menjadi tenaga yang menggantikan kekurangan pada tenaga asas yang menggerakkan organ2 penting.dengan berpuasa kita boleh menganggap sebagai saranan berkesan untuk melarutkan minyak dan lemak yang tersimpan di dalam tubuh yang mengakibatkan lebih berat badan.tapi lebih berkesan lagi kalau diiringi dengan senaman ringan.kang kalau kau berjoging time puasa lalu pengsan,jangan nak saman aku ya.wah panjang lebar penerangan pasal ni tahulah dah try kan =p lumayan okay kalau dalam masa 1tahun boleh turun sampai 8kg! rajin2 lah puasa ya.
.
okay cukuplah aku bagi sikit saja...sebenarnya ada banyak lagi jenis2 penyakit boleh di kurangkan melalui puasa macam penyakit pembuluh darah,kencing manis,darah tinggi,penyakit kulit,kanser,sakit mata,penyakit hati,alergi dan lain2 lagi...untuk maklumat lanjut,sila google atau boleh baca kat sini ya.bagus puasa ni tau sebab boleh singkirkan banyak toksin merbahaya dalam badan.patutlah pun sejak akhir2 ini muka aku mula di jajahi jerawat,toksin keluar ikut jerawat kot...okay ini tipu =p
.
.
..
.
.
.
.
Beautiful_Rose
good one..
ReplyDeleteaku tak pose ni..cmner ek doc?
ReplyDeleteperfecto...bukan saje2 posa nie diwajibkan selain dari beribadah,ada hikmahnya untuk sistem tubuh..
ReplyDeletenice n3..ia baik juga untuk poket dan nafsu
ReplyDeleteboleh suruh mamat yg nama salleh tak suka pose tu baca ekeke :)
ReplyDeletesidratul muntaha :
ReplyDeletehehehhe trimass....
fiQ Froz :
owh...kalo x pose atas sbb tertntu adalah di maafkan...heheheh
Hamzah lan :
sharing is caring kan =)
seabiscuit :
yup itu sangat betul...banyak kebaikkannya.
Anonymous :
erk,apakah ini satu iklan ker???
b.r.u.ta.l.s.o.l.o :
ReplyDeletebetul2 jimat belanja tak kerap makan.nafsu makan juga terkawal.
miss :
hahaha cepat suh dia bace! =p
Nuh:-
ReplyDeleteYe la tuh sayang nafsu makan terkawal
=p wekk!
huhu jom makan banyak2!
GCB x sedap! wekkk..
(︶ε︶メ) Muuuahhh!
takterkawaljugaknafsumakannikadangkadang..hee
ReplyDeletenuh :
ReplyDeletehye u,sibukkk jerk =p
double cheese terbaik!
mahu 2 set cepat oder skang!
erk,okay2 kontrol2 nafsu makan =p
nak daku wat kan header tak?
ReplyDeletemier@merr :
ReplyDeleteeh,boleh kah kamu tolong?
nanti ajar kite eh mcm ne nak wt header mcm kamoo tuh
suke tgk kamu slalu tukar2 header.
layout blog ini masih x ada header...x ada idea nak wt.tu kosong jerk kat atas tu.nak gunakan header lama,macam boring lah pulak.