Aku nak tanya,pernah tak andai sesuatu pekara tu korang dah plan baik2 tiba2 jadi lain.i mean korang dah rancang sesuatu then benda yang korang rancang tu tak jadi seperti yang korang harapkan.macam aku,jenis manusia yang selalu buat perancangan untuk life aku pada masa akan datang dan seterusnya.dan setiap pada perancangan tu aku buat target.kira aku nak capai sesuatu tu ikut target yang aku tetapkan.macam aku masa sekolah menengah dulu sebelum SPM lagi aku dah buat satu carta ikut step dan target yang perlu aku capai untuk tempoh tertentu...
.
SPM - GIATMARA - STPM - UNIVERSITI - KERJA
.
Untuk permulaan aku cuba ikut step yang aku dah buat tu SPM - GIATMARA memang aku dah ikut dah tu.tapi masa aku hampir tamat giatmara fikiran aku tiba2 berubah untuk sambung terus giatmara dalam bidang SDA "solekkan dan andaman".kira macam pakej so,bidang aku tu macam lengkaplah.owh lupa nak bagitahu kat giatmara aku ambil bidang JPW "jahitan pakaian wanita" level 1.mulanya aku mahu ambil bidang elektrik saja...tapi mak macam tak suka.lagi pula mak andak yang sugges aku study kat giatmara ambil JPW katanya aku ada bakat.dengan rasa terpaksa,aku ambil jugalah JPW walaupaun masa tu aku tak berapa nak minat sangat.perancangan baru pun bermula...
.
GIATMARA JPW LEVEL 1 - GIATMARA SDA LEVEL 1 - IKBN JPW LEVEL 2 - BUTIK SENDIRI
.
aku ingat plan baru akan ubah life aku masa akan datang.berkobar2 semangat masa tu untuk capai target yang aku dah buat tu.sampailah satu hari aku jadi macam keliru dan dilema.surat tawaran belajar kat IIC "International Islamic College" sampai ke rumah jurusan boleh tahan.buatkan aku teringat pada cita2 aku yang sebelum ini "peguam syariah" owh masa sekolah dulu aku ambil jurusan Tasawwur Islam.dan pada masa yang sama juga,surat tawaran untuk ke tingkatan 6 STPM.dua peluang keemasan yang aku dapat buatkan aku dilema dengan cita2 baru aku.aku tanya pada hati,apa yang aku inginkan sebenar2 nya.dan hati aku memilih untuk terus ke GIATMARA.tapi cita2 aku dihalang oleh seseorang dan buatkan aku membuang masa selama tempoh beberapa tahun dengan memilih STPM.
.
SPM - GIATMARA JPW LEVEL 1 - STPM
.
plan baru betul2 buatkan aku rasa masa depan aku semakin gelap dan malap.sungguh aku menangis setiap hari mengenangkan nasib diri.aku cemburu melihat rakan2 lain menyambung life mereka mengikut kehendak mereka.tapi aku...hidup aku diatur oleh seseorang dan aku tidak berani membantah.takut nanti aku dikatakan derhaka dan biadab,maka aku hanya ikut saja walaupun dalam hati memberontak.aku rasa tertekan dan setiap hari aku ke sekolah tanpa perasaan.oleh kerana aku benar2 tidak berminat untuk STPM,maka setiap hari aku ke sekolah tanpa sebarang hasil.dalam kelas aku lebih banyak tidur dan hanya akan siapkan assingment dan homework subjek yang aku suka saja.
.
SPM - GIATMARA JPW LEVEL 1 - STPM - UPSI - GURU
.
Tinggi sungguh harapan seseorang itu mahukan aku menjadi seorang guru.sedangkan,aku langsung tidak punya bakat untuk menjadi seorang guru.sungguh,adik2 aku semua tidak suka jika aku mengajar mereka.apalagi jika aku menjadi seorang guru satu masa nanti.aku tidak yakin mampu menjadi seorang guru yang baik.tapi,kerana aku fikirkan hormat aku ikut juga dan terus siksa hati untuk tamatkan STPM demi untuk memuaskan hati seseorang itu.tapi pada masa yang sama,aku punya agenda lain.aku cuba untuk lari dari terus dijadikan boneka kawalannya.aku mula membuat perancangan baru dan dalam diam juga aku mula membantah katanya secara halus.
.
SPM - GIATMARA JPW LEVEL 1 - STPM - IKBN JPW LEVEL 2 - KERJA
.
Perancangan baru,aku akan kembali capai semula target yang aku dah lepaskan dulu.dalam diam aku mengisi borang permohonan untuk ke IKBN selepas tamat STPM nanti.dan sambil itu,aku mula berkerja dan tunggu keputusan STPM dan IKBN.selama 3tahun aku seringkali bertukar perkerjaan dan dalam tempoh itu juga aku langsung tidak mendapat surat tawaran dari IKBN melainkan surat tawaran dari UNIVERSITI.aku kecewa...ingat lagi,setiap kali posmen menghantar surat ke rumah,pasti aku orng pertama yang akn berlari ke peti surat.tapi hampa.surat tawaran IKBN tiada,yang ada surat2 ayah dan juga sepucuk surat tawaran dari UPM.agak2 korang aku terus ke UPM tak?
.
:: bersambung ke entry lain ye harap maklum,ini cerita suspender! =p
.
.
.
.
.
Beautiful_Rose
.
aduh..tunggu lg
ReplyDelete................
ReplyDeletekena sampuk TV3 ke ni asik smabung aje..
ReplyDeleteandai itu takdirnya apa yang datang kita tempuhi jua
ReplyDelete